PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, February 7, 2011

161.Guru Contoh Yang Ingin Saya Temui..

Antara orang yang saya ingin temui ialah Cikgu Siti.. (Siti apa ya ? Astagfirullah.. Tak ingat. Yang ingat ialah pada masa tersebut beliau suka sangat dengan lagu Ekamatra, Sentuhan Kecundang. Paling dia suka kat sini, Putus tak bisa disambung, Kusut tak terhurai, hilang tak bisa diganti, Patah kekeringan ) Beliau merupakan pensyarah sambilan semasa saya bersama-sama rakan lain menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Patani, Kedah. Beliau adalah “senior” saya semasa di UUM tetapi saya tidak mengenalinya ketika itu, barangkali beliau dalam jurusan BBA sedangkan saya BAcct atau pada ketika itu saling tidak bertegur sapa dan buat hal masing-masing.

Perkenalan pertama dengan beliau membuatkan kelas Akaun dan Perdagangan yang di adakan pada waktu petang (selepas beliau pulang dari sekolah) atau pada sebelah malam (jika beliau ada tugasan sebelah petang) di Maktab sangat menyeronokkan. Kelas tersebut tidak pernah sunyi dengan perbincangan dan kelihatan hidup walaupun ABM nya helaian kertas A4 kosong dan kaedah “Chalk and Talk” serta buku teks akaun tingkatan 4 dan 5. Ada saja tugasan yang diberikan untuk menguji kami, supaya kami benar2 mampu keluar sebagai guru perakaunan nanti. Orang yang sering ditanya ialah saya.. ??

Dalam masa 2 jam kuliah, jarang sekali melihat beliau melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Ada saja aktivitinya, sama ada memantau kerja-kerja kami dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain atau beliau akan beredar dari meja ke meja melihat tugasan yang diberikan. Tanyalah apa sahaja tentang mata pelajaran tersebut, beliau akan jawab secara tepat, siap dengan contonnya sekali. Papan putih (White Board) entah berapa kali penuh dan padam. Marker pen silih berganti, sekejap biru, sekejap merah. Tak jemu-jemu beliau menerangkan supaya kami benar2 faham tentang apa yang ingin disampaikannya.

Sehingga seorang sahabat berkata, “Cikgu.. duduklah dulu, penat saya tengok cikgu,” Pantas beliau menjawab, “Kamu duduklah, saya belum penat, kamu yang penat,”  Kemudian beliau tersenyum dan berkata “Jangan marah.. saya gurau...”

Sebelum kelas tamat, beliau menjelaskan, seorang guru tidak boleh sama sekali duduk semasa mengajar. Berkali-kali beliau berpesan, jangan menjadi guru yang sangat malas untuk berdiri. Guru yang duduk sambil mengajar adalah sangat malas kecuali duduk sekejap melepas penat, duduk kerana sakit, duduk rehat sekejap semasa pelajar membuat tugasan dalam kelas dan bangun untuk memantau kerja-kerja pelajar. Paling buruk jika ada guru yang suka duduk atas meja. Sama ada meja guru atau meja pelajar. Pelajar juga tidak “hormat” guru seperti ini.

Sejak menjadi guru sehingga kini, saya adalah orang yang sangat “benci” melihat guru-guru mengajar sambil duduk (bukan amalan saya), bukan kerana dipengaruhi oleh pensyarah saya ini tetapi saya melihat apabila kita duduk sambil mengajar, segala isi P & P tidak dapat disampaikan dengan baik. Nada suara kita juga tidak kedengaran hingga ke belakang, lebih-lebih lagi dalam kelas yang ramai. Kelas akan menjadi bising, pelajar mula membuat kerja sendiri dan kawalan kelas menjadi tidak berkesan.

Pelajar adalah pelajar dan mereka boleh melakukan apa sahaja diluar dugaan kita. Dengan mengajar sambil berdiri, pemantauan dan pemerhatian keatas pelajar dapat dilakukan dengan sempurna. Pernah terjadi suatu ketika dulu dalam sebuah kelas di mana guru duduk dihadapan, dikelilingi oleh beberapa orang pelajar, sedangkan di belakang kelas pelajar bergilir-gilir masuk ke dalam almari menghidu gam.

Gambar hiasan
Guru duduk semasa mengajar, bukan isu baru tetapi sudah lama diperkatakan. Semasa saya berkursus PTK di Dinasty Hotel, K.L sebelum ini. Dalam kumpulan kami ada seorang Penolong Kanan dari sebuah sekolah di selatan tanah air menyatakan, di sekolah beliau meja guru diletakkan di belakang kelas. Tujuannya ialah supaya guru tidak duduk semasa mengajar. Rasanya terlalu janggal untuk berbuat demikian, kerana saya berpendapat, ini akan merendahkan martabat guru di mata pelajar. Namun kita sebagai guru perlu berfikir secara rasional. Mengajarlah secara aktif, berpusatkan kepada pelajar, jadilah guru yang dihormati di kalangan pelajar maupun dimata pentadbir sekolah..

Terima kasih cikgu...

10 comments:

IMANSHAH said...

Salam cikgu

Saya hanya terkenal dengan suara yang lantang!! hehe

Cikgu Tie said...

Cikgu Tie sokong sangat sangat2..
Jika duduk,kita kelihatan tidak bersungguh-sungguh untuk mengajar.

Mohamad said...

Hebat tu Imanshah..Baik dari suara yang tidak kedengaran langsung..

Imanshah..(bukan nak melawan takdir Allah keatasnya) Dalam kelas anak saya, ada seorang guru yang sengau.. Bayangkan bangaimana beliau mengajar Bahasa yang di dalamnya ada juga pelajar2 bukan bumiputra..

Mohamad said...

Cikgu Tie..
Betul cg.. kalau kita bersungguh mengajar, mereka pun akan bersungguh2 juga belajar.

Namun ada juga segelintir pelajar yang gurunya bersungguh-sungguh tetapi tidur, bising, buat macam tak ada cikgu je dalam kelas. Macam nie tention juga cikgu dibuatnya..

Impian Murni said...

Cik Gu Mohd...
saya setuju dgn cik gu...kalau kita duduk...level kita sama dgn pelajar...pelajar di blkg sudah pasti tak nmpak kita....Deria lihat dan deria dengar kita ada kaitan...kalau kita dapat lihat pergerakan mulut seseorang,kita akan lebih dengar dengan jelas..kalau duduk saja,peajar belakang mesti tidak nampak pergerakan mulut kita...apatah lagi kalau suara kita perlahan.....

ibuintan said...

Salam cikgu,

perkongsian yang hebat dan saya sangat setuju

ada masa saya perlu duduk di kerusi murid kumpulan lemah, supaya dapat memberi lebih bimbingan semasa aktiviti bertulis

Sham said...

masa praktikal kena tegur dgn pensyarah pasal ngajar duduk.sampai sekarang rasa seriau nak mengajar sambil duduk...

Mohamad said...

Salam cg Fadzillah..
Semoga kita menjadi guru yang berkesan..

Mohamad said...

Salam Ibuintan..
Betul Cg.. Ada masa kita perlu duduk, tengok kesesuaiannya lah.. Saya pernah terserempak dengan guru yang mengajar sambil duduk sehingga habis waktu..

Mohamad said...

Salam sham..
Sejarah tu.. ingat sampai bila2 kan..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati