PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, October 5, 2010

114. PMR 2010 - 5 Oktober 2010

Cikgu Abd Wahab Hj Sapawi, PPD Mukah sedang menyampaikan cenderahati kepada pihak polis selepas taklimat dan agihan Pengawai Perhubungan Polis ke sekolah-sekolah Bahagian Mukah.
Sepanjang perjalanan pulang dari Mukah ke SMK Belawai, selepas menghadiri mesyuarat permuafakatan antara ketua-ketua jabatan terutama dengan pihak polis, saya dapat melihat bermacam ragam pelajar. Ini adalah kali pertama saya keluar semasa peperiksaan PMR berlangsung selama 4 tahun saya di SMK Belawai. Antara sekolah-sekolah yang saya lalui ialah SMK Mukah, SMK Oya, SMK Agama Igan, SMK Matu dan SMK TDPH Normah, Daro.
Para Pelajar SMK Matu, siap sedia untuk meneruskan perjuangan.

Saya lihat, Boleh dikatakan semua pelajar dalam keadaan tertekan, Tanggungjawab mereka kepada sekolah dan tanggungjawab kepada keluarga terasa amat berat sekarang. Lebih-lebih lagi tanggungjawab kepada diri sendiri dimana untuk diletakkan nanti dengan keputusan peperiksaan sama ada lulus atau gagal.
Saya lihat, ada antara mereka berbual-bual sesama sendiri (mungkin sudah terlalu yakin atau sedang berbincang), ada yang membaca seorang diri di bawah pokok, membaca di perhentian bas dan ada yang khusyuk membaca sambil berjalan.. Tidak sempat saya rakam aksi-aksi mereka kerana saya mahu bergegas pulang untuk melihat anak-anak saya di SMK Belawai tetapi tidak sempat.. Bila sampai sahaja di sekolah kertas terakhir Pendidikan Islam baru sahaja tamat, tetapi sempatlah berbual sebentar dengan pengawas peperiksaan yang menghantar kertas jawapan di bilik kebal yang kebetulannya di dalam pejabat saya.

Majlis Ramah Tamah Idulfitri, Bank Rakyat Mukah.
Tadi, Jam 7.00am saya dah daftar keluar dari Highway Inn Mukah - Perkara pertama yang saya perlu buat ialah bertemu dengan makanik kereta - Semalam dah di atur tetapi bila buka "econ" bunyi bising masih ada - kuat sangat, terpaksalah tali "Belting econ" ditukar baru. Di situ dah buang masa 1 jam lebih. Perkara kedua - niat nak sarapan di mana-mana kedai di Pekan Mukah, bila dah limpas Bank Rakyat dan terlihat ramai orang di situ, baru saya teringat saya pun ada kad jemputan untuk majlis ramah tamah Bank Rakyat, Mukah. Singgah sebentar, makan.... Selamat le 2..3.. ringgit... walaupun Bank Rakyat dapat banyak "ringgit" dari saya setiap bulan.
Cikgu Raniah (Pengetua SMK Matu) dan Cikgu Patrick Khamis (PK Pentadbiran SMK Matu)
Perkara ketiga, Isi minyak, angin kereta dan seterusnya meneruskan perjalanan ke SMK Matu kerana berjanji dengan Cg. Patrick Kamis PK Pentadbiran SMK Matu (Juga komposer lagu - sambilan) untuk mendengar lagu SMKB yang diciptanya.
Baru-baru ini, saya meminta beliau mencipta lagu sekolah untuk menggantikan melodi yang ada dengan melodi yang lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi ekoran dari cadangan guru-guru supaya lagu sekolah ditukar. Saya meletakkan kepercayaan kepada Cg Patrick Kamis kerana saya yakin beliau dapat mencipta lagu yang terbaik untuk SMK Belawai berpandukan pengalamannya yang luas dalam bidang ini.
Klik di sini untuk melihat 16 lagu-lagu berbisa beliau dalam satu album : Tangkap_syahdu -Patrick Kamis
Alhamdulillah lagunya sudah siap dan sedang dalam rakaman dengan pertolongan Vince - tetapi masih lagi memerlukan sedikit perubahan kerana lirik lagu yang lama perlu ditukar sedikit untuk disesuaikan dengan melodi baru. Dalam perbincangan, bila siap sepenuhnya beliau akan datang ke SMK Belawai dan akan melatih pelajar koir, seterusnya di perdengar dan di sebarkan kepada semua warga sekolah. InsyaAllah, satu majlis pelancaran lagu ini adakan diadakan pada tahun hadapan selaras dengan pertukaran Visi sekolah dan perancangan strategik sekolah untuk 5 tahun akan datang dari tahun 2011-2015.

Feri Harapan tetap meneruskan perjalanan dari Jeti Tanjung Gelang ke Jeti Jati walaupun hanya kereta saya sebuah sahaja. Rasa macam di sewa khas pulak...., tambangnya hanya RM1.oo ( Satu Ringgit sahaja)
Dari SMK Matu - saya meneruskan perjalanan ke Daro dan singgah di PPD Daro mengambil surat. Tidak membuang masa terus isi minyak dan ke Jeti Daro untuk mendapatkan Perkhidmatan Feri Wawasan melintasi Sungai (Batang) Lasak. Sampai di Pulau Beruit terus perjalanan lagi ke Jeti Tanjung Gelang. Untuk ke Jeti Tanjung Jati terpaksa melintasi Sungai (Batang) Paloh dengan menggunakan Feri Harapan. Pejalanan Daro ke SMK Belawai sebenarnya tidak lah terlalu jauh tetapi lambat menunggu feri menyebabkan perjalanan menjadi lambat. Keadaan ini disebabkan oleh arus air terlalu kuat, bergelombang dan keadaan air pasang dan surut yang mengganggu perkhidmatan feri.
Kelihatan Tuan Imam memperkatakan sesuatu kepada pelajar. Barangkali sedang memberi motivasi ....
Sampai di SMKB sudah hampir jam 5 petang dan terus masuk pejabat. Dari laporan PK Pentadbiran SMK Belawai-Cg Yusop, semuanya berjalan dengan lancar. Saya juga difahamkan ramai Ibubapa yang datang menghantar anak-anak sampai ke dewan peperiksaan seperti mana yang saya syorkan kepada mereka. Cara ini sedikit sebanyak dapat memotivasikan anak-anak. Ibu bapa juga dapat menunjukkan perasaan sayang dan menghargai apa yang telah dilakukan oleh anak-anak mereka.
Bersama-sama ibu bapa yang lain, yang datang menghantar anak-anak mereka termasuklah Iman Masjid Tg Manis, Encik Adeni dan Pengurus TMF (Tanjung Manis Furniture) En Pandi. Tahniah kepada mereka kerana menyahut saranan saya.. malangnya saya sendiri tidak dapat melakukannya seperti mereka dan terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada isteri. Anak saya juga menduduki Peperiksaan PMR pada tahun ini. Niat dihati nak bercuti tetapi kerana ada mesyuarat di Mukah, maka, terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Semoga usaha yang dilakukan oleh para ibu bapa diberkati Allah dan ganjarannya ialah kecemerlangan anak-anak.


Antara ibu bapa yang hadir bersama-sama dengan anak masing-masing...



Terima kasih kepada Cikgu Abd Wahab Hj Sapawi yang sms dan telefon saya bertanyakan keadaan "semasa" di sekolah.
TERIMA KASIH CIKGU

5 comments:

Cik_Noor said...

entry yang panjang dan seronok dibaca,
macam saya di sana :)

Mohamad said...

Salam Cik Noor,
Hanya catatan seorang guru.. kelemahan saya ialah membuat ringkasan. Terima kasih kerana membalas lawatan saya...

ckLah@xiiinam said...

Guru yang hebat...menarik pengalaman perjalanan cikgu!

Mohamad said...

Salam ckLah,
Jalan Darat ke PPD masih dalam pembinaan tetapi dah boleh dipakai dalam masa 1 tahun lebih ini. Kini hanya tinggal 3 feri seperti itu, kerana 2 jambatan telah siap dibina.

Sebelum ini saya dan guru-guru lain terpaksa melalui perjalanan lebih jauh iaitu melalui Sibu. Mesyuarat 1 jam pun memakan masa 2 hari pergi dan balik...

Saya masih belajar. Suka saya membaca tulisan rakan2 dalam blog yang penuh bermaklumat termasuk tulisan cikgu yang sentiasa kreatif,Walaupun semasa lawatan saya tidak mencatat apa2 komen.

Tulisan cikgu "Jiwa hamba" sangat menarik perhatian saya.

Semoga cg menjadi seorang guru yang cemerlang...

ckLah@xiiinam said...

Salam kembali...
Terima kasih kerana mengikuti blog saya, yang pengisiannya agak caca marba. Segan pula saya apabila ada pembaca senyap...

Saya minta maaf kerana terpaksa 'menyorokkan'semua komen entri jiwa hamba itu, kerana antaranya ada komen yang amat mendukacitakan, yang boleh menyentuh perasaan teman2 saya yang senasib (komen cikgu sangat membina-terima kasih). Bagi yang telah lama mengikuti blog saya, mungkin mereka faham, saya bukan seorang yang 'sihat'...maka itu saya memilih utk jadi guru biasa, dan tetap akan mencintai kerjaya 'passion' saya ini...

Catatan pengalaman cikgu bertugas di Sarawak, menarik..sangat berbeza dgn saya yang dari awal posting 20 tahun lalu hanya di satu sekolah ini saja, sebuah sekolah perempuan di bandar T Intan ini. Cabarannya berbeza sekali...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati