PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Saturday, January 1, 2011

146.Jujur dan Ikhlas Azam 2011

Mesyuarat awal tahun yang merupakan mesyuarat terpenting sebelum memulakan sesi persekolahan bagi setiap tahun semalam (31.12.2010 - cuti umum) untuk tahun 2011 telah berjalan dengan lancar dan sangat memuaskan. Walaupun mesyuarat yang dirancang pada sebelah pagi sahaja terpaksa di panjangkan selepas solat Jumaat kerana masih lagi terdapat perkara-perkara yang patut dibereskan. Bagaimanapun terima kasih kepada semua guru dan semua AKS yang hadir. Hanya 3 orang guru yang gagal bersama disebabkan atas perkara yang tidak dielakkan.  Saya percaya guru-guru yang memberi alasan ketidakhadiran mereka ada bukti kukuh mereka berbuat demikian.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Husni Zaim, semoga apa-apa keputusan yang diambil di dalam mesyuarat akan memberi manfaat kepada seluruh warga SMKB.  sementara  itu guru-guru bukan islam bertafakur mengikut cara masing-masing. Kata-kata aluan dari pengetua memulakan mesyuarat dengan pelbagai amanat dari Jabatan Pelajaran untuk disampaikan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan, ucapan terima kasih, pengesahan minit mesyuarat dan perkara berbangkit mesyuarat lepas, pengagihan tugas dan pada sebelah petang ditumpukan kepada hal-hal lain yang berkaitan supaya semua guru dapat bergerak bersama untuk kecemerlangan SMK Belawai.

Sambutan Tahun Baru di SMK Belawai, seperti hari-hari biasa.  Suasana pada malam hari tenang. Barangkali semua warga keletihan kerana sehari suntuk bermesyuarat dan pada 1.1.2011 ada tugas yang masih menanti iaitu pendaftaran pelajar. Maklumat dari rakan di Sibu, sambutan di sana amat meriah dengan bunga apinya sempena Penutupan pesta Makanan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Saya percaya di Bandar-bandar besar yang lain terutamanya Bandaraya Kuala Lumpur sambutannya mungkin lebih hebat.  Namun dalam apa-apa keadaan pun biarlah kita dalam keadaan kesederhanaan tetapi hasilnya hebat, bukan kita dalam keadaan semuanya hebat tetapi hasilnya kerosakan dan kebinasaan.

Saya menutup mesyuarat pada jam 5.30pm dengan kata-kata “Jujur dan Ikhlas” sebagai azam baru Tahun 2011. Hanya ini yang akan membantu kita melalui laluan kerjaya dengan hati yang lebih tenang. Tanpa 2 perkataan ini sebagai perisai dan tanpa kefahaman berbagai persaoalan mungkin timbul yang merumitkan fikiran jika wujud prasangka. Semua perancangan untuk kemajuan sekolah telah dibuat dan telah dikenalpasti potensi diri guru dan kakitangan. Tiada pilih kasih atau pilih bulu dalam pembahagian tugas. Jujur dan ikhlas pada pandangan pentadbiran bahawa yang dipilih untuk sesuatu tugas itu boleh melakukannya untuk kecemerlangan bersama. Sebagai seorang pemimpin sekolah saya berhak menegur, jika ada kesilapan di mata saya. Kerana jujur dan iklas jugalah kita perlu bersama-sama membangunkan sekolah ini untuk generasi akan datang kerana tiada siapa yang akan kekal di sini.

Terima Kasih Cikgu – Semoga jujur dan ikhlas kita di berkati Allah. Kita mohon, Jujur dan Ikhlas kita tertanam di hati-hati pelajar. Tertanam di hati-hati ibu bapa dan masyarakat. Semoga pengorbanan kita sentiasa dikenang. Biarlah sentuhan kepada hati-hati ini akan membuatkan mereka sama-sama berusaha untuk kejayaan bersama..

Azam kita “JUJUR DAN IKLAS” BERUSAHA DAN TAWAKKALTU 'ALALLAH
 Selamat Tahun Baru 2011..

6 comments:

ckLah@xiiinam said...

Selamat menjadi nakhoda kepada krew kabin cikgu...untuk pelayaran di sesi baru....

Mohamad said...

Salam ckLah,
InsyaAllah.. semoga sampai ke destinasi dengan selamat. Tak banyak target.. hanya 10% kenaikan. Jika lebih dari itu sangat-sangat bersyukur. Semoga dimakbulkan.

Ummi Humaira said...

salam cikgu...

selamat menyambut tahun baru 2011...semoga amal kita semakin baik berbanding tahun yg braru berlalu...

mudah2an "Jujur dan Ikhlas Azam 2011"
akan terlaksana , InsyaAllah , dgn izinNYA jua...

selamat memulakan tugasan di tahun baru..

Mohamad said...

Salam ummi Humaira..
InsyaAllah.. dengan izinnya, akan terlaksana.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Terima kasih cikgu atas peringatan yang amat penting, yang selalu dilupakan.

Dek kerana mengejar apa yang diinginkan, kekadang kejujuran dan keikhlasan dikebelakangkan...

Tahniah Tuan Pengetua.

TQ

Mohamad said...

Salam Admin p@P..
Saling ingat mengaingati... tiada bantuan lain yang lebih hebat yang saya perlukan dalam menyahut pelbagai cabaran dalam kepimpinan.. hanya Allah dan dia maha mengetahui apa yang saya fikirkan...

Semoga saudara juga diberkati dan dilindungi Allah selalu..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati