PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Thursday, March 3, 2011

172.Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Mukah Kali ke 8 2011

Bermula dengan mesyuarat Persatuan Pengetua Bahagian Mukah pada jam 2 petang pada 2 March 2011 di Restaurat SMK Dalat (Bilik MPV Catering). Semua pengetua Bahagian Mukah bertolak ke Stadium Daerah Dalat bagi mengikuti Upacara Perasmian Kejohanan Olahraga antara sekolah-sekolah Bahagian Mukah. Tetapi sebelum itu saya telah menerima sms dari Cg Mahhadir menyatakan bahawa SMK Belawai telah mendahului sekolah-sekolah lain dengan 7 pingat emas. SMK Belawai tepat pertama manakala SMK Dalat tempat ke dua dan SMK Batang Igan tempat ketiga. Harapan kepada pasukan SMK Belawai untuk memperolehi sebanyak mungkin pingat kali ini sangat tinggi, walaupun atlit yang dihantar hanya 16 orang iaitu seminima mungkin kerana kos yang sangat besar.

Buku program
Sudah 2 kali SMK Belawai menolak tawaran sebagai tuan rumah bagi kejohanan Olahraga ini kerana factor perhubungan. Namun pada tahun 2011, jalan perhubungan yang kini sudah siap dibina, akan memungkinkan SMK Belawai sebagai tuan rumah pada tahun hadapan. Dalam Majlis penutupan kejohanan olahraga ini pada 25 March 2011 nanti, SMK Dalat yang merupakan tuan rumah pada tahun ini akan menyerahkan “Batton” (bendera) kepada SMK Belawai. Saya percaya, semua warga SMK Belawai, dapat menerimanya dengan senang hati dan akan berusaha untuk menjayakan amanah ini dengan baik.

Kontijen SMK Belawai sedang menerima cenderahati dari PPD Mukah
Kejohanan Olahraga antara sekolah-sekolah kali ini sangat unik kerana ada satu pembaharuan dibuat dimana ia dijalankan dalam 2 fasa. Pembentangan cadangan oleh pihak tuan rumah pada mesyuarat Ko-kurikulum sebelum ini diterima oleh semua ahli mesyuarat. Fasa pertama diadakan di Stadium Daerah Dalat untuk acara padang dan larian jarak jauh pada 2 dan 3 March 2011 dan fasa kedua venunya ialah di Stadium Daro untuk acara balapan pada 24 dan 25 March 2011. Barangkali agak janggal didengar bila kejohanan olahraga di pisahkan sebegini rupa tetapi hakikatnya, ia terpaksa dilakukan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ucapan Perasmian oleh PPD Mukah
Seperti yang di sebut oleh Pengetua SMK Dalat, Cg Mustapha Bin Sapawi. Pembaharuan ini bukan disengajakan namun ia telah memberikan satu kebaikan kepada semua atlit dimana mereka dapat menumpukan kepada acara yang dipertandingkan tanpa berkejar untuk menyertai acara berikutnya sekiranya mereka menyertai lebih dari satu acara. Dalam ucapan perasmian oleh PPD Mukah Cg Abdul Wahab juga bersependapat, cara ini juga dapat memberi ruang kepada pelajar dimana mereka lebih “focus” kepada satu acara sahaja dan berharap pencapaian lebih berkualiti. Disamping itu, beliau berharap semua atlit akan bertindak lebih bertanggungjawab, buat yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh supaya mereka terpilih untuk mewakili Bahagian Mukah ke Kejohanan Olahraga MSS Sarawak yang akan diadakan di Miri pada pertengahan Bulan April nanti.

Cenderahati : Disampaikan oleh Pengetua SMK Dalat Kepada PPD Mukah
Seperti yang sering dimaklumkan kepada semua pentadbir sekolah, dalam ucapannya kali ini juga, beliau menyeru semua guru-guru yang terlibat secara langsung dalam ko-kurikulum supaya berusaha melatih pelajar bukan secara bermusim. Para atlit di bahagian ini perlu berlatih sepanjang masa untuk mengekalkan kejayaan disamping tidak mengabaikan akademik. Para pelajar juga merupakan atlit dinasihatkan supaya berusaha secara sendiri. Jangan terlalu mengharapkan guru menjadualkan latihan tetapi perlu lahir dari hati masing-masing, berusaha meningkatkan potensi diri seperti mana yang ditunjukkan oleh atlit yang berjaya di seluruh dunia. Pelajar juga disaran menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh pihak luar, bukan hanya mengharapkan kejohanan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran sahaja kerana cara ini dapat mempromosikan diri pelajar yang berpotensi secara lebih meluas.

Atlit SMK Belawai di Stadium Dalat
Sebelum mengakhiri ucapan, PPD Mukah berharap semua warga pendidik dan para pelajar menghayati Kehendak Jabatan Pelajaran yang mengkehendaki kita melaksanakan 1 murid 1 sukan dengan berkesan. Sukan adalah pelengkap kepada akademik. Dengan badan yang sikat para pelajar dapat belajar dengan baik. Jangan leka dan terpengaruh dengan perkara-perkara yang negative yang memang mempunyai daya penarik. Kurangkan melayari laman social yang banyak membuang masa tetapi tumpukan kepada sukan atau persatuan kerana ia akan memberi banyak keuntungan. Dalam pada itu guru-guru yang mengurus pelajar dalam sukan ini diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang diluar dugaan seumpama “Harapkan pagar, pagar makan padi”.

Persembahan dari SMK Dalat - mendapat perhatian semua tetamu yang hadir
Tahniah kepada semua warga SMK Dalat, majlis perasmian kali ini sangat hebat. Ini menunjukkan kerjasama dan kesungguhan anda, bekerja dalam satu pasukan dan ia membuahkan hasil yang cemerlang. Perarakan masuk atlit, ikrar dan upacara menaikkan bendera kejohanan berjalan dengan lancar. Yang paling menarik ialah persembahan pelajar diakhir majlis. Lakonan aksi-aksi atlit semasa kejohanan menarik perhatian tetamu yang hadir, sama-sama menonton dan bergelak ketawa. Walaupun persembahannya ringkas tetapi saya rasa dapat menghilangkan “stress” kepada semua yang terlibat menguruskan kejohanan pada hari tersebut.

Upacara menaikan bendera kejohanan

Cenderahati oleh SMK Dalat - Terima kasih
Hari ini 3 March 2011 adalah hari kedua Kejohanan berlangsung di Stadium Dalat. Para atlit dari 14 pasukan termasuk ahli baru MSS Bahagian Mukah iaitu MRSM Mukah akan berentap lagi.  Yang pastinya setiap pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Kepada atlit SMK Belawai, kita saya harap mereka akan berusaha tanpa jemu. Matlamatnya jelas berusaha untuk 3 tempat yang teratas sama ada emas, perak atau gangsa. Namun kalah menang ada rahmat disebaliknya, terimalah dengan rasa syukur. Bertandinglah dalam semangat kesukanan...

Terima kasih cikgu...

12 comments:

cemomoi said...

caiyyuk.. moga ramai atlet akan lahir dari kesukaran untuk mendapatkan kemudahan peralatan ni

Mohamad said...

cemomoi..
Peralatan tidak ada masalah, yang menjadi halangan ialah keadaan stadium yang jauh dengan sekolah.. sudah tentu melibatkan kos yang tinggi...

Stadium yang dekat treknya "bitumin" tidak sesuai dan merbahaya.

Sham said...

itulah masalah sekolah pedalaman kan...camana nak cungkil bakat ni...?

Mohamad said...

Sham..
Boleh.. kata orang hendak seribu daya, namun terpaksalah atur baik2 dengan sumber yang ada..

Kakzakie said...

Assalam cikgu,

Kakak suka persembahan pakai kain pelekat tu. Mesti ramai yg tersenyum.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Wah!
Tahniah kepada SMK Belawai.
Kecemerlangan sekolah atas kecemerlangan pengurusannya.

Teruskan kecemerlangan Belawai.

TQ

ckLah said...

Selamar bersukan..tahniah Belawai.

Mohamad said...

Kakzakie..
Secara jujur saya tidak suka jika majlis seperti ini ada persembahan, rasa macam buang masa tetamu jika persembahan tidak mencapai objektif..

Tetapi persembahan yang dilakukan oleh pelajar sekolah ini menarik dan saya kira, berojektif, terhibur dan boleh kurang "stress" kepada semua yang terlibat secara langsung dalam MSS bahagian kali ini..

Mohamad said...

Admin P@P..
InsyaAllah.. pulang dengan 10 emas. Tahun depan SMK Belawai tuan rumah..

Mohamad said...

Terima kasih ckLah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu..

Tahniah atas kejayaan SMK Belawai.

Mohamad said...

Ustaz..
Kami pulang dengan 10 emas, 5 perak dan 3 gangsa.. nanti sambung di Stadium Mini Daro pada 24 dan 25 March 2011 untuk acara balapan... Doakan berjaya ye..

Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.