PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, January 20, 2011

155.Enggang dan pipit tidak mustahil terbang bersama..

Kita biasa mendengar, peribahasa enggang sama enggang, pipit sama pipit baru boleh terbang bersama yang menunjukkan susahnya hendak bersatu jika jodoh yang dipertemukan itu adalah berlainan darjatnya. Saya tidak pasti, peribahasa mana yang hendak digunakan untuk menunjukkan bahawa seorang guru baiklah cari jodoh guru juga supaya senang dapat terbang bersama. Namun ini bukanlah ukuran kebahagian seseorang. Pada zaman sekarang tiada yang  mustahil, enggang dapat terbang bersama pipit jika kedua-duanya memahami antara satu sama lain.

Isteri saya sebelum ini bukan guru. Beliau sudahpun memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan Kesihatan di Sibu. Namun saya minta beliau agar meletak jawatan, biar sama-sama menjadi guru  dan dapat sering bersama pada masa cuti dan sebagainya. Syukur walaupun pada mulanya beliau kurang berminat, tetapi setelah menjawat jawatan sebagai guru, beliau dapat menyelami pekerjaan ini dan meletakkan tanggungjawab yang tinggi terhadapnya.

Sebagai guru, tiada lain yang dibincangkan di rumah, perkara yang banyak dicakapkan ialah tentang dunia pekerjaan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja topic menarik untuk dicakapkan. Walaupun tempat mengajar disekolah yang berlainan tetapi kami saling memahami antara satu sama lain. Begitu juga apabila saya terpaksa berjauhan dengan keluarga atas tuntutan tugas. Bohong jika dikatakan tiada perbezaan pendapat, namun dapat diselesaikan bila ada yang bertolak ansur..

Dunia pekerjaan guru kini bukannya suatu yang mudah. Banyak perkara yang dianggap pelik berlaku tanpa diundang mengikut arahan-arahan dari perintah am atau surat-surat pekeliling yang ada. Bagi yang sukar menerima tentunya “menjerit-jerit” jika ada perkara-perkara yang difikirkan bukan sepatutnya dibuat oleh guru, tetapi terpaksa dilakukan umpamanya kerja-kerja perkeranian yang banyak dari tugas untuk mengajar di dalam kelas. Pada hemat saya, perkara ini timbul apabila masa untuk ditumpukan kepada keluarga menjadi sikit. Lebih-lebih lagi tuntutan pasangan yang melebihi had-had yang dapat ditumpukan oleh seorang guru di rumah. Tekanan yang hebat ialah ditanggung oleh seorang guru perempuan yang terpaksa menumpukan masa untuk suami dan anak-anak.

Suami yang bukan guru tetapi memahami tugas guru, barangkali tiada masalah tetapi bagi suami yang bukan guru yang tidak memahami tugas guru, ini yang seringkali bermasalah. Ramai guru perempuan yang meletak jawatan atas permintaan suami. Malah ada guru perempuan yang dihendik, diperli dan sebagainya akibat tanggungjawab yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Ada suami yang sangat cerewet tentang makanan, tidak makan makanan luar kecuali makanan yang dimasak oleh isteri sedangkan kadangkala si isteri mempunyai banyak tugas yang perlu dibuat dan terpaksa turun lagi pada sebelah petang atas tuntutan tugas.

Bagi si isteri atau guru yang hebat tentu ada kreativiti tertentu tetapi yang agak lemah tentu semua itu menimbulkan masalah. Ramai suami yang pandai mengarah dari menolong.  Pernah saya terdengar sepasang suami isteri bertengkar tentang tugas si isteri. Satu perkataan yang saya tidak dapat terima ialah perkataan “Bodoh”... “Engkau ni bodohlah, banyak lagi orang lain, kenapa engkau menerimanya?” Si isteri terpinya-pinya malu.. malu dengan kata-kata suami kerana dimarah depan orang ramai sedangkan si isteri bukan bertugas keseorangan tetapi dalam satu jawatankuasa yang dibentuk oleh pihak sekolah. Sedangkan si suami bekerja sendiri, dan menunjukkan kuasa bahawa beliau tidak mengizinkan si isteri turut serta dalam aktiviti yang dirancang.

Saya sangat teruja melihat seorang sahabat saya yang tidak bekerja. Pendapatannya bergantung kepada sewa tanah sawah di Kedah. Lama mereka menetap di Putera Jaya kerana terpaksa mengikut isteri yang bertukar dan bekerja di sana. Beliau bertindak sebagai pemandu, menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah. Menghantar dan mengambil isteri dari tempat kerja. Makanan di rumah sedia dimasak untuk santapan keluarga. Tiada banyak rungutan.. kehidupan mereka sangat bahagia. Mereka saling hormat-menghormati walaupun si isteri berpangkat..

Sesungguhnya, biarpun pipit sama pipit, enggang sama enggang atau pipit sama enggang.. apa yang penting ialah saling memahami tentang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tidak semestinya pipit sama pipit tidak ada masalah, malah kadangkala masalah mereka lebih dahyat dari hubungan pipit dan enggang... tetapi yang bermasalah itu bukan kita...

Wallahuaklam

Terima kasih Cikgu Latifah, Happy Birthday, Wishing you a happy and prosperous birthday and a sweet night of birthday dreams.
22 January 2011

13 comments:

Muhammad Burn said...

Salam. Suka btl dgn gaya penulisan cikgu... :)

Mohamad said...

Salam Muhammad Burn..
Terima kasih..cikgu pun orang yang hebat...

ckLah@xiiinam said...
This comment has been removed by the author.
ckLah@xiiinam said...

Ya...cikgu. Memang tak mustahil....
Yang penting, kematangan pasangan, terutama suami sebagai kepala rumah tangga. Apa-apapun...agama mesti diletakkan di tempat paling atas.

ckLah@xiiinam said...

Maaf ya cikgu, saya padam komen yang mula-mula tadi. Segan pulak kalau orang baca. :D

...mungkin masih ada kalau cikgu klik 'dashboard' dan klik 'comments'.

Mohamad said...

Salam ckLah..
Tak apa tak jadi masalah..asal bahagia...

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu,

kalau boleh enggang tak mahu pipit pun tak mahu..mama nadz nak jadi camar...camar suka terbang berkawan..indah, cantik..semuganya kaum guru begitu..
yang pastinya selesa guru sama guru....

Mohamad said...

Salam nadz..
Betul jugak kan... asalkan kita memahami antara satu sama lain..

ilahjy said...

salam moshar..
bila saya tgok gmbr kawen kalian terus saya klik n3.. baca dgn khusyukk..
selalu tu saya jarang baca n3 yg pjng2. sbb tulisan halus mata kurang nampak..jenoh perembang haha..maklum la dah 45 thn ni kan..
seronok saya baca.. byk tol idea moshar.. seaya sejak berhenti sekolah dah lupa terus dgn penulisan..
saya dulu masa lepas sekolah 2 kali dipanggil masuk maktab ..tapi maaflah mcm wife moshar kurang minat,,tapi tahniah lah kat wife krn jadi cik gu juga akhirnya...
akhirnya walaupun tak jadi cikgu tapi masih org beri salam cikgu pada saya..dan ramai bertanya mengjar dimana.. kalu berpindah ke satu tmpt baru.. rupa ada gaya cik gu kot garangggg...cengeee..hehe..
maaf pjg celoteh saya ni
salam dari classmate mu..

ibuintan said...

enggang dan pipit tak ada masalah untuk terbang bersama, asalkan saling faham memahami dan saling bantu membantu...

Mohamad said...

Salam ilahjy..
Terima kasih sudi membaca. Umur makin meningkat macam tu lah.. apa nak buat. Semua yang hidup ini akan merasa rukun-rukun tua tersebut..
Rambut dah bercampur, mata dah kabur, badan dah melentur, gigi dah bertabur, kulit dah kendur, pendengaran pun kabur dan last sekali tau tau sajalah.. Hehehe..

Jadi guru di rumah.. mendidik anak2 dan ketika remaja ini juga amat mencabar..

Tak pa tulis panjang2. Baguslah tu.. bertegur sapa tanpa menyepi tanpa berita. Semoga persahabatan berkekalan..

Sampaikan salam pada suami..

Mohamad said...

Salam ibu intan..
Harap2 begitulah selamanya.. satu Malaysia katakan..

NICK IRFAN said...

menarik entry encik cikgu ni...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati