PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, March 11, 2010

67. Antara FPN dan NKRA

  1. Alhamdulillah, pada tahun ini pelajar SMKB dapat menerima keputusan SPM 2009 pada masa yang tidak jauh bezanya sama seperti rakan-rakan mereka di seluruh negara. Tidak seperti tahun-tahun lalu keputusan peperiksaan di terima lewat petang di sebabkan jarak yang jauh. Terima kasih kepada Cg Nizzuan, kerana dapat menghantar keputusan bagi 3 buah sekolah ke PPD Daro dari PPD Induk di Mukah iaitu SMKB, SMK Matu dan SMK TDPH Normah. Begitu juga kepada Cg Adeni yang bersusah payah menghantar keputusan tersebut ke Daro.
  2. Saya di fahamkan oleh PT, dengan kepantasan Cg Muliadi keputusan peperiksaan yang diambil dari cg Adeni, dapat sampai ke sekolah jam 12.00 tgh. Malangnya saya tidak dapat bersama-sama dengan pelajar yang berpusu-pusu datang pada masa tersebut kerana ada Taklimat E-Tukar di PPD Daro. Walau bagaimanapun selepas sahaja taklimat saya telah bergegas pulang dan sampai di sekolah jam 4.15 petang untuk bersama-sama dengan sebahagian pelajar.
  3. Analisis peperiksaan secara detail tidak sempat di buat, secara rambang, keputusan kali ini tidak jauh bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya - sederhana.
  4. Guru-guru mungkin akan merasa sedikit kecewa kerana ramai pelajar yang gagal dan akan merasa gusar kerana akan ditanya dalam mesyuarat Kurikulum nanti? dan mungkin strategi bagi panitia perlu diubah dan diganti dengan strategi yang menjurus kepada bagaimana pelajar boleh lulus dengan cemerlang untuk tahun 2010. Walaupun begitu, bagi sebuah sekolah Luar Bandar seperti SMKB yang terpisah jauh dari bandar besar dan susahnya perhubungan serta kurangnya pelbagai kemudahan bagi pelajar untuk belajar, hanya mengharapkan nota guru 100% dan kelas tambahan yang dijalankankan oleh guru-guru, keputusan ini sudah dikira sangat baik.
  5. Yang pasti dari pemantauan yang saya lakukan dan laporan daripada Penolong Kanan Pentadbiran serta Ketua Bidang dalam Mesyuarat Mingguan, semua guru telah menjalankan tugas dengan baik terutama bagi guru-guru tingkatan 5 yang mempunyai komitmen yang tinggi mengadakan kelas tambahan malam dan siang, termasuk hari Sabtu dan Ahad. Memang saya akan bertanya perkara ini kepada cg dan perlunya "post morterm" kerana, barangkali ada di mana-mana strategi kita, sentuhannya tidak menjadi. Saya harap cg-cg jangan terlalu stress, tumpukan kepada SPM 2010 seperti yang dilakukan oleh Cg Faisal dari awal lagi mengadakan kelas tambahan kepada pelajar Matematik Tambahannya.
  6. Saya faham, di sekolah kita ramai guru-guru baru, baru datang sudah menjadi ketua panitia, baru datang sudah mengajar kelas peperiksaan tetapi ini bukan alasan untuk kita tidak boleh berjaya. Guru baru tentulah banyak idea yang "Fresh" yang dapat dikongsi dan digunakan untuk sama-sama meningkatkan pencapaian akademik. Benar, seperti yang dikatakan oleh rakan guru kita, SMKB seolah-oleh sebagai Pusat Latihan Guru, kerana tukar gantinya terlalu tinggi. Perkara ini tidak dapat dielakkan, walau pun bukan hak untuk berpindah tetapi itu satu kemudahan yang diberikan kepada guru-guru walaupun 1 hari di SMKB. Apa yang penting biarlah kita cemerlangkan pusat latihan ini dengan pelatih-pelatih yang berkesan sebelum di tempatkan ditempat yang di pohon pindah sama ada di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung.
  7. Pernah dalam Mesyuarat seorang guru kita mengatakan, pelajar kita yang tinggal selepas peperiksaan PMR adalah "Sam***" atau golongan "Serp****", kerana semua pelajar yang cerdik pandai sudah keluar ke sekolah lain yang berprestej. Walau apa pun pandangan guru, itu hanya pandangan masing-masing. Tetapi bagi saya biarlah kita menjadi seperti orang gila dalam cerita "Tapak Sulaiman" walaupun tidak semua pelajar dapat kita selamatkan untuk cemerlang akademik tetapi kita telah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) walaupun tidak mendapat ganjaran NKRA.

3 comments:

Hamba Allah said...

ya, SMKB pusat latihan yang terbaik bagi saya. pengalaman berada di SMKB walaupun sekejap sangat berharga..

Terima kasih kepada warga SMKB. Terima kasih cikgu-cikgu.

Salam rindu

Ridhwan
Sandakan,Sabah
hannanfarhana.blogspot.

mantan said...

Saya suka membaca posting cikgu. Pemikiran positif. Tidak semua guru yang kekal dengan pemikiran positif. Sebahagianya mudah berputus asa menghadapi cabaran.

Pelajaar-pelajar memang pelbagai ragamnya. Sebagai guru kita tidak mengharapkan semua pelajar pintar-pintar belaka. Kita harus jujur. Mengajar pelajar yang pintar juga ada masalaahnya.

Sebahagian besar peraanan guru iaalaah berhadapan dengan pelajar yang tidak pintar.

Semoga Cikgu Mohamad sentiasa senang menjalankan tugas sehaarian.

moshar2000 said...

Cg Ridhwan, Saya masih rindukan tulisan Cg Yang setiap minggu di lekatkan di papan notis untuk bacaan pelajar. Berbagai cerita menarik di persembahkan. Semoga cg meneruskan tradisi itu. Masih jadi ketua panitia sivikkah di sana?

Mantan, terima kasih atas sokongan yang diberikan.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati