Senyum Kambing Mingguan Malaysia 6/2/2011 |
Walaupun sebelum ini dikatakan Malaysia telah mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk membawa rakyatnya terutama pelajar pulang ke tanah air atas sebab-sebab keselamatan kerana pergolakan di Mesir, namun dengan kerjasama pelbagai pihak terutama TUDM, MAS, AirAsia, Tabung Haji dan pelbagai pihak lain sama ada badan-badan swasta dan kerajaan di luar negeri dan dalam negeri semua usaha penyelamat telah berjalan lancar. Kaum keluarga terutama ibu bapa kepada pelajar sebelum ini begitu gusar akan keselamatan anak-anak kini merasa lega. Harapan kita semoga semua rakyat Malaysia yang belum sampai di bumi bertuah ini akan selamat walau di mana mereka berada.
Terima kasih kepada Putera Turki Abdullah A-Saud putera kepada Raja Abdullah kerana sudi membiayai 2 penerbangan pelajar-pelajar Malaysia ke tanah air dari Jeddah dengan pesawat Jumbo 747. 6,800 orang pelajar yang telah berada di Jeddah dan baru 14 penerbangan yang membawa 3,500 orang ke tanah air bukan jumlah yang sedikit. Bagaimanapun harapan kita, semoga mereka bersabar.
Kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam usaha-usaha menyelamat ini kita doakan supaya mereka sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Sesungguhnya mereka adalah dari golongan “berada” yang bersyukur dan insyaAllah Allah akan menggandakan lagi harta2 serta keuntunga mereka. Mereka adalah golongan yang hebat dan cepat berterima kasih dan mencurahkan bantuan kepada yang memerlukan...
Ya Allah selamatkan bumi Malaysia dari pelbagai angkara. Kekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur.. Amin.
12 comments:
Alhamdulillah
Salam DR 1221..
Semoga ramai lagi yang akan menghulur bantuan..tidak perlu diminta-minta tetapi menghulur bantuan dengan penuh kesedaran..
semoga Allah pelihara kita semua
Terima kasih kerajaan Malaysia
Salam Cemomoi..
Amin..
Salam Imanshah..
Terima kasih Perdana Menteri Malaysia.. memilih satu keputusan yang tepat..
السلم عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah mereka dikurniakan harta untuk membantu umat...
manusia kan suka mengomen dari usaha org yg belum selesi.. nak ucap terima kasih selpas selesai lagi susah nak terbit dari ayat2 mencerca.. saya kadang2 geram membaca kutukan org.. tau tak kwn2 kami yg terlibat dlm misi ni yg bercuti terpaksa dibatalkan.. demu keselamtan rakyat kita.. tapi yg mengomen tu tahu pu kesusahan dlm menjalankan tugas berat ini.. t.kasih PM kerana ucapan di komplek bunga raya KLIA pagi tadi..semoga mereka yg terlibat memahami apatah lagi yg suka mengomen..
Salam Ustaz..
Semoga Allah gandakan lagi harta2 mereka yang digunakan kearah kebaikan ini.. dan Allah memberi kesenangan kepada mereka di dunia dan akhirat.
Salam Ilahjy..
Saya faham akan tugas yang dilaksanakan oleh seorang tentera seperti suami Ilahjy.. Bersabar sahajalah. Memang sikap manusia.
Allah maha mengetahui. Semoga tugas berat yang dipikul tersebut dibalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.
Terima kasih juga kepada semua isteri2 tentera dan mereka yang terlibat atas keperihatinan dan pengorbanan jiwa raga dengan apa yang dilakukan oleh suami masing-masing..
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerja-kerja menyelamat rakyat kita berjalan lancar.
Kita terkenal dengan 'ringan tangan' membantu negara-negara lain ketika mereka ditimpa bencana. Sudah tentulah kita tidak akan abaikan rakyat kita sendiri ketika keadaan memerlukan.
Tahniah buat kerajaan Malaysia.
TQ
W.Salam Admin P@P..
Betul kata saudara.. Orang lain dapat kita bantu, ini kan pula rakyat sendiri. Bahkan sikap kita sangat disenangi oleh orang lain dan mereka juga tidak teragak2 untuk membantu kita
Post a Comment