PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, February 22, 2011

169.Alang-alang Bercinta Biar Sampai Ke Akhir Hayat..

Kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang bercinta dan berkahwin biarlah sampai ke akhir hayat. Begitu juga segala doa dan harapan rakan taulan, sahabat handai jika mengetahui bahawa seseorang itu akan mendirikan “Masjid”. Rasa saya tiada seorang pun yang mendoakan supaya rumahtangga yang dibina itu akan runtuh dan berkecai. Begitu juga dengan pasangan pengantin sama ada lama atau singkatnya alam percintaan, doa dan harapan supaya hidup berbaik-baik sehingga ke akhir hayat. Namun sudah lumrah dunia, ada yang berfkir sebaliknya. Barangkali ada diantara pasangan pengantain yang awal-awal lagi mempunyai niat dan harapan sebaliknya, perkahwinan yang dibina itu hanya sementara dan ada agenda tertentu atau niat yang tersirat.

Masjid Beijing, Kelantan
Sebaik sahaja selesai Majlis Perasmian Penutupan Hari Kesedaran Bencana Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di MITC pada jam 4.30 petang (majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 19/2/2011 tetapi beliau sibuk dengan pilihanraya kecil di Melaka) saya bersama-sama dengan rombongan dari Sarawak terus ke lapangan terbang LCCT dan sebahagian lagi ke KLIA. Namun destinasi saya pada kali ini bukan terus pulang ke Sibu tetapi ke Kota Bharu, Kelantan. Di sana keluarga saya sedang menunggu.

Suasana di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra. Kelihatan ramai keluarga
 yang menunggusanak saudara
masing-masing
Penerbangan AirAsia jam 8.55 malam tertunda sehingga jam 9.30 malam. Bermakna saya akan lewat sampai. Namun bernasib baik, emak sudah mendapatkan rumah tumpangan “Homestay” di Wakaf Che Yeh. Dapat mereka berehat sementara menunggu saya tiba. Kapalterbang AirAsia yang saya naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra, Kota Bharu jam 10.15 malam. 15 minit kemudian emak dan adik datang menjemput.

Kelantan negeri indah dan penuh kemakmuran, rakyatnya peramah. Makanannya murah dan sedap. Sepanjang berulang alik ke negeri ini tiada masalah dengan kami sekeluarga lebih-lebih lagi emak berbesan dengan orang pasir putih. Jodoh pertemuan, ajal maut adalah kehendakNya. Tiada halangan dalam perkahwinan adik dan wanita pilihannya. Begitu juga dengan anak-anak lain, kami diberi kebebasan, berkahwinlah, tinggallah dimana-mana di bumi Allah ini, hanya satu pesan mak dan ayah, Ingat keluarga.

Kali ini, suasana sangat berlainan sama sekali. Sambutan oleh besan dan menantu kesayangannya ini setelah hampir 15 tahun mengenali antara satu sama lain kini bertukar “ganas”, bengis dan kasar serta hilangnya rasa hormat kepada ibu dan bapa mertua.  Semuanya kerana perselisihan faham.. Hanya istighfar yang keluar dari mulut mak. Kali ini ayah langsung tidak mahu datang kerana rasa malu dengan penghinaan yang diterima. Namun di dalam hati masing-masing mendoakan semoga mereka akan bersatu semula, bukan perceraian yang diminta.

Suasana pasar malam di Wakaf Che Yeh
di buka sehingga ke pagi

Seawal jam 7.00 pagi kami sekeluarga bertolak ke Mahkamah Syariah Pasir Putih dari Wakaf Che Yeh. Pendaftaran dibuat pada jam 8.00 pagi supaya kami dapat bertolak balik ke Kedah lebih awal. Jam 9.00 pagi kes mula disebut satu persatu dan kes ke 5 adalah kes adik saya, kesemuanya tuntutan cerai daripada isteri masing-masing.

20.2.2011 adalah kali ke 4 kes disebut di Mahkamah Syariah Pasir Putih dan kali pertama saya mengikuti kes ini. Dalam sejarah hidup saya juga, inilah kali pertama saya melangkah masuk ke ruang perbicaraan di Mahkamah Syaiah. Semua procedur mahkamah diikut. Hati berdebar, apakah keputusan yang akan diambil. Namun diakhir perbicaraan yang hanya memakan masa 15 minit itu, keputusannya hakim hanya melantik “Hakam” untuk kedua-dua belah pihak. Tugas Hakam ialah sebagai orang yang dapat berbincang dan memberi pendapat atau sebagai “timbangtara” terhadap  suami isteri ini sama ada mereka masih dapat hidup bersama atau tidak.. Kes bertangguh lagi pada .. /3/2011.

Mahkamah Rendah Syariah, Pasir Putih
Perpisahan adalah pelengkap kepada kehidupan. Tiada kita terdaya jika itu memang kehendakNya. Lumrah hidup berumahtangga pasti akan timbul badai dan ada pasang surutnya. Berundinglah dengan baik, berilah ruang untuk menyelesaikan masalah dengan baik sebelum membuat keputusan yang melulu, yang boleh merugikan seumur hidup. Tidak membesarkan perkara kecil, mempunyai rasa malu dan takutlah kepada Allah dan mohonlah keredaannya. Muhasabah diri atas apa yang berlaku, Ingatkan anak-anak yang semakin membesar dan hidup tanpa ibu atau bapa disamping mereka.

Kehendak keluarga, semoga tiada perpisahan yang akan berlaku, pulanglah ke pangkuan suami dan anak-anak. Mohon maaf kepada suami kerana “Nusyuk”. Buang yang keruh, ambil yang jenih. Bina kebahagiaan untuk keluarga sendiri seperti bahagianya orang lain. Buang perasaan cemburu buta. Tiada ukuran kebahagian dengan wang ringgit, tetapi kebahagiaan itu lahir dari hati yang bersih dan penuh iklas. InsyaAllah akan datang pertolongan dan bantuan Allah tanpa disangka-sangka..

Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami Rahmat dari sisiMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk pembalasan pada hari Qiamat nanti sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. (Al-Imran : 8-9)

20 comments:

Muhammad Izuan said...

Assalamualaikum cikgu. Saya nak komen, tapi tak tau apa yang patut saya tulis di sini. Jodoh itu ditanganNya. Dan kita kena percaya pada takdir. Dan dengan itu juga, kita perlu redha. Err cikgu, bahaya makan kat kelantan kalau tak biasa kecek, takut kena tipu harga. Saya dah banyak kali terkena.

Nizam Awang Brahim said...

Sedangkan lidah lagi tergigit.

ibuintan said...

assalamualaikum cikgu,

kenapalah begitu senang para isteri meminta cerai sekarang ni, apakah punca, apakah yg mereka cari, apakah yang mereka inginkan.... ke manakah cinta dan kasih sayang yang mekar ranum sebelum ini?

memang semuanya ketentuanNya, namun cubalah cari jalan penyelesaian yang sebaiknya

Mohamad said...

Muhammad Burn..
Mana-mana tempat pun ada macam itu.. sengaja mengambil kesempatan. Mereka tidak fikir bahawa sikap mereka akan memberi kesan kepada orang yang lain yang tidak berdosa...

Mohamad said...

Jejaka Desa..
Setuju dengan saudara..

terokai seni said...

moga jumpa hidayah Allah untuk kembali dalam landasan kehendak-Nya

Mohamad said...

Ibuintan..
Dunia semakin tua, zaman sudah berubah.. Dosa pahala sudah tidak diendah lagi asalkan mendapat matlamat yang diidamkan.. Namun tidak semua begitu masih ramai yang baik didunia ini..

Wallahuaklam..

Mohamad said...

Cemomoi..
sama-sama doakan.. masalah ibu bapa, kesannya amat mendalam kepada anak2..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Cantik masjid beijing tu..

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu...

"isteri yg baik untuk suami yg baik"

doa ummi semoga pasangan yg terlibat berkekalan lah rumahtangga mereka di dlm kesejahteraan .

kasihanilah anak2 yg akan menjadi mangsa keadaan .

Mohamad said...

Ustaz..
Memang cantik Masjid itu.. saya difahamkan oleh sahabat yang berniaga di situ, Tuan Guru telah menghantar 20 orang arkitek ke China untuk membawa balik model masjid di sana untuk dibuat di Kelantan..

Masjid ini kami singgah dalam perjalanan ke Rantau Panjang...

Mohamad said...

Assalam Ummi Umaira..
Begitulah kehendak kami sekeluarga. Masalah keluarga mereka tiada siapa yang tahu...

Jothmen said...

Terpaku seketika....dah bergegar arash Allah S.A.W

Anonymous said...

Salam Cikgu,

Sedih juga baca kisah yang Cikgu paparkan. Mudah2an jodoh mereka masih panjang.

Tapi yer, jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Semoga mereka berdua diberi segala kemudahan dalam menyelesaikan kes ini.

ckLah @xiiinam said...

Moga ikatan suami isteri itu boleh diselamatkan..

Impian Murni said...

Salam Cik gu,

ORANG KEDAH KATA JODO TU KENA PEDO, KALAU DAH TAK PERAYA NAK PEDO...REZDO SAJA LA.......

Mohamad said...

Jothmen..
Tidak terkata?..

Moshar

Mohamad said...

Kunang-kunang..
Harapan si suami semoga isteri pulang kepangkuan...

Mohamad said...

CkLah..
Jalan buntu.. ruang untuk berbincang tertutup..

Mohamad said...

Impian murni..
Dah puas pedo.. akhirnya reda atas ketentuannya..

Terima kasih

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.