PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, January 25, 2011

156.Tiga kali "Good"..

Seronok mendengar cerita Muzzammil tentang pembelajarannya di sekolah. Macam-macam kisah anak ini setelah masuk tahun satu pada tahun ini. Yang pasti baju dan kasutnya dah jadi “belacan” setiap kali pulang sekolah. Hanya seluar sahaja tidak berubah warna. Hari Sabtu 22 Januari 2011 adalah hari persekolahan ganti bagi SK St Mary untuk tahun baru cina, begitu juga bagi SMK Belawai. Ini bermakna guru-guru di sekolah yang berganti hari Sabtu akan bercuti panjang selama satu minggu, minggu depan. Di SMK Belawai hanya saya dan beberapa AKS yang akan jadi penunggu sekolah.

Dimata kita anak kitalah paling comel, paling cantik
Begitu juga ibu bapa lain.. biar bagaimanapun mereka
Tetapi kita sebagai guru, fahamilah jiwa anak-anak
Mereka adalah sama.. perlukan kasih sayang
Hari persekolahan Sabtu lalu diambil alih oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Syukurlah.. inilah peluang untuk saya menghantar dan menjemput Muzzammil di sekolah. Oleh kerana sekolah tempat emaknya bekerja juga bersekolah, maka seperti biasa mereka bertiga termasuk kakaknya Nurul Nadhirah turun bersama dan tugas saya hanya menjemputnya pada jam 12.15 tengahari.

Seperti biasa, jika saya berpeluang menjemputnya sejak dari Pra Sekolah lagi.. saya akan  bertanya apa yang telah dipelajarinya pada hari tersebut.Tanpa berselindung apa-apa, Muzzammil yang beza umurnya dengan kakak, Nurul Nadhirah 9 tahun itu akan menceritakan apa yang berlaku di sekolah dengan bersungguh-sungguh. Kali ini, antara yang menarik perhatian saya ialah tentang 3 kali “good”.

“Hari tuk kamek dapat 3 kali “good” yah (ayah), cikgu Dorita berik”, Katanya.. Semasa Pra Sekolah guru yang paling disayanginya ialah Cg Anna. Dalam 2-3 minggu ini, emaknya beritahu nama cg Dorita memang dibibirnya jika menceritakan masa di sekolah.

“Mana goodnya?” Tanya saya lagi.

“Sik ada Cikgu tulis, tapi kamek hitung... setiap kali cikgu limpas nangga kamek molah matematik, nya madah good. Kamek hitung hingga 3 kali.” Jawabnya dengan penuh kegembiraan.
(Tidak Cikgu tulis, tapi saya kira.. setiap kali cikgu lalu nampak saya buat matematik, dia kata good. Saya kira sampai 3 kali)

Besarnya penghargaan bagi seorang murid. Walaupun hanya dengan perkataan tanpa di catat di mana-mana bahagian buku tetapi mereka sebenarnya sangat gembira. Kadang kala dalam ajar kita, kita lupa bahawa permainan psikologi untuk mengajak murid ingin meneruskan permainan adalah sangat perlu.. Kita lupa bahawa murid perlukan penawar, tetapi kita sajikan sedikit racun yang kadang kala membuatkan mereka langsung tidak berminat dengan kita seterusnya dengan mata pelajaran yang kita ajar. Kita melihat bahawa, pelajar boleh menerima apa sahaja dari kita, dalam apa keadaan sekalipun. Kita melihat pelajar sudah besar2, sudah berjanggut, bermisai, sasanya badan dan garuknya suara tetapi kita terlepas pandang bahawa di hati kecil mereka tersentuh dengan kata-kata kita.

Itu belum lagi kita catatkan sesuatu di atas buku mereka setelah mereka selesai menyiapkan sesuatu tugasan yang kita beri. Murid cemerlang sentiasa mengharapkan pujian dan kadangkala akan membuat hal untu mendapatkan perhatian. Jika kita kurang peka terhadap perkembangan murid ini maka kesilapan yang sedikit akan menyebakan murid berjauh hati dan akan melenyapkan harapan yang di nanti-nantikan. Masalah yang timbul bagaikan untuk menguji guru-guru sama ada sedar atau tidak bahawa masalah tersebut hanya untuk meraih simpati dan menguji guru sabar atau tidak dengan ujian tersebut.

Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Datu’ Haji Julaihi pernah mengharamkan penggunaan perkataan “Seen”, “dilihat”, “disemak”, “dilihat” dan perkataan-perkataan yang sama maksud dengannya yang terang-terang menunjukkan guru tidak mengemak dengan teliti dan dibuat dengan cara yang tidak menunjukkan kesungguhan guru-guru menyemak kerja pelajar. Sedangkan pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi, bersengkang mata, lenguh-lenguh tangan menulisnya tetapi apa yang mereka dapat ialah hanya perkataan yang dilihat tiada nilai bagi mereka, Pelajar juga manusia seperti kita dan bijak menilai kerja-kerja guru.

Cuba kita bayangkan jika di atas nota atau kerja-kerja mereka ada perkataan “Baik, nota ini sangat lengkap. Teruskan Usaha” atau jika kita tiada masa sekalipun, ada tercatat “Baik”, “Good”, “A”, “A+” dan perkataan-perkataan lain yang menunjukkan kita telah menyemak kerja-kerja mereka dan memuaskan hati. Sekarang di supermarket, hypermarket, di toko-toko buku banyak dijual cop perkataan-perkataan yang boleh memotivasikan murid, ada sticker, symbol-simbul yang boleh digunakan oleh guru sebagai penggalak. Nampak perkara ini remeh, renyah, membuang masa dan akan menyebabkan kita kena keluarkan duit poket sendiri untuk membelinya atau akan bertambah kerja-kerja guru tetapi ingatlah kesan yang akan kita terima sebenarnya amat menggalakkan. Bagi guru yang kreatif boleh adakan pertandingan dan siapa yang boleh mengutip banyak perkataan “good”, siapa yang banyak mendapat “A” dan lain-lain..

Jom sama-sama kita mulakan permainan ini, biar pelajar kita belajar dalam suasana seronok dan Pengajaran-dan pembelajaran kita mencapai matlamat akhir.

Sama-sama kita refleksi diri.. adakah kita seorang guru yang berkesan, disukai dan ramai peminat dikalangan anak murid kita..

Terima kasih, cikgu..

8 comments:

zulkbo said...

salam..
ermmm..bapa mana yang tak banggakan
anak-anak mereka kan..saya juga, anak lelaki saya di pra 5 tahun dah pandai membaca..terkejut, dan bersyukur..semuanya berkat guru2 belaka mendidik dengan berhemah dan cekap..

Mohamad said...

Salam zul..
Betul zul.. ramai ibu bapa yang selalu menceritakan tentang kisah anak-anak kerana rasa bangga dan sayang kepada mereka..

Lebih-lebih lagi jika si anak mencapai sesuatu kejayaan. Tidak salah jika iklas. Semoga kejayaan mereka dapat dicontohi oleh orang lain..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Tahniah cikgu. Banyak 'good' yang dikumpul Muzzammil.

Setuju dengan ayat-ayat cikgu bahawa pelajar sangat mengharapkan penghargaan sebagai motivasi. Bukan hanya pelajar, bahkan guru juga perlu dan mengharapkan penghargaan dari pihak pentadbir sebagai motivasi.

Saya sedikit kesal apabila 'bos' saya pernah pertikaikan pandangan saya yang kami juga perlukan penghargaan dan pujian untuk lebih bersemangat dan bermotivasi.

Saya ditempelak dengan pertanyaan; kalau tak ada pujian tak boleh buat kerja ke?

Kenangan tak manis... TQ

cemomoi said...

hee kamek pon sik madah sama anak 'good'

Mohamad said...

Salam Admin P@P..
Mengurus manusialah yang paling susah.. barangkali "Bos" kitak mempunyai alasan tertentu..

Namun sebagai pekerja yang matang kita janganlah pulak terus mundur. Berusaha duduk ditempat tersebut dan ubah mana-mana yang patut dan jadilah "Bos" yang hebat..

Mohamad said...

Salam cemomoi..
Anak2 saya semua kelaka Sarawak (cakap Sarawak) kalau saya cakap bahasa Kedah.. jadi bahan ejekan pulak...

Cikgu Tie said...

Murid memang suka di puji.
Pujian dan penghargaan akan membuat mereka lebih berkeyakinan.
Sebagai guru kita tidak boleh kedekut dengan pujian.
Cikgu Tie suka lihat muka murid Cikgu Tie yang baru lepas kena puji.hehehe.....

ibuintan said...

sentiasa tulis baik, A dan letak bintang di latihan murid... lagi bagus kerja mereka lagi banyak dapat bintang

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati