PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, February 28, 2011

171.Menggadai maruah demi kelangsungan hidup?

keseronokan atas penderitaan orang lain
Pengajaran kepada siapa?

Sekali lagi institusi pendidikan dicuit, dengan kejadian pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim. Bukan itu saja, sebelum ini pun kita dikejutkan dengan pesta mengutip duit syling di Seremban. Dua kisah ini mendapat perhatian pelbagai pihak dan ada yang melihatnya sebagai lucu dan ada yang melihatnya dengan perasaan penuh geram, sakit hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh orang ramai tersebut. Apa yang pasti, ada yang mempersoalkan institusi pendidikan tidak memainkan peranannya dengan baik sehingga tidak dapat menanam sikap yang terpuji kepada rakyatnya.

Namun begitu, ada juga yang melihat bahawa kejadian ini adalah akibat demi kelangsungan hidup. Bukannya manusia itu tidak diajar dengan adap dan tatasusila sama ada di sekolah atau di rumah, dan tiada satu agama pun yang mengajar bahawa mencuri itu diredai tetapi desakan hidup, kenaikan harga barang, pertambahan ahli keluarga, pendapatan yang sedikit, pertambahan penyakit dan sebagainya membuatkan mereka lupakan hal halal haram dan hak sehingga mengabaikan mangsa yang kesakitan. Bahkan mengabaikan mangsa yang meninggal dunia dan tanpa belas kasihan mencuri “handphone” dan dompet.

Ada juga yang melihat, ia adalah satu pengajaran yang berguna kepada semua pemandu, terutama pemandu lori yang menjadi raja di jalanraya. Jika ada lagi kejadian sebagini maka beginilah nasib yang akan menimpa mereka. Dengan rasa tidak tahu malu dan menggadai maruah, "orang ramai tertentu" akan “menghurungi” tempat kejadian seperti semut. Bukan untuk menghulur bantuan tetapi menolong mengutip apa saja yang difikirkan dapat diguna dan dimakan. Dalam pada itu ada pendapat yang mempersoalkan bahawa, muka-muka orang yang terlibat dalam kejadian mencuri itu bukannya mirip wajah orang-orang Malaysia tetapi pendatang asing, yang mencemar nama baik Negara.

Walau apapun pendapat kita, kejadian ini sebenarnya adalah kes terpencil tetapi menjadi besar kerana kejadian kita nampak di depan mata. Saya percaya kejadian seperti ini sengaja ditunjukkan oleh Allah SWT supaya kita menyedari bahawa, banyak lagi kejadian yang tersembunyi yang dari dulu lagi tidak dapat dibendung. Manusia yang dijadikan Allah itu sebagai sebaik-baik makhluk, jika ada peluang akan mudah lupa akan hak, halal dan haram disamping godaan dan rasukan syaitan yang sentiasa memandu manusia ke tempat yang hina, kadangkala manusia itu sanggup membunuh untuk mengaut sesuatu yang terang-terang menyatakan itu bukan hak dan mereka tidak boleh makan tanpa izin.

Allah melarang manusia memakan harta anak yatim – tetapi, berapa ramai yang engkar? Menggunakan harta anak yatim demi kepentingan diri. Kejadian rasuah berlaku dimana-mana tanpa kita sedari walaupun rasuahnya dengan kadar dan nilai yang sangat kecil. Mencuri juga berlaku dimana-mana, kita hanya sedar bahawa mencuri itu adalah mencuri wang dan harta benda tetapi berapa ramai yang mencuri air, mencuri elektrik, mencuri masa, mencuri tulang dan sebagainya dalam kehidupan harian. Lebih malang lagi orang-orang yang mencuri ini menggunakannya untuk beribadat kepada Allah. Mencuri air mengambil wuduk untuk bersolat, mencuri elektrik menerangi rumah semasa bersolat dan lain-lain.

Banyak Ilmu yang tidak dipelajari di sekolah. Manusia itu belajar dari pelbagai sumber. Namun didikan awal dan contoh teladan di rumah adalah sangat-sangat penting kepada pembentukan sahsiah manusia. Baik didikan ibu bapa, baiklah keturunannya. Walaupun apapun alasan yang diberikan, demi kelangsungan hidup, penderitaan dan demi apa pun, hak orang tetap hak orang, halal tetap halal, haram tetap haram. Biar kebulur sekalipun, jika seseorang itu tahu akan hukum hakamnya, saya percaya, tiada siapapun mempunyai keinginan dihati untuk mengambil, mengguna, makan dan akhirnya menjadi darah daging yang sentiasa mengalir di dalam tubuh. Hanya mereka yang dipesongkan hati oleh syaitan yang sanggup berbuat demikan...

6 comments:

ilahjy said...

salam moshar..
maafkan ilah jy nak komen yg tak patut dipaparan ini...
ilah jy nk komen bukan dari segi hukan halal haram..
cuma sekadar komen tepi jalan la lebih kurang, kuikuikuii...

dari lojiknya elok juga mereka ini mengaut semua beras..paling kurang ringan sikit kerja pihak yg berkenaan..
pastu..tuan punya beras tergamak ke depa nak jual kembali beras yg dah rosak..apa salahnya diniatkan sedekah pada yg lebih memerlukan.. sbb kalu depa tak perlu beras tu, tentu mereka akan malu nak kutip/kaup...
lagipun kalau beras2 tu pijak2 oleh manusia tentu lebih hina kerana rezeki dibiarkan membazir.. nenek ilah jy marah kalau biarkan beras bersepah dilantai katanya semangat beras akan larii...
lagi satu usia pemandu tuuu juga mendorong kpd kemalangan.. masih mentah dah pandu lori?..kita yg dah 45 ni baru nak belajar merempit di jalan raya KL ni..sbb jem... hehe..
maafkan ilahjy komen yg tak membina.. kalau tak sesuai moshar delete yer..jgn mareeee..

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum cikgu,

Institusi pendidikan tidak perlu gusar. Ia perlu lahir dari hati sendiri/masing-masing apabila melihat sesuatu musibah.

Mencuri dompet/handphone mangsa sering terjadi. Selesakah menggunakan hasil yg dicuri itu. Pada kakak ini samalah dgn kes meragut.

Beras itu sebenarnya boleh dikaut balik untuk dihantar ke kilang semula. Kalau hendak ambil sepatutnya kena ada izin dari pihak syarikat pengeluar. Kakak rasa syarikat itu dgn senang hati merelakan cuma lafaz keizinanan perlu diminta dulu.

cemomoi said...

manusia pantang lepa... mereka tak pnah rasa rugi!

Mohamad said...

ilahjy..
Tidak salah memberi pendapat. Itulah uniknya kita, perbezaan individu menjadikan dunia kita lebih meriah..
Dari semua pendapat tersebut sama-samalah kita renungkan mana yang terbaik untuk kita mengambil keputusan yang tepat...

Terima kasih ilah..

Moshar..

Mohamad said...

Kakzakie..
Lumrah manusia.. lupa. Bila sudah terantuk baru tergadah. Sudah termakan baru sedar akan hak yang tidak sepatutnya di makan dan sebagainya..

Lepas itu mulalah merayu-rayu mohon keampunan. Sesungguhnya Allah maha pengampun... tetapi dosa dengan manusia, mohon maaflah sesama manusia.

Mohamad said...

cemomoi..
Setuju dengan cemomoi.. kadangkala manusia itu menganggap mereka terselamat dr semua bencana yang menimpa orang lain.

Namun kita kena ingat balasan itu bukan hanya kepada kita tetapi kepada orang lain yang bersangkutan dengan kita...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati