PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, May 24, 2010

79. PERHIMPUNAN SEKOLAH BUKAN TEMPAT MARAH-MARAH

PERHIMPUNAN KO-KURIKULUM SMK BELAWAI SETIAP HARI RABU
PELAJAR DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM PASUKAN PAKAIAN SERAGAM MASING-MASING

Semasa kursus PTK DG44 di Hotel Dynasti, KL pada tahun 2007, kumpulan kami seramai 10 orang yang terdiri dari Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran dari Sarawak dan Semenanjung diberi satu tugasan untuk mempersembahkan satu lakonan yang bertajuk "Perhimpunan Sekolah bukan tempat marah-marah". Tugasannya ialah bagaimana satu penyelesaian perlu dibuat kerana akibat guru-guru yang berucap dalam perhimpuan selalu marahkan pelajar, pelajar tidak berminat ke sekolah dan ponteng semasa hari tersebut. Lakonan yang kami persembahkan ialah satu sesi mesyuarat. Pembahagian tugas dibuat, ada antara kami yang mewakili ibu bapa, YDP PIBG, guru, polis dan sebagainya. Kesimpulan, yang dibuat (untuk menepati kehendak soalan) menunjukkan seolah-olah kesalahan ponteng sekolah pada hari perhimpunan disebabkan oleh guru. Betulkah?..

4 comments:

ilahjy said...

salam sharif

tak sangka noh jumpa lagi kita noh...
apa habaq? mana kotak shoutbox senang nak bual... yahoo mesegger saya

jalilah_jy tauuu...

c,gayah ada habaq dlm blog tapi saya tak pasti mana satu..tapi dok rasa kamu lah..rupanya betoii...wah hansom hang nohhhhh sejak tua2 niiii macam YB jer...hehehe rugi tak ngorat dulu hahaha...
maaf cikgu gurau tauuu

kita ada alumni tiap 2 tahun smtam..dah 6 tahun dah jumpa... jom join... no tepon saya 012 635 0069 yaa...mes tauuu..

Mohamad said...

Jalilah.

Betul lama tak jumpa. Ha.. la nie baru nak menyesal.. mungkin jodoh sy dengan orang Sarawak kot. hehe..

Saya dimaklumkan oleh Harun tetapi tak dapat ikut sebab perjumpaan biasanya diadakan pada hari raya. Lama tak raya di kedah. InsyaAllah kalau ada peluang mahu juga saya ikut. Kotak shoutbox di keluarkan atas sebab2 tertentu. Gunakan FB atau cara ini pun ok juga...

Saya masih lagi mencari rakan-rakan lama di SMTAM, kalau ada blog mereka atau FB maklumkanlah pada saya.

Terima kasih kerana hubungi saya, nanti saya add kan blog jalilah dalam blog list saya. Jangan lupa sign in dalam follower.

mantan said...

Cikgu,
1)'Ponteng sekolah'
2)'marah-marah di perhimpunan sekolah'.

1 dan 2 itu adalah dua masalah yang berbeza.

Barangkalaa tidak seluruhnya benar, jika dikatakan masalah 2 itu mengakibatkan masalah 1.

Ada pelbagai sebab yang lain lagi kenapa terjadinya masalah 1 itu.

..............

Memang seringkali berlaku, guru marah-marah ketika perhimpunan rasmi. Natijahnya, barangkali:-
a) guru tidak bersedia dan kurang idea untuk berucap.
b) marah dianggap cara yang berkesan menanangani masalah.
c) guru tidak ada kemahiran berkomunikasi.
d) diharapkan pelajar yang dimarahi akan insaf.
d) menjadi contoh dan teladan kepada yang lain.

Ketika menjadi guru, saya tidak pernah memarahi pelajar di khalayak ramai.

Bagi saya satu daripada objektif perhimpunan rasmia ialah untuk memberi ganjaran dan nasihat. Lebih ramai pelajar yang mematuhi peraturan dibandingkan segelintir yang bermasalah.

Saya selalu mengambil pendekatan bersemuka dengan pelajar bermasalah di bilik disiplin ataupun di pejabat.

"Jika kamu terasa akan marah, lebih baik kami diam"...

Mohamad said...

Salam Mantan,

Betul cikgu, berdasarkan pengamatan saya di sekolah, pelajar yang ponteng semasa hari perhimpunan bukan kerana sebab guru marah-marah dalam perhimpunan tetapi kerana pada hari tersebut biasanya diadakan pemeriksaan rambut, kuku, beg (barang-barang larangan yang dibawa dirampas) dan sebagainya.

Saya setuju dengan pendapat cg, pelajar bermasalah perlu ditegur di tempat lain kerana yang bermasalah biasanya pelajar yang sama dan jumlah mereka adalah kecil.Jika guru selalu marah pelajar ini dalam perhimpunan, pelajar lain akan merasa bosan. Masa perhimpunan dihabiskan begitu sahaaja tanpa ada pengisian apa yang sepatutnya ada dalam perhimpunan.

Terima kasih cikgu..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.