Hari permuafakatan SMK Baru, Miri pada 31 March 2012 lalu telah berjalan dengan begitu lancar. Ibu bapa kelihatan datang awal bersama dengan anak masing-masing dan terus menuju ke kelas dan disambut dengan mesra oleh guru-guru. Sebelum itu di pintu pagar utama sekolah para ibu bapa disambut oleh Ketua Guru disiplin Cikgu Shuckeri dan penolongnya Puan Tan diiringi pula oleh cikgu Ibrahim dan Cg Norfarhah serta semua penolong kanan sekolah.
Ada masanya pebincangan sangat serius |
Tingkatan 3B, Kelas dihias cantik menyambut ibu bapa. Siap dengan kotak untuk memohon derma . |
Bersungguh-sungguh dan penuh iklas guru-guru menerangkan pencapaian pelajar. Tersenyum simpul Puan Nor dengan anaknya sedang menanti giliran |
Hari permuafatakan yang berlansung dari jam 6.30 pagi sehingga 12.00 tengahari kelihatan sangat teratur. Ibu bapa tidak datang sekali gus, namun bagi persediaan awal jika keadaan sebaliknya berlaku, guru-guru telah menyediakan nombor giliran. Saya percaya, ramai ibu bapa yang tidak mahu menunggu lama kerana masing masing mempunyai tugas lain yang perlu diselesaikan. Tetapi syukurlah, ramai yang masih mempunyai tanggungjawab kepada anak-anak dan mereka masih menghormati kita dan merasakan mereka masih diperlukan. Dengan bantuan Cg Ibrahim dan Cg Norfarhah guru kaunseling sepenuh masa, menyediakan guru pembantu disamping guru pembantu yang sedia ada kepada guru tingkatan , perjalanan program lebih cepat teratur.
Sabar menanti seorang demi seorang ibu bapa berbincang dengan guru |
Ramai ibu bapa yang saya temui berasa gembira kerana tidak mengganggu tugas harian mereka.Masa yang panjang memudahkan mereka datang pada bila-bila masa. Dengan bersemuka dengan guru, ibu pada dapat mengesan secara langsung kelemahan anak-anak mereka. Begitu juga dengan perubahan sikap anak-anak yang semakin kemuncak keremajaan mereka. Konflik dalaman mereka mungkin membuat mereka tidak dapat belajar dengan baik atau membuatkan mereka mementingkan perkara lain mengatasi pelajaran yang mereka hadapi sekarang.
Perbincangan dan permuafakatan dengan ibu bapa tidak terhad hanya di dalam kelas |
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan terima kasih kepada semua guru yang datang, awal-awal lagi menunggu ibu bapa dengan senyuman manis penuh keiklasan..
Notis taklimat kepada ibu bapa tentang penyakit Leptospirosis disebabkan bakteria Leptospira |
Seperti biasa majlis permuafakatan berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan penerangan dari Cg Kelasnya, Cikgu Dorita..
TERIMA KASIH CIKGU..
No comments:
Post a Comment