PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, February 24, 2011

170.Pengaruh dan Aura

Cikgu bertemu dengan cikgu, sudah tentu banyak cerita nak disampaikan. Begitulah ragam setiap kali bila saya sampai ke Negeri Asal ini. Mencari kawan-kawan lama, satu aliran. Namun rakan-rakan sepermainan sekampung sekadar bertegur sapa, bertanya khabar. Barangkali lama berpisah membuatkan rasa segan, segok dan berbagai lagi perasaan timbul di hati masing-masing, sebaliknya masa kecil sama-sama mandi sungai, menangkap ikan di bendang, sama-sama bermain meriam buluh, bermain pondok-pondok dan sebagainya. Masa berlalu begitu cepat sekali, kematangan berfikir mengatasi segalanya dan semua kini berjalan dengan “serius”, bukan berfikiran seperti budak-budak, ada tanggungjawab masing-masing yang terpaksa dipikul.

Baju Merah SMK Mergong
Baju Hitam Maktab Mahmud
Penyokong Maktab Mahmud
Mempengaruhi penonton yang lain dengan gelagat mereka
semasa perlawanan bola sepak SMK mergong dengan sekolah mereka
Selesai sahaja perlawanan bola sepak MSSD antara SMK Mergong dengan Maktab Mahmud Alor Setar dengan keputusan SMK Mergong menang 1-0, saya bersama rakan-rakan yang bertugas beredar mencari tempat untuk membasahi tekak. Bukan kerana sakit tekak kerana terjerit-jerit dipadang tetapi sengaja mencari tempat yang sesuai untuk menyambung cerita semasa di padang yang seringkali terganggu kerana tugas, dan kekerapan pemain untuk bertukar. Tempat yang menjadi pilihan ialah di warung mee rebus, Pantai Johor. Tempat ini tidak ada pantai tetapi, berhampiran dengan tebing sungai. Barangkali adanya jambatan di situ, seakan2 tambak Johor, tempat tersebut dinamakan Pantai Johor.

Mee Rebus Hj Yusof,
Pantai Johor..
Dalam pelbagai cerita, yang menarik hati saya ialah bagaimana luahan perasaan seorang sahabat yang tidak berpuas hati dengan seorang guru di sekolahnya. Guru ini, katanya seringkali melobi pihak pentadbiran supaya beliau ditukarkan ke kelas yang baik jika beliau ditugaskan mengajar kelas hujung. Mangsanya ialah guru-guru yang tidak banyak “songeh”. Menerima tugas dengan tenang walaupun tahu akan keadaan sebenar. Berbagai komen rakan-rakan tentang guru jenis ini. Bagi saya bukan di sekolah berkenaan sahaja yang mengalami keadaan sedemikan tetapi ia juga berlaku dimana-mana sekolah dan ini merumitkan tugas pentadbiran. Ketika ini saya menjadi pendengar yang baik dan mengambil pengajaran apa yang berlaku.

Saya percaya bahawa guru jenis ini adalah guru yang tidak yakin pada diri sendiri. Guru jenis ini juga adalah guru yang tidak ada daya “pengaruh” atau “aura” yang tersendiri. Beliau bukan sahaja menjatuh maruah dirinya tetapi telah menunjukkan bahawa dirinya adalah seorang guru yang lemah.  Pada pandangan saya, jika saya diberi kelas yang lemah ia adalah suatu yang sangat baik. Jika kelas ini tidak pernah lulus dalam sesuatu subjek dan kita sebagai guru dapat meluluskan pelajar walaupun 1% darinya, guru ini dilihat sudah cemerlang. Ini berbeza jika kita deberikan kelas yang baik tetapi kita tidak dapat mengekalkan kecemerlangan atau merosot pencapaian, kita akan dilihat sebagai seorang guru yang lemah.

Alasan tidak dapat mengajar di kelas hujung kerana tidak dapat menumpukan P & P dengan cemerlang tidak dapat dapat diterima. Sesuatu yang saya kira boleh diterima oleh masyarakat ialah semua sekolah kecuali MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh adalah pelajar2 datang dari latar belakang pelajar yang pencapaian akademiknya rendah. Sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman ini juga mempunyai ramai pelajar yang buta huruf. Jika adapun pelajar yang cemerlang, pelajar tersebut ialah pelajar yang menolak tawaran ke sekolah yang dianggap terbaik.

Sebagai seorang guru yang baik kita perlu menanam keyakinan diri. Mana-mana kelas yang diberi kepada kita adalah “Amanah” dan berusahalah supaya menampakkan hasil seperti yang diharapan oleh pihak sekolah atau ibu bapa. Guru-guru perlu ada “Pengaruh” atau “aura” tersendiri dalam mengubah mentality, menyatakan beliau tidak boleh melakukan itu dan ini. Bina pengaruh yang luar biasa kepada pelajar, supaya mereka dapat mengikuti P & P guru.  Tertarik dengan guru, senang dengan pengajaran guru, menghormati guru dan ahirnya memberi kejayaan kepada diri mereka dan guru.

Raja lawak mempunyai pengaruh yang kuat kepada peminatnya
Semua orang mempunyai “pengaruh” dan “aura”nya yang tersendiri. Namun kita tidak menyedarinya. Ia berbeza antara individu. Kita menyukai seseorang bukan kerana dirinya kaya, tetapi ada sesuatu kepada dirinya yang kita suka. Sama ada cara percakapannya, sikapnya, cara pemakaiannya dan lain-lain. Begitu juga dengan diri kita, ada rakan2 yang senang berhubung dengan kita kerana kita juga ada “pengaruh” dan “aura” tersendiri. Aura ialah medan tenaga elektromagnetik yang wujud disekeliling kehidupan sama ada manusia, tumbuhan, haiwan dan jisim2.

Kanak-kanak mempunyai pengaruh dan aura yang sangat kuat
Kita terpengaruh dengan senyumannya, kecomelannya, dan tubuh badannya,
Kadang-kala semua orang terpengaruh dengan tangisannya, dan menyataka kesedihan,
belas kasihan dan ingin mengetahui akan apa yang menimpa mereka dengan kasih sayang...
Dalam pada itu, dalam kita membina “Pengaruh” dan “aura” tersendiri, kita juga mungkin akan terpengaruh dengan kenakalan pelajar sehingga kita takut untuk menghadapi mereka, terpangaruh dengan tipu daya mereka, perpengaruh dengan kehebatan mereka, sehingga kadang-kala kita tidak Nampak pelajar lain yang berbakat. Kita membuat kesilapan hanya pelajar ini sahaja seringkali keluar mewakili sekolah kerana hati terpaut kepadanya. Dalam kelas, kita terpengaruh dengan kepandaian seseorang pelajar sehingga kita mengabaikan pelajar lain.  Oleh itu guru cemerlang perlu bertindak secara “Bijaksana”..

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Mengajarlah bukan kerana nama atau ganjaran - tapi kerana keikhlasan dan kesedaran untuk melihat anak-anak mencapai kecemerlangan....

zulkbo said...

salam..
perlawanan dengan maktab mahmud
ermmm..bekas sekolah isteri saya
lama dah tak ke sana..

Mohamad said...

Kakcik,
Setuju dengan pendapat Kakcik..

Mohamad said...

Zul..
Kedua2 buah sekolah ini sama-sama kuat. Gol masuk pada minit terakhir sebelum wisel tamat dibunyikan...

Perlawanan hebat.. ramai penonton. Paling menarik komen2 yang keluar dr mulut anak2 ini disamping berlawan2 cakap dan gelak ketawa dengan lawak2 yang direka2..

Anak2 kita mereka lebih tahu dr kita, yang kadang2 kita tidak sangka sama sekali yang kita anggap mereka tidak tahu...

terokai seni said...

harap bebudak tak jadik mangsa... sian kat dorang

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Mengajarkan ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap orang alim (berilmu), maka soal memilih pelajar itu sepatutnya tidak wujud dalam diri seorang pendidik.

ibuintan said...

saya sangat setuju dengan cikgu, memang terdapat segelintir guru yang melobi pentadbir semata2 hendak mengajar kelas dan subjek yang disukai saja.. kelas murid pandai dan bukan subjek teras

bagi saya mereka ini contoh guru yang gagal

ilahjy said...

pantai johor aduhaiiii kampung kuuu ilahjy amat rindu sekali suasan dulu2 .. mee rebus kat situ lom rasa lagi.. lama dah tak balik P.J.. moshar ni buat ilah jy terkenang kembali semua kenangan di P>J tuu.. yaa tiada pantai tapi nama dia pantai johor.. itulah kelainan kg ilahjy... jambatan lama tuu bunyi amat memeritkan telinga.. waktu malam nak tidoq..huhu.. bila terbina titi baru baru la lega.. tetamu yg dtg umah mesti tak dpt tido..tapi bunyi titi tu amat best sbb ada rentak yg tersendiri.. dum dam dum dam...nanti balik P.J ilah jy nak p makan mee rebus tu laa..bila moshar balik situ???

Mohamad said...

Cemomoi..
Begitulah hendaknya..

Mohamad said...

Ustaz..
Semoga semua kaum guru renung kembali akan tugas murni ini...

Mohamad said...

Ibuintan..
Banyak orang, banyaklah ragamnya tetapi janganlah meminta keterlaluan..

Mohamad said...

Ilahjy..
Seminggu saya di Kedah. Sambung cuti setelah selesai seminar di Melaka.

Betul ilahjy, bila sebut Pantai Johor yang terbayang di fikiran ialah jambatan lama tu.. masih terngiang2 bunyinya hingga kini walaupun sudah lama bertukar jambatan baru...

Di gerai mee rebus itu lah selalu jadi tempat lepak dengan rakan2 jika saya balik ke sana. Dulu ada rakan kita Suhaimi Harun, menjual roti canai di situ.. sekarang tidak tahu lagi dimana dia berniaga..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.