Selesai sahaja semua urusan di JPN Negeri Sarawak di Simpang Tiga, jam dah menunjukkan 11 pagi. Cepatnya masa berlalu, tapi tak apa, semua kerja yang tertangguh untuk berjumpa dengan pegawai tertentu semuanya sudah selesai. Walaupun perut belum terisi, hanya bersarapan dengan air mineral sahaja pun tak kisah, hati dah rasa puas, bukannya senang nak ke JPNS untuk apa-apa urusan pada hari kerja.
Sebelum ini semua urusan diurus melalui telefon. Kata orang sini “Harum Bulak” (Campur sikit dengan pembohongnya) Semua pegawai meja kenal melalui suara sahaja, muka langsung tidak kenal. Tetapi banyak juga masalah dapat diselesaikan melalui telefon. Namun perbincangan secara bersemuka lebih baik, untuk kes-kes tertentu.
Pintu masuk masjd |
Keluar sahaja dari bangunan Persekutuan Simpang Tiga, saya bersama seorang sahabat terus ke Batu Tujuh. Sampai di sana jam menunjukkan 11.30 pagi. Ada masa lagi untuk bersarapan merangkap makan tengahari sebelum ke Masjid Sallehuddin Al-Ayubi Penrissen untuk menunaikan Fardu Jumaat.
Jemaah kusyuk mendengar khutbah Jumaat |
Khatib sedang berkhutbah |
Penyampaian kutbah Jumaat oleh khatib sangat berkesan. Jemaah masjid seolah-olah berdepan dengan satu “presentation” dalam satu kursus, dan dengan satu tajuk yang sangat baik. Bahaya merokok. Kali pertama saya melihat Khutbah Jumaat disampaikan berserta dengan pertunjukkan slide power point. Selain mendengar pesanan khatib, para jemaah yang hadir dapat melihat bahan-bahan yang dipaparkan di skrin. Satu perkara baik yang dapat dicontohi oleh semua masjid di Malaysia. Jemaah yang sebelum ini menutup mata untuk mendengar khutbah Jumaat yang dikatakan “mendengar dengan kusyuk” yang kadang-kadangnya tertidur semasa duduk, dapat membuka mata. Jemaah dapat melihat dan mendengar, memahami dan tertanam pesanan-pesanan khatib dihati. Selapas ini saya cadangkan kepada Khatib tersebut, power point yang di sajikan kepada jemaah, elok di masukkan dengan gambar-gambar tertentu yang sesuai untuk tatapan dan menarik perhatian serta menjadikan khutbah Jumaat bertambah “Power” bukan hanya sebagai memenuhi rukun Jumaat sahaja.
Slide sebagai pengukuhan kepada khutbah yang disampaikan |
Tahniah kepada pengurusan masjid ini. Bijak menggunakan teknologi. Barangkali ada masjid-masjid lain yang lebih hebat penggunaanya yang kita tidak ketahuinya, namun usaha-usaha yang dilakukan untuk kebaikan jemaah perlu difikirkan. Kita tidak perlu menunggu Edward De Bono untuk memikirkan cara terbaik penyampaian berkesan, kita juga mampu untuk memikirkannya...
Guru kreatif dan inovatif menjana pelajar cemerlang.. sesuatu yang perlu difikirkan di dalam bilik darjah supaya penyampaian lebih berkesan...
Terima kasih cikgu.
4 comments:
Assalamualaikum Cikgu,
Menurut suami saya di semenanjung ni dah banyak masjid yang gunakan slaid. Contohnya di masjid AlRahman dijalan Pantai Baru, bersebelahan dengan Universiti Malaya.
Bagusnya menggunakan teknologi yang baru mudah2an boleh menghilangkan mengantuk makmum yang hendak sholat jumaat.
W.Salam Kunang-kunang,
Syukurlah... ada umat kita yang memikirkan benda2 yang baik begini. Semoga mereka dapat memikirkan yang lain dan lebih baik untuk kegunaan umat islam..
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, nampaknya penggunaan mutimedia di masjid terutama semasa khutbah Jumaat, telah menular ke Sarawak.
Kita amat mengharapkan agar 'gejala' baik ini disebarkan ke seluruh masjid di Malaysia. Biasa kita dengar sesebuah masjid mempunyai kewangan sehingga berpuluh ribu, bahkan ada yang berjuta-juta RM. Wajarlah ia digunakan untuk memberi kesedaran dan menarik perhatian ketika khutbah berjalan, atau lain-lain program.
TQ
Salam Admin P@P..
Begitulah harapan kita, semoga semua masjid dapat diurus dengan baik.. Rata-rata masjid sekarang dilengkapi dengan Pendingi Hawa, namun fikirkan juga kebajikan, keselesaan dan masalah tetamu Allah yang hadir.
Penggunaan multimedia adalah salah satunya, tetapi banyak lagi masjid yang ada masalah untuk berwuduk kerana tekanan air yang rendah, kekurangan tempat untuk menunaikan solat, kebersihan dan lain-lain.
fikirkan yang terbaik...
Post a Comment