PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Sunday, January 25, 2009

34. Tekadkan usaha bergerak bersama mencapai impian


Sudah 3 minggu sekolah dibuka, kini cuti lagi “ Tahun Baru Cina”. Bukan alang-alang cuti. 1 Minggu pulak tu. Baru sahaja kita bermotivasi diri untuk berjuang terpaksa bertangguh lagi dan akan bermula lagi pada 2 Februari 2009. Oh.. dah sebulan berlalu dalam tahun 2009. Apa yang telah kita lakukan? Balik-balik terpaksa menghadapi “ Blue Monday” Terpaksa lagi di cucuk dengan pelbagai motivasi untuk bangun dari mimpi. Dah mula bangun, cuti lagi dan begitulah berulangnya cerita hingga penghujug tahun 2009 nanti . Namun begitu kita kena akur begitulah kehidupan kita saban tahun.

Menyorot kembali 3 minggu persekolahan, saya merasakan semua guru terlalu sibuk dengan pelbagai tugas yang diamanahkan. Bermula tarikh rasmi pendaftaran masuk pelajar pada 4 Januari 2009 sehingga sekolah ditutup untuk sama-sama merayakan Tahun Baru bersama-sama rakan-rakan yang berketurunan Cina, ramai guru yang masih sibuk dengan pelbagai tugas termasuklah menguruskan wang KWAPM untuk digaihkan kepada ibu bapa dalam "majlis penyerahan" pada hari jumaat yang lalu, hari terakhir persekolahan sebelum bercuti. Begitulah rentetan selain dari melatih pelajar untuk olahraga tahunan, mesyuarat panitia dll. Percayalah “Tiada kejayaan tanpa pengorbanan” Terima Kasih Cikgu.

Menurut Sumilah Marto http://jendelahikmah05.blogspot.com - PROFESION perguruan pada era mencabar ini tidak semudah seperti anggapan kebanyakan orang – kerjanya mudah, separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara. Tetapi pelbagai tugas lain juga dibebankan kepada guru.

Dari pengamatan saya, guru-guru di SMK Belawai amat komited terhadap tugas yang diberikan. Di dalam diri mereka terpancar ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau yang telah menerima latihan secukupnya. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu mengatasi pelajar yang semakin bijak disebabkan perkembangan teknologi maklumat. Guru SMK Belawai perlu bangkit dengan memiliki keterampilan diri sebagai pendidik yang sempurna. Disamping mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang.

Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan professional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahuu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertibangan guru itu sendiri. Namun di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.


Siapa pemimpin di sekolah?

Sudah tentu jari telunjuk kita akan diajukan kepada pengetua. Memang benar pengetua adalah pemimpin sesebuah sekolah dan tidak dapat dinafikan setiap kali ada kursus dan seminar untuk pengetua, perkara inilah yang selalu ditekankan. http://noddenberek12kbr.blogspot.com/ Pengetua memainkan peranan penting ke arah menjadikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan.Pengetua menjadi faktor penentu kejayaan sekolah. Kepemimpinan pengetua akan menentukan kemenjadian sekolah berkesan. Sekolah itu menjadi moving school. Ibubapa dan murid menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah itu. Sekolah berkesan ialah sebuah sekolah yang berjaya menghasilkan murid yang berjaya dalam aspek akademik, ko-kurikulum, pembangunan sahsiah dan kemahiran sosial melalui pemupukan budaya tradisi dan watak sekolah itu sendiri.

Namun begitu suatu perkara yang kita sama-sama perlu ingat bahawa walau sebagaimana baiknya pentadbiran yang dilakukan oleh pengetua, sekiranya tidak dapat di ikuti oleh semua warganya maka semua program akan terbengkalai dan pengetua tersebut tidak akan berjaya. Oleh itu kepimpinan di sesebuah sekolah bukan terletak kepada pengetuanya sahaja tetapi kepada semua orang yang ada di dalamnya. Setiap orang guru di sekolah adalah pemimpin. Setiap orang guru ada tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan. PK1, PKKK, PKHem, GPK Akademik, Ketua Guru disiplin, Ketua Warden, Setiausaha peperiksaan, dan lain-lain guru yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa masing-masing adalah pemimpin. Walaupun kepimpinan tersebut dalam kelompok yang kecil, ia tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan kepimpinan inilah yang membawa kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Oleh kerana setiap dari kita adalah pemimpin, maka marilah kita sama-sama renungkan dari mula sekolah dibuka sehingga sekolah ditutup apakah selama 3 minggu tersebut kita sudahpun menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan kepada kita. Sudahkan kita bersungguh-sungguh mencapai visi dan misi sekolah seperti yang telah ditetapkan. Adakah kita telah menjadi seorang guru rumah sukan yang berkesan. Adakah kita telah menjadi seorang guru tingkatan yang berkesan.Adakah semua tugas yang diberikan dilakukan dengan jujur dan iklas atau semua dilakukan sebagai melepaskan batuk ditangga.
Jika kita belum lagi kearah itu maka sedarlah dari mimpi, ayoh bersama-samalah kita bersatu tekad berusaha untuk menjadi pemimpin yang berjaya untuk diri sendiri dan untuk kecemerlangan sekolah. Sesungguhnya ada di antara kita yang masih tidur, yang masih lagi mencari arah tujuan dan masih mimpi untuk mencapai kesenangan tanpa usaha. Ketahuilah kita bercita-cita besar untuk menjadikan sekolah Menengah Kebangsaan Belawai sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah perlu digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Maka sudah tentu semua warga sekolah perlu disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Usaha ini bukan main-main, kita perlu mencapainya menjelang 2010. Jadikan diri kita guru yang berwawasan dan menyintai pekerjaannya. Guru SMK Belawai perlu bersikap positif dan yakin dalam apa yang dilakukan, di samping sabar menerima kenyataan biarpun pahit untuk ditelan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

33. Selamat Tahun Baru Cina

Saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan guru yang berketurunan cina yang menyambut Tahun Baru Cina 2009. Semoga dengan kedatangan Tahun Baru ini cikgu mempunyai semangat baru, azam baru dalam mendidik anak bangsa kita menuju kecemerlangan.

Selamat Tahun Baru

Gong Xii Fat Chai

Thursday, January 22, 2009

32. Anda Cemerlang. Tahniah




Wajah-wajah juara 2009


Misi SMK Belawai Cemerlang 2010 makin menjadi. Perkara ini suatu yang sangat positif. Kejayaan 36 atlit SMK Belawai mendapat johan keseluruhan bersama dengan guru-guru pengiring yang terdiri dari Cg Gani (PKKK), Cg Muliadi, Cg Rogayah, Cg Mahhadir, Cg Herman (Pegawai Kejohanan), Cg Faisal (Pegawai Kejohanan) dalam Kejohanan Olahraga Antara Sekolah-sekolah Bahagian Mukah adalah sangat membanggakan. Dengan keputusan 18 emas, 13 perak dan 12 gangsa dengan markah keseluruhan mengatasi SMK TPDPH Normah Daro telah menobatkan SMK Belawai dengan 36 atlit sebagai NO 1 antara 10 buah sekolah bahagian Mukah. Sesungguhnya kejayaan itu tidak datang bergolek. Saya percaya penat lelah guru-guru yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada atlit sangat berbaloi dengan keputusan tersebut. Biar pun berpanas berhujan selama beberapa hari dari 24-27 Februari 2009 dengan kulit muka hitam dibakar mentari tetapi semua kesengsaraan tersebut telah dibayar dengan kejayaan. Tahniah Cikgu..

Thursday, January 15, 2009

30. Selamat Kembali Ke Sekolah

  1. Alhamdulillah Bersyukur kehadrad Allah S.A.W dengan kehendaknya permulaan Tahun 2009 disambut dengan kejayaan dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PMR dari 45% melonjak kepada 59.3%. Ucapan tahniah yang tidak terhingga dari saya kepada semua guru SMK Belawai yang terlibat secara langsung mengajar tingkatan 3 dan guru-guru lain yang sama-sama mendoakan agar sekolah kita cemerlang dalam semua bidang sama ada ko-kurikulum dan kurikulum.
  2. Guru-guru yang saya hormati sekelian, Selamat kembali ke sekolah. Semoga percutian cikgu penuh dengan rasa gembira apatah lagi bersama-sama dengan orang yang tersayang yang lama tidak kita jumpa. Abadikan dalam kenangan bersama dengan gambar-gambar kenangan, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita akan bersama-sama dengan mereka lagi pada masa cuti yang akan datang.
  3. Apabila kita kembali kesekolah bermakna kita sudah mempunyai tanggungjawab baru, matlamat baru, sasaran baru dan azam baru untuk membina kerjaya. Sekali kita cemerlang kita akan terus cemerlang. Kita berazam mengekalkan kecemerlangan atau akan lebih cemerlang dalam tahun 2009 ini.
  4. Segala maklumat dan arah tuju SMK Belawai telah pun disampaikan dengan jelas kepada semua guru termasuk guru baru pada Mesyuarat 1/2009 pada 3 Januari 2009 yang lalu. Semoga hasrat sekolah untuk menjadikan SMK Belawai Cemerlang 2010 akan mencapai matlamatnya. Saya sekiranya perkara-perkara yang disentuh dalam mesyuarat tersebut dan perkara-perkara yang terkandung di dalam Buku Panduan Staf 2009 di hayati kita mampu menjadikan diri kita seorang guru yang berintegriti tinggi.
  5. Guru-guru yang saya hormati sekelian. Selain dari matlamat sekolah, kita sebagai guru kita perlu mempunyai azam dan matlamat sendiri. Jadikan diri kita sebagai seorang yang mempunyai pendirian. Cikgu berhak untuk mengenali diri sendiri, dimana arah tuju kita sebenarnya. Letakkan satu matlamat atau sasaran untuk diri sendiri dan jadikan diri kita sebagai guru yang cemerlang. Kejayaan seorang askar di medan peperangan adalah mengalahkan musuh maka kejayaan diri kita dilihat berapa peratus kelulusan anak murid yang kita didik. Besama-samalah kita mempunyai azam yang sama kerana azam yang sama itu akan mewujudkan satu TEAMWORK yang kuat.
  6. Guru-guru yang saya hormati sekelian, Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua guru dengan kejayaan sekolah yang kita perolehi, Ucapan terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat dalam urusan pendaftaran pelajar, urusan buku teks, jadual waktu, koperasi dan kepada semua guru yang terlibat sehingga sanggup mengorbankan masa cuti masing-masing. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik cikgu dan cikgu akan mendapat ganjaran yang sewajarnya di dunia dan di akhirat.
  7. Sekian, selamat mengajar anak bangsa kita, selamat menjadi guru yang berperibadi tinggi.

SMK BELAWAI CEMERLANG 2010.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.