PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, February 18, 2010

66. 1 Malaysia

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini di Sibu sangat meriah. Dua minggu sebelumnya ramai sanak saudara, rakan taulan yang bekerja di luar pulang untuk menyambut kedatangan tahun harimau bersama keluarga masing-masing. Suasana di Bandar Sibu penuh sesak. Jika dilihat dari nombor kereta, kebanyakkannya adalah nombor luar, antaranya dari bandar-bandar besar seluruh Sarawak dan dari Brunai Darulsalam.

Kepulangan mereka amat ditunggu-tunggu oleh kaum keluarga masing-masing. Bandar Sibu yang sebelum ini kurang sesak dah pandai "Jam". Tetapi tidaklah seteruk Bandaraya Kuching dan KL. Apa yang menarik ialah kesibukan membeli belah di sertai juga oleh kaum lain. Bukan sahaja rakan-rakan kita kaum Cina yang sibuk membuat persediaan terakhir, untuk makan besar. Tetapi, orang lain juga mengambil kesempatan menyebuk membeli belah dengan tawaran harga murah di gedung-gedung perniagaan. Selain dari itu, ramai juga orang-orang Melayu dan Iban yang menerima tempahan makanan dari rakan-rakan untuk di sajikan di Tahun Baru.
Isteri saya juga tidak ketinggalan "Gago" membuat kek dan masak untuk di berikan kepada rakan dan jiran. Almaklumlah semua jiran dari keturunan Cina, hanya kami sekeluarga sahaja orang Melayu di situ. Semasa hari raya, mereka juga buat begitu. Ini kira main balas-balas lah.. tapi menarik juga sebab dapat mengenali jiran dengan lebih dekat.
Tiga hari berturut-turut "melanggar" dari pagi hingga ke malam dari satu rumah ke satu rumah, saya dapati ada sesuatu yang unik iaitu makanan yang disajikan. Banyak makanan melayu. Ada rendang, ketupat, nasi himpit, sate dan tidak ketinggalan ialah kek lapis Sarawak yang sekarang dah terkenal seluruh Malaysia. InsyaAllah, yang pastinya Halal. Saya rasa semua kaum di Malaysia educated lah. Tahu akan pantang-larang orang Melayu tentang hal-hal makanan nie.. tetapi mungkin juga, ada yang sengaja buat-buat tak tahu.

Walau apa pun, konsep 1 Malaysia yang di war-warkan oleh Perdana Menteri kita sangat menjadi di Sarawak. Perkahwinan campur yang berlaku antara orang Cina, Melayu, Melanau, Iban dan sebagainya menjadikan hubungan kaum lebih erat. Kerana antara mereka ada pertalian saudara mara tetapi agama sahaja yang berlainan.

Perkara inilah yang saya rasa sangat ganjil, semasa saya mula-mula sampai di Sarawak pada tahun 1993, bila mendapat tahu dalam satu keluarga, islam dan kristian dapat hidup bersama. Saya masih ingat Mr. Kong seorang guru [sudah pencen tetapi masih kenal jika bertemu, orang pertama belanja saya minum di Bandar Mukah] berkata "Saya sangat berbangga dapat menghantar emak saya pergi haji dan saya anak yang baik pergi gereja setiap hari Ahad".
Semoga hubungan kaum di Malaysia terus aman, makmur dan semua orang dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Saling hormat- menghormati dan tidak merasa takut dan bebas ke mana-mana.
Melanggar
= ziarah
Gago = sibuk

1 comment:

Kaiser said...

salam 1 malaysia utk cikgu Shariff,,,,sama2 la kita doakan agar hubungan antara rakyat dapat dikekalkan keharmoniannya.........

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati