PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, November 29, 2010

137.Pembelajaran dan Pengajaran, Kreatif dan Inovatif

Siapa dulu?
Banyak kegunaan telur ayam sebelum menjadi ayam.
Banyak juga peribahasa / kata bidalan
 yang dikaitkan dengan ayam
Ayam dulu ke, telur  dulu.. ayam le dulu sebab ayam dulu di sebut. Ye ke? Tapi kalau di sebut.. Telur dulu ke atau ayam dulu.. Telurlah dulu sebab yang disebut telur dulu. Macam tu ke jawapannya.. Yelah kalau dibincangkan tentunya sampai kiamat pun tak akan habis-habis, jika perbincangan berterusan dan tiada siapa yang mahu mengalah akhirnya nanti boleh berakhir dengan pertengkaran dan menimbulkan hubungan yang tidak baik. Tetapi jika diikutkan asal usul kejadian manusia, Allah jadikan Adam dulu, kemudian Hawa barulah ada kelahiran.. sudah tentulah ayam dulu sebelum telur...

Dalam dunia pendidikan, sudah lama kita disogokkan dengan perkataan P & P atau Pengajaran dan Pembelajaran.  Sangat mustahil Jika seseorang cikgu tidak tahu  apa itu P & P sudah tentu Pengajaran dan Pembelajaran.  Pengajaran dulu atau Pembelajaran dulu? Aduh .. ini pun satu hal juga, semua buku-buku pedagogi dan kaedah-kaedah P & P di pasaran semuanya menyebut Pengajaran dan Pembelajaran, maka pengajaran lah dulu bukannya Pembelajaran. Namun bila kita gunakan “Google search” juga berlambak-lambak senarai Pengajaran dan Pembelajaran yang keluar.. tetapi hanya satu sahaja yang menyebut tentang Teori Pembelajaran dan Pengajaran.  Sudah tentulah pada fikiran kita yang satu ini salah?.. SILA TEKAN DISINI

Asal Usul Pembelajaran
Banyak kerosakkan kepada manusia
bermula dari atas bumbung
Antena TV, Parabola, Internet, Astro
dll yang memberi kesan langsung
kepada pemikiran manusia
Jika ia digunakan dengan baik, baiklah
jadinya, jika sebaliknya... maka
sesungguhnya manusia itu selalu
di dalam kerugian...
Berbalik kepada asal usul manusia, siapa sebenarnya guru Adam dan Hawa.. siapakah yang mula-mula mengajar Adam dan Hawa tentang erti kehidupan. Semasa Adam keseorangan dan kesunyian di dalam syurga, terdetik dalam diri Adam dia perlukan teman. Tiada guru yang mengajar  Adam, dia perlukan teman dan Allah telah mencipta Hawa untuknya. Begitu juga bila berlaku kematian di sebabkan pertikaian adik beradik, 2 orang anak Adam.  Dalam kehidupan anak-anak Adam dan Hawa mereka belajar adanya kematian, tetapi yang menyempurnakan pembelajaran tentang kematian itu ialah burung-burung.. Di ceritakan bagaimana anak-anak Adam dan Hawa ini mencontohi bagaimana burung-burung menanam bangkai burung jika kematian berlaku. Pengajarannya ialah jika ada kematian maka manyatnya perlu di kebumikan. Kenapa dikebumikan? Disinilah perlu adanya guru-guru yang hebat untuk memberi sebab dan akibat jika mayat tersebut terbiar tanpa di pedulikan. Siapa guru tersebut, tentulah guru yang pakar yang telah dipelajari berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Orang yang pakar dalam bidang ini sudah tentulah ustaz dan ustazah.

Tiada siapa yang mengajar kita menjadi perenang yang hebat dalam rahim ibu sehingga kita berjaya lahir ke dunia. Tiada siapa yang mengajar kita menangis meminta susu semasa kita lapar. Tiada siapa yang mengajar kita merangkak sehingga kita dapat berjalan. Setelah umur kita meningkat, kita mula menunjukkan sesuatu yang kadang-kadang dilarang dan kadang-kadang kita dipuji oleh ayah ibu dan saudara mara, maka secara tidak langsung pendidikan secara tidak formal sudah berlaku dan diterapkan seterusnya dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal.

Semasa permulaan kita di dalam rahim ini, tiada siapa yang mengajar kita berenang, tetapi kita telah diberi kuasa berenang sekuat hati mendahului saudara kita yang lain. Dalam persaingan tersebut kita telah memenanginya sehinggalah kita lahir ke dunia. Selapas dilahirkan maka bermulalah pembelajaran demi pembelajaran ketahap-tahap tertentu sehinggalah dapat berjalan seterusnya mendapat pendidikan tidak formal di rumah seterusnya pendidikan formal di sekolah. Dalam meniti hari ke hari pelbagai pengetahuan yang kita dapat, dan pengetahuan yang ada di luar waktu persekolahan itu adalah lebih banyak berbanding pendidikan formal lebih-lebih lagi dengan ledakan maklumat yang ada sekarang.

Keputusan yang diambil oleh Jemaah Nazir,  Pengajaran dan Pembelajara ditukar kepada Pembelajaran dan Pengajaran untuk SKPM semakan 2010 amat bertepatan sekali dan dilihat lebih kepada reality. Guru-guru kini benar-benar dilihat sebagai mentor, sebagai fasilitator, sebagai jurulatih  dan sebagai “Coach” seperti mana  yang di war-warkan. Mana-mana guru yang masih mengekalkan P & P “Berpusatkan guru”  dapat kita simpulkan sudah ketinggalan zaman. P & P Wajib “Berpusatkan pelajar” kerana kini pengetahuan guru untuk mengajar bukan segalanya. Banyak yang pelajar tahu melebihi diri kita sebagai guru.


Guru Kreatif dan Inovatif



Kreatif dan inovatif bukannya sesuatu yang senang untuk diajar
Ia memerlukan seseorang yang mempunyai minat yang besar
Untuk melakar, untuk mencuba dan mengadaptasikannya
Menjadikan sesuatu yang hambar menjadi menarik

Untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran maka guru-guru perlu menyediakan suasana atau “Mencipta Suasana” yang menarik dan berkesan. Untuk menarik minat pelajar sudah tentu guru-guru perlu memikirkan pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan Inovatif selain tidak mengabaikan kebajikan dan keperluan sahsiah pelajar. Dengan potensi pelajar yang berbeza, guru perlu mencari teknik2 yang sesuai untuk merangsang minat murid dan mereka boleh belajar secara aktif, serta menerima ilmu dalam suasana yang gembira. Apabila seseorang guru sudah dapat “mengambil hati pelajar” mereka akan disayangi. Kedatangan guru-guru ini akan sentiasa dinanti oleh pelajar. Guru ini akan menjadi Idola dan sentiasa di sebut-sebut dan guru ini sebenarnya sudah berjaya mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar. Guru ini juga telah berjaya menterjemahkan isi pengajarannya berbanding dengan guru-guru yang hanya sekadar guru.

Dalam P & P sebenarnya tiada satu kaedah pun yang “Tetap” yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mencemerlangkan pelajar. Walaupun dalam ilmu pendidikan, semasa di university atau di maktab-maktab kita di ajar menggunakankan berbagai kaedah dan teknik seperti Kaedah tunjuk cara (demonstrasi), Simulasi, kaedah pengajaran kumpulan, Kaedah perbincangan, kaedah penyelesaian masalah, Kaedah oudioligual, Kaedah kodkognetif, Kaedah projek dan lain-lain, namun kepelbagaian guru dan kebijaksanaan guru untuk digunakan untuk subjek-subjek tertentu adalah amat penting. Tidak mustahil guru yang hanya menggunakan kaedah tradisional “ Chalk and Talk” lebih hebat dari guru-guru yang menggunakan pelbagai kaedah tetapi P & P nya tidak meninggalkan kesan yang baik keatas para pelajarnya.  


Cikgu Shida



















Lihatlah dari sudut yang positif . "Positive Thinking" . Rakan-rakan guru Cikgu Shida mungkin lebih mengetahui apa yang dilakukan olehnya, berbanding dari kita yang berada diluar. Adakah kita seperti guru ini yang bersungguh2 dalam pekerjaannya... atau kita menegur sehingga dia terasa hati dan tidak melakukan apa2.. atau berpindah dari sekolah ini yang semakin menyerlah pencapaiannya dari segi sahsiah pelajar atau menjadikan sistem pendidikan kita semakin jemu dan kurang bermaya. Berapa jumlah pelajar yang tidak boleh membaca yang akan naik ke tingkatan 1 mulai 2011?.. Ubahlah sikap kita yang suka mengeji kepada memuji dan sama-sama kita doakan guru ini sentiasa memikirkan sesuatu yang bermanfaat untuk pelajarnya dan tidak lokek untuk berkongsi dengan rakan guru yang lain.
Cikhu Shida..Bersabarlah.... 

Cikgu Shida, Nama ini sekarang sudah tidak asing bagi kita kerana terkenal di alam maya ini dengan penonjolannya yang berani. Guru ini sangat kreatif dan Inovatif. Sepatutnya kita berbangga dengan kehadiran beliau dengan pelbagai idea yang menarik. Beliau merupakan guru yang kreatif dan inovatif. Jika saya GB di mana sekolah beliau berkhidmat, saya adalah orang yang sangat bertuah. Namun apa yang berlaku, beliau telah dikutuk habis-habisan kerana kreativiti dan keputusan yang beliau ambil, memaksimakan penggunaan sumber teknologi yang ada pada masa kini.

Kreativiti dan inovasi yang dipaparkan beliau telah dinilai oleh orang ramai secara terbuka yang bukan dalam bidang masing-masing Banyak komen yang nagatif menyerang peribadi beliau dengan pandangan mengeji dengan menghamburkan kata-kata yang kesat. Namun kita sebagai rakan guru yang memahami apa yang cuba dilakukan oleh Cikgu Shida. Beliau seorang yang berani merubah P & P menjadi yang terbaik, membina keseronokkan kepada para pelajar untuk datang ke sekolah. Mengatasi kes-kes ponteng seterusnya membina kawalan kelas yang sempurana disamping menafikan banyak kes-kes disiplin berpunca dari kelas-kelas dimana guru-gurunya amat lemah.

Dari pengamatan saya melalui “youtube” beliau mempunyai visi yang tersendiri dimana apa yang dilakukannya semata-mata untuk anak didiknya. Perkongsian Video yang dimuatkan di dalam “Youtube” membuatkan ramai anak muridnya dapat melayari dan melihat di rumah. Saya percaya pada masa sekarang sekurang-kurangnya 1 komputer setiap rumah sudah menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi di Bandar disamping banyaknya Cafe Cyber. Secara tidak langsung, Cikgu Shida juga telah melakukan perkongsian pintar bersama-sama rakan guru yang lain, jika guru-guru lain merasakan idea tersebut berguna digunakan di sekolah masing-masing.

Saya tidak fikir Cikgu Shida mencari publisiti murah. Dia tidak kisah dengan tomahan dan komen-komen. Namun apa yang pasti pelawat-pelawat FB dan Youtube nya sangat memberansangkan. Walaupun di gertak supaya aduan dibuat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau tidak merasa gentar kerana beliau tahu bahawa tujuannya amat murni. Jika ada sekalipun aduan yang dibuat, kita berharap pihak Kementerian dapat berfikir dengan rasional sebelum mengenakan apa-apa hukuman yang menghalang guru-guru daripada memikirkan daya kreativiti untuk mengajar anak-anak didik secara bersungguh-sungguh.

Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek Untuk mencapai sesuatu kejayaan adalah tidak mudah. Banyak teori yang dicipta di dunia ini dicipta oleh orang yang gila-gila.. Peringkat pertama mereka di kutuk, diherdik, dan sebagainya tetapi apabila menampakkan kejayaan dan di terima pakai mereka menjadi terkenal dengan idea gila-gila tersebut. Bagi mereka yang melihat apa yang dilakukan oleh guru-guru kreatif ini di sudut yang negative maka kita tidak akan beroleh apa-apa.. tetapi jika dilihat disudut positif maka kita sangat2 teruja melihat anak2 anak murid Cikgu Shida belajar dalam suasana gembira, seronok, tidak jemu, tidak tertekan dan mereka dapat mengikut arahan yang diberi tanpa paksaan... Saya harap ramai lagi guru-guru kreatif seperti Cikgu Shida dan berharap beliau akan berusaha sehingga suatu hari beliau boleh dimartabatkan sebagai Guru Kreatif dan Inovatif dalam mana-mana sambutan hari guru atas pengorbanan beliau.. 

Terima kasih cikgu..

11 comments:

ckLah @xiiinam said...

Ketika segala tumpuan dan perhatian diberikan kepada guru-guru PPSMI dulu, saya juga pernah dikutuk kerana turut sibuk-sibuk mahu menggunakan ICT dalam P&P Sejarah- satu mata pelajaran yang dianggap tiada nilai komersial.


.....dengan kemudahan yang sangat terhad di sekolah saya yang berstatus Sekolah Bantuan, saya gunakan biaya sendiri untuk memuaskan hati saya (kerana tiada bantuan laptop percuma dan perisian canggih untuk guru Sejarah)

Mohamad said...

Salam ckLah..
Dulu orang kutuk2 kan, sekarang dah berbaloi sejarah dah dijadikan mata pelajaran wajib lulus. Jika PPSMI masih wujud tidak mustahil ia akan diajar juga dalam BI...

Betul kata cikgu, sekolah bantuan memang betul2 dibantu sahaja, saya pun membeli sendiri LCD projektor untuk kegunaan saja di sekolah.. rakan saya kata, biar betul bukannya murah... nilai sekarang saya boleh 3 buah LCD yang sama.

terokai seni said...

bagus le cekgu yang kreatif dan inovasi akan menyebabkan anak murid lebih bersemangat nak belajar.. ia juga meransang pelajar untuk ikut menjadi kreatif

pembetulan: rasanya bukan adam dan hawa yang diajar melalui burung sebaliknya qabil dan habil setelah berlaku pembunuhan ke atas habil

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Semoga ramai guru yang kreatif dan inovatif. Pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan disamping pelajar suka ke sekolah... kerana apa yang berlaku sekarang masalah ponteng di sekolah semakin menjadi-jadi. Minat untuk ke sekolah tidak ada. Yang sedihnya ramai yang berhenti sekolah sebelum sampai masanya..

Terima kasih atas pembetulan tersebut... saya sudah membetulkannya..

ummu said...

salam saudara
kretiviti dan inovasi
adalah suatu yang dapat membantu
peningkatan pendidikan anak-anak kita.
kalau anak2 tidak pandai membaca pun, nanti cikgu2 akan dipersalahkan.
pengalaman saya semasa mengajar subject ABM untuk kelas peralihan sebelum pelajar k etingkatan satu, memang dicadangkan pelbagai aktiviti supaya pelajar tidak bosan dan rasa nak ke sekolah.
tahniah kepada cikgu kita ini

Unknown said...

menarik topik yg dibincangkan ni...:)

Mohamad said...

Salam Ummu,
Saya sangat sedih, kerana ramai pelajar yang tidak dapat membaca sedangkan mereka sudah ke tingkatan 1. Di sekolah menengah kita tidak lagi menumpukan kepada 3m atau sekarang di sebut sebagai LINUS. Namun terpaksa.. dan ada program PROBIM.

Saya percaya pelajar yang tidak dapat membaca ini memang pelajar bermasalah dan agak lembab.. Barangkali "Keistimewaan" mereka tidak dapat kita zahirkan.

Saya juga yakin, guru-guru di sekolah rendah yang perihatin juga tertekan dengan masalah ini.

Mohamad said...

Salam Nick,
Terima kasih.. sama-sama kita berkongsi maklumat.

IMANSHAH said...

Salam cikgu

satu kekangan dalam mempelbagaikan sumber P&P ialah masa. DI sekolah SBP seperti kami, silibus hendaklah dihabiskan pada penghujung mei. Hendak tak hendak untuk menghabiskan silibus yang panjang kami terpaksa korbankan kekreatifan kami untuk kelas2 peperiksaan. Untuk kelas2 bukan peperiksaan, insyaAllah kita kena buat sebab kadang2 murid terlebih advance dari guru..

Mohamad said...

Salam Imanshah,
Saya bersetuju dengan apa yang cikgu catatkan.. memang ada perbezaan yang banyak antara sekolah cikgu dengan sekolah seperti kami. Pelajar terpilih dan pelajar selepas dipilih. Maka P & P juga mesti mengikut mana yang sesuai. Jika tidak kita hanya memalukan diri sendiri dan mereka tidak hormatkan kita, lebih-lebih lagi mereka tahu kekurangan yang jelas pada diri kita..

shafira lost_myangel said...

sangat kreatif memang....

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.