PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, February 14, 2011

166.SEKOLAHKU TERCINTA


Lagu baru SMK Belawai  yang bertajuk SEKOLAHKU TERCINTA yang digubah oleh Cikgu Patrick Hj Khamis yang juga merupakan Komposer terkenal tanahair kini sudah siap. CD lagu tersebut telah diserahkan  sendiri  oleh Cikgu Patrick kepada saya pada 10 Februari 2011 di SMK Matu, Daro. Walaupun jangkaan siap lagu tersebut ialah pada akhir tahun 2010, namun atas beberapa sebab dan pelbagai perubahan dilakukan terutama kesesuaian lrik, lagu tersebut dapat disiapkan juga akhirnya. Namun saya sangat berpuas hati bila kali pertama mendengarnya. Rentak lagu yang rancak ini diharap dapat menaikkan semangat para pelajar dan Warga SMK Belawai seterusnya menjayakan Visi dan Misinya.

Hari ini, buat pertama kalinya lagu tersebut akan dimainkan di dalam mesyuarat pengurusan. Seterusnya akan diserahkan kepada Cikgu Mohd Taupik untuk dinyanyikan oleh pasukan koir sekolah. Satu majlis ringkas pelancaran lagu tersebut dirancang akan diadakan di sekolah nanti dengan dihadiri sendiri oleh Cikgu Patrick Hj Kamis dalam masa terdekat ini. Dalam pada Cikgu Patrick Hj Kamis juga sedang berusaha untuk mendaftarkan lagu tersebut sebagai Harta Intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebagai Hak Cipta Terpelihara SMK Belawai.

SEKOLAHKU TERCINTA

Namamu disanjung tinggi
Indah megah berdiri
Tapak anak watan mencapai impian
Ke arah kejayaan

Kami berjanji bersumpah setia
Demi sekolah tercinta
Memberi sinar harapan
Ke arah kegemilangan

CHO
SMK Belawai... tercinta
Gedung ilmu berguna
SMK Belawai... berjaya
Impianku terlaksana

Ilmu penyuluh hidup
Motto Sekolah kami
Sumber inspirasi, panduan kami
Menggapai cita-cita

Lagu : Patrick Hj Khamis
Susunan Muzik : Richard Changgan
Lirik : Mohamad Shariff Bin Mat Saad

6 comments:

IMANSHAH said...

salam

tahniah cikgu mad..usaha yang sangat bagus..akan dikenang zaman berzaman..apapun, lagu sekolah sebagai salah satu cara meningkatkan kecintaan pada sekolah..

nyanyi dengan semangat

Mohamad said...

Terima kasih Imanshah..

Impian Murni said...

Tahniah Cgu Mohd.Cgu memang penulis yang baik...bukan hanya menulis cerita,kisah hidup,nasihat, tetapi menulis lirik lagu juga.
Cgu patut bangga...senikata ini akan dinyanyikan sepanjang zaman...

Mohamad said...

Impian Murni..
Diabadikan sebagai kenangan setelah perpindah nanti..

ummu said...

assalamualaikum Tuan,
lagu sekolah memang sangat penting dalam mebina rasa cinta sekolah.
selamat menyambut maulidurrasul untuk tuan sekeluarga
tahniah kepada guru yang telah mencipta lagu sekolah cikgu Mohamamd
sekian wassalam

Mohamad said...

Terima kasih Ummu..

Mohon maaf kepada rakan2 kerana saya tidak dapat membuat lawatan balas kerana masalah internet dalam masa beberapa hari ini. 1515 yang saya gunakan terlalu lambat..

Terima kasih

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.