PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, November 1, 2010

126. Majalah Sekolah

Dua buah majalah yang masih dalam simpanan pihak sekolah
"Majalah Sekolah" merupakan satu dokumen yang sangat penting selain dari dokumen-dokumen lain yang disimpan di dalam fail-fail sekolah. Bagi seseorang guru baru sama ada baru melapor atau baru bertukar, maklumat awal tentang sesebuah sekolah boleh diperolehi dari majalah tersebut. Begitu juga bagi seseorang pengetua. Biasanya bagi sekolah-sekolah yang berdekatan atau di dalam Bahagian yang sama majalah sekolah di edar sebagai "cenderahati" dengan tujuan penyebaran maklumat. Oleh itu semua maklumat yang diberikan di dalam majalah sekolah hendaklah tepat dan kandungan majalah sekolah perlu merangkumi semua aspek dari malumat guru, akademik, kokurikulum, maklumat murid dan yang paling penting ialah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam tahun tersebut.

Di SMK Belawai, keluaran majalah sekolah yang sebelum ini terhenti telah di mulakan semula pada tahun 2007. Namun begitu ada beberapa buah majalah sekolah sebelum ini telah disimpan dengan baik. Saya tidak pasti kenapa malajah tersebut dihentikan keluarannya, tetapi yang pasti kemungkinan besar tiada guru yang sanggup untuk menguruskannya kerana untuk penerbitan majalah seperti ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kini sejak saya di SMKB, majalah sekolah telah diterbitkan setiap tahun dan kini sudah 4 keluaran termasuk tahun 2010 yang sedang dalam proses terakhir untuk cetakan.

Laporan yang saya terima dari Cikgu Wan Othman, semuanya berjalan lancar hanya tinggal aktiviti terakhir iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar sahaja yang belum dimasukkan. Saya berharap majalah ini nanti dapat diedarkan kepada semua para pelajar seperti sebelum ini iaitu semasa mereka mengambil keputusan peperiksaan SPM. Sekiranya ada masalah, ia perlu diselesaikan dan siap seperti yang dirancang.

Majalah sekolah SMKB untuk tahun 2009 agak lewat di cetak disebabkan oleh perpindahan guru. Walaupun demikian bersyukur kepada Allah, Cikgu Safizan Salman dapat juga melaksanakan tugasnya yang terakhir dan dapat diedarkan kepada semua pelajar selepas hari raya puasa yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau, walaupun sibuk di Sekolah Seni di Johor Bharu, beliau masih dapat memberikan sentuhan terakhir yang sangat menarik  untuk majalah tersebut atas kepercayaan pengalaman beliau yang luas dalam bidang tersebut. Ketiga-tiga majalah sekolah yang diterbitkan sebelum ini 2007,2008 dan 2009 adalah tanggungjawab beliau dan buat pertama kali untuk majalah sekolah 2010 adalah dibawah tanggungjawab Cikgu Wan Othman, juga merupakan seorang guru yang mempunyai daya kreativiti tersendiri.


Majalah sekolah adalah diari indah kepada seseorang pelajar, gambar yang dipaparkan untuk tatapan memberi seibu makna. Begitu juga kepada guru-gurunya yang pernah mengajar di sesebuah sekolah. Di dalamnya menggambarkan kegembiraan, keseronokan, kecemerlangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rentetan peristiwa yang termaktub di dalamnya menggambarkan pembangunan sekolah dari segi fizikal dan pelbagai kejayaan guru yang menjelaskan agenda utama sekolah. Bagi mereka yang berkepentingan majalah sekolah adalah peluang.. 

TERIMA KASIH CIKGU

6 comments:

ckLah@xiiinam said...

Salam cikgu..tahniah kerana berjaya menjadikan penerbitan majalah sekolah sebagai satu tradisi...

Saya sempat mengetuai sidang redaksi selama 7 edisi. Sampai orang ingat saya pekerja sambilan di syarikat pencetak tu kerana saya bebas keluar masuk dan menggunakan komputer mereka untuk kerja2 editing.Baru dua tahun ini diambil alih orang muda. 7 tahun bergelumang...paling seram semasa hari majalah diedarkan. Ada yang memuji, tak kurang juga yang mengutuk. Biasanya...dah seminggu baru saya berani selak majalah tu...

Paling 'terpahat' diingatan adalah dalam hal mencari iklan....terutamanya kalau AJK di tempat itu tak bergerak!...juga dalam hal mendapatkan kata-kata aluan....

imanshah said...

salam cikgu...sama lah saya dengan CkLah kita..saya kurang setahun dari CkLah 6 tahun je..

hanya Allah yang tahu perih jerih sedih pedih..
tambah2 bila buat sorang takde sapa yang bantu walau tahu berada dalam jawatankuasa..

Apapun syabas kerana berjaya menerbitkan majalah kebanggaan sekolah

Mohamad said...

Salam ckLah,
Tahniah kepada cg juga kerana banyak pengalaman di dalam bidang ini. Tidak hairanlah blog cg disukai oleh rakan-rakan kerana gaya penulisan yang baik.

Memang betul kata cg, jika ada komen-komen yang negatif yang tidak membina guru-guru yang terlibat dalam penerbitan ini menjadi lemah. Kerja-kerja yang dilakukan dirasakan sia-sia. Jika dilihat, penerbitan majalah nampak simple, tetapi tidak semua guru dapat melaksanakannya..

Mohamad said...

Salam Imanshah,
Banyak berlaku begitu, nama ada dalam AJK tetapi yang bekerja ketua sahaja. Yang lain tidak berfungsi... jika majalah dikomen tidak bagus, salahkan ketua kerana tidak bersepakat dengan ahli yang lain...

Syabas juga kepada saudara kerana banyak pengalaman dalam bidang ini dan tidak hairan saudara adalah seorang blogger yang hebat..

ckLah@xiiinam said...

Catatan tentang majalah sekolah edisi terakhir di tangan saya...

http://xiiinam751.blogspot.com/2009/02/akhirnya-terbit-juga-sinar-itu.html

Muhamad Safidzan Salman said...

Semoga SMK Belawai terus cemerlang...kalau tidak menyusahkan pihak tuan saya mohon senaskhah majalah Barong yang terbaru 2009 sebagai koleksi peribadi saya...Terima kasih cikgu.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati