PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Wednesday, September 10, 2008

13. KEPENTINGAN MEMAHAMI PSIKOLOGI PELAJAR

Oleh : Mohd Saleh Ismail
Penulis ialah Kaunselor Berdaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber : Pendidik Bil 51/Ogos 2008
Rencana ini telah diringkaskan untuk dimanfaatkan isi-isi pentingnya.

Guru banyak menghabiskan masa dalam bilik darjah kerana bertanggungjawab dalam P & P dan guru juga menggunakan masa sepenuhnya memastikan matlamat P & P tercapai dan selari dengan kehendak sukatan pelajaran.

Proses P & P tidak semudah yang disangka. Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat. Walaubagaimanapun guru perlu memberi perhatian kepada psikologi pelajar. Keputusan guru penting dalam P & P kerana ia akan mempengaruhi pembentukan pelajar, sekolah dan masyarakat. Jika guru hanya menumpukan kepada objektif, dan isi pengajaran semata-mata dikuatiri akan ada penghalang antara guru dan murid. Guru tidak boleh “syok sendiri” – bersedialah dengan sumber pengajaran yang lengkap.

Tahap dan kualiti pengajaran guru sekarang semakin baik kerana berbagai kursus diadakan tetapi tidak mencukupi jika guru tidak membuat “kerja rumah” yang sepatutnya iaitu mengukur dan menilai tahap pencapaian pelajarnya sebelum meneruskan P & P.

Pelajar bukanlah robot, mereka mempunyai hati dan perasaan. Sebagai insan yang sedang menuju kematangan hidup, mereka perlu melalui pelbagai proses pembinaan jati diri untuk menghadapi cabaran. Sebelum sampai ke bilik darjah pelajar menempuh pelbagai halangan peristiwa dan kejadian yang sebahagian besarnya terakam dalam kotak minda. Perkara inilah yang mengganggu emosi dan persediaan pelajar dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Jika guru menyampaikan P & P tanpa memikirkan persediaan pelajar dan kemampuan pelajar menerima isi pelajaran maka guru diibaratkan sebagai posmen yang hanya bertugas menyampaikan surat tanpa memikirkan isi kandungannya.

Persediaan sebelum mengajar perlu dilakukan. Guru perlu tahu pencapaian pelajar di dalam subjek yang diajar, aras pengajaran dan cara untuk menyediakan isi kandungan pelajaran.

Langkah pertama yang disebut “Set Induksi” amat penting. Guru perlu guna pengalaman menyediakan “Set Induksi” yang sesuai dan releven dengan pelajaran yang diajar. Ia tidak mengambil masa yang lama sekitar 5 hingga 6 minit tapi perlu digunakan sebaik mungkin.

Guru boleh mengaitkan dengan unsur alam sekitar, kehidupan pelajar, minat dan cita-cita mereka atau pengalaman lampau. Selain bersyarah, gunakan tayangan video, petikan program, cerita, lukisan, gambar. Semangat ingin tahu mendorong mereka mengubah pandangan dan pemikiran mereka.

Guru tidak boleh mengambil mudah dalam menyediakan aktiviti P & P. Menganggap semua pelajar di dalam kelasnya itu mempunyai taraf pengetahuan yang sama adalah satu kesilapan.

Selepas mengenalpasti semua faktor guru boleh merangka isi P & Pnya. Pada masa yang sama guru menghadapi kekangan masa dengan pelbagai aktiviti lain tetapi ia bukan satu alasan untuk terus mengajar tanpa persediaan, pengetahuan sedia ada dan pengalaman lampau murid.

Dengan mengetahui psikologi pelajar, sedikit sebanyak dapat membantu guru melihat kembali objektif yang hendak dicapai. Ujian berbentuk sumatif dan formatif adalah dua jenis pengukuran dan penilaian yang boleh digunakan.

Jelaslah, untuk memulakan P & P selain menyediakan ringkasan, banyak tugas lain yang perlu dilakukan oleh guru. Guru yang kreatif dan inovatif akan sentiasa memikirkan tentang psikologi pelajarnya, kehendak sukatan pelajaran, ruang waktu, tempat dan objektif P & P. Guru yang memikirkan semua perkara ini adalah guru yang mahu pelajarnya belajar sesuatu pada hari berkenaan, tidak bermakna guru hanya mahu menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata bagi menghalalkan pendapatannya bulan itu dan pelajar belajar untuk peperiksaan semata-mata.

Guru tidak boleh membina proses P & P pada tahap falsafah semata-mata tetapi perlu dinyatakan secara jelas dan benar-benar mahu memberi input kepada pelajar. Guru berkesan adalah guru yang keluar dari bilik darjah dengan rasa puas kerana objektif P & P tercapai.
....

3 comments:

ADMIN SMKB said...

salam cikgu.
pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana memiliki blog sendiri.

tertarik dgn artikel yg cikgu postkan dlm blog cikgu.

guru adalah satu profesion yg sgt mulia. malah tidak keterlaluan jika saya katakan ia lebih mulia dr profesion lain dlm kerajaan.

pd saya, kalau diikut semua dgn apa yg cikgu utarakan itu sgt mustahil. maaf kan saya...

dlm artikel tesebut ada menyatakan pelajar bukannya robot yg punyai hati dan perasaan. saya juga ingin menegaskan bahawa guru juga bukannya robot dan punyai tanggungjawab lain selain dari mengajar... maafkan sekali lagi.

sbg contoh, guru yg berumahtangga dan mempunyai anak, pasti sukar utk mengikuti saranan seperti artikel tersebut. bagaimanakah utk melakukan persediaan yg terbaik utk pelajar di rumah sekiranya masalah anak-anak dan sebagainya terpaksa dibereskan.

jika dibandingkan dgn profesion lain, mereka tidak perlu utk merancang malah tidak perlu ambil kisah tentang apa yg harus dilakukan esok terhadap klien mereka. namun bg guru mereka perlu membuat persediaan sebelum mengajar dan ditegur jika tidak melakukanya.

saya menyokong saranan ke arah kecemerlangan pelajar, tapi tanggungjawab luar guru juga perlu diambil berat kerana mereka juga manusia yg punyai tanggungjawab terhadap keluarga.

sekadar pandangan dari guru muda...

Ah Moy said...

Salam kepada cikgu..

Saya adalah seorang pelajar IPTS, dan kini sedang bekerja sambilan di institusi pengajian saya sebaai Banking Unit Staf. Tugas saya adalah untuk memastikan Rekod Kewangan pelajar institusi saya ini berjalan dengan lancar supaya pelajar dapat belajar tanpa memikirkan masalah kewangan mereka. Pendek kata saya perlu menasihati mereka dan ibu bapa mereka dari segi kewangan.

Sepanjang tempoh saya bekerja sebagai staf, saya dapati pelajar bermasalah sering kali ponteng kelas dengan berbagai jenis alasan sehingga pointer drop tiga sem berturut2 sehingga mengakibatkan kedudukan pinjaman mereka gagal dan terpaksalah mencari jalan lain untuk menyelesaikan yuran mereka.

Dengan ini, saya ingin membincangkan isu psikologi pelajar bersama-sama cikgu dan ingin meminta sedikit sebanyak pendapat daripada cikgu terhadap pelajar yang bergelar mahasiswi dan mahasiswa.

Saya berharap cikgu dapat berkongsi falsafah cikgu mengenai pelajar yang masih bergolak terhadap cara hidup mereka dan juga perasaan mereka dan juga tanggungjawab mereka terhadapa ibubapa dan juga diri mereka.

Untuk pengetahuan cikgu, variasi pelajar di tempat saya adalah daripada pelajar tempatan dan juga pelajar luar negara. Intitusi saya ini menawarkan kursus yang di iktiraf di United Kingdom (UK) dengan tarikan utama kos hidup yang lebih rendah berbanding di luar negara. kerana itu, institusi saya menjadi tumpuan pelajar asing memilih untuk belajar di Malaysia berdasarkan prasarana yang di tawarkan.

Namun begitu, kehadiran mereka sedikit sebanyak menambahkan kacau bilau yang sedia ada berlaku terhadap pelajar tempatan.

di sini saya ingin menekankan pengaruh menjadi aspek utama perubahan yang semakin menigkat berlaku kepada pelajar kita.

Soalan saya di sini, bagaimanakah kita dapat mengesan masalah dan membaik pulih keadaan psikologi pelajar kita, baik pelajar Melayu dan juga Bukan-melayu?saya menekan tentang pelajar melayu dan juga bukan melayu disebabkan oleh kerana mereka adalah hati dan jantung negara kita.

Maka saya tidak mahu menjadi orang yang mementingkan diri sendiri memikirkan masalah pelajar Melayu sahaja sedangkan kita berkongsi dan bermain bersama di tanah Malaysia yang sama.

Yang dulu kita harus tinggalkan. kerana sejarah hanya tinggal sebagai ingatan dan juga panduan hidup kita akan datang.

Di harap,
penjelasan saya dapat memberi gambaran kepada cikgu.

yang benar
-azwa-
(ym=azfawaza_86@yahoo.com)
(email=blink2zahra@yahoo.com)

Idavda said...
This comment has been removed by the author.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.