PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Sunday, April 1, 2012

220.SMK Baru Miri, Kearah Kecemerlangan...

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru saja diumumkan. Maka dengan itu, lengkaplah 3 peperiksaan Awam diumumkan sebagai penutup bagi prestasi akademik tahun 2011. Bagi yang berusaha bersungguh-sungguh, keputusan pasti membanggakan berbanding dengan mereka yang hanya mengharapkan keputusan yang terbaik tetapi kurang berusaha ke arah itu. Saya yakin, Allah SWT tidak akan menghampakan hambanya yang berusaha. Namun jika ada juga kegagalan barangkali ada di mana-mana yang masih kurang diberi perhatian.

Para pelajar sedang membandingkan keputusan SPM masing-masing dan berbincang sesama sendiri ke mana arah tuju selepas ini
Kakitangan sokongan sama-sama membantu mengedarkan keputusan peperiksaan kepada pelajar
Cg Nurfarhah - Guru kaunseling sedang memberi jalan kepada pelajar ke mana arah selepas ini
Keputusan peperiksaan awam, sama ada PMR, STPM dan SPM yang di capai oleh SMK Baru Miri juga membanggakan. Walaupun STPM dan SPM  tiada pelajar yang mendapat semua A’s kecuali PMR namun dari segi pencapaian GPSnya sangat membanggakan. GPS terkini yang dicapai oleh SPM ialah 5.54 meningkat dari tahun sebelumnya dan menghampiri purata kebangsaan. Manakala peratus layak mendapat sijil merosot sedikit tetapi dari segi GPSnya meningkat 0.6 kepda 4.33 dari 4.93. Lebih membanggakan ialah 7 subjek mendapat 100% lulus iaitu Seni Visual, Fizik, P.Akaun, Biologi, EST, MPV dan termasuk 1 subjek Sains Sukan. GPSnya juga turut meningkat kecuali Fizik dan MPV menurun sedikit.

Cg Fadzli sedang berkempen supaya pelajar memilih ke tingkatan 6 sebagai laluan untuk ke  Menara Gading. Mulai tahun ini tingkatan 6 akan mulakan dengan sistem baru iaitu sistem modular atau sistem semester. Semoga dengan sistem ini nanti ramai pelajar yang akan merasakan kurangnya beban dan ramai yang akan berjaya..
Tahniah kepada semua guru yang selama ini bekerja keras ke arah kejayaan (To Excell) SMK Baru Miri. Ada orang berpendapat bahawa, cabaran bagi guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan sangat besar. Jatuh bangunnya mata pelajaran yang di ajar adalah tanggungjawabnya seorang. Maka dalam “post mortem” guru-guru inilah yang akan di “hentam” jika mata pelajaran itu merosot. Sebaliknya jika ada mata pelajaran yang meningkat, semua strategi berjaya dilaksanakan, cakap apapun semuanya kena, semuanya betul. Tidak ada yang salah. Ini lah yang menimbulkan “ketakutan”, “tention”, “Stress” bagi sesetengah guru yang “lemah semangatnya” dan berharap untuk mengajar kelas bukan peperiksaan. Dari pengalaman saya ada rakan guru yang terpaksa mendapat rawatan pakar dan sudah hambar dengan kerja, dan ada mahu melepaskan jawatan serta merta..

Guru-guru tingkatan 6 kelihatan serius melambangkan keiklasan semasa bermesyuarat post mortem dan penetapan strategi untuk tahun 2012. Keyakinan dan usaha gigih akan membuahkan hasil yang hebat.
Semua guru memainkan peranan penting dalam pencapaian sesuatu mata pelajaran. Semua guru adalah penyumbang kepada kejayaan atau sebaliknya. Persediaan tapak yang baik adalah penting untuk mendidikan sebuah rumah yang teguh dan kukuh. Jika tapaknya sudah goyah mustahil rumah dapat didirikan dengan baik. Oleh itu strategi peringkat Guru Kanan Mata Pelajaran dan peringkat Panitia Mata Pelajaran sangat penting supaya dapat menyediakan pelajar (contohnya)  tingkatan 1 dan 2 yang hebat untuk diserahkan kepada guru tingkatan 3, seterusnya mencapai kejayaan yang bukannya kejayaan Individu tetapi kejayaan sesuatu panitia Mata Pelajaran tersebut. Namun begitu, tidak dapat dinafikan kejayaan sesuatu Mata Pelajaran itu memang bergantung kepada usaha dan komitmen guru berkenaan, bagaimana beliau berperanan sebagai penyelamat setelah tapak yang disediakan tidak begitu selamat.

Bagaikan sesi "Brain Storming" masing-masing memberi idea yang bernas untuk subjek yang diajar. 
Dari sesi mesyuarat dengan guru-guru tingkatan 6 dan 2 mesyuarat pengurusan yang sudah dilaksanakan setakat ini, saya begitu yakin SMK Baru, Miri selepas ini akan lebih berjaya. Semangat yang ditunjukkan semua guru termasuk 4 guru kanannya sangat menyakinkan saya bahawa kita boleh buat yang terbaik dan membanggakan saya. Perancangan kelas MaCS dan kelas tambahan yang dirancang sedang dalam pelaksanaan. Selain dari itu Karnival Bulan Akademik yang sedang berlangsung sekarang juga merupakan satu aktiviti yang baik membantu pelajar merasa yakin kepada diri sendiri kepada subjek-subjek tertentu dengan aktiviti luar darjah. Keseronokan pelajar menyertai aktiviti ini menampakkan bahawa para pelajar SMK Baru tahu akan visi dan misi sekolah yang harus dicapai.

Keyakinan ibu bapa terhadap SMK Baru juga sangat tinggi. Ini kelihatan apabila ramai ibu bapa dari sekolah persendirian dan bukan “fider”yang menghubungi saya untuk menempatkan anak-anak mereka di SMK Baru terutama bagi tingkaatan 6 atas walaupun senarai pelajar tingkatan 6 belum lagi dikeluarkan. Semua ini adalah memberi gambaran SMK Baru adalah sekolah yang terbaik antara 16 buah sekolah menengah di Daerah Miri. Kejayaan dan kepercayaan ini seterusnya akan memberi satu nilai muhibbah atau “Goodwill” kepada sekolah. Kepada semua guru dan warga sekolah sama-samalah kita membina SMK Baru kelandasan yang betul dan menjadi sekolah kebanggaan kita semua.

Terima kasih Cikgu.. 

5 comments:

MM said...

Wah, baru 2 tahun saya meningalkan SMK Baru, pengetuanya sudah bertukar tangan. Banyak betul perubahan di sekolah tu.

Tahun ni saya masuk ke tingkatan 6 dan ditawarkan ke Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Tetapi saya ingin kembali ke SMK Baru Miri. Inilah yang membuatkan saya pening. Tak tahu bagaimana hendak kembali ke sana. Masih mencari maklumat lagi.

Serius nk pindah ke sana balik. Ah...


p/s: rindu cikgu henry dan cikgu edward hehehehehe...

Mohamad said...

Belajar di mana-mana pun sama.. Yang penting usaha kita. Walaupun cemerlang manapun sekolah tetapi usaha kita tidak ada, tidak ada maknanya..

Semoga kamu teus berjaya walau di mana sahaja berada..

MM said...

terima kasih cikgu :) masih ada kekosongan tak di SMK Baru? Saya nak memohon berpindah ke sana balik.

Mohamad said...

Masih.. Memohonlah. Saya sangat mengalu2 kan terutama mereka yang mahu cemerlang bersama2 kami..

MM said...

Pagi tadi gagal menelefon puan Elisabeth untuk bertanyakan kekosongan tingkatan 6. makanya saya bergantung kepada komen di sini. Terima kasih.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.