PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Sunday, January 16, 2011

151.Sekolah milik kita bersama...

Pejam celik, pejam celik jangan pejam-pejam tak celik-celik  dan kesana dan ke sini, bermesyuarat, berkursus dan menguruskan hal-hal sekolah rupanya sudah hanpir 5 tahun saya di SMKB.  Bagi seorang pengetua di sesebuah sekolah jangka masa tersebut bukan lagi dianggap sebagai baru tetapi nampaknya bila-bila masa boleh di arah untuk bertugas di tempat lain jika diarah untuk berbuat demikan. Apa yang berlaku saya reda, dengan satu tekad, saya yang menjalankan tugas. Walau di mana sahaja di tempatkan saya akan bergerak disamping mencari pengalaman baru.

Secara jujur saya katakan, pada mula-mula saya mendapat surat arahan supaya berpindah ke SMKB sebenarnya saya sangat-sangat tidak senang hati kerana pilihan saya ialah sekolah di bandar. Saya langsung tidak tahu saya akan di tempatkan ke sini kerana beberapa bulan sebelum di arah berbuat demikian saya dan seorang rakan lagi En. Sunny Chong Chin San di minta untuk mengisi borang penempatan di mana  mahu di tempatkan jika jawatan ini ditawarkan. Di bandar atau luar bandar. Saya memilih di bandar kerana lebih dekat dengan keluarga, namun apa yang dipohon tidak semestinya dipenuhi. Pengetua En. Wong Chong Kung, SMK Tiong Hin,  Kini PPD Sibu menasihati saya menerimanya dan bermulalah langkah saya kehadapan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tentunya tempat baru, pengalaman baru dan semuanya baru setelah lama berada di SMK Tiong Hin sejak  Disember tahun 1994 hingga September 2006. Sayang untuk tinggalkan sekolah lama, lebih-lebih lagi pada masa saya menerima arahan, upacara penyerahan kunci dari kontraktor baru sahaja selesai. Belum sempat untuk merasa mengajar di bangunan baru yang sama-sama kami (guru-guru)  dan PIBG serta pertolongan dari Mendiang Datuk Teng (Pengerusi Lembaga Sekolah) berusaha untuk dapatkan dana mendirikannya, saya terpaksa pergi. Begitu juga dengan En. Wong Chung Kung beberapa bulan selepas itu beliau di lantik sebagai PPD Sibu.Namun dihati ada rasa “puas” kerana usaha kami untuk menukar bangunan lama telah menjadi kenyataan selain kami masih lagi berhubung dengan staf yang masih ada dari masa ke semasa.

Sebulan saya di SMKB, PPD Mukah membuat lawatan dan saya bertemu dengannya buat kali kedua selepas bertemu dengannya semasa melapor diri di PPD Mukah. Saya mengenali PPD Mukah En. Steven Tan semasa beliau menjawat jawatan pengetua di SMK Secret Heart dan kini beliau di tempatkan semula di sana setelah melalui beberapa kerjaya dengan cemerlang. Saya sangat-sangat bernasib baik, PPD sangat mengambil berat dengan tugas saya. Begitu juga dengan PPD sekarang yang bertindak sebagai guru dan fasilitator. Satu soalan En. Steven Tan kepada saya yang saya masih ingat sehingga kini, “Cikgu apa yang kamu mahu saya bantu, sekarang ini adalah sekolah kamu dan kamu mesti jadikannya yang terbaik sebelum diarah ke tempat lain...” 

Selesai sahaja beliau menandatangani buku pelawat, saya membawanya melawat bilik guru. Kata saya, “Cg, saya mahu menjawab soalan cg tadi, kalau betul cg dapat menolong saya, saya mohon supaya cg tolong untuk menambahbaikan bilik guru ini.” Syukur, dengan bantuan beliau guru-guru selesa dengan apa yang ada sekarang.

Wajah-wajah ceria anak-anak di SMK Belawai
Tulisan ini bukan untuk memberitahu orang apa yang saya lakukan dan “riak” tetapi, untuk menyatakan bahawa sebagai seorang penjawat awam kita tidak akan kekal di sesuatu tempat walaupun kita suka dan kita minat. Untuk meningkatkan kecemerlangan diri kita tidak boleh “Statik”. Bergerak, berhijrah dan berpindah jika perlu serta menerimanya dengan hati terbuka. Namun jika kita di tempatkan di sesuatu tempat amalkan konsep “di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung”, sama-sama lah kita berusaha yang terbaik di mana kita berkhidmat. Sayangi tempat tersebut dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk kemajuannya kerana itu “imej” kita.

“Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua.”
Fred M. Hechinge

Saya tidak tahu bagaimana orang melihat kata-kata di atas tetapi bagi saya, semua orang dalam organisasi adalah pemberi sumbangan yang besar atas kemajuan sekolah. Ia bukan bergantung kepada pengetua sahaja tetapi bagaimana orang-orang di dalam organisasi itu menyampaikan rasa sayang, akauntabiliti, integrity dan semangat untuk maju dan melahirkan budaya ingin berjaya. Sekolah bukan hak pengetua tetapi hak semua guru dan semua warga sekolah. Sekolah juga hak masyarakat dan mereka ada rasa untuk bersuara dan ingin sama-sama melihat kejayaannya. Oleh itu sama-samalah kita memberi idea, pendapat yang bernas, melihat secara positif, bekerjasama, saling hormat menghormati, jujur dan berfikir tanpa prejudis.

Blog sekolah diberi sentuhan baru oleh Cg Azariyanti
Semoga memberi impak yang positif kepada warganya
dan bermaklumat sebagai rujukan
Rencana ini juga ditulis khusus untuk menyatakan rasa terima kasih saya kepada guru-guru SMKB yang kini telah menunjukkan peningkatan yang baik. Barangkali hasrat, visi, misi dan apa sahaja yang saya lakukan menceminkan kehendak, hasrat, visi dan misi bersama. Tanpa kerjasama semua kita tidak akan mencapai apa-apapun... sungguh terharu saya melihat, PK1 dan beberapa orang warden membaiki jaring nyamok pelajar asrama. Terharu saya melihat ketua warden menolong memasang tiang lampu yang sebelum ini terbengkalai kerana upah yang mahal. Terharu melihat blog sekolah telah di update dengan wajah baru www.smkbelawai.blogspot.com dan terharu bila melihat masyarakat telah memberi kepercayaan kepada SMKB untuk terus usaha mendidik anak-anak cemerlang mereka tanpa memindahkan anak2 ke sekolah lain.

SMK Belawai milik kita bersama. SMK Belawai adalah Imej kita. Kita akan berbangga walau dimana kita berada kerana kini ia sebagaian dari sejarah hidup kita.

Terima Kasih Cikgu

14 comments:

CECOMEL said...

Doakan kami bakal2 guru yang bakal menjengah alam PERGURUAN yang sebenar nanti :-)

kakcik said...

Semoga terus menempa kejayaan dan kecemerlangan...

ikan emas said...

salam,

saya pula berkunjung ke sini.
Seronok membaca tulisan seorang guru..walau hanya catatan di blog is tetap ada sentuhan seorang guru !


..masa kechik cita-cita nak jadi guru tetapi akhirnya tak sanggup ..

►AdamXis◄ said...

Salam kunjung ke sini,
Menarik usaha2 cg disini...
Semoga berkekakalan usaha cg yg murni itu...sekian, wassalam

My recent post ►Fesyen : Fesyen Lenyap, Style Sama

luahfikiran said...

SALAM,
SELAMAT BERBAKTI, TUAN PENGETUA. MEMANG BANYAK CABARANNYA TETAPI LAKUKANLAH YANG TERBAIK !

Abhamz said...

salam, semoga tahun 2011 terus dapat mengekalkan malah meningkatkan kecemerlangan sekolah tuan...

Hamba Allah said...

betul cikgu, pengurus atau pengetua menentukan hala tuju sekolah atau organisasi..

saya dapat rasa kelainan pada zaman cikgu bolkia, cikgu dan pengetua sekolah baru saya..

pengalaman diharap dijadikan ilmu berguna pada masa depan

ridhwan
sandakan

Mohamad said...

Salam cecomel..
Semoga cg cemerlang di dunia dan akhirat...

Mohamad said...

salam kakcik..
Insyaallah..

Mohamad said...

Salam ikan emas..
Mengajar anak-anak di rumah pun guru jugak.. malah lebih hebat..

Mohamad said...

Salam adamxis..
Terima kasih .. semoga berkekalan..

Mohamad said...

Salam Datuk,
InsyaAllah..

Mohamad said...

Salam Abhamz..
InsyaAllah.. SMKB sentiasa cemerlang..

Mohamad said...

Cg Ridhwan..
Terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan SMKB... Cg, Lain orang lain pandangannya..

Saya mahu guru-guru dan staf di sini berjaya bersama-sama. Bukan kejayaan saya, tetapi kejayaan semua, kerana kita sama-sama membangunkan SMKB.

Saya sudah usahakan untuk GC. Alhamdulillah 2 orang guru sudah menerima tawaran Guru Cemerlang,harap mereka terima.

Guru-guru yang berkelayakkan juga sudah dikenalpasti untuk pemangkuan DG44. Harapan saya mereka akan bekerja dengan lebih gigih.

Mereka perlu tahu siapa diri mereka dan meletakkan diri di tempat yang sepetutnya..

Jika terus mundur.. lebih baik undur. Tetapi saya yakin mereka adalah orang-orang yang saya percaya dan tidak akan megecewakan saya..

Terima kasih cikgu..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati