PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, November 8, 2010

130. AKS Jana Pembangunan Sekolah

Pejabat yang cantik, teratur dan bersih
akan menambahkan motivasi untuk
bekerja dengan sempurna
Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah sekolah bukan hanya terletak kepada pengetua dan guru-guru. Peranan mereka yang dipanggil sebagai AKS (Anggota kakitangan Sokongan) atau mereka yang terdiri dari Ketua Pembantu Tadbir (KPT), Pembantu Tadbir (PT), Penyelia Asrama, Pekerja Am, Pembantu Pejabat dan Pembantu Makmal adalah sangat penting. Tidak kira "N" berapa mereka, mereka juga adalah diantara orang-orang yang telah menyumbang jasa dan bakti kepada sekolah atau organisasi dan sama-sama berbangga jika sekolah atau organisasi tersebut cemerlang.

Ketua bagi semua AKS ialah Ketua Pembantu Tadbir (KPT). Untuk menjalankan tugas dengan sempuna, KPT perlu berbincang dengan pengetua tentang hala tuju sekolah. Dengan kuasa yang ada pada KPT, beliau boleh mengatur strategi dengan mengagihkan tugas-tugas dan disimpan di dalam "Fail Meja" (Fail Tugas) yang sedia ada pada setiap individu. Senarai tugas yang jelas akan membantu AKS melaksanakan tugas dengan sempurna dan tidak menyalahkan sesama sendiri jika ada perkara-perkara yang tidak terlaksana dan tidak timbul isu ".. itu bukan tugas saya",  AKS yang faham tentang visi dan misi sekolah biasanya akan meletakkan harapan yang tinggi terhadap pekerjaan dan bekerja dengan penuh dedikasi, akauntabili dan beritegriti.

Pejabat Am adalah nadi bagi sesebuah sekolah. Tidak kira sama ada sesebuah sekolah itu mempunyai pengetua, belum ada pengetua, pengetua sakit, pengetua berkursus, pengetua bercuti dan sebagainya. Pengurusan di Pejabat Am perlu berjalan dengan sempurna. Gaji guru perlu dibayar, makanan pelajar asrama perlu dipesan dan semua bil perlu dibayar tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak jabatan. Pengurusan yang cekap akan menyumbang terhadap kecemerlangan sekolah. Selain dari itu Keberkesanan pengurusan Pejabat Am adalah ceminan kepada kualiti pengurusan seseorang pengetua. Kepincangan yang berlaku akan dirasi oleh seluruh warganya.

Hubungan AKS dengan guru-guru juga tidak kurang pentingnya. Kepuasan bekerja bagi seseorang guru bukan sahaja dapat melihat anak didiknya berjaya tetapi dilihat dari tertunainya keperluan peribadi. Banyak isu berkaitan pekerja di pejabat dengan guru terutamanya tentang urusan gaji, potong gaji, pengiraan gaji yang tidak betul, gaji lambat, tunggakan gaji tidak dihitung dengan betul, elaun, claim, kenaikan pangkat dan lain-lain. Seelok-eloknya berbincanglah antara satu sama lain secara sopan dan mencari penyelesaian yang terbaik. Walau pun kita tidak dapat memuaskan semua kehendak kerana sebab-sebab tertentu sekurang-kurangnya mendengar masalah guru dan gunakan perkataan yang tidak menyinggung mana-mana pihak. 

Di SMK Belawai, semua AKS dilayan sama rata dan dilibatkan dalam semua program sekolah sama ada besar atau kecilnya program tersebut. Begitu juga dengan penyertaan di dalam Mesyuarat (Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Staf), Latihan Dalam Perkhidmatan dan semua idea yang bernas untuk kemajuan sekolah dipertimbangkan dengan sewajarnya dan diterima pakai jika ia menguntungkan sekolah. Tiada perkataan tersisih di SMK Belawai dan Alhamdulillah setakat ini saya sangat berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan semua masalah yang timbul diselesaikan dengan baik. ....kata saya?

Mohamad

4 comments:

ckLah@xiiinam said...

AKS dan guru...bagai irama dengan lagu. Saling memerlukan...


Pernah juga melihat 'perselisihan faham' antara staf pejabat dengan guru. Namun, Alhamdulillah... setakat ini, saya belum pernah ada masalah. Borang 'claim' yang paling saya malas mahu menaip (dululah zaman mesin taip) sentiasa ada yang menolong menaipkannya untuk saya. Dapat duit, saya belanja lah mereka sikit2. He..he...


Saya sentiasa ingat kata-kata Pengetua pertama saya, "Cikgu, awak tu siswazah. Mereka tu ada yang SRP saja. Kalau cikgu lawan gaduh dengan mereka.....sama aje cikgu dengan mereka! "

ibuintan said...

alhamdulillah.. beruntung semua staf di sekolah cikgu, ditarafkan sama rata dan sama rasa.. itu yang terbaiknya dan semoga keadaan sebegitu dikekalkan

Mohamad said...

Salam ckLah,
Kerja dipejabat sebenarnya terlalu banyak untuk diuruskan, kadang-kadang kakitangan tidak cukup untuk menguruskan guru-guru dan hal-hal lain terutamanya sekolah besar. Namun ada juga AKS yang bermasalah... dan timbullah konflik.

W/bagaimanapun jika ada masalah, berbincang dengan baik, saya rasa semuanya dapat diselesaikan tanpa bermasam muka.

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Kita semua berada dalam 1 organisasi, saling berjumpa dari masa ke semasa.. kejayaan sekolah, kejayaan bersama. Oleh itu kita perlu bersama-sama dalam semua perkara. Jika semua staf saling berhubungan akan wujud kemesraan dan mengurangkan konflik...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.