Aktiviti : Petandingan Bola Tampar |
Pesta Pantai Belawai 2011 dan Karnival Mesra 1 Belia yang ditetapkan pada 24-27 Mac 2011 yang diadakan di Tapak Pesta Kaul Belawai baru saja berakhir. Pada pengamatan saya, pesta ini sangat berjaya. Tahniah kepada Ahli Jawatankuasanya yang selama ini yang bertungkus lumus, merancang dan bekerja siang dan malam untuk memastikan pesta ini berjaya dilaksanakan. Seperti kata Pegawai Daerah Daro En. Safiiee Bin Hj. Ahmad, semasa merasmikan penutupan pesta pada malam minggu lalu, perancangan untuk mengadakan pesta ini bukan 1 hari, bahkan memakan masa berbulan-bulan dan melibatkan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu tahniah kepada belia-belia di sini kerana dapat memberi kerjasama yang baik dan pesta ini akan berterusan dengan menjadikan ia salah satu agenda utama di sini setiap tahun.
Tarikan kepada kanak-kanak |
Pesta Pantai Belawai dan Karnival Mesra 1 Belia yang dirancang ala-ala “Jom Heboh” walaupun tidak sehebat Borneo Cultural Festival yang diadakan di Sibu setiap tahun yang berlangsung 7 hari 7 malam itu, juga dilihat dapat menarik ramai pengunjung. Lebih-lebih lagi dengan adanya jalan darat yang dapat menghubungi semua daerah. Orang luar yang selama ini hanya mendengar, tetapi kini dapat sampai ke sini selain mengunjugi sanak saudara dan kaum keluarga. Dalam pada itu, Persatuan Wanita WI Cawangan Bunga Raya, Sibu amat kecewa kerana tidak dapat bersama kerana permit bas yang mereka sewa tidak diluluskan oleh pihak berwajib. Walau bagaimana pun kehadiran tetamu dari jauh dan dekat menjadikan pesta pantai kali ini sangat unik dalam sejarahnya selain menyaksikan kesesakan lalu lintas terutamanya pada malam kemuncak pesta tersebut.
Barisan Artis : Gitaris Kumpulan Exist, Along, Nai Dinamik, Claudia Af7, Fiq Mentor, dan Izzat Exist. |
Kehadiran beberapa orang penyanyi yang dijemput khas juga menjadikan pesta ini menjadi tumpuan. Apa yang penting, bila ada pesta seperti ini kita perlu menjaga adap susila, sopan santun supaya semuanya berjalan dengan sempurna. Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak penganjur juga sangat menarik terutamanya pertandingan menjaring udang yang sememangnya terkenal di daerah kecil ini dengan “Sesar Unjur” nya atau di lebih dikenali sebagai “Kelupas” di sini, pertunjukkan “Water Pump Boat Race”, persembahan tarian kebudayaan tradisional dan Pertandingan Ratu Kebaya, selain pameran yang diadakan oleh agensi luar. SMK Belawai juga tidak ketinggalan mempamerkan dan mempromosi sekolah kepada orang ramai yang sebelum ini belum mengenalinya. Satu-satunya sekolah menengah yang ada di daerah ini.
Antara barang-barang yang dijual |
Dilihat dari sudut ekonomi, pesta seperti ini dapat memberi peluang kepada penduduk menambahkan pendapatan. Ramai penduduk yang mengambil peluang berniaga. Jika dibandingkan dengan tahun lalu, saya melihat jumlah peniaga kali ini meningkat dengan mendadak. Tidak kurang juga, ramai peniaga dari luar yang sama-sama mencuri peluang datang bersama-sama memeriahkan pesta ini dengan pelbagai barang yang menarik. Walau bagaimana pun, ini adalah satu persaingan yang sihat. Ia adalah satu cara bagaimana kita boleh melihat, membuka mata seluas-luasnya dan mengambil pengajaran. Jika peluang yang ada tidak kita gunakan dengan sebaik-baiknya maka peluang itu sudah tentu akan menjadi milik orang lain.
Pameran Oleh SMK Belawai, Terima kasih Cg Azariyanti, Cg Mohd Nor dan Cg Amalyna serta rakan-rakan guru yang lain... |
Guru-guru di SMK Belawai juga sering menasihati para pelajar agar cepat menyedari hakikat ini. Tiada masa untuk kita bermain-main dan sentiasa mengambil “serius” kepada sesuatu perkara tertutama dalam pencapaian akademik. Tiada masa untuk kita merasa rendah diri, seperti yang disebut oleh Pengarah Negeri LKIM Sarawak, merangkap Pegawai Penyelia Negeri Persatuan Nelayan Negeri Sarawak En. Razaili Bin Hj. Gapor, kita perlu berusaha dan terus berusaha membangun dan berjaya. Banyak produk boleh dikeluarkan dengan hasil tangkapan nelayan di sini. Isi udang, kepala udang dan kulit udang semuanya berguna, untuk di buat “petis” (otak udang) dan “kaitin” (baja). Produk-produk ini juga boleh di eksport. Dalam ucapannya pada mesyuarat Agung Tahunan PNK Belawai pada 16 Mac 2011 lalu, juga beliau berharap kilang memproses bahan-bahan ini akan dapat dibangunkan serta mendapat taraf GMP dan memberi impak positif kepada pendapatan nelayan.
Disamping itu, mata pelajaran MPV pemprosesan makanan yang ditawarkan kepada 50 orang pelajar di SMK Belawai (tingkatan 4 dan 5) juga, merupakan satu peluang kepada pelajar untuk membina kerjaya yang baik. Bukan sahaja untuk mendapat sijil MPV tetapi, saya yakin lulusan ini nanti dapat membina usahawan yang berjaya di kawasan ini. InsyaAllah pada pesta pantai Belawai yang akan datang, guru MPV boleh bersedia untuk mempamerkan hasil kerja para pelajar kepada penduduk setempat dan memberi motivasi kepada pelajar lain untuk sama-sama berfikir untuk kemajuan diri, keluarga dan masyarakat. Perlu diingat janji Allah, kejayaan adalah milik orang-orang yang berusaha.. irihatilah kepada rakan-rakan kita yang berjaya dengan usaha bukan jatuh menjatuh orang lain secara keji dan dimurkai Allah..
Wallahuaklam..
Terima kasih cikgu..
19 comments:
Tengok dari gambar, pastinya pesta itu sangat meriah. :)
Kakcik..
Memang meriah.. tapi masalahnya ramai pelajar saya, hari isnin ponteng sekolah...
Masih lemah untuk membahagikan masa..
suka nengok kraftangan orang sana...
as-salam,
alhamdulilah dapat sambutan moga dithn hadapan lebih meriah lagi.
Assalam..
Nampak cukup meriah dan selain itu dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar serta rakan2..sesekali mmg elok dibuat aktiviti sebegini.
Cemomoi..
.. ada diantara kraftangan yang dijual adalah dari kalimantan..
Zue..
Begitulah harapan kita,semoga lebih baik..
Ozzy,
Memang meriah..
Assalamualikum,
Meriahnya berpesta, terkenang kemasa dulu, selalu berpesta macam itu.
Nak tanya cikgu,"satok goban lombak" ada lagi ke, maknanya perlumbaan perahu atau pesta air seratok dan Roban?
Salam
HURM DI SERAWAK BANYAK KAN PERAYAAN
Salam
HURM DI SERAWAK BANYAK KAN PERAYAAN
meriah sungguh pesta belawai itu ya..nampak semuanya seronok,...
Salam cikgu...
Meriah...
Makin lama masuk sesi 2011, makin sibuk ya cikgu...
siapa penganjurnya cikgu?
Assalamualaikum
Pesta Belawai...
Minggu ini Pesta Kaul Mukah kalau tak silap saya.
Kalau tengok dari gambar yang disertakan, nampak macam lebih meriah lagi kat Belawai.
Semoga Pesta Kaul tidak mendorong murid kita ponteng...
TQ
Salam LIPISLADY,
Rasanya masih ada..
Salam Imanshah..
Tidak juga.. sama seperti di semenanjung..
Secangkir madu merah..
Memang meriah..
Salam Admin P@P..
Hari isnin ini saya ke Mukah.. rasanya meriah juga kat Mukah.. Yang menariknya ada pertandingan menulis esei tentang pesti ini. Kalau ada masa sertailah.. hadiah menarik..
Post a Comment