PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, November 24, 2008

29. PPSMI gagal?

Oleh: Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

KETIKA Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003, matlamatnya untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sejajar memenuhi permintaan global yang kian mencabar.Meskipun wujud polemik pada awal pengenalannya, semua pihak mengalu-alukan langkah itu.
Bagaimanapun, selepas enam tahun pelaksanaannya, ada suara yang mempertikaikan kewujudan PPSMI.Lebih menimbulkan konflik, apabila PPSMI dianggap satu pembaziran kerana keputusan kebanyakan pelajar terutama di luar bandar kurang memberangsangkan.
Natijahnya, ada pihak tertentu menyarankan PPSMI ditukar kepada sistem pembelajaran sebelum ini dalam bahasa Melayu.Persoalannya, adakah objektif PPSMI gagal? Adakah benar ia satu pembaziran dan wajar diberhentikan?
Bagaimana pula dengan pelajar yang berjaya?Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan peningkatan pelajar menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, namun ada penurunan pelajar yang mendapat 5A dalam semua subjek.Kebanyakan mereka hanya mendapat 4A dan B atau C dalam subjek Matematik dan Sains.
Jadi, rasionalkah keputusan UPSR ini dijadikan kayu pengukur untuk menilai reputasi PPSMI?Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata tidak perlu menunggu keputusan UPSR untuk meneruskan PPSMI, sebaliknya pelaksanaannya perlu merujuk kepada objektif utama ia diperkenalkan pada 2003.
Menurutnya, bukan isu utama untuk memperkatakan mengenai sama ada PPSMI berjaya atau tidak, tetapi perlu mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku apabila ia diperkenalkan.“Dalam isu ini, semua aspek perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan terbaik.
Sepanjang enam tahun ia dilaksanakan, ada pelajar yang boleh mengikutinya dan ada yang gagal.“Pemantauan serius perlu dititikberatkan kepada mereka yang lemah terutama di luar bandar. Pelajar cemerlang dalam PPSMI juga perlu diberi perhatian,” katanya.
PPSMI diperkenalkan atas kesedaran membantu meningkatkan kualiti tahap pendidikan pelajar dalam menguasai BI sebagai medium penjanaan globalisasi.Malangnya, pengenalan ini menimbulkan reaksi pro dan kontra daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang menyatakan langkah itu tepat kerana dapat membantu pelajar lemah memperbaiki mutu pencapaian BI manakala sebahagiannya membantah kerana bimbang pencapaian mereka lebih merosot.
Mengulas sama ada kejayaan PPSMI ini mampu dikecapi sebahagian besar pelajar, Syed Anuar berkata, dalam konteks ini, bukan hanya melihat kepentingannya pada kelompok pelajar tertentu tapi keseluruhan.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar luar bandar ketinggalan dalam pelaksanaan PPSMI ini, namun mereka tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya.“Bukankah lebih baik jika mereka diberi pendedahan lebih luas seperti meningkatkan kesedaran melalui pembacaan. Ia membantu menarik minat mereka mengenai kepentingan BI.“Tetapi, jangan korbankan masa depan pelajar cemerlang dengan kurang mengendahkan mereka kerana sudah yakin terhadap pencapaian sedia ada.
Setiap pelajar adalah aset bagi semua, tidak perlu ada diskriminasi,” katanya.Bagi mengatasi kemelut ini, GPMS menyarankan melaksanakan pendekatan sistem dua aliran supaya masalah sedia ada tidak berlarutan.
Melalui sistem ini, pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.Syed Anuar berkata, jika PPSMI diberhentikan, ia akan menyebabkan pembaziran kerana kerajaan membelanjakan peruntukkan besar bagi melaksanakannya.“Sudah banyak wang dibelanjakan, jadi kita tidak dapat menolak hakikat itu.“Bagi saya, teruskan PPSMI tapi biarlah ada pemantauan secara menyeluruh agar objektif yang disasarkan dapat dicapai dan tidak membebankan pelajar,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan (PIBGWP), Datuk Suhaimi Yaacob, berkata pengenalan PPMSI perlu dilihat dan dinilai secara menyeluruh.Menurutnya, subjek BI sedia ada sudah memadai bagi membantu pelajar menguasai BI dan tidak perlu diperkenalkan dalam Sains dan Matematik.
“Jika objektif utama untuk memperkasakan penggunaan BI kepada pelajar, rasanya tidak perlu membuat uji kaji dalam Sains dan Matematik.“Lebih baik mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan semua bahasa. Ini satu aset dalam membina kejayaan generasi masa depan.“Kita mahu generasi masa depan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan baik, justeru tidak perlu memberi penekanan atau fokus pada BI keterlaluan hingga menyebabkan kepincangan dalam aspek lain,”

Sunday, November 23, 2008

27. Matematik, Sains dalam BI wajar diteruskan

Utusan Malaysia Online
22 November 2008
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan pelajar khususnya bangsa Melayu tidak ketinggalan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, PPSMI bertujuan melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekali gus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
"PPSMI itu perlu diteruskan supaya pelajar kita tidak ketinggalan. Bukan bertujuan untuk mengabaikan bahasa Melayu, tetapi sebagai contoh, bidang sains yang dipelopori negara luar menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris.
"Seperti telefon bimbit, kalau orang luar buat dengan dilengkapi kamera video, khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi panduannya atau ilmunya dalam bahasa Inggeris, boleh kita menggunakan sains kita dalam bahasa Melayu untuk membuat telefon bimbit? Waktu itu kalau hendak diterjemahkan dalam bahasa Melayu, kita dah jauh ketinggalan," katanya pada wacana 'Dilema Melayu' anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di sini hari ini.
Mengambil contoh zaman kegelapan masyarakat Arab dahulunya, Dr. Mahathir berkata, pada ketika itu masyarakat tersebut tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan dan hanya mempelajarinya daripada kerajaan Greek.
"Jadi takkan pula masyarakat Arab itu nak minta orang di Kerajaan Greek untuk menterjemahkan ilmu mereka ke dalam bahasa mereka (Arab). Penyelesaiannya ialah mereka terpaksa belajar bahasa Greek untuk membolehkan mereka mendalami ilmu. Dengan itu, bangsa Arab menjadi sebuah bangsa yang membangun," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu juga sama seperti sekarang di mana pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendalami sesuatu ilmu.
"Kita tidak mampu menterjemahkannya dalam bahasa Melayu kerana pada ketika itu kita kekurangan pakar. Kalau nak diterjemahkan, kita akan terus ketinggalan dan sebab itu kewajarannya perlu dilaksanakan dalam bahasa Inggeris," katanya.
Dr. Mahathir berkata, walaupun dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan.
"Tengok macam saya... saya sekolah Melayu hanya setakat darjah dua sahaja sebelum bapa memindahkan saya ke sekolah Inggeris dan seterusnya melanjutkan pembelajaran sampai ke peringkat tertinggi yang semuanya dalam bahasa Inggeris.
"Tapi Melayu saya tidak hilang dan saya masih lagi boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Takkan hilang Melayu kalau belajar dalam bahasa Inggeris," katanya.
- Bernama

Friday, October 17, 2008

22. Pelajar tendang guru


GAMBAR rakaman video telefon bimbit merakamkan pelajar perempuan sebuah sekolah di Kangar menumbuk dan menendang Azahana (gambar kecil) di dalam kelas, pagi semalam.

Berita Harian Online
Tarikh : 17 Oktober 2008

KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat 'Gila Babi' yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar.

Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam.

Mereka kemudian 'menyerang' dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.

Azahana ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan alasan bimbang ia akan mendatangkan kesan termasuk diserang sekali lagi oleh kumpulan pelajar terbabit.

Bagaimanapun, Azahana yang masih fobia dan ketakutan ketika ditanya mengaku ditendang pelajar perempuan terbabit pada perut. Dia kemudian lari menyelamatkan diri ke bilik guru, sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.

Difahamkan, Azahana baru saja berpindah ke sekolah berkenaan pada awal tahun lalu dari Johor, selepas menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur salah seorang pelajar perempuan dari tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan kerja kursus.

"Pelajar terbabit dikatakan tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan, sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.

"Sehingga kini, kes masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.
Pelajar pukul cikgu
Oleh Syed Ridzuwan Syed Ismail
Utusan Malaysia Online
KANGAR 16 Okt. - Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar.
Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu.
Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali.
"Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan penjelasan tetapi mereka bertindak di luar dugaan apabila memukul dan menendang mangsa beberapa kali.
"Guru itu yang terkejut dengan tindakan pelajar tersebut cuba mempertahankan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun guru wanita itu difahamkan hanya mengalami cedera ringan tetapi enggan ditemuramah pemberita kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.
Difahamkan selepas pergaduhan itu, pelajar berkenaan yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan gangsterisme masih tidak berpuas hati dan bertindak memanggil beberapa rakannya yang lain untuk mencari guru itu.
Insiden yang berlaku dalam kelas itu sempat dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui kelas terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Pelajar SMK Perlis pukul guru digantung seminggu
17/10/2008 4:22pm
KANGAR 17 Okt. - Seorang daripada dua pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini yang didakwa memukul dan menendang seorang guru kelmarin, digantung sekolah selama seminggu berkuat kuasa semalam.
Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati perbuatan pelajar itu melanggar batas antara anak murid dan guru. - Utusan
Lagi kes gaduh di SMK Perlis
KANGAR 20 Okt. - Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan selepas berlaku satu pergaduhan sesama mereka hari ini.
Difahamkan kejadian itu berpunca daripada salah faham sekumpulan pelajar yang tidak berpuas hati apabila sekumpulan pelajar lain menendang beberapa buah basikal yang diletakkan dalam kawasan sekolah.
Pergaduhan pada pukul 11 pagi itu berlaku, kurang seminggu selepas seorang pelajar perempuan tingkatan dua sekolah yang sama bertindak menumbuk dan menerajang seorang guru selepas ditegur kerana menulis perkataan kesat dalam tugasan yang diberikan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah berkata, pergaduhan berlaku disebabkan salah faham yang timbul antara pelajar terbabit.
"Kita telah memanggil beberapa pelajar yang terlibat dalam kejadian itu untuk diambil keterangan dan perkara ini sebenarnya telah selesai.
"Pihak polis juga tahu punca kejadian itu dan tindakan sewajar diambil bagi mewujudkan persekitaran yang selamat di sekolah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa ibu bapa dan penjaga pelajar terbabit bergegas ke sekolah itu apabila dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Beberapa pelajar juga dilihat dibawa oleh anggota polis menaiki van untuk dibawa ke balai polis berhampiran bagi proses mengambil keterangan. - Utusan
Pelajar kecewa keputusan SPM, terjun bangunan sekolah
KANGAR 13 Mac - Seorang pelajar perempuan yang dipercayai kecewa dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya hari ini, terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di sekolahnya.
Pelajar terbabit, anak bongsu daripada tiga beradik, bertindak demikian sebaik sahaja mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis, dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi.
Dia mengalami cedera parah di bahagian dalaman badan selain patah tulang pinggang, kedua-dua tangan dan kaki serta cedera di mulut akibat tindakannya itu.
Pelajar perempuan tersebut kini ditempatkan di Wad Ortopedik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Bapa pelajar terbabit ketika mengesahkan kejadian itu berkata, sebelum keputusan diumumkan, anaknya dilihat terlalu memikirkan tentang keputusan peperiksaan SPM yang bakal diperoleh.
``Saya selalu menasihatkan dia supaya terima saja sebarang keputusan dan jangan terlalu memikirkannya. Saya tidak sangka dia akan bertindak sedemikian (terjun dari bangunan),'' katanya ketika ditemui di wad kecemasan HTF di sini.
Komen Pembaca Utusan Malaysia - 20 Oktober 2008
PUKUL GURU : HUKUMAN PELAJAR TIDAK SETIMPAL
Saya mendengar berita TV3 pada 17 Oktober 2003 berhubung kes pelajar memukul guru di Perlis . Saya amat-amat tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan terhadap pelajar tersebut yang hanya di gantung sekolah selama seminggu
pada pendapat saya, hukuman tersebut langsung tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman itu ibarat "Cuti Bergaji" kepada pelajar itu. Ia langsung tidak membawa apa-apa kesan.
Saya juga pernah bersekolah. Dan saya faham perasaan pelajar sekolah. Jika pelajar tersebut malas nak buat kerja sekolah, bila digantung sekolah itu sebenarnya memberi rasa seronok, bukannya rasa kesal. Apatah lagi jika ibu bapa tidak berapa mengambil berat terhadap anakny, maka istilah "cuti bergaji" itu amat-amatlah sesuai. Pasti pelajar-pelajar yang malas bersekolah akan cuba melakukan kes seperti itu berulang kali kerana dapat cuti percuma.
Adalah lebih baik pelajar tersebut dihukum sebat dihadapat semua pelajar lain agar takut dan hormat kepada guru. Atau mungkin patut ditukar ke sekolah lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut atau lebih baik dibuang terus memandangkan kes yang dilakukannya agak berat dan sudah menjadi kes polis. Bagi saya itu lebih setimpal. Bukan sahaja ia menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain dari sekolah tersebut, malah turut menjadi pengajaran di sekolah-sekolah lain di seluruh negara.
Pada pandangan saya pelajar yang bermasalah seperti ini biasanya tak berminat untuk ke sekolah, buat apa nak paksa mereka bersekolah jika hanya mendatangkan masalah.
Saya berharat agar hukuman yang diberikan itu ditimbang semula agar lebih setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kepada juri yang memberi hukuman agar lebih menghormati guru yang teraniaya, kerana dengan hukuman seringan itu guru-guru akan lebih terancam.
Bekas pelajar
Bkt. Katil, Melaka

Monday, October 13, 2008

21. Taklimat Rancangan Integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) kepada pengetua Sekolah Menengah Sarawak

Tarikh : 11 oktober 2008
Masa : 0800 pagi - 1400 petang
Tempat : Dewan Besar SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching

PENGENALAN
Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi ejen berkesan kearah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranan masing-masing untuk meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai matlamat utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan elemen perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai antara fokus utama dalam Teras Satu " Membina Negara Bangsa". Elemen ini penting bagi memastikan negara yang diduduki pelbagai kaum seperti Malaysia akan terus maju dalam suasana yang stabil dan harmoni.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM telah memperkenalkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional. Pelaksanaan program ini selaras dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini untuk membentuk keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

APAKAH RIMUP
Program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Dilaksanakan melalui perkongsian idea, kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara.

AKTIVITI RIMUP

1. KECEMERLANGAN AKADEMIK
a. e-Integrasi (Komputer)
b. Seminar peperiksaan
c. Kelas tambahan
d. Kem motivasi
e. Pertukaran Tenaga Pakar Akademik

2. PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN
a. Merentas Desa
b. Lumba jalan kaki
c. Bola sepak
d. Bola jaring
e. Bola keranjang
f. Bola tampar
g. Sepak takraw
h. Hoki
i. Ping pong
j. Bola Baling
k. Permainan tradisional
l. Basikalton
m. Sukaneka
n. Tarik tali

3. SAMBUTAN HARI PERAYAAN & PERHIMPUNAN
a. Hari Raya Aidilfitri
b. Tahun Baru Cina
c. Deepavali
d. Hari Krismas
e. Hari Gawai
f. Pesta keamatan
g. Pesta tanglung
h. Thaiponggal
i. Perhimpunan Patriotik
j. Hari Kebangsaan (Bulan kemerdekaan)
k. Hari Guru
l. Hari Kantin / Hari Kokurikulum
m. Hari keluarga
n. Hari konvokesyen / Hari ucapan

4. PERKHEMAHAN / LAWATAN
a. Perkhemahan Integrasi
b. Perkhemahan Slang Budaya (Tarian, muzik, makanan dan pakaian)
c. Demontrasi memasak
d. Pertukaran Pelajar
e. Kem Jati Diri
f. Lawatan muhibbah ke stesen Pembelajaran

5. KHIDMAT MASYARAKAT
a. Gotong royong
b. Melawat rumah orang tua / anak yatim
c. Kutipan derma
d. Kempen derma darah
e. Kempen kitar semula

....

20. 3,000 pelajar doa kecemerlangan pelajaran

ARKIB : 11/10/2008
Utusan Malaysia Online
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Sempena peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, satu program munajat kecemerlangan pelajar dianjurkan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) hari ini bertempat di Masjid Negara.
Seramai 3,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) membabitkan 97 sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah hadir bersama-sama para guru dan ibu bapa masing-masing.

Di SMK Belawai, pada malam jumaat lalu 9 /10/2008 kita juga telah mengadakan majlis yang sama. Begitu juga dengan sekolah-sekolah di seluruh di Sarawak telah memilih tarikh yang sama untuk mengadakan majlis solat hajat dan tahlil memohon keredaan Allah untuk memastikan apa yang kita usahakan mendatangkan hasil yang cemerlang. Ini adalah usaha terakhir kita. Berbagai usaha telah kita lakukan dan ahkhirnya kita bertawakkal kepada Allah. Semoga apa yang kita usahakan diberkati Allah. Kita juga rasa bangga malam solat hajat bukan sahaja dihadiri oleh ibu bapa dan guru-guru tetapi juga menggamit YB Puan Hajjah Norah Bt Tun Rahman Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis, SAO Daerah Kecil Belawai, Pengurus LKIM Belawai, YDP PIBG, Ayahanda penghulu kampung Jerijeh dan lain-lain untuk datang bersama-sama memberi perangsang dan motivasi kepada para pelajar keseluruhannya.

Saya percaya bahawa dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru, SMK Belawai akan memperolehi peningkatan dalam PMR. Kita tidak meminta peningkatan sehingga 100% tetapi kita berusaha supaya kita akan melepasi SPR untuk tahun ini dan menjadikan SMK Belawai terbaik di Daerah Daro. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus membuat persediaan pada malam tersebut.



Bagi Pihak saya saya mohon banyak-banyak kemaafan kerana tidak dapat bersama-sama kerana masalah yang tidak dapat di elakkan.Saya terpaksa pulang ke Sibu kerana anak saya Mohamad Muzzammil (4 tahun) di masukkan ke hospital kerana di serang penyakit mulut, tangan dan kaki. Alhamdulillah, Keadaannya sudah mulai pulih setelah 3 malam di hospital tetapi masih tidak dibenarkan ke sekolah - Tadika St Mary Sibu. Di sini saya juga ingin menasihatkan kepada semua ibu bapa (guru-suru) SMK Belawai, jagalah kebersihan anak-anak dan sekiranya kita tahu anak jiran telah dijangkiti penyakit ini hindarkan anak kita supaya jangan dibenarkan bermain bersama-sama kerana penyakit ini boleh berjangkit. Sekiranya kita lambat bertindak ia boleh melibatkan kanak-kanak keletihan, tidak mahu makan, bercakap dan akhirnya boleh membawa maut.

Monday, October 6, 2008

19. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.
  2. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembeelajaran.
  3. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.
  4. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar.
    Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar masing-masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
  5. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.
    Ekseperimen

    kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
    Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
    Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
    1. Mengenal pasti masalah
    2. Membuat hipothesis
    3. Merancang eksperimen:
    - mengawal pemboleh ubah.
    - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
    - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
    - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
    4. Melakukan eksperimen
    5. Mengumpul data
    6. Menganalisis data
    7. Mentafsirkan data
    8. Membuat kesimpulan
    9. Membuat laporan
    Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
    Perbincangan
    Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.
    Projek
    Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.
    Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.
    Lawatan
    Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
    Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.
    Kajian masa depan

    Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
    Penyelesaian masalah
    Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
    1. Kenal pasti dan faham masalah
    2. Jelaskan masalah
    3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
    4. Lakukan operasi penyelesaian.
    5. Nilaikan penyelesaian

http://www.tutor.com.my/tutor/lada/tourism/menu_2_4.htm

http://www.educ.upm.edu.my/~rj/4.html

18. Perancangan Perlu Untuk P & P Berkesan

  1. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T, kerana kemajuan teknologi telah mewujudkan blog seperti ini yang saya kira ada banyak kebaikannya. InsyaAllah saya akan gunakan blog ini untuk menyampaikan maklumat yang saya kira berguna untuk kita sama-sama berkongsi idea untuk kecemerlangkan sekolah kita. Walaupun maklumat dalam blog ini bukan hasil tulisan saya, saya kira apa salahnya tulisan orang lain yang bernas dapat kita gunakan dan dibincangkan bersama. Saya juga bercadang akan menggunakan blog ini dengan memasukkan maklumat-maklumat mesyuarat atau kursus yang saya hadiri untuk dikongsi bersama guru-guru supaya semua guru tahu dan sama-sama mengambil tindakan sewajarnya.
  2. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu kerana memberi respon kepada artikal yang saya postkan tersebut yang ditulis oleh Mohd. Saleh Ismail.
  3. Apabila saya membaca artikal ini saya rasa sangat tetarik kerana saya rasa ia sangat dekat dengan kita, lebih-lebih ramai guru sama ada di sekolah kita dan sekolah-sekolah lain yang mengabaikan tentang Rancangan Pelajaran. Dalam banyak mesyuarat dan kursus yang saya hadiri perkara ini setiap kali ditekankan dan guru-guru perlu diingatkan dari masa ke semasa bahawa Rancangan Pelajaran adalah penting dan ada pekeliling yang dikeluarkan khusus untuk penyediaan Rancangan Pelajaran dan tindakan yang boleh diambil jika ia tidak dilaksanakan. Ia juga tidak boleh diabaikan kerana ia adalah bukti bahawa P & P telah berlaku pada hari tersebut di samping kehadiran guru ke sekolah.
  4. Tidak dinafikan sesetengah guru merasakan menulis Rancangan Pelajaran amat membebankan dan perlu dimansuhkan. Tetapi bagaimana mungkin seseorang guru itu masuk ke kelas tanpa apa-apa persediaan untuk mengajar? Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, disamping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Dengan kata lain RP menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang pelbagai penjenamaan semula sekolah dilakukan dan yang terkini sekolah kluster..
  5. Merujuk kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999.Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Dalam ayat no.4 pekeliling tersebut, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dijaga dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Ini bermakna seseorang guru tersebut dibolehkan menyediakan RP dalam apa bentuk pun yang difikirkan sesuai. Bagi sekolah kita saya memberi kelonggaran dimana guru-guru boleh memilih untuk dibuat secara berkomputer atau menulis dalam buku rekod. Terpulang kepada guru-guru membuat keputusan untuk diri sendiri. Bagi saya sekiranya kita menyediakan secara berkomputer atau berkongsi dengan panitia masing-masing beban masalah penyediaan Buku Rekod ini akan menjadi lebih ringan.
  6. Memartabatkan profesion perguruan (Teras 5 PIPP) – Setelah kita menceburi bidang pendidikan kita mesti menerima hakikat bahawa menjadi seorang guru tidak semudah yang disangkakan. Guru-guru baru yang telah ditempat di SMK Belawai, semasa meraka datang melapor diri, biasanya saya akan bertanya satu soalan. Adakah cikgu sudah bersedia menerima pekerjaan ini? Rata-rata menyatakan ini adalah pilihan mereka yang tepat dan menyatakan minat masing-masing terhadap profesion ini. Oleh itu sebagai guru yang professional sepatutnya kita tidak mempersoalkan bahawa kita ada banyak masalah yang tidak memungkinkan kita tidak boleh melakukan tugas kita dengan cemerlang. Saya tidak menafikan menjadi guru memang menjadikan kita seorang sibuk dengan pelbagai tugas yang bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi kita mempunyai banyak tugas sampingan lain. Tidak seperti pekerjaan lain seperti Doktor, Tentera, Wartawan dan lain-lain pekerjaan lain yang memerlukan satu bidang yang khusus atau yang lebih specific. Namun begitu marilah kita letakkan kemuliaan profesion perguruan ini pada tempat yang sepatutnya. Janganlah kita mencari pelbagai alasan yang kita katakan mustahil kita lakukan.
  7. Keluarga dan pekerjaan mana yang lebih penting? Bagi saya kedua-duanya sama pentingnya. Sekiranya kita mempunyai masalah dalam keluarga, kita tidak dapat menumpukan pekerjaan kita dengan baik. Begitu juga sebaliknya jika kita mengutama kerja sehingga mengabaikan keluarga, kita akan kecundang. Saya tidak menghalang seseorang guru mengambil cuti terutama cuti CRK sekiranya guru tersebut betul-betul mempunyai masalah untuk menguruskan keluarga dan perlukan cuti. Begitu juga guru-guru yang sakit, ambil cuti sakit dan berehatlah secukupnya. Saya tidak menghalang guru-guru yang mahu berpindah untuk mendekatkan diri dengan keluarga masing-masing. Setakat ini saya belum pernah lagi tidak menyokong mana-mana guru untuk berpindah. Walau bagaimanapun saya perlu menyatakan perpindahan tersebut semestinya ada pengganti. Saya juga berjauhan dengan keluarga. Saya faham, ada sesetengah guru sangat gusar dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana rindukan keluarga masing-masing tetapi bersabarlah, pohonlah, dapat berpindah atau tidak bergantunglah kepada KPM di Putrajaya. Seperti Cikgu Burhan, Cikgu Lokman, Cg Azmi, Cg Azlina dll. Walaupun mereka baru di SMK Belawai mereka dapat berpindah juga. Bagi saya tiada siapa yang kekal di sesuatu tempat. Masa akan tiba untuk kita berpindah. Begitu juga saya.
  8. Sebagai seorang guru yang professional, kita perlu menguruskan masa dengan professional juga. Kita perlu membahagikan masa antara keluarga dan pekerjaan kita. Menjadikan anak sebagai masalah untuk kita menafikan tidak dapat menyediakan sesuatu yang terbaik untuk pekerjaan kita adalah suatu yang saya fikir tidak munasabah. “Kerja rumah” yang saya fahamkan daripada artikal tersebut ialah kita sebagai seorang guru, kita perlukan satu persediaan yang rapi sebelum kita masuk kelas untuk mengajar.Tidak kira kerja rumah tersebut dibuat di rumah atau di sekolah semasa masa rehat guru atau masa senggang guru. Bagi saya jika masa yang diperuntukan selama 40 minit 1 waktu tidak dimanfaat dengan sebaiknya, maka apa yang kita sampaikan akan menjadi sia-sia belaka.
  9. Begitu juga dengan pekerjaan lain, Seorang doctor pakar tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan untuk merawat pesakitnya. Beliau tentunya mempunyai satu perancangan awal terhadap tugasnya. Contohnya seorang doctor pakar perbidanan, sudah tentu beliau tahu tentang kedudukan kehamilan seseorang pesakitnya. Berdasarkan ilmu yang beliau belajar beliau dapat memberi satu perkhidmatan yang terbaik dan ibu yang mengandung dapat menerima nasihat dengan perasaan lega , tenang dan mereka dapat membayar dengan harga yang diminta tanpa banyak soal.
  10. Bagaimana pula kita sebagai seorang guru yang profesionnya sangat dimuliakan. Adakah kita telah menjadikan diri kita guru yang profesional yang dapat “memuaskan” pelanggan. Di SMK Belawai saya telah menetapkan objektif, kita akan cuba mencapai 9 jenis kecemerlangan pada tahun 2010 . Namun pada hakikatnya pada pandangan umum kejayaan kita sebagai guru hanya dilihat kepada pencapaian akademiknya sahaja. Sepanjang 2 tahun di SMK Belawai, jika saya bertemu dan berbual dengan pengetua-pengetua dari sekolah lain semasa keluar menjalankan tugas-tugas rasmi sekolah, perkara utama yang ditanya adalah pencapaian akademiknya. Itu adalah perkara pokok yang perlu kita fikirkan. Saya percaya penetapan strategi Cikgu Abd Wahab Bin Sepawi, Pegawai Pelajaran Mukah kepada semua sekolah di bahagian Mukah, kita perlu meningkat walaupun peningkatan tersebut 1%. Jika keputusan jatuh walaupun 1% kita tetap merosot.
  11. Kita hanya berusaha, tetapi tuhan yang menentukan – Untuk menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang saya perlukan sedikit pengorbanan dari semua guru SMK Belawai. Kita bukan mahu samakan SMK Belawai dengan Sekolah Berasrama Penuh atau nak sama kan SMK Belawai dengan sekolah di mana guru-guru di sini pernah belajar tetapi cukuplah sekadar SMK Belawai keluar dari kepompongnya iaitu keluar dari SPR – Sekolah berprestasi rendah. Kita mahu tunjukkan kepada masyarakat sekeliling bahawa guru-guru di SMK Belawai juga berpotensi cemerlang. Sepanjang pengetahuan saya ada diantara ibu bapa di Belawai tidak yakin dengan SMK Belawai dan tidak mahu menghantar anak mereka di sini dan menghantar anak mereka bersekolah di Sarikei. Oleh itu sepanjang perkhidmatan kita di SMK Belawai biarlah kita mengikut pepatah Dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung. Sama-samalah kita berusaha untuk kecemerlangan SMK Belawai dan menjadikan kecemerlangan itu kebanggaan kita semua.
  12. Program MaCS – Managing Challenging School merupakan satu program yang sangat baik. Program ini sebenarnya adalah khusus untuk diaplikasikan kepada sekolah-sekolah yang berprestasi rendah seperti sekolah kita. Tetapi apabila dilihat ia sangat baik, sekolah-sekolah yang prestasi baik juga mengaplikasikan program ini disekolah-sekolah mereka. Berapa ramai guru-guru di Sekolah kita yang benar-benar memahami program ini walaupun sudah beberapa kali diberi penerangan? Program ini sebenarnya sangat menolong guru di sekolah seperti kita mengenalpasti kedudukan prestasi murid. Pengkelompokan murid yang telah dibuat oleh guru sebenarnya amat menolong guru dalam mengenalpasti psikologi murid. Guru boleh gunakan pengklompokan murid ini untuk menentukan apakah yang patut diajar berdasarkan kemampuan murid. Sebenarnya Program MaCS ini telahpun membantu kita membuat “kerja rumah” yang disebutkan dan ditambah dengan kreativiti kita dalam menyampaian isi kandungan dengan menggunakan pelbagai ABM dan berbagai kaedah dalam P & P , bukan sekadar Chalk and Talk. Berapa ramai guru-guru sekolah kita yang menggunakan kaedah terkini dalam P & P mereka? Berapa ramai guru yang mengaplikasi kaedah-kaedah P&P yang dipelajari di Universiti dan Maktab di sekolah. Atau sudah lupa?
  13. Semua pekerjaan memerlukan perancangan. Kita tidak boleh menafikan pekerjaan lain tidak ada perancangan yang dilakukan oleh mereka. Kita hanya nampak profesion kita sahaja kerana kita tidak pernah menceburi pekerjaan lain. Bagi pendapat saya semua pekerjaan ada perancangan, walaupun ia seorang nelayan. Bagaimana mungkin seorang peguam akan berdepan dengan kes di mahkamah tanpa persediaan, mana mungkin seorang doctor pakar bedah untuk membuat pembedahan tanpa ada perancangan? Mana mungkin seorang Perdana Menteri berdepan dengan rakyat dengan keadaan politik kita pada masa kini tanpa perancangan dan bagaimana mungkin seorang nelayan akan ke laut tanpa perancangan dengan pukatnya, perahunya dan penyediaan-penyediaan lain sebelum ia turun ke laut. Ini menunjukkan bahawa bukan guru sahaja yang membuat perancangan. Barangkali perancangan yang dibuat hanya berbeza mengikut profesion tertentu. Sebelum menjadi guru saya pernah bekerja di sebuah Syarikat iaitu Infografik Design Consultan pada tahun 1991– saya rasa perancangan yang dilakukan oleh rakan-rakan dalam mengatur strategi marketingnya amat mencabar. Syarikat ini adalah syarikat pengiklanan yang membuat papan-papan iklan yang besar seperti di sepanjang lebuh raya di semenanjung. Sekarang syarikat ini adalah salah sebuah syarikat yang terkenal di Alor Setar. Oleh itu sebagai guru adakah kita patut mengabaikan perancangan?
  14. Kekuatan SMK Belawai – SMK Belawai mempunyai kekuatannya tersendiri. Ramai guru baru di tempatkan di sini. Saya kira semua guru yang baru tentulah mempunyai semangat yang tinggi untuk melihat tahap kemampuan diri dalam memberi pendidikan. Ramai pelajar yang berjaya maka cemerlanglah kita. Sebagai guru baru kita perlu ada Visi sendiri. Kita perlu ada target. Adakah kita ada menjadi guru biasa selamanya sehingga kita pencen? Bagi saya tidak. Saya bertugas sebagai guru bermula 1993 di SMK Three Rivers, Mukah. Saya mengajar Perdagangan dan Ekonomi Asas. Sejak diberi tugas tersebut , setiap tahun saya mencatatkan prestasi saya dengan peratus pencapaian murid. Sehingga saya berpindah ke Sibu hingga ke Tahun 2006 saya masih melihat prestasi P & P saya dengan pencapaian murid. Dari catatan saya, saya dapati sekiranya saya berusaha lebih sedikit pencapaian pelajar akan meningkat. Pada hakikatnya usaha dari kita (guru) selain dari usaha pelajar adalah perlu untuk mencapai kecemerlangan.
  15. Sebagai guru perdagangan target saya hanya satu sahaja pada masa itu – Guru Cemerlang Perdagangan. Seingat saya sebelum di arah bertukar ke SMK Belawai sebagai pengetua, 3 kali saya memohon sebagai guru cemerlang perdagangan. Maklumat yang saya terima ialah ia bukan subjek kritikal,walaupun pada masa tersebut banyak kekosongan jawatan tersebut. Oleh itu semua guru baru di SMK Belawai, tentukan target masing-masing seperti kata Allahyarham Awang Had Salleh, Mantan Naib Canselor UUM. “Letakkan Cita-cita Anda Setinggi Langit, Tidak Capai Langit Awan Pasti Di Capai”.
  16. Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Dr Abdul Shukur Abdullah (1998) menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan iaitu:
    i. Bersikap profesional.
    ii. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
    iii. Kaya ilmu.
    iv. Bertindak di atas landasan etika dan tatasula kerja.
    v. Bermoral teguh.
    vi. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
    vii. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
    viii. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
    ix. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
    x. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
    xi. Memastikan situasi guru mengajar dan murid belajar wujud dalam kelas.
    xii. Berkeupayaan melahirkan sekolah berwatak, supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti baik dan serba boleh.
    xiii. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
    xiv. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
    xv. Taat setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan maruah profesionnya
    xvi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    xvii. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan semasa, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi
    http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8
  17. Pelajar tetap pelajar – Perasaan malas mereka adalah perkara biasa. Mana-mana sekolah pun akan menghadapi masalah yang sama termasuk sekolah-sekolah yang kita anggap sekolah hebat. Jadi masalah ini bukan hanya di sekolah kita sahaja. Masalah tak bawa buku. Tidak ada alat tulis, tidak buat kerja rumah, datang lewat, ponteng kelas dan sebagainya. Perkara ini juga perlukan sokongan guru untuk mengatasinya. Jika masalah ini dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan maka segala apa yang kita rancang dan target akan menjadi sia-sia. Carilah, bacalah (teori-teori dan tulisan bijak pandai dalam ilmu pendidikan), usahalah atau bertanyalah dengan rakan-rakan kita di sekolah lain apakah kaedah-kaedah yang digunakan oleh mereka yang dapat kita guna pakai di sekolah kita.
  18. Akhir sekali saya menyeru kepada semua guru-guru di SMK Belawai marilah kita sama-sama bergerak bersama untuk kemajuan SMK Belawai, sebelum kita berpindah, sebelum kita di tukarkan dan sebagainya kerana selagi sekolah ini tidak cemerlang masyarakat akan menganggap kita (guru-gurunya) juga tidak cemerlang. Sedangkan ramai guru-guru di SMK Belawai terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang. Ada di kalangan guru-guru kita yang beberapa kali mendapat Anugerah Dekan di Universiti. Contohilah rakan-rakan kita di sekolah Kluster, di Sekolah Sains (MRSM) dan sebagainya. Seperti kata rakan KPLI saya dulu Cikgu Nazir yang kini bertugas di MRSM Pokok Sena Kedah, katanya kami perlu sentiasa mendahului orang lain.

Tuesday, September 30, 2008

17. Guru Gagal PTP Akan Ditukar Mata Pelajaran


Oleh Syuhada Choo Abdullah
Berita Harian Online 30 September 2008

Pendidik ajar Sains, Matematik mesti mahir bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR: Guru Sains dan Matematik yang didapati masih gagal menguasai kemahiran bahasa Inggeris selepas beberapa kali menduduki Penilaian Tahap Profisiensi (PTP) akan ditukarkan mengajar mata pelajaran lain. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata guru terbabit ialah mereka yang berterusan mencatat pencapaian rendah iaitu Tahap Satu dan Tahap Dua dalam PTP.
Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah dan menengah. "Justeru, guru PPSMI yang masih gagal menunjukkan sebarang peningkatan daripada pencapaian rendah mereka dalam PTP selepas tiga atau empat kali menduduki penilaian itu, mereka akan diarah mengajar mata pelajaran lain. "Bagaimanapun, berdasarkan hasil penilaian setakat ini, hanya sebilangan kecil guru yang mencatat pencapaian rendah dalam PTP dan sedang berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.
"Secara keseluruhan, rata-rata guru PPSMI tidak menghadapi masalah berkenaan selepas beberapa tahun melaksanakan pengajaran itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Akhbar ini sebelum ini melaporkan seramai 74,657 guru yang melaksanakan PPSMI menduduki PTP bagi mengukur pencapaian mereka dalam penguasaan kemahiran bahasa Inggeris, 28 Jun dan 5 Julai lalu. PTP menguji tahap penguasaan bahasa Inggeris guru terbabit dalam tiga aspek kemahiran, iaitu penulisan, pendengaran dan pertuturan. Penguasaan diukur berdasarkan pencapaian Tahap Lima dan Tahap Empat yang dikategorikan sebagai memiliki kecekapan tinggi, Tahap Tiga (sederhana), manakala Tahap Dua dan Tahap Satu (rendah). Sambil menjelaskan pihaknya belum menerima laporan keputusan penilaian terbaru itu, Alimuddin berkata, semua guru Sains dan Matematik perlu memanfaatkan bayaran insentif subjek pendidikan (BISP) yang diperoleh sebagai bantuan tambahan untuk pembangunan diri ke arah memperkemas kemahiran berbahasa Inggeris, di samping kursus dan program sokongan disediakan kerajaan.
Secara umum, katanya, guru terbabit dalam pelaksanaan dasar PPSMI menerima BISP pada kadar lima peratus daripada gaji pokok bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, manakala bukan siswazah pula 10 peratus sebagai pengiktirafan serta keprihatinan terhadap mereka.

Tuesday, September 23, 2008

14. Masalah Air Di SMK Belawai

  1. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada semua warga SMK Belawai kerana dapat bersabar dengan masalah ketiadaan air sepanjang 3 minggu lepas. Barangkali ini adalah ujian Allah SWT kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Berbagai ujian daripada Allah untuk menguji kita.
  2. Walaubagaimanapun kesabaran tersebut ada hadnya juga. Ketiadaan air ini bukan saja dihadapi oleh para pelajar tetapi juga kepada seluruh warga SMK Belawai sama ada yang tinggal Flat, rumah guru dan saya juga tidak ketinggalan. Nasib baiklah ada sedikit air yang ditakung dapat juga mandi dan berwuduk.
  3. Maklumat yang yang saya perolehi daripada penduduk setempat masalah kali ini adalah masalah yang terburuk pernah berlaku. Sebelum ini tidak pernah berlaku sedemikian. Sepanjang saya berada di SMK Belawai. Ini adalah kali kedua saya mengalaminya. Kali pertama ialah pada bulan 6 yang lepas, semasa semua pelajar dan guru-guru pulang bercuti, tetapi saya masih bekerja di sini terpaksa berulang alik dari sibu ke Belawai setiap hari kerana masalah tersebut. Seingat saya pada masa tersebut saya menyambut kedatangan Ustaz Syamri ke Sekolah. Kesihan dia, dah lah datang bersama isteri, terpaksa pula mengahadai masalah air.
  4. Terpanggil saya untuk menulis perkara ini kerana kemungkinan rakan-rakan guru yang lain juga ingin tahu apakah tindakan pihak sekolah atas masalah ini. Untuk pengatahuan semua selang beberapa hari ketiadaan air (air ada tetapi pada masa-masa tertentu dan tekanan air tidak kuat) di SMK Belawai, saya cuba mendapat maklumat dari JKR Belawai tetapi tiada jawapan. Saya berbincang dengan YDP PIBG Ustaz Alwi, apakah yang perlu kita lakukan dengan masalah ini. Saya bimbang jika air tiada secara berterusan masalah lain akan timbul, masalah penyakit dan sebagainya. Lebih-lebih lagi pelajar asrama yang ramai. YDP pun buntu kerana bukan sahaja SMK Belawai yang menghadapi masalah tersebut tetapi penduduk kampung sekitar juga menghadapi masalah yang sama. Namun demikian, masalah tidak ada air ini tidaklah sampai semua pelajar tidak dapat minum kerana air untuk minum yang disediakan di dewan makan adalah mencukupi.
  5. Saya cuba mendapatkan penjelasan dari JKR Sarikei. Dapat dihubungi Mr. Lau. Beliau memohon maaf kerana katanya tekanan air memang rendah dan ada kemungkinan ada kebocoran paip air yang disalur dari Sarikei Ke Belawai. Oleh itu kita tiada pilihan lain. Terpaksa menerima hakikat bahawa masalah ini terpaksa kita tanggung. Cikgu Yusop juga mendapat penjelasan dari pihak JKR Sarikei.
  6. Dalam mesyuarat pengurusan, Ustazah Maznah ada mengemukakan masalah ini. Beliau memohon supaya saya membenarkan pelajar asrama yang dekat pulang ke kampung sekiranya masalah ini berterusan. Bagi saya mana yang terbaik kita lakukan untuk pelajar. Malangnya ada ibu bapa yang kurang faham dan menelifon saya mempersoalkan kenapa anak mereka dibenarkan pulang kerana ini melibatkan perbelanjaan besar bagi keluarga yang kurang berada. Pihak sekolah tidak memaksa tetapi ia terpulang kepada pelajar tersebut apa yang terbaik untuknya. Semua pelajar yang pulang dibenarkan pulang dengan surat yang bersyarat iaitu hanya 1 minggu sahaja. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan akan datang semula ke sekolah sehingga selepas hari raya. Dalam mesyuarat pengurusan ada juga cadangan supaya kita memohon JKR menghantar air tetapi kita tidak ada bekas untuk menadah air.
  7. Dalam pada itu juga pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Abd Gani (PKKK) kerana membenarkan pelajar menggunakan tong-tong air dalam stor sukan untuk disalur air dan digunakan oleh para pelajar untuk berwuduk. Begitu juga dengan guru-guru lain yang perihatin dengan masalah ini.
  8. Saya cuba memikirkan apakah yang perlu saya lakukan dan akhirnya saya meminta En Dor memasang Pam air di 3 buah asrama dan juga Flat guru. Nampaknya berhasil. Saya melawat di asrama lelaki dan melihat pelajar dapat mandi dan membasuh - alangkah sejuknya hati.
  9. Selepas saya menghubungi JKR Sarikei, 3 orang pegawainya telah datang memantau keadaan di SMK Belawai dan menerangkan kepada saya tentang masalah yang mereka hadapi dan masalah tersebut telah diselesaikan dan cuma tekanan air masih rendah.
  10. Buat masa sekarang masalah ketiadaan air di SMK juga telah sampai kepada pengetahuan pejabat YB Norah dan mereka telah menelifon sekolah untuk mendapat maklumat dari pihak sekolah.
  11. Untuk makluman kepada warga SMK Belawai, sebelum masalah ini berlaku pihak sekolah telah pun membuat satu kolah untuk asrama lelaki dengan harapan jika masalah air ini berlaku ia dapat diatasi, malangnya masalah ini sangat lama sehingga memakan masa berminggu-minggu yang tidak kita jangkakan sama sekali.
  12. Pada masa sekarang para kontraktor sedang membuat kolah untuk 2 asrama puteri dan langkah seterusnya ialah membuat tangki air bagi semua blok asrama lelaki dan perempuan. Tetapi jika masalah ini terlalu lama yang tidak dijangkakan saya tidak menjamin air tersebut mencukupi.
  13. Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi apa yang kita sangat-sangat berharap supaya sekiranya sesuatu masalah itu berlaku maka pihak yang bertanggungjawab perlulah cepat bertindak bukannya menunggu berbagai rungutan dari orang ramai kerana ia adalah keperluan asas yang wajib ada.

Sekian..

Wednesday, September 10, 2008

13. KEPENTINGAN MEMAHAMI PSIKOLOGI PELAJAR

Oleh : Mohd Saleh Ismail
Penulis ialah Kaunselor Berdaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber : Pendidik Bil 51/Ogos 2008
Rencana ini telah diringkaskan untuk dimanfaatkan isi-isi pentingnya.

Guru banyak menghabiskan masa dalam bilik darjah kerana bertanggungjawab dalam P & P dan guru juga menggunakan masa sepenuhnya memastikan matlamat P & P tercapai dan selari dengan kehendak sukatan pelajaran.

Proses P & P tidak semudah yang disangka. Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat. Walaubagaimanapun guru perlu memberi perhatian kepada psikologi pelajar. Keputusan guru penting dalam P & P kerana ia akan mempengaruhi pembentukan pelajar, sekolah dan masyarakat. Jika guru hanya menumpukan kepada objektif, dan isi pengajaran semata-mata dikuatiri akan ada penghalang antara guru dan murid. Guru tidak boleh “syok sendiri” – bersedialah dengan sumber pengajaran yang lengkap.

Tahap dan kualiti pengajaran guru sekarang semakin baik kerana berbagai kursus diadakan tetapi tidak mencukupi jika guru tidak membuat “kerja rumah” yang sepatutnya iaitu mengukur dan menilai tahap pencapaian pelajarnya sebelum meneruskan P & P.

Pelajar bukanlah robot, mereka mempunyai hati dan perasaan. Sebagai insan yang sedang menuju kematangan hidup, mereka perlu melalui pelbagai proses pembinaan jati diri untuk menghadapi cabaran. Sebelum sampai ke bilik darjah pelajar menempuh pelbagai halangan peristiwa dan kejadian yang sebahagian besarnya terakam dalam kotak minda. Perkara inilah yang mengganggu emosi dan persediaan pelajar dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Jika guru menyampaikan P & P tanpa memikirkan persediaan pelajar dan kemampuan pelajar menerima isi pelajaran maka guru diibaratkan sebagai posmen yang hanya bertugas menyampaikan surat tanpa memikirkan isi kandungannya.

Persediaan sebelum mengajar perlu dilakukan. Guru perlu tahu pencapaian pelajar di dalam subjek yang diajar, aras pengajaran dan cara untuk menyediakan isi kandungan pelajaran.

Langkah pertama yang disebut “Set Induksi” amat penting. Guru perlu guna pengalaman menyediakan “Set Induksi” yang sesuai dan releven dengan pelajaran yang diajar. Ia tidak mengambil masa yang lama sekitar 5 hingga 6 minit tapi perlu digunakan sebaik mungkin.

Guru boleh mengaitkan dengan unsur alam sekitar, kehidupan pelajar, minat dan cita-cita mereka atau pengalaman lampau. Selain bersyarah, gunakan tayangan video, petikan program, cerita, lukisan, gambar. Semangat ingin tahu mendorong mereka mengubah pandangan dan pemikiran mereka.

Guru tidak boleh mengambil mudah dalam menyediakan aktiviti P & P. Menganggap semua pelajar di dalam kelasnya itu mempunyai taraf pengetahuan yang sama adalah satu kesilapan.

Selepas mengenalpasti semua faktor guru boleh merangka isi P & Pnya. Pada masa yang sama guru menghadapi kekangan masa dengan pelbagai aktiviti lain tetapi ia bukan satu alasan untuk terus mengajar tanpa persediaan, pengetahuan sedia ada dan pengalaman lampau murid.

Dengan mengetahui psikologi pelajar, sedikit sebanyak dapat membantu guru melihat kembali objektif yang hendak dicapai. Ujian berbentuk sumatif dan formatif adalah dua jenis pengukuran dan penilaian yang boleh digunakan.

Jelaslah, untuk memulakan P & P selain menyediakan ringkasan, banyak tugas lain yang perlu dilakukan oleh guru. Guru yang kreatif dan inovatif akan sentiasa memikirkan tentang psikologi pelajarnya, kehendak sukatan pelajaran, ruang waktu, tempat dan objektif P & P. Guru yang memikirkan semua perkara ini adalah guru yang mahu pelajarnya belajar sesuatu pada hari berkenaan, tidak bermakna guru hanya mahu menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata bagi menghalalkan pendapatannya bulan itu dan pelajar belajar untuk peperiksaan semata-mata.

Guru tidak boleh membina proses P & P pada tahap falsafah semata-mata tetapi perlu dinyatakan secara jelas dan benar-benar mahu memberi input kepada pelajar. Guru berkesan adalah guru yang keluar dari bilik darjah dengan rasa puas kerana objektif P & P tercapai.
....

Thursday, September 4, 2008

12. Sikap Guru Turut Jejaskan Kegiatan Kokurikulum

Kokurikulum pada asasnya adalah bertujuan untuk membentuk diri pelajar yang seimbang tetapi ia kurang mendapat sambutan dari segi penglibatan atau sokongan pihak tertentu. Abu Bakar Nordin (1991) menyatakan ia terjadi kerana sekolah atau institusi pendidikan lebih mengutamakan kecemerlangan akademik.

Walaupun ko-k diwajibkan ia masih pada tahap kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan beberapa faktor yang melibatkan guru, ibu bapa dan institusi pendidikan itu sendiri. Antaranya:
  1. Tanggapan yang salah terhadap ko-k - Ko-k bukan kegiatan akademik yang tidak diberi penilaian. Oleh itu ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak menyertainya dan masa tersebut digunakan untuk kelas tuisyen dan kelas muzik. Selain itu pencapaian cemerlang pelajar tidak diberi pengiktirafan sewajarnya dan pasaran pekerjaan lebih mementingkan pencapaian akademik.
  2. Kelemahan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti ko-k - Pembabitan guru kurang memuaskan. Guru mengganggap ini adalah beban tambahan dan bukan sebahagian kurikulum sekolah. Ada segelintir guru penasihat yang tidak mahir dengan kegiatan beruniform, kelab dan persatuan. Mereka tidak inovatid dan berinisiatif menentukan aktiviti seperti khidmat masyarakat, rekreasi dan pengayaan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kemampuan pelajar.
  3. Masalah dan Tanggapan Yang Salah Dikalangan Pelajar - Tinjauan Unit Disiplin Bahagian Sekolah pada 1983 mendapati kebanyakkan pelajar berpendapat kegiatan ko-k tidak mengnganggu kurikulum kerana dibuat diluar waktu persekolahan. Dengan itu ia melatih mereka membahagikan masa dan mengisi waktu lapang. Bagaimanapun faktor tempat tinggal yang jauh, pengangkutan dan prasarana sekolah menyebabkan mereka tidak dapat membabitkan diri dalam ko-k.

Masalah ini jika dibiar berlarutan akan membantutkan hasrat pendidikan yang ingin membentuk pelajar menjadi inisan yang mulia serta boleh dipercayai untuk memimpin negara pada masa depan.

Usaha-usaha yang patut dilakukan:

  • Pelaksanaan ko-k perlukan strategi tertentu dan dibuat berlandaskan prinsip untuk menggalakkan pelajar merancang, menentukan matlamat atau objektif serta berusaha mencapainya. Galakan penyertaan dan aktiviti perlu sesuai dengan minat pelajar dan selaras dengan pengetahuan akademik.
  • Guru harus memikir aktiviti yang memberi pelajar peluang untuk bekerjasama mengatasi masalah, meningkatkan prestasi, mematuhi peraturan, memimpin, bertanggungjawab serta mengeluarkan pendapat.
  • Guru perlu menjalinkan hubungan masyarakat melalui Hari Kokurikulum, di mana orang ramai dapat menyaksikan kegiatan ko-k di sekolah.
  • Guru penasihat perlu diberi latihan mencukupi supaya dapat mengelola dan menilai aktiviti yang dijalankan. Pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik perlu diberi penghargaan.
  • Penerangan yang jelas mengenai ko-k perlu diberikan kepada ibubapa supaya mereka memahaminya.
  • Sekolah perlu menggalakkan aktiviti selari dengan masyarakat setempat supaya mendapat kerjasama dan bersefahaman dengan masyarakat. Gunakan pengaruh pelajar untuk pembabitan ibu bapa.
  • Pelajar yang terlibat dalam ko-k perlu mempunyai "First hand information" mengenai mutu program, pengalaman, dan hubungan mereka dengan guru. Mereka juga digalak berkongsi pengalaman dengan ibu bapa. Selain itu pelajar juga menjadi penghubung antara sekolah dengan masyarakat. Langkah ini dapat membantu pihak sekolah memberi persefahaman kepada ibubapa dan masyarakat mengenai ko-k yang dijalankan disekolah serta faedah terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar.

Sumber : Pendidik - Bil 44 / Januari 2008

Note: SMK Belawai telah menerima 1 CD dan 1 fail aktiviti ko-k pada 30 Ogos 2008 dari PPDK Daro- Bahan tersebut kini ada di PSS. Semua guru boleh meminjam dan memikirkan aktiviti terbaik untuk SMK Belawai

Monday, September 1, 2008

11. GAGAL MENGUASAI 3M - ADAKAH BERPUNCA DARI KEMISKINAN?

  1. Julina Johan, Pegawai Perhubungan Awam telah menjawab bagi pihak Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia kepada seorang penulis artikal di di dalam akhbar Utusan Malaysia (2005) yang bertajuk Kemiskinan Punca 1,800 murid gagal menguasai 3M. Isu yang dibangkitkan tersebut adalah mengenai kegagalan murid-murid dijajahan Bachok, Kelantan yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
  2. Katanya satu kajian telah dibuat dan antara faktor yang dikenalpasti penyebab utamanya ialah (a)Faktor Biologi - neurologi dan intelek (b) Faktor persekitaran (c) Faktor Iklim Sekolah dan (d) Faktor Pengajaran dan Pembelajaran.
  3. Sekiranya murid mengalami masalah lemah pencapaian akademik disebabkan faktor biologi, mereka memerlukan satu program intervensi yang memakan masa yang panjang berbanding dengan rakan sebaya mereka.
  4. Murid dalam kategori ini dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan pakar agar penempatan program pendidikan bagi golongan ini dapat dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan pendidikan yang sebenar.
  5. Bagi murid yang penguasaan 3M bukan faktor biologi mereka mempunyai harapan yang cerah untuk dipulihkan.
  6. Walaupun begitu faktor kemiskinan adalah menjurus kepada faktor persekitaran tetapi ia bukanlah faktor utama murid lemah dalam pencapaian akademik, tetapi ia dilihat lebih kepada pengaruh budaya hidup sesuatu kelompok masyarakat, kualiti pemakanan, kesihatan dan suasana yang tidak menjana ke arah proses pembelajaran yang selesa serta konsisten.
  7. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran menerusi bahagian sekolah, bahagian biasiswa, bahagian buku teks dan Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan pelbagai program.
  8. Antara Program tersebut ialah : Rancangan makanan tambahan, program susu sekolah, skim pinjaman buku teks, Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Skim baucer tuisyen, biasiswa kecil, program pemulihan khas, pusat sumber sekolah, program nilam dan sebagainya.
  9. Semua program tersebut adalah bertujuan untuk dimanfaatkan oleh golongan pelajar miskin.
  10. Kementerian pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian dan penekanan khususnya dalam memberi peluang pendidikan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi memastikan kesamarataan dalam mendapatkan pendidikan dapat dinikmati oleh golongan tersebut.

Friday, August 15, 2008

9. Ucapan Pengetua Sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Belawai 2008

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum……….

  1. Yang saya hormati YDP PIBG SMK Belawai, Ustaz Alawi Bin Hj Sidek, P. Kanan Pentadbiran SMK Belawai, PK Hem, PKKK, Guru Ketua Disiplin, Guru-guru Kanan, Guru-guru dan para pelajar sekelian…
  2. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan kita bersama-masa dalam majlis perasmian bulan kemerdekaan ke 51 peringkat sekolah SMK Belawai 2008.
  3. Perpaduan teras kejayaan, begitulah tema bagi hari kebangsaan kita pada tahun ini. Saya percaya pemilihan tema ini adalah sangat tepat dan saya amat bersetuju kerana bagi saya hubungan etnik di Malaysia wajar dimantapkan yang masa ke semasa untuk mencapai satu tahap integrasi social yang lebih bersepadu.
  4. Masa depan Negara sememangnya ditentukan oleh perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan bukannya oleh kuasa asing. Perpaduan antara kaum tidak mungkin tercapai dari perspektif dan kepentingan sesuatu kaum tertentu kerana setiap kaum sememangnya mempunyai peranan masing-masing dalam usaha membentuk bangsa Malaysia yang bersatu.
  5. Sejak merdeka dan bermula daripada akta pendidikan 1961 sehingga kepada Akta Pendidikan 1996, asas perpaduan atau integrasi sentiasa menjadi dasar dalam pendidikan Negara. Realiti sosio-ekonomi-politik antara kaum menjadi penyebab isu integriti sering berbangkit.
  6. Memperkasakan sekolah kebangsaan, mengizinkan sekolah jenis kebangsaan wujud adalah gambaran toleransi dalam memberi ruang dan pilihan kepada murid dalam kalangan semua kaum untuk belajar. Pendekatan sekolah wawasan, sekolah Bistari dan sekolah satu sesi adalah usaha yang terancang supaya asas integrasi dapat diperkukuhkan. Walaupun ia melalui banyak cabaran tetapi usaha untuk perpaduan kaum melalui pendidikan terus diusahakan.
  7. Guru-guru dan para pelajar sekelian,
  8. Dalam konteks sekolah kita, untuk mencapai kejayaan kita juga perlu perpaduan. Visi sekolah kita SMK Belawai Cemerlang 2010 tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita tidak bersatu padu. Guru-guru mempunyai peranan nya tersendiri dan para pelajar juga mempunyai peranan nya tersendiri.
  9. Menteri pelajaran Datuk Hishamuddian Hussein semasa merasmikan konvension nasional PIPP di Institut Aminudin Baki pada 3 – 5 disember lalu telah menggariskan enam sikap penting bagi warga pendidika mencapai kejayaan. Salah satunya ialah Perpaduan semasa bekerja dan tidak bersendirian. Kita sebagai warga pendidik tidak boleh bekerja secara bersendirian. Kerjasama berpasukan dan semangat kesepunyaan dalam kalangan warga sekolah adalah penting untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu sesuatu program disekolah bukannya program individu tetapi program sekolah yang dirancang bersama dan mencapai kejayaan bersama.
  10. Sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf bahawa dalam ledakan era globalisasi ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran yang membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing. Semua pelajar perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.
  11. Sebagai pelajar yang pintar dan matang jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang nagatif seperti bergaduh, mendengar hasutan kawan, mencuri, minum minuman keras, manjadi mat rempit, menceroboh asrama perempuan atau lelaki dan sebagainya yang menunjukkan akal fikiran kita dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Sebaiknya kita bersatu antara satu sama lain jika ada kawan-kawan yang berniat seperti itu lebih baik kita nasihat-menasihati antara satu sama lain dan mengelakkan dari tindakan disiplin dari pihak sekolah.
  12. Para pelajar sekelian. Maksud satu hadis : Berkawan dengan individu pintar seperti berdiri di sisi penjual minyak wangi. Jika tidak dapat minyaknya tercium juga wanginya, jika berkawan dengan individu jahil seperti berdiri dekat dengan tukang besi, jika tidak kena baranya, kena juga asapnya. Apabila ingin cemerlang pilihlah kawan yang membantu kita mencapai matlamat kea rah kecemerlangan. Jika kita salah pilih kawan, kita akan kecundang.
  13. Guru-guru dan para pelajar sekelian. Berbagai cara orang menyambut kemerdekaan. Jika di K. Lumpur orang menyambut kemerdekaan dengan gaya yang gila-gila dirasuk syaitan. Tetapi kita disini, marilah kita sama-sama menyambut kemerdekaan dengan rasa bersyukur dan mengikuti program-program yang diatur unit kokurikulum dengan penuh keinsafan, bahawa kita dapat melakukan pelnagai aktiviti dengan keseronokan, bergembira, kebebasan tanpa rasa takut dan bimbang.
  14. Para pelajar sekelian,
    a. Sekolah akan ditutup mulai esok sehingga 25.8.08 dan pelajar asrama akan mula kesekolah pada 24.08.08.
    b. Semasa perjalanan balik pakai jaket keselamatan yang telah diagihkan
    c. Jaga keselamatan balik kerumah dan semasa datang kesekolah.
    d. Semasa di rumah semasa bermain dan sebagainya ingatkan keselamatan. Sebagaimana sihat walafiatnya kamu balik
    kerumah begitulah kamu datang ke sekolah nanti.
    e. Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM ingat masa untuk kamu hanya beberapa hari sahaja lagi. Jangan lupa buku dan study lah semoga tuhan merahmati usaha kita.
    f. Saya percaya ramai guru yang telah memberi kerja rumah yang mencukupi dan buatkan kerja rumah yang diberikan.
  15. Akhir sekali saya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG kita Ustaz alawi b. Hj Sidik, Semua jawatankuasa sambutan bulan kemerdekaan, semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, semua kakitangan sekolah dan terima kasih kepada semua pelajar yang banyak menolong guru-guru dalam menjayakan program ini.
  16. 51 tahun martabat bangsa diangkat, lantas dijulang, 5 perdana menteri, diseluruh dunia tersohor terbilang, rencamnya kaum dan budaya menjadi anyaman harmoni cemerlang, untaian kejayaan dan pencapaian, harum namamu berulang-ulang, satu bumbung, satu negara terbilang...
  17. Sekian ....................

Monday, August 11, 2008

Amanat Dari PPG Mukah Sempena Sambutan Hari Guru 2008 Bahagian Mukah 2008 - Di Politeknik Mukah

Perkara-perkara yang perlu diperbaiki / diperbetulkan
  1. Pematuhan pada tarikh akhir- sangat lemah di bahagian mukah. Setakat ini semua urusan ada saja yang belum hantar. Banyak pihak terjejas. Tidak pematuhan dari peringkat daerah, akan terjejas di peringkat gabungan dan seterusnya terjejas diperingkat negeri dan kebangsaan. Sarawak adalah negeri yang paling serious dan alasannya adalah logistic. Walaupun alasannya kukuh kita mesti ambil satu cabaran positf dan kita patuh 100% dan jangan beri pelbagai alasan. Tindakan tatatertib boleh diambil dalam bab D perintah-perintahan am –
  2. Pelanggaran peraturan dan prosedur – Bahagian tidak banyak tetapi jangan dibandingkan dengan bahagian lain tetapi jangan ambil mudah, walau pun satu kes berlaku ia adalah pencemaran. Ch penyalahgunaan wang, tidak hadir bertugas – jangan hilang pekerjaan dan mata pencarian. Amalkan “Clean” dalam semua perkara.
  3. Kesahihan data dan maklumat – Emis, SMM, SMA dll. – tidak tepat dan sah. Ia adalah kegagalan kita kemas kini data secara segera. Terutamanya tugas guru data yang selalu tangguh kerja. Ia boleh melibatkan peruntukan Anggaran Belanja Mengurus dan Peruntukan Perkapita Murid.
  4. Ketepatan format surat, nama orang, ejaan dan tarikh – kita institusi pelajaran patut beri pengajaran kepada orang tidak patut ada kesilapan. Prosedur surat adalah draf adalah pegawai meja dan minta PTR menaip. Dibawah ada nama orang yang draf dan orang yang menaip. Selepas ditaip, pegawai meja perlu semak dan initial dan baru hantar kepada orang yang akan menandatangani surat. Kalau tidak pasti ejaan sila rujuk kamus. Nama orang sangat penting, sesetengah orang tak kisah, tapi ada orang yang sangat ambil berat tentang itu, jadi berhati-hatilah.
  5. Sampah sarap – disekolah sampah sarap merata-rata. Walaupun sekolah uzur, lama dan sebagainya tetapi ia mesti teratur. Bangunan Lama dan tidak kemas adalah perkara berbeza. Walaupun lama kita mesti urus dengan baik. Jangan ada habuk dan sampah sarap. Ajar pelajar buang sampah ditempat yang sepatutnya dan langsung tidak dipedulikan. Rumput juga perlu dijaga. Jika syarikat pembersihan lemah gunakan PIBG. Kayu-kayu buruk disekolah perlu di beri perhatian sbb keselamatan.
  6. Buta huruf – Target 100% celik huruf dari peringkat sek rendah dulu. Jangan melepasi tempoh 5 tahun. Pengetua dan semua Pen Kanan bekerjasama dengan rakan2 sekolah rendah menangani masalah ini. Sekolah rendah boleh buat lawatan ke sek menengah bg mengurangkan kejutan budaya. Jika pelajar tidak dapat membaca sehingga tingkatan 5 ia adalah kegagalan guru dalam system pendidikan.
  7. Budi Bahasa- Masih terdapat dikalangan pelajar kita yang tidak menunjukkan budi bahasa yang tinggi terutamanya bila berhadapan dengan guru-guru dan pelawat yang dating ke sekolah. Dalam buku rekod mengajar perlu ada refleksi.

Tuesday, July 22, 2008

Cerita Dari Seorang Sahabat

Salam & Selamat sejahtera. Islam tidak mungkin bercanggah dengan ilmu sains yg dibuktikan dengan kaedah yg benar..namun dalam cerita berikut seolah-olah ada percanggahan. saya berkeyakinan bahawa tentu ada penjelasan disebalik. Any comen dari guru2 sains... Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya,melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya diatas segala nikmat yang diberikan Nya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dariSMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhirsekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlusaya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologidari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yangbertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebihkurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
  1. Hati
  2. Paru-paru
  3. Perut
  4. Hempedal
  5. Buah pinggang
  6. Jantung
  7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  8. Telur ikan
  9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini .Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam .Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut. Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anaksaya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya di masukkan kedalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillahbacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun .Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

  1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, dingdang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
  3. Elakkan minuman bergas
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima
  7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkanmencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu yaAllah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan olehorang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata,alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orangYahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat .Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden,waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantungdan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita . Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah .

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.