PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, March 22, 2010

69. Sijil Bukan Segalanya

Keratan akhbar : Utusan Malaysia, Sabtu 20 Mac 2010, ms 2.

  1. Beberapa orang pelajar lepasan SPM yang saya temui pagi tadi ( 22.3.2010) yang datang ke pejabat sekolah untuk mengambil testimonial dan sijil berhenti sekolah, sedikit pun tidak menampakkan kerisauan, bimbang akan masa depan. Semuanya nampak ceria walaupun keputusan SPM yang mereka dapat sekadar lulus dan ada yang tidak layak menerima sijil pun. Masing-masing bercerita sesama sendiri dan ada yang merasa bangga kerana baru sahaja tamat PLKN. Ada antara mereka bekerja di Kilang-kilang yang ada di Tanjung Manis.
  2. Berbeza sekali dengan rakan-rakan mereka yang datang minggu lepas, yang awal-awal lagi merancang untuk masa depan dengan berjumpa guru-guru terutama PK1 dan Guru Kaunseling untuk mengisi borang online.
  3. Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia yang sama-sama akan berbincang untuk mencari kaedah terbaik bagi pelajar-pelajar yang kurang berjaya merupakan satu langkah bijak. Selama ini kita hanya menumpukan kepada pelajar-pelajar yang berjaya sahaja dan pelajar-pelajar tadi disisihkan. Dengan adanya perbincangan ini harapan saya kedua-dua Kementerian ini akan mecari arah tuju pelajar yang lebih berobjektif kerana haluan yang dipilih oleh pelajar yang kurang berjaya belum tentu betul.
  4. Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas usaha ini. Semoga pendidikan di Malaysia bukan sahaja pendidikan selepas pelajar mendapat sijil tetapi lebih kepada pendidikan seumur hidup. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu, jika umat itu sendiri tidak mengubahnya.
  5. Saya yakin, pelajar yang tidak berjaya dalam bidang akademik tetapi cemerlang dalam bidang lain. Contohnya Adik Hendra Bin Bakri, anak pengawal keselamatan di SMKB yang sekarang ini menjadi salah seorang pemain bola sepak negeri.
  6. Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas ini fikirkanlah tentang bagaimana boleh kita menjana kemahiran pelajar. Wujudkan banyak sekolah-sekolah seperti dulunya sekolah Vokasional, Sekolah yang dapat melatih pelajar tentang perhotelan, Chef, Pengurusan Restaurant, Jahitan, perkhidmatan dan lain-lain. Semoga idea ini akan memberi lebaran baru kepada pendidikan negara.

Thursday, March 18, 2010

68. Star Fish Story

Gambar Hiasan Majlis Makan Malam Hari Tg Manis ke 19 di petik dari sini. Maaf tiada gambar terbaru sambutan yang ke 20.
Kepada YB Datuk Norah Tun Rahman, saya mohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Hari Tanjung Manis ke 20 pada sabtu lepas dan saya diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cg Yusup Hj Omar. Ini kerana saya terpaksa menghadiri Mesyuarat pengetua bersama pengarah Pelajaran Negeri Sarawak di Sibu. Walau bagaimanapun saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Datuk kerana telah mengiktiraf usaha guru-guru SMK Belawai dengan memberi hadiah galakkan kepada para pelajar SPM dan PMR yang cemerlang dan para pelajar SPM dan PMR yang mendapat sekurang-kurangnya 3A dan ke atas.

Saya tidak melihat usaha ini dari kaca mata politik, tetapi saya melihat bagaimana pengiktirafan yang diberikan kepada sebuah sekolah luar bandar yang boleh dikatakan sedang meniti kejayaan. Walaupun PMR menurun 10.23% dari 58.11% kepada 47.88% disebabkan killer subjek iaitu Bahasa Inggeris tetapi SMK Belawai buat julung kalinya melahirkan 2 orang pelajar mendapat 8A dan 4 orang pelajar 7A1B. Begitu juga dengan SPM, walaupun menurun tetapi SMK Belawai masih dalam kedudukan ke 7 dalam bahagian Mukah dari 10 buah sekolah dan kedudukan ke 132 daripada 172 buah sekolah seluruh negeri Sarawak. Dan untuk tahun-tahun yang akan datang kami guru-guru akan lebih bersemangat untuk terus mengutip tapak sulaiman dan dihumban ke laut dari Pantai Belawai supaya mereka akan terus hidup dengan cemerlang. InsyaAllah.

Sama-sama kita ikuti kisah Star Fish atau ikan bintang? atau tapak sulaiman ini. Walaupun cerita ini diceritakan dalam pelbagai versi tetapi masih memberikan kisah yang sangat menarik untuk diteladani.

Once a man was walking along a beach. The sun was shining and it was a beautiful day. Off in the distance he could see a person going back and forth between the surf's edge and and the beach. Back and forth this person went. As the man approached he could see that there were hundreds of starfish stranded on the sand as the result of the natural action of the tide.

The man was stuck by the the apparent futility of the task. There were far too many starfish. Many of them were sure to perish. As he approached the person continued the task of picking up starfish one by one and throwing them into the surf.

As he came up to the person he said, "You must be crazy. There are thousands of miles of beach covered with starfish. You can't possibly make a difference." The person looked at the man. He then stooped down and pick up one more starfish and threw it back into the ocean. He turned back to the man and said, "It sure made a difference to that one!"
Sama-sama kita hayati
Tajuk/Lirik Lagu: Diriku Tapak Sulaiman
Penyanyi: Elayana
Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup
Bagaikan diriku bintang berkelip
Dihujung angkasa bergelut sunyi
Rindukan malam
Rindukan teman
Bacalah kekasih
Bicara mata ini
Rindu tersimpan
Dalam sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk kuluah padamu
Pabila kau bersedia
Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup
Seperti insan yang punya kekasih
Rindu yang tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk kuluah padamu
Seperti insan yang punya kekasih
The Starfish Story
Original Story by: Loren Eisley

Thursday, March 11, 2010

67. Antara FPN dan NKRA

  1. Alhamdulillah, pada tahun ini pelajar SMKB dapat menerima keputusan SPM 2009 pada masa yang tidak jauh bezanya sama seperti rakan-rakan mereka di seluruh negara. Tidak seperti tahun-tahun lalu keputusan peperiksaan di terima lewat petang di sebabkan jarak yang jauh. Terima kasih kepada Cg Nizzuan, kerana dapat menghantar keputusan bagi 3 buah sekolah ke PPD Daro dari PPD Induk di Mukah iaitu SMKB, SMK Matu dan SMK TDPH Normah. Begitu juga kepada Cg Adeni yang bersusah payah menghantar keputusan tersebut ke Daro.
  2. Saya di fahamkan oleh PT, dengan kepantasan Cg Muliadi keputusan peperiksaan yang diambil dari cg Adeni, dapat sampai ke sekolah jam 12.00 tgh. Malangnya saya tidak dapat bersama-sama dengan pelajar yang berpusu-pusu datang pada masa tersebut kerana ada Taklimat E-Tukar di PPD Daro. Walau bagaimanapun selepas sahaja taklimat saya telah bergegas pulang dan sampai di sekolah jam 4.15 petang untuk bersama-sama dengan sebahagian pelajar.
  3. Analisis peperiksaan secara detail tidak sempat di buat, secara rambang, keputusan kali ini tidak jauh bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya - sederhana.
  4. Guru-guru mungkin akan merasa sedikit kecewa kerana ramai pelajar yang gagal dan akan merasa gusar kerana akan ditanya dalam mesyuarat Kurikulum nanti? dan mungkin strategi bagi panitia perlu diubah dan diganti dengan strategi yang menjurus kepada bagaimana pelajar boleh lulus dengan cemerlang untuk tahun 2010. Walaupun begitu, bagi sebuah sekolah Luar Bandar seperti SMKB yang terpisah jauh dari bandar besar dan susahnya perhubungan serta kurangnya pelbagai kemudahan bagi pelajar untuk belajar, hanya mengharapkan nota guru 100% dan kelas tambahan yang dijalankankan oleh guru-guru, keputusan ini sudah dikira sangat baik.
  5. Yang pasti dari pemantauan yang saya lakukan dan laporan daripada Penolong Kanan Pentadbiran serta Ketua Bidang dalam Mesyuarat Mingguan, semua guru telah menjalankan tugas dengan baik terutama bagi guru-guru tingkatan 5 yang mempunyai komitmen yang tinggi mengadakan kelas tambahan malam dan siang, termasuk hari Sabtu dan Ahad. Memang saya akan bertanya perkara ini kepada cg dan perlunya "post morterm" kerana, barangkali ada di mana-mana strategi kita, sentuhannya tidak menjadi. Saya harap cg-cg jangan terlalu stress, tumpukan kepada SPM 2010 seperti yang dilakukan oleh Cg Faisal dari awal lagi mengadakan kelas tambahan kepada pelajar Matematik Tambahannya.
  6. Saya faham, di sekolah kita ramai guru-guru baru, baru datang sudah menjadi ketua panitia, baru datang sudah mengajar kelas peperiksaan tetapi ini bukan alasan untuk kita tidak boleh berjaya. Guru baru tentulah banyak idea yang "Fresh" yang dapat dikongsi dan digunakan untuk sama-sama meningkatkan pencapaian akademik. Benar, seperti yang dikatakan oleh rakan guru kita, SMKB seolah-oleh sebagai Pusat Latihan Guru, kerana tukar gantinya terlalu tinggi. Perkara ini tidak dapat dielakkan, walau pun bukan hak untuk berpindah tetapi itu satu kemudahan yang diberikan kepada guru-guru walaupun 1 hari di SMKB. Apa yang penting biarlah kita cemerlangkan pusat latihan ini dengan pelatih-pelatih yang berkesan sebelum di tempatkan ditempat yang di pohon pindah sama ada di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung.
  7. Pernah dalam Mesyuarat seorang guru kita mengatakan, pelajar kita yang tinggal selepas peperiksaan PMR adalah "Sam***" atau golongan "Serp****", kerana semua pelajar yang cerdik pandai sudah keluar ke sekolah lain yang berprestej. Walau apa pun pandangan guru, itu hanya pandangan masing-masing. Tetapi bagi saya biarlah kita menjadi seperti orang gila dalam cerita "Tapak Sulaiman" walaupun tidak semua pelajar dapat kita selamatkan untuk cemerlang akademik tetapi kita telah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) walaupun tidak mendapat ganjaran NKRA.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.