PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Sunday, March 27, 2011

177."Sentiasa Cemerlang" SMK Belawai semakin menyerlah..


Bulan March tahun ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi saya. Dengan usia yang semakin meningkat ini amat terasa sekali keletihannya untuk bekerjar ke sana dan ke mari. Namun, bersyukur semua agenda penting dan jemputan dapat di hadiri walaupun ada diantaranya terpaksa di wakilkan kepada penolong kanan.

Jambatan Sungai Lebaan, Jambatan yang tertinggi sebelum Jambatan Igan
Dari Tanjung Manis ke Sibu. Walaupun jalan ini masih dalam pembinaan,
dan tetamu jalan ini diingatkan "risiko tanggung sendiri" namun jalan ini adalah
penghubung kekeluargaan bagi mereka yang mencari rezeki di tempat orang...
Masih merbahaya, banyak lagi kerja-kerja yang belum dibereskan..
Bagiamanapun terima kasih kepada pihak pengurusan kerana membenarkan kami
menggunakannya dan mengganggu kerja-kerja yang dijalankan...
Dalam kesibukan ini jugalah berbagai ujian terpaksa dihadapi. Barangkali itu adalah salah satu dari petunjuk Allah SWT kasih akan hambanya. 2 buah kereta kini di dalam “workshop” dan dalam pada itu juga “orang rumah” juga dalam keadaan yang sangat tidak sihat dan memerlukan perhatian dan pertolongan, barangkali dalam beberapa bulan ini dan barangkali juga pada saat-saat terakhir nanti. Walaupun dalam keletihan dan terpaksa berulang alik beberapa hari ini, memandu 1 jam 30 minit dari Sibu ke SMK Belawai melalui jalan baru yang belum siap sepenuhnya itu, hati sangat terubat dengan keputusan SPM pada 23 March lalu. Untuk sekolah luar bandar seperti SMK Belawai yang pelajarnya ada yang belum menguasai “Linus” dan dengan pelajar cemerlang sebelum ini disaring, keputusan yang ada dan baru diumumkan itu sangat memberansangkan.

Para pelajar SMK Belawai SPM 2010 asyik memerhati keputusan masing-masing
Tahniah kepada yang berjaya.. kamu sangat hebat..Terima kasih atas usaha anda dan cemerlangkan sekolah
Jangan lokek ucapkan terima kasih kepada cikgu yang selama ini berusaha untuk kejayaan anda.
Keputusan SPM 2010 meningkat 4.7% walaupun dari segi kualitinya masih rendah. Tahun 2009 SMKB hanya mencatat keputusan 91.2%, manakala pada tahun ini meningkat kepada 95.9%. Begitu juga GPS meningkat sebayak 0.08 dari 6.54 (2009) kepada 6.29 (2010). Hanya 2 orang pelajar mendapat 5A iaitu Nelson Budin dan Aziz Saung, manakala 10 pelajar cemerlang yang lain hanya mendapat 3A. Benar seperti yang dikatakan oleh Pengerusi PNK Belawai En. Temrin Bin Hj Bustaman, semasa menyampaikan ucapan aluan pada Mesyuarat Agung Tahunan PNK Belawai kali ke 34 di Dewan Lelong Kompleks LKIM pada 16 Mac 2011 lalu, anak nelayan di Kawasan Belawai semakin maju. Kemiskinan bukan lagi alasan. Dengan bantuan yang banyak daripada kerajaan, berbagai perubahan telah berlaku dan kemajuan ini sangat membanggakan.

Encik Temrin Bin Hj Bustaman
Ucapan yang hebat.. semoga dihayati
Bukan itu sahaja, saya sangat besetuju dengan beliau. Rata-rata nelayan dikawasan ini juga kini memperolehi pendapatan yang membanggakan. Dari pendapatan tersebut ramai ibu bapa telah membelanjakan wang tersebut dengan tujuan yang baik terutama untuk perkembangan pelajaran anak-anak tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para ibu bapa yang selama ini berkorban menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan menyertai semua aktiviti sekolah. Sesungguhnya kerjasama yang baik dengan pihak sekolah memberi pulangan yang baik kepada kita semua. Terima kasih juga kepada semua guru dan semua warga sekolah yang selama ini berusaha keras demi kemajuan sekolah dan usaha tersebut menjadikan sekolah kita sentiasa dipandang tinggi di kalangan masyarakat setempat.

Bendera kejohanan bertukar tangan
Mengesahkan, tuan rumah Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Mukah 2012
Sudah pasti, SMK Belawai

Atlit SMK Belawai.. sentiasa bersedia
Dalam perkembangan lain, Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Mukah juga menyaksikan bahawa SMK Belawai menepati visinya, SMK Belawai sentiasa cemerlang. Walaupun Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Mukah kali ini SMK Belawai tidak dinobatkan sebagai Juara, dengan atlit seramai 21 orang SMK Belawai mampu membawa balik 11 emas dan 8 perak. Pada tahun ini juga, pelawaan pihak PPD Mukah supaya SMK Belawai menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Olahraga pada 2012 diterima dengan senang hati. Kini SMK Belawai telah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut setelah 2 tahun menolak kerana factor logistic dan beberapa masalah lain. Harapan saya, semua guru terutama yang terlibat secara langsung dalam pengurusan olahraga di bawah naungan PK KK SMK Belawai akan bersedia lebih awal untuk kejohanan tahun hadapan.

Latihan berterusan penting untuk
kekal "stamina"
Pelajar-pelajar SMK Belawai adalah pelajar yang sentiasa bersedia untuk cemerlang. Mereka memang mempunyai bakat. Yang pasti ialah bakat itu perlu di bina, di cari dan digilap. Kita tidak boleh melihat dari luaran sahaja tetapi kita perlu bekerja keras ke arah itu. Para pelajar perlu diberikan latihan dari masa ke semasa dan perlu sentiasa bersedia. Kita tidak boleh tunggu sehingga sampai kepada kejohanan baru untuk bermula latihan dan sebagainya. Saya percaya PK KK dan setiausahanya telah mengatur strategi yang tertentu dan tidak perlu menungggu arahan dan tahu akan apa yang perlu dilakukan.

Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Mukah pada 2012 nanti, SMK Belawai perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai tuan rumah. SMK Belawai perlu mengutip sebanyak mana emas yang mungkin kerana, dalam Kejohanan Olahraga ini nanti semua atlit SMK Belawai yang mempunyai kemahiran dalam satu-satu bidang tertentu akan diturunkan. Tidak seperti yang dilakukan sekarang, di mana atlit-atlit perlu menguasai 3 bidang tertentu dihantar untuk dipertandingkan dengan tujuan mendapat pingat dan penjimatan dari segi perbelanjaan. Yakin cemerlang, kita akan cemerlang. Kita akan buat yang terbaik..

Lambang kejayaan... bukan terletak pada harganya
Sekali lagi, saya dengan perasaan yang sangat gembira merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru dengan pencapaian terbaik SPM tahun 2010. Disamping kegembiraan itu saya mengingatkan diri saya dan pesanan untuk semua guru, kegembiraan itu biarlah berkekalan kerana SPM 2011 sedang menanti. Biarpun sibuk kita dengan apa-apa aktiviti yang kita lakukan di sekolah, Pengajaran dan pembelajaran murid tidak boleh sama sekali diabaikan. Kejayaan murid adalah kejayaan kerjaya kita sebagai guru disamping tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga. Terima kasih juga kepada semua guru yang bertungkus lumus menyediakan pelajar di Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Mukah sehingga kita boleh membawa balik kejayaan dan berkongsi kejayaan dengan warga sekolah yang lain....

Terima kasih cikgu..

17 comments:

ibuintan said...

assalamualaikum cikgu,

tahniah atas peningkatan keputusan SPM SMK Belawai


moga terus cemerlang dalam akademik dan juga sukan

cikgu, maaf saya bertanya.. isteri cikgu sedang sakit ke?

Admin P@P said...

Assalamualaikum
Tahniah pencapaian cemerlang SMKB dalam SPM yang lepas. Semoga tahun mendatang lebih baik lagi dengan usaha berterusan Pengetua dan semua staf akademik dan aks.

Terkejut juga melihat jambatan penghubung dari tanjung manis dah boleh digunakan. InsyaAllah jika diizinkanNya, bolehlah bertandang ke sana.

TQ

IMANSHAH said...

salam

semoga dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam sejarah disamping menjadi juara baru nanti

cemomoi said...

tahniah... kejayaan pelajar suatu kepuasan kepada guru

cayyuk

Sham said...

syabas n tahniah cikgu...agak2 pasni sibuk dengan pilihanraya tak...?;D

Mohamad said...

W.salam Ibuintan..
Terima kasih.. kedua-duanya sama penting. Akademik dan sukan. Badan yang sihat membina otak yang cergas..

Mohamad said...

Admin P@P..
Terima kasih..

Sejak jalan tersebut dibuka ramai rakan2 dari Sibu datang ke sekolah, "Lawatan tidak rasmi". Selama ini hanya dengar sahaja SMK Belawai, tapi kali ini dapat sampai dalam masa yang singkat.

Maklumkan terlebih dahulu jika cg ke sini...

Mohamad said...

Imanshah.. itulah yang menjadi target saya..

Mohamad said...

Cemomoi..
Memang benar.. Ucapan tahniah yang pertama di terima ialah dari 2 PPD, PPD Mukah dan PPD Daro..

Mohamad said...

Sham..
Bahang pilihanraya memang sangat terasa...

Tunggu penamaan calon saja lagi..

Terima kasih Sham..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum cikgu:)

Tahniah dari saya utk SMK Belawai dengan pencapaian yang memberangsangkan..
Hanya dengan kegigihan dan ketekunan antara guru & pelajar..pasti kejayaan blh dikecapi oleh sesiapa:)biarpun di mana jua berada..:)

p/s: Moga isteri cikgu cepat sembuh

Mohamad said...

Terima kasih Pn Kartini..

ibuintan said...

assalamualaikum cikgu,

saya dah baca jawapan cikgu, moga selamat keduanya

semoga semuanya dipermudahkanNya....Amin

ckLah said...

Assalamualaikum...
Tahniah kepada SMK Belawai, terutama kepada Pengetuanya....

Mohamad said...

Teima kasih CkLah dan Ibu intan..

ummu said...

assalamualaikum tuan,
jambatan itu,
amat besar maknanya,
bayangkan jika sebelum tada jambatan,
dengan sungai yang luas dan lebar,
bila ada jambatan,
boleh saja menjadi pengikat kasih,
mengerakan silaturrahim keluarga yang terpisah,mencari rezeki,
menunutut ilmu dan kerna itu
jambatan sangat bermakna...

Mohamad said...

Waalaikumsalam Ummu,
Bukan itu sahaja, jambatan itu telah membuka banyak peluang ekonomi, bagi pemandu van sewa, mereka dapat bawa penumpang, pasaran tempatan juga dapat diluaskan seperti tangkapan nelayan, hasil sawit dan lain2..

Yang pasti kawasan Tanjung Manis ini akan dijadikan kawasan Hub Halal dengan pelbagai Industri yang besar2..

Namun, tidak kurang juga pelbagai masalah akan dihadapi penduduk akibat perhubungan yang baik ini..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati