PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, October 18, 2010

121. Azam - Sudah tercapai ke Belum?

Kata sahabat, pejam celik-pejam celik dah nak habis pun tahun 2010. Nasib baik lah pejam celik kalau pejam tak celik-celik lagi susah kan.. Lagi 2 bulan lebih tahun 2010 akan menutup tirainya dan tahun 2011 akan menjelma tapi bagaimana dengan azam tahun 2010? sudah tercapai ke belum? Kalau sudah... Tahniah, tetapi kalau belum tercapai maka kenalah cepat-cepat usahakan sehingga sasaran yang kita letakkan tidak terkeluar dari "deadline" atau terkeluar dari "Time frame" yang telah ditetapkan yang bermula dari 1.1.2010 hingga 31.12.2010.

Bagi sesetengah individu sasaran diri untuk mencapai sesuatu, bagi sesuatu tahun sangat penting. Azam dan sasaran di catat di atas kertas dengan sempuna dan sentiasa melihatnya dari masa ke semasa dan merancang strategi untuk mencapainya. Namun ada orang yang setiap tahun menetapkan sasaran tetapi tidak pernah tercapai dan lupa dengan apa yang telah dijanjikan dengan diri sendiri. Bila sudah tercapai baru lah teringat oh.. itulah perkara yang diingini dan sekarang baru tercapai bahkan boleh dikatakan setiap tahun berazam perkara yang sama. Bagi sesetengah individu pula setiap tahun baru, di sambut seperti biasa tiada azam dan sasaran yang ditetapkan dan masa-masa yang mendatang dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Menetapkan azam atau sasaran untuk diri, umpama kita menetapkan sasaran atau matlamat di sekolah. Jika sesuatu azam, matlamat atau sasaran yang kita tetapkan tidak tercapai maka satu "post mortem" perlu dibuat. Kita perlu mencari dan mengkaji kenapa, apa sebab nya, apa yang perlu dan tidak sepatutnya dilakukan. Apakah strategi yang terbaik perlu digunakan atau azam kita tersebut tidak releven dan sukar dicapai dan memerlukan kos yang tinggi. Hasil "post mortem" ini juga sangat berguna sebagai awasan untuk menetapkan azam tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya dengan lebih berhati-hati. Dengan kata lain azam yang kita tetapkan adalah sesuatu yang realistik, ada perancangan dan tindakan yang menyeluruh...

Apakah azam yang terbaik bagi seorang guru yang profesioanal?

10 comments:

imanshah said...

salam tuan azam...

saya tak pernah ada azam sendiri bila tiba tahun baru..apa tugasan yang diberi, saya cuba untuk laksanakan dengan sebaik mungkin..semoga tuan berjaya melaksanakan azam dengan sebaik mungkin

Booja said...

azam azam.... da nk abis taun da tp x d cipta lg azam... aduss... da nk ktinggalan ni....

Mohamad said...

salam imanshah,
Melaksanakan tugas dengan baik juga boleh dikira sebagai azam lah tu. Kalau tidak masakan matlamat organisasi boleh tercapai.. sasaran SMKB hampir tercapai, tahun depan kena tukar visi baru...

cemomoi said...

nampaknya azam tahun ni tak mau berazam lagi dah

Mohamad said...

Booja,
Sebenarnya semua orang ada azam, tetapi antara sedar atau tidak sahaja. Jika kita menduduki peperiksaan, niat untuk lulus dengan cemerlang.. azam lah tu.

Dulu semasa saya di tingkatan 6, saya berazam tidak mahu ponteng sekolah. Bangganya saya bila saya boleh buat rekod 190 hari / 190 hari di catat dalam buku laporan.

Dalam perkhidmatan saya nak buat rekod tak nak ambil cuti sakit.. tapi gagal, saya terpaksa ambil 1 hari sepanjang hampir 18 tahun berkhidmat..

Azam untuk buat rekod diri sendiri w/pun orang lain tidak tahu..

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Azam juga tu.. hehee.

ainnoraini said...

salam..saye pun tak tahu ape azam saye...rasenye bile berazam byk yg tak tertunai...

ckLah@xiiinam said...

Tak sabar nak tunggu mesyuarat pertama sesi 2011 pada 29,30,31 Disember nanti....

Dapat Buku Persediaan Mengajar yang baru, tingkatan yang baru...detik paling indah bagi saya saban tahun...kerana perjalanan azam baru dengan suasana & semangat baru bermula.


(Tapi rasnya...pada tarikh itu saya masih dikuarantin di bawah 'urusan Seri Paduka Baginda'. SPM pun mula lewat tahun ni...)

Mohamad said...

ainnoraini,
Cuba azam baru, berazam untuk tunaikannya.. InsyaAllah berjaya..

Mohamad said...

cKLah,
Biasa sangat, saya dengar meeting sampai 3 hari berturut2 di semenanjung.. dan ada rungutan dari suami2 dan guru-guru juga. Saya di SMK Belawai buat 1 hari sahaja 31.12.2010 (Jumaat) tak habis sambung petang. 3 in 1.

Untuk menjadi guru cemerlang patut mencontohi cKLah..tahun baru azam baru dan bersemangat walaupun banyak tugas yang belum selesai..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati