Suasana di dalam bilik mesyuarat PPD Daro |
Hari ini, Jumaat 11 Mac 2011 adalah hari terakhir siri Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pelajaran Daro bersama dengan 3 Pengetua sekolah menengah dan 41 buah sekolah rendah. Siri mesyuarat ini adalah yang pertama kali dibuat, setelah semua urusan diperturunkan kepada PPD Daerah masing-masing dari PPD Induk di Mukah. Semoga pemusatan pentadbiran yang lebih kecil ini mampu melonjakkan sekolah-sekolah Daerah Daro kearah yang lebih baik.
Seperti yang dihasratkan oleh PPD Daro Cg Awet Bin Gapor, penurunan kuasa yang lebih besar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Daro serta semua urusan yang dulunya dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Bahagian Mukah akan lebih menyenangkan. Kini PPD Daro dapat merancang strategi yang lebih baik untuk melihat semua sekolah mampu cemerlang dengan cara tersendiri dengan memberi penekanan penyelesaian masalah yang mungkin berbeza dengan daerah-daerah lain. Namun mesyuarat kali ini penekanan yang serius ialah bidang Kurikulum atau akademik.
Daro 5.45 pagi Jumaat 11/3/2011 Dari Eng Soon Lee Inn |
Cg Awet Bin Gapor, berkata, mesyuarat 3 hari ini bersama pentadbir sekolah adalah perintis kepada perkongsian secara lebih professional di mana semua sekolah menengah dan sekolah rendah di Daerah ini perlu bergerak selari untuk kejayaan bersama. Kejayaan sekolah adalah kejayaan PPD. Katanya lagi perkongsian ini bukan menidakkan program-program yang dirancang oleh sekolah masing-masing tetapi semua pentadbir sekolah dapat berbincang dan mengambil apa-apa keputusan yang baik untuk penambahbaikan apa-apa program yang ada di sekolah.
Daro 6.15 pagi |
Kejayaan 2 buah sekolah di Sarawak sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) iaitu Sekolah Menengah Sains Miri dan SK Ulu Lubai serta kejayaan 8 buah sekolah rendah di Daerah Daro di bawah tawaran baru (New Deal) yang diumumkan pada 18 Februari 2011 lalu di Melaka perlu dibuat contoh. Antara sekolah rendah yang berjaya dan menarik perhatian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) ialah SK Teluk Gelam, SK Bekakong, SK Stalon, SK Salah Kechil, SK Tebaang, SK Kuala Matu, SK Sebako dan SK Mohamad Redeh. Tahniah kepada semua guru dan pentadbir sekolah ini.
Daro 6.20 pagi |
Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya ialah tentang cadangan PPD Daro untuk melaksanakan Pemantauan Kurikulum yang lebih spesifik dan lebih berfokus. Saya harap alasan tidak cukup kakitangan dalam pelaksanaan program pemantauan ini bukan suatu alasan. Pemantauan ke sekolah-sekolah oleh pegawai PPD adalah sangat baik. Disamping memberi motivasi kepada guru-guru, sebarang masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dapat diselesaikan dengan segera. Saya yakin hubungan baik antara PPD dengan sekolah-sekolah akan membuka lebaran baru, bukan 8 sekolah saja yang hebat dibahagian ini, tetapi lebih dari itu pun dapat dicapai.
Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi pelajar-pelajar di SMK Belawai menduduki peperiksaan. Hari ini juga ibu bapa bagi pelajar-pelajar asrama akan menyambut kepulangan anak-anak masing-masing di rumah. Dalam pada itu juga guru-guru juga akan bercuti, walaupun hakikatnya guru-guru mempunyai tugas untuk menyemak jawapan peperiksaan pelajar. Sekolah akan ditutup selama seminggu. Harapan saya semua pelajar dapat pulang dengan selamat. Seperti mana SMK Belawai melepaskan pelajar balik dengan dengan keadaan selamat dan sihat, begitu juga doa saya semoga semua pelajar akan kembali ke sekolah dengan sihat walafiat tanpa ada cacat celanya. Begitu juga dengan guru-guru, sepanjang cuti ini, manfaatkan masa dengan baik. Jaga makan minum, jaga kesihatan dan keselamatan walau di mana sahaja berada.
Kepada semua pelajar, waspada semasa menaiki bot, gunakan jaket keselamatan yang diagihkan oleh pihak sekolah. Jaga keselamatan di rumah, jangan memandu dalam keadaan yang merbahaya. Hindarkan perkara-perkara yang melemahkan minda atau sesuatu yang tidak manfaatkan untuk diri. Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM sama ada pelajar harian dan asrama, Ingat, tahun ini anda mempunyai agenda yang cukup besar. Perlu lulus dengan cemerlang, jangan lupa dengan pelajaran masing-masing dan tahun ini anda perlu lakukan yang terbaik...
Terima kasih cikgu... Terima kasih kepada semua pelajar SMK Belawai. Selamat Bercuti untuk anda dan selamat bercuti kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia...
8 comments:
kat kuching pon hujan dari malam sampai ke pagi... selamat bermeeting. kamek sudah dah
Assalam Cemomoi..
Di Kuching rupanya.. minggu depan, jumaat saya ke kuching. Sekarang dah di Sibu. Kalau ke Sibu beritahulah.. dapat kenal lebih dekat lagi.. Ok selamat datang ke Sarawak..
Selamat bercuti untuk semua murid...
(Cuti ni masa untuk 'kemas kini' segala-galanya-untuk 'menyambut' kemungkinan Sekumpulan pemantau dari JPN yang akan berkampung di daerah ini 21-24 Mac. Mana tahu mereka singgah...)
Assalamualaikum.
Semoga banyak manfaat dan perkongsian bagi memajukan sekolah dan anak didik.
Selamat bercuti kepada warga pendidik.
Bagi yang mengikuti PGSR, selamat meneruskan pengajian.
TQ
cKLah...
Selamat bercuti cg.
Patut bersedia, segalanya mungkin.. Kalau ada pemantau singgah kita dah bersedia kan..
Admin P@P..
Banyak yang dapat dikongsi bersama jika bermesyuarat.. lebih2 lagi dalam suasana nak raya besar tidak lama lagi...
selamat bercuti Ckg :):)
Cuti seminggu- tempoh utk menyiapkan penyemakan kertas2 ujian ni..:):)
Pn Kartini,
Cepat semak kertas jawapan pelajar.. 3 hari lagi sokolah akan dibuka...
Selamat bercuti..
Post a Comment