PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, October 12, 2010

117. Berakhirnya PMR dan Bermula Pasca PMR

GAMBAR HIASAN: Para pelajar PMR sedang berjuang pada hari terakhir...
Alhamdulullah PMR bagi pelajar di SMK Belawai sudah pun tamat, walaupun kebanyakkan sekolah masih ada kertas lain yang belum habis seperti bahasa Cina. Ini juga bermakna para pelajar yang selama ini sangat stress dapat berehat sepuas-puasnya sementara menanti keputusan PMR pada hujung tahun ini. Walaupun demikian, para pelajar masih perlu datang ke sekolah untuk mengikuti Program Pasca PMR yang akan bermula hari ini (12 Oktober 2010) sehingga 28 Oktober 2010.
GAMBAR HIASAN: Pihak polis akan mengiringi dan mengawasi pergerakan kertas soalan yang baru tiba dan dibawa masuk ke bilik kebal.
Berbagai pandangan rakan-rakan tentang Program ini, namun atas arahan dari Kementerian, maka program ini perlu dilaksanakan. Program ini dilihat sebagai program santai untuk menghabiskan masa pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang diatur khusus oleh guru-guru kaunseling sekolah. Di SMK Belawai pelbagai program telah di susun oleh Cg Termizi dan Cg Wardah supaya program ini menarik termasuklah ceramah dari pihak polis.
Namun ada ibu bapa melihat ia kurang bermakna dan semalam (11.10.2010) sudah ada ibu bapa yang datang kesekolah dan ada yang menelefon memohon supaya anak mereka di kucualikan dari program ini. Ada ibu bapa yang sudah merancang aktiviti anak-anak selepas sekolah, ada yang mahu anak-anak bekerja, ada yang mahu menghantar anak untuk mengikuti kursus tertentu dan ada yang mahu meneruskan rawatan anak-anak kerana masalah kesihatan dan sebagainya.
Untuk menggalakkan penyertaan, SMK Belawai telah menetapkan bahawa pada minggu pertama semua pelajar wajib menghabiskan program ini. Selepas itu ibu bapa boleh memohon dengan menulis surat untuk pengecualian. Namun bagi pelajar lain Pasca PMR akan diteruskan dengan seliaan guru-guru kaunseling dan guru-guru tingkatan tiga yang masih mempunyai tanggungjawab bagi beberapa kelas lain. Bagi pelajar-pelajar yang dapat mengikuti program pada minggu pertama tanpa ponteng, sijil penyertaan akan diberikan.
Bagi ibu bapa yang tidak ada perancangan aktiviti untuk anak-anak, saya mohon supaya ibu bapa sentiasa memberi perhatian kepada mereka dan mengambil tahu aktiviti anak-anak pada masa masa cuti ini. Mohon dijauhkan mereka dari melakukan aktiviti yang tidak sihat dan melanggar undang-undang.
Sementara itu, di SMK Belawai kini, kita masih berusaha untuk meningkatkan pencapaian SPM yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November nanti. Saya yakin, semua guru-guru tingkatan 5 juga, sedang berusaha bersungguh-sungguh seperti mana guru-guru tingkatan 3 untuk memastikan para pelajar dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan cemerlang seterusnya memastikan GPS sekolah terus meningkat dan mengatasi sekolah-sekolah lain yang lebih baik di Bahagian Mukah dan lebih baik dari sekolah-sekolah lain di Sarawak. Tiada apa yang lebih membanggakan kepada seorang guru, melainkan dapat melihat anak didik kita berjaya dengan cemerlang.
TERUSKAN USAHA CIKGU, SAYA SENTIASA MENYOKONG DAN SAYA TAHU CIKGU MAMPU MELAKUKANNYA.
TERIMA KASIH CIKGU...

6 comments:

cemomoi said...

moga dorang berjaya dalam exam pmr kali ni

ckLah@xiiinam said...

Kedamaian sekolah saya(sekolah perempuan) tengahari tadi dikejutkan dengan dentuman mercun murid-murid sekolah depan (sekolah lelaki). Memang begitulah mereka meraikan tamatnya PMR.....



...dan kami serik untuk menegur kerana hadiah yang kami pernah terpaksa terima kerana teguran sebegitu adalah barisan kereta guru sekolah saya yang terpaksa di parkir di luar pagar (sekolah missionary ni mmg kawasannya kecil) telah dipecahkan dan diconteng.

Akhirnya, kami terpaksa telefon pihak polis....meraka datang, barulah aman sedikit!

Hisyam Muhibah said...

baguslah kalau dah ada program2 yang disusun oleh pihak sekolah dan unit kaunseling. harap2nya ibu bapa faham dan bagilah kerjasama sikit. takkan lah semata2 nak anak cemerlang dalam akademik saja. aktiviti2 dibuat untuk menambahkan kecemerlangan anak2 supaya seimbang antara akademik dan sahsiah. teruskan usaha murni cikgu dan rakan2.

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Kejayaan pelajar di SMKB sangat penting bagi saya.. walaupun meningkat 0.01% pun bermakna ada peningkatan dan ia sangat berkait rapat dengan prestasi saya. Semoga apa yang saya harapkan dimakmulkan Allah..

Mohamad said...

Salam cKLah,
Dulu adik saya bersekolah di sekolah harian berasrama seperti yang saya uruskan sekarang.. sekolah tersebut juga merupakan sekolah yang semuanya lelaki di Alor Setar. Mereka tidak main mercun tetapi mereka membakar buku-buku pada malam terakhir sebelum meninggalkan sekolah selepas peperiksaan tamat. Terkejut juga emak dan ayah dengar.. tapi syukurlah beliau lulus dengan baik sehingga ke UTM dan kini berkerja di Kilang MAEM Sg Petani.

Di SMKB - berlainan pula, banyak kerosakkan berlaku di asrama. Kita yang mengurus kewangan merasa sangat hampa. Banyak wang dikeluarkan untuk pembaikan katil, jaring nyamok,tandas, kepala paip, pintu asrama, pintu tandas dan segalanya yang kerap rosak.. Baiki hari ini, esok rosak. Sangat sedih kerana kosnya bukannya sedikit. Pebaikannya kadang kala sampai mencecah ratus ribu ringgit.

Walaupun selalu ditegur masih juga berlaku lebih-lebih lagi musim beginilah... Bila cuti mulalah pembaikan itu dan ini. Itu belum lagi dengan sampah sarapnya...

Bila masuk ke Asrama perempuan (bukan masuk sebarang, biasanya bersama dengan warden perempuan - jangan salah anggap) sejuk sikit hati.. kemas, teratur dan bersih.

Saya selalu berharap agar Allah mengubah mentaliti mereka... Walaupun suatu hari nanti, bila saya dah berpindah dari sini.

Mohamad said...

Salam Hisyam Muhibah,
Hubungan saya dengan masyarakat baik (Dinilai secara kendiri) Kalau orang lain yang menilai tahu tahulah. Apa sahaja Program sekolah mereka amat membantu jika mereka tahu. Namun sikap anak-anak sukar dibentuk dan sentiasa mencari peluang untuk ponteng dan sebagainya (sesetengah bukan semua)

Saya target Pasca PMR kali ini 98% kehadiran, kerana ada 2 pelajar yang sangat2 degil sehingga PMR yang penting itu pun tidak hadir. Hari pertama ok. Hari kedua tidak datang, cg kaunseling pergi cari di rumah. Hari terakhir tidak datang. Saya kata, cg tak perlu pergilah. Biar dia terjun dengan labu-labu.. Itu masa depan dia...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati