PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Wednesday, November 24, 2010

136.Jadilah Diri Sendiri

Lambang Sebuah Kejayaan
Dari Usaha dan Keringat
Hari ini hari ke 2 di seluruh Negara adalah hari yang paling penting kepada semua pelajar tingkatan 5. Mereka menduduki peperiksaan besar, peperiksaan SPM. Sudah tentu ada yang begitu yakin akan meraih kejayaan besar dan sedang berkira-kira berapa A’s yang akan mereka perolehi. Sebaliknya sudah tentu ada yang sekadar datang memeriahkan suasana kerana ada yang tahu hanya menulis nama sendiri dan beberapa patah perkataan dan sedikit pengetahuan matematik. Pelajar-pelajar yang selama ini tidak ke sekolah dengan masalah tersendiri juga menampakkan diri masing-masing di dalam dewan peperiksaan dan jika betul dengan keinsafan pada riak wajah maka mereka akan berjaya seterusnya kejayaan ini akan dibukukan, mereka pelajar bermasalah, tetapi berjaya mengatasi pelajar lain yang selama ini bertungkus lumus berusaha datang ke sekolah tanpa rekod ponteng. Seterusnya akan menjadi idola dan contoh sebagai ikutan kepada pelajar lain.

Di SMKB,  Pagi-pagi lagi ramai ibu bapa yang datang, menghantar anak masing-masing sehingga ke Dewan Peperiksaan. Syukur, saranan saya kepada ibu bapa disambut dengan baik. Sekurang-kurangnya para pelajar merasakan usaha mereka selama ini dihargai. Bukan hanya dimarah, diherdik dan dihukum kerana tidak membaca buku atau tidak berusaha bersungguh-sungguh, tetapi pengorbanan mereka selama ini, walaupun belum menampakkan hasil yang tuai telah dibayar dengan nilai kasih sayang dari seorang ibu dan dari seorang ayah yang selama ini menaruh berbagai harapan. Kehadiran guru mata pelajaran dan guru-guru lain serta YDP PIBG SMKB juga dilihat sebagai pembakar semangat mengiringi semua calon hingga ke dalam dewan peperiksaan. Anda boleh melakukan yang terbaik.

video

 Cara ini bukan satu penyelesaian yang baik untuk meraih kejayaan

Tidak pernah dalam sejarah, pelajar yang gagal diberi hadiah. Yang selalu kita dengar ialah hari Kecemerlangan Kecemerlangan Pelajar atau Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah. Begitu juga bagi Anugerah Cemerlang Dalam Perkhidmatan, tiada sedikit pun terlintas untuk memberi anugerah kepada guru-guru yang bermasalah atau yang berprestasi rendah. Semua orang mahukan kejayaan, begitu juga pelajar. Tiada yang mahukan kegagalan, tetapi potensi diri mungkin berbeza dengan rakan-rakan yang lain. Tekanan demi tekanan membuatkan diri dalam dilemma. Kita tidak dapat mnenyelami jiwa mereka ketika ini dan peristiwa yang sangat menyedihkan apabila seorang calon SPM dari Johor meninggal dunia di dalam dewan peperiksaan. Belum pun sempat kertas peperiksaan pertama di buka beliau pergi buat selama-lamanya..

Debaran yang dialami oleh pelajar kini sangat hebat dalam menunaikan kehendak diri dan yang berkepentingan. Namun kadang kala harapan yang terlalu tinggi kepada pelajar yang tidak berupaya menjadikan kita lupa apakah matlamat utama pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara. Kita mementingkan matlamat pencapaian sekolah dan Gred Purata Sekolah (GPS). Usaha-usaha yang kita jalankan lebih kepada “Berorientasikan peperiksaan” dan bagi seolah-sekolah yang mengalami berbagai tapisan pelajar sudah tentu usahanya berganda-ganda untuk mencapai sasaran.

Namun dalam situasi sebegini ibu bapa perlu menjadi penyelamat. Dalam mengejar kejayaan anak-anak kita perlu akur akan perbezaan mereka berbanding dengan adik beradik yang lain dan ada perbezaan potensi dengan pelajar-pelajar yang lain. Berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan tiada pilih kasih jika ada kegagalan. Kata bidalan nyiur setandan pun ada kecil besar, berair dan langsung tiada isi. Ini kan pula manusia, Kegagalan dalam pelajaran bukan gagal untuk terus hidup, kajian menunjukkan tiada kaitan kejayaan pelajar dalam peperiksaan dengan kejayaan mereka dalam usia dewasa.

Kelulusan yang baik yang diperolehi oleh semua pelajar sehingga di Menara Gading sudah pasti menuntut pekerjaan yang baik. Namun siapakah yang mencipta pekerjaan bagi para pelajar ini? .. Percaya atau tidak, ramai pelajar yang tercicir telah menjadi usahawan yang terkemuka. Ada yang membuka ladang dan ada yang membina empayar perniagaan dan lain-lain. Satu kisah benar yang di ceritakan oleh rakan saya, seorang yang dulunya semasa belajar bercita-cita untuk mengusahakan sebuah Pharmacy jika dia berjaya dalam pelajaran.

Malangnya separuh jalan dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Tetapi cita-citanya tidak tidak berhenti di situ, beliau berusaha mencari modal dan membuka pharmacy dengan menggunakan kepakaran rakan-rakan yang lulus dalam bidang ini sebagai pekerjanya. Akhirnya beliau mempunyai beberapa rangkaian Pharmacynya. Lalu saya teringat kisah bagaimana Henry Ford mencipta kereta. Banyak cerita yang saya baca menyatakan bahawa dia sendiri yang menciptanya tetapi ada yang mengatakan Henry telah menggunakan kepakaran rakan-rakannya dalam bidang ini dan menghasilkan keretanya yang pertama Ford Model T yang membuatkan beliau terkenal di seluruh dunia. Paling dekat dengan kita di sini ialah ramai kontraktor kelas F yang hanya memiliki sijil-sijil tertentu sahaja tetapi mereka berjaya menjadi usahawan walaupun tiada ijazah.

Tan Sri Loh Boon Siew
Mendiang Loh Boon Siew (Tan Sri), Berhijrah dari China ke Malaysia ketika berumur 12 tahun dan bekerja sebagai makanik. Beliau menambah pendapatan dengan mencuci bas dengan upah sebanyak 10 sen. Beliau buta huruf sepenuhnya sehingga ke akhir hayat. Beliau tidak pandai membaca dan menulis tetapi beliau telah menyediakan pekerjaan bagi ribuan orang. Banyak lagi contoh lain, tetapi yang sedikit ini, sekurang-kurangnya ia menjadi contoh dan teladan, tiada kegagalan dalam hidup. Tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi cemerlang dalam bidang lain. 

Kata seorang bapa kepada saya, anaknya adalah seorang yang pandai berbanding dengan anak-anak yang lain, semua kerja yang disuruh oleh guru dapat dibereskan dengan baik tetapi setiap kali peperiksaan dia gagal mendapat markah yang tinggi. Sangat menghairankan.. Namun bagi saya, beliau tetap pelajar yang pintar tetapi dalam peperiksaan walau sebanyak mana ilmu yang kita ada tetapi tidak dapat dicurahkan ke atas kertas dalam masa yang terhad dengan strategi yang betul dia akan mendapat markah yang rendah atau kemungkinan besar akan gagal.

Kata Douglas Mallock, kurang lebihnya.. Jadilah dirimu sendiri, Kalau tidak dapat menjadi meranti di puncak bukit, jadilah aur (Buluh) di tepi bukit yang teranggun.. Kalau tidak dapat menjadi rimbun, jadilah rumput menghiasi jalan... Kalau tidak dapat jadi haruan, jadilah sepat yang terlincah di dalam paya.. Kalau tidak dapat jadi nakhoda, jadilah pengikut yang terbaik .. Jika tidak menjadi bulan, jadilah bintang.. Jika tidak menjadi jagung jadilah keledek. Bukannya besar atau kecil kamu akan menang tetapi jadilah diri kamu yang terbaik..

TERIMA KASIH CIKGU

24 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
PANJANG ENTRI INI DAN MENARIK. ANAK2 PATUT MEMBACA N3 INI.

ainnoraini said...

selamat pagi cikgu...
byk pengajanran yg kite dpt dr n3 ni..terima kasih...sesuai untuk anak2 yg meningkat remaja ni...

Mohamad said...

Salam LF,
Semasa menaip tak sedar ia panjang.. ikut apa yang tersirat dan nak diluahkan...

Mohamad said...

Selamat pagi ainnoraini,
Terima kasih... pagi ini jam 8.00am saya dan beberapa orang guru BI pergi ke rumah seorang pelajar, memujuk supaya pergi mengambil exam, tetapi nampaknya tidak berhasil... gagal

Semalam makan di pujuk. Kertas BM habis dijawab...

Terpulanglah kepadanya.. Pihak sekolah dan guru-guru sudah berusaha memujuk sehingga ke rumah. Ibu bapa sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa. Pelajar ini pelajar pintar, tak pernah ponteng sekolah dan selalu lulus peperiksaan dgn baik.. sayang.

cemomoi said...

di mana ada kemahuan di situ ada jalan... harap saya bule jadik bapa yang dapat menyesuaikan kemahirannya dengan minat dan kebolehan sendiri... bukan dengan memaksa anak

ibuintan said...

salam cikgu,

n3 yg amat baik, anak saya tinggal di asrama, semalam saya hendak datang menjenguknya dan memberi semangat tapi dia tidak izinkan...

alfatihah untuk pelajar dari Muar Johor itu, tentu rakan2 terasa kehilangannya di saat mereka sedang berjuang untuk masa depan mereka

ckLah@xiiinam said...

Cikgu...satu fenomena yang saya nampak hari ini, calon-calon peperikaan tak malu-malu langsung untuk tidur melangkupkan muka di ats meja, dalam dewan peperiksaan....


....dan tak malu langsung keluar cepat dari dewan...lalu terus memacu motorsikalnya keluar sekolah...

Tak pun...sikit-sikit angkat tangan nak ke bilik air. Terpaksalah pengawas iringkan...

Saya dulu, kalau masa tu sedang 'black out' pun, apabila pengawas menghampir, cepat2 pura2 menjawab....sebab malu, dan takut.

imanshah said...

sangat setuju dengan ibuintan

kami di SBP, mana2 pelajar yang keluar awal dari dewan peperiksaan akan dikenakan tindakan disiplin..

Hamba Allah said...

boon siew hanya mekanik biasa. pihak Honda menawarkan kepada seorang Melayu tetapi tidak mahu. akhirnya boon siew ambil peluang tersebut..

kemahiran, kebolehan interpersonal, kekuatan emosi sangat penting dalam mendhadapi dunia realiti.

dunia luar sangat kejam

Admin P@P said...

Assalamualaikum Cikgu.
Satu entry yang 'semua dalam satu'. Hebat dan banyak pengajaran yang kita boleh pelajari.

Jangan ada kekecewaan dalam diri, jika pelajar kita gagal mencapai tahap yang kita inginkan. Mereka sudah berusaha, kita sudah berusaha.
Allah penentu terakhir.

TQ Cikgu.

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Pengalaman mengajar kita.. semoga kita menjadi yang tebaik..

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Memang betul, ada pelajar yang tidak mahu ibu bapa datang ke sekolah. Malu.. walau apapun kita hormatilah kehendak mereka. Mereka pun ada prinsip tersendiri...

Saya doakan semoga anak ibuintan lulus dengan cemerlang..

Mohamad said...

Salam ckLah,
Betul cg, bukan itu sahaja tetapi sekarang mereka seolah2 "ada kuasa" membuat keputusan untuk diri masing-masing...

Mereka boleh mengenepikan ibu bapa dan mengambil keputusan tidak mahu menduduki peperiksaan SPM walaupun sudah 2 tahun datang ke sekolah belajar, tanpa ponteng..

Mereka hanya "Jahil" mata pelajaran, tetapi dalam bab-bab lain, dalam diam, mengantuk dan sebagainya mereka lebih pandai dari kita...

Mohamad said...

Salam imanshah,
.. patut diubah peraturan dalam peperiksaan. "Tidak boleh keluar dari dewan peperiksaan sebelum tamat masa" kecuali kes2 tertentu atau ada surat dari doktor.. Bukannya penyiksaan tetapi kekadang mereka tidak pulang ke rumah tetapi ke tempat lain..

Kami di SMKB w/pun asrama/harian tidak membenarkan perkara ini berlaku..

Mohamad said...

Salam Hamba Allah,
Hanya yang berilmu, penuh kesedaran, dan yang telah mengalaminya amat mengetahui...

Kehidupan penuh dengan ranjau..

Terima kasih..perkongsian yang membina.

Mohamad said...

Salam Admin P@P,
Terima kasih.. semoga bermanfaat untuk semua.

ozzy said...

salam...

ulasan yang menarik dan meniup semangat pada mrk yang gagal dlm pelajaran.
Gagal dalam pelajaran bukan bermakna kita juga gagal dalam kehidupan yang penting adalah usaha kita sendiri.

Mohamad said...

Salam ozzy,
Saya ada seorang sahabat, berjaya dalam perniagaan tetapi bila bersua dengan kita masih merasa rendah diri kerana tidak berjaya dalam pelajaran..

Jika dibandingkan dari segi pendapatan, kenderaan, rumah, pengetahuan dalam perniagaan dan dll lebih dari saya yang makan gaji..

Namun bila berjumpa.. ayat yang selalu digunakan. Macam nie lah orang tak pandai...??

Werdah said...

Salam Mohamad.

Teringat pernah jadi guru s/usaha peperiksaan beberapa tahun.. setiap kali musim peperiksaan mengingatkan pelajar baik daripada segi persiapan peralatan mahupun mental .. dan akibat penipuan dalam peperiksaan dan macam-macam lagi... semuanya dah jadi kenangan.. apa-apapun didoakan agar pelajar cikgu dapat kejayaan...

ummu said...

assalamualaikum Cikgu Mohamad
kisah renteten insan2 yg berjaya,
bermula dari kesusahan
namun mereka tidak jadikan kesusahan sebagai alasan kegagalan dalam kehidupan.
p/s;seorang pelajar saya terpaksa tangguhkan ambil SPM sebab accident dgn kecederaaan melibatkan ingatan.:(

Mohamad said...

Salam Werdah,
Terima kasih.. semoga kita sama-sama berjaya dalam lapangan yang diceburi..

Mohamad said...

Cikgu Ummu,
Semoga beliau sihat dan jangan jadikan kemalangan tersebut sebagai penghalang baginya untuk terus berusaha dan berjaya..

ummu said...

assalamualaikum cikgu Mohamad
izinkan saya link artikel ini ke blog saya ya.tq

Mohamad said...

Salam Ummu,
Tiada masalah.. ambillah semoga orang yang membacanya mendapat manfaat. T. Kasih kerana memandangnya sebagai sesuatu yang bernilai.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati