Biasanya sebagai guru, kita akan bertanya kepada pelajar, Apakah tujuan sebenar mereka ke sekolah. Bila soalan ini diajukan ramailah pelajar akan menjawab mereka ke sekolah ialah untuk mencari ilmu pengetahuan, mencari pengalaman dan sebagainya. Ada juga guru-guru yang bertanya kepada pelajar dengan cara yang lebih spesifik, bila besar nanti nak jadi apa? Atau apakah cita-cita kamu? Tentunya pelbagai Jawapan yang mereka berikan, ada yang mahu jadi Guru, Polis, Doctor, Peguam. Akauntan dan lain-lain. Jika diberi ruang untuk mereka bercakap, jawapan yang keluar dari mulut mereka dilihat bersungguh-sungguh yang menunjukkan ketulusan hati dan minat masing-masing. Ada juga yang tidak tahu apa2 dan apa nak jadi, jadilah.
Teringat saya kepada seorang sepupu, di Felda Bukit Tembaga. Semasa sesi pengenalan pelajar-pelajar darjah satu di SK Bukit Tembaga, Guru bertanya, bila besar nanti kamu nak jadi apa. Dengan selamba dia berkata, bila besar nanti dia nak jadi komunis. Kata cikgu, betul juga, polis dah ada, tentera pun dah ada.. nanti mereka tidak ada kerja pula. Namun, selepas meniti hari demi hari dan selesai persekolahan beliau kini bekerja sebagai pelukis plan di Kuala Lumpur.
Sebagai seorang guru, saya juga tidak terlepas bertanyakkan pelajar dengan soalan-soalan seperti ini. Setiap kali hari pertama bertemu dengan pelajar atau pertama kali menjejakkan kaki di dalam kelas untuk subjek perdagangan, saya ajukan soalan apa tujuan kita kesekolah. Jawapan mereka memang streotaip. Namun, saya akan bertanya dan bertanya sehingga mereka keluar perkataan, mereka mencari ilmu untuk mendapatkan pekerjaan.
Kesimpulan saya kepada pelajar-pelajar tersebut ialah tujuan kita belajar sebenarnya ialah untuk mencari “duit” sebagai rezeki kita untuk sepanjang hayat. Tanpa ilmu yang kukuh kita tidak dapat menjawat pekerjaan yang kita kehendaki. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita perlu cari ilmu yang berkenaan untuk menjadi usahawan. Untuk menjadi doctor kita kena belajar kearah menjadi seorang doctor. Untuk menjadi jurutera maka belajarlah ilmu kearah tersebut begitulah dengan pekerjaan-pekerjaan lain.
Benar, Rezeki Allah itu di mana-mana. Namun sebagai inspirasi kepada pelajar untuk kejayaan. Mereka boleh memilih jalan mana yang mereka mahu. Mereka boleh memilih bidang mana yang menjadi pilihan dan minat, dan bidang mana yang mendatangkan pendapatan yang lumayan. Mereka juga boleh memilih bidang mana yang menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak. Belajar bersungguh-sungguh sahaja tidak menjanjikan pekerjaan yang baik jika bidang yang diambil tidak menjurus kepada minat dan cita-cita mereka. Akhirnya akan ada yang menjadi penganggur terhormat. Seterusnya nasihat kita kepada mereka seolah-olah kita tidak bercakap benar.
Saya amat menyedari bahawa pada masa kini ramai pelajar yang pandai membuat keputusan untuk diri sendiri. Selepas sahaja tingkatan lima, ramai yang sudah beralih ke dunia pekerjaan berbanding dengan rakan-rakan yang menyambung ke tingkatan enam, ke maktab, ke matrikulasi dan sebagainya. Tuntutan mahu mendapat duit sendiri juga membuatkan mereka mahu menjauhkan diri dari terus menuntut ilmu. Bagi mereka sudah memadai dengan apa yang ada dan akur dengan ganjaran yang bakal di terima. Sesetengah pelajar masuk ke Universiti itu bukan menjadi matlamat utama untuk mendapat “duit” tetapi memadai dengan ilmu yang ada dan berpuas hati dengan pekerjaan yang ada...
16 comments:
Assallamualaikum cikgu,
semuga pelajar-pelajar kita dapat mencorak masa hadapan dengan baik..bekerja selepas spm atau sambung belajar adalah pilihan..ilmu boleh dituntut sepanjang hayat...
Assallamualaikum cikgu,
saya pernah bertanya seorang murid tahun satu , lapan tahun sudah tentang cita-citanya... katanya dengan yakin, 'saya tidak mahu jadi cikgu sebab gaji cikgu tak banyak, cikgu cuma banyak hutang, emak saya suruh jadi doktor sebab gajinya banyak'
salam cikgu
saya selalu pesan pada murid saya, jadilah walau apapun dalam dunia ini seperti jurutera, arkitek ..dan jangan lupa jangan jadi arkitek yang rasuah, jurutera yang korupsi
rindu plak zaman masa skola... hmm..
cikgu, entry best......
Salam nadz..
Begitulah hendaknya.. banyak peluang belajar selepas bekerja. Banyak IPTA dan IPTS yang menawarkan PJJ jika mereka mahu meneruskan pelajaran..
Salam ibuintan..
Semoga beliau berjaya mengejar cita-citanya.. tidak salah kita menasihati anak-anak tetapi berilah maklumat yang betul. Maklumat awal adalah penting supaya mereka berfikir secara positif..
Salam imanshah..
Setuju dengan pendapat cg.. Carilah rezeki masing-masing tetapi jangan musnahkan diri dengan perkara-perkara yang tidak baik...
Salam Nick Irfan...
Saya rasa semua orang akan merasa begitu.. Bila saya bertemu kembali dengan rakan-rakan lama dalam Fb.. sangat mengamit kenangan.
Salam Zulhilmidin..
Terima kasih..
assalamualaikum..
guru adalah pekerjaan yg sgt mulia..sungguh mulia
Kadang-kadang, simpati melihat murid-murid sekarang yang kekadang terpaksa menerima tawaran belajar jurusan yang mereka tidak minati. Mahu menolak dan mimilih IPTS tidak mampu. Tapi, zaman sekarang susah nak memilih-milih kerana permohonan ke IPT terlalu ramai. Terjadi kepada adik saya, walaupun cita-citanya bukan akauntan, tapi sekarang dah jadi akauntan di Petronas. Cita2 asal punah apabila diarahkan memasuki kelas Prinsip Akaun di SMA Kajang, meski PMRnya dapat 9A.
***Zaman saya dulu, masih boleh meminta tukar dari fakulti Undang2 ke Pendidikan (walaupun mendapat tentangan dari bekas guru2 tingkatan 6 di sekolah)
Ramai juga anak2 murid yg berangan nak masuk program realiti huhu
Salam Sahromnasrudin..
Tidak dinafikan.. namun ada yang masih tidak menyedarinya..
Salam ckLah..
Betul cg.. sekarang banyak persaingannya. IPTA dan IPTS pun semakin banyak. Kalau terlalu memilih pun susah juga..
InsyaAllah minat boleh datang kemudian. Dulupun saya tidak minat Accounting, belajar sampai demam2. 1 tahun bekerja di sebuah syarikat..., Syukur dapat KPLI. Akhirnya menjadi guru juga..
Salam cg Aida..
Betul cg.. jadi artis pun satu cabang rezeki. Tetapi biarlah bermoral..
Post a Comment