PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, December 21, 2010

144.Sumbangan pekerja bukan guru dalam sistem persekolahan


Selama 2 minggu bermula 1 Disember lalu, semua pekerja SMKB bukan  guru bersama-sama dengan pekerja pembersihan swasta menjalan gotong royong membersihkan kelas. Idea ini adalah cetusan dari pembantu dan attenden makmal yang inginkan supaya semua kelas kelihatan cantik dan menarik seterusnya pelajar yang mendaftar masuk ke sesi pesekolahan 2011 akan lebih bersemangat untuk belajar. Gotong royong juga disertai oleh cikgu Amalyna, seorang guru baru dari Kedah yang mula melapor diri selepas sekolah ditutup.

masing-masing tahu akan tugas
yang perlu dilaksanakan
Matlamat awal hanya pembersihan kelas telah bertukar kepada kerja-kerja mengecat kelas, mebaiki kerusi meja, mencuci langsir, mencuci kipas angin dan sebagainya apabila masing-masing tidak berpuas hati dengan keadaan kelas yang dilihat tidak menarik dipandang. Semuanya bersemangat waja, sehingga semua kerja gotong royong selesai pada akhir jumaat lepas. Masing2 juga menyatakan rasa berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan. Semua lampu yang tidak berfungsi juga telah ditukar. Kini hanya yang tinggal ialah menentukan bilangan murid dalam kelas dan susunan meja dan kerusi yang mencukupi.

tugas dilaksanakan dalam suasana yang ceria
Saya rasa sangat bertuah, bila melihat semua pekerja dapat sama-sama berganding bahu untuk tujuan murni ini. Apabila kita membincangkan tentang sekolah, apa yang kita bayangkan ialah adanya pengetua, ada penolong kanan, ada guru dan ada murid. Tetapi kita jarang memikirkan adanya pekerja bukan guru sebagai pelengkap pasukan sekolah untuk mencapai kecemerlangan. Mereka juga ada visi dan misi tersendiri dan ingin melihat sekolah dalam keadaan sempurna dan inginkan P & P guru berjalan dengan lancar. Bahkan mereka juga pemerhati yang hebat dan mempunyai idea yang bernas untuk sama-sama memainkan peranan secara langsung keatas kemajuan sekolah.

selesai gotong royong sama-sama
menikmati makanan yang disediakan
gadis bertudung hijau - Cikgu Amalyna
Minggu ini mereka sudah kembali kepada tugas masing-masing, pekerja pembersihan sibuk mengemas persekitaran sekolah. Masih ada yang mengecat pondok-pondok rehat pelajar, ada yang menebas rumput, trim bunga dan sebagainya. Manakala pembantu dan attenden makmal meneruskan usaha mengemas di makmal. PAR pula kini sibuk mencetak dan meyusun dokumen-dokumen untuk mesyuarat awal tahun pada 31 Disember 2010 nanti. KPT dan semua PT sibuk dengan urusan penutupan akaun manakala pihak pengurusan sibuk dengan urusan LNPT.

Sumbangan pengawal keselamatan juga tidak kurang pentingnya. Mereka juga kelihatan sibuk meronda dan mengenalpasti kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat. Apa yang menarik di SMKB mereka juga ringan tulang membantu kerja-kerja pengubahsuaian pondok jaga dan kini pondok tersebut menjadi kebanggaan mereka. Ini menambahkan keseronokan mereka bekerja. Apa yang pasti mereka telah menjalankan tugas, melapor dan sebagainya dengan sempurna seperti yang digariskan sebagai panduan.

Saya sangat-sangat menyedari dan berterima kasih atas sumbangan mereka. Seperti mana guru-guru di SMKB, kebajikan pekerja-pekerja bukan guru dan pekerja-pekerja swasta ini sentiasa dijaga. Hubungan kemanusiaan amat penting, selain sentuhan kekeluargaan. Saya percaya semangat kekitaan yang dipupuk selama  4 tahun lebih saya di SMKB, menjadikan mereka lebih faham dan memudahkan kerja disamping arahan yang jelas. Semua pekerja sekolah adalah sebahagian system persekolahan. Mereka juga adalah penentu imej sekolah. Mereka juga mempunyai saham dalam kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

25 comments:

IMANSHAH said...

salam cikgu

di tempat saya bekerja, segelintir dari guru3 agak susah untuk bergaul dengan pekerja2..pekerja pula seolah2 takut mendekati guru-guru.. bukan apa, kelihatan seperti antara dua darjat, sedangkan masing2 memerlukan antara satu sama lain..tapi sy redah je..teman serumah saya dulupun geng2 pembantu makmal dan technichian je

Mohamad said...

.. ada guru yang sukar untuk didekati dan ada yang cepat mesra. Pekerja2 ini semua seperti kita juga, masing2 cari makan dan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Apa yang penting sapa menyapalah antara satu sama lain... tidak perlu kita menunjukkan sikap sombong kerana suatu hari kita mungkin perlukan pertolongan mereka.

a kl citizen said...

usaha dan idea yang baik... sebenarnya komunikasi yang baik antara pentadbir dan pekerja menyebabkan pekerja lebih terbuka dan lebih bersedia untuk membantu.... tahniah di atas sifat kepimpinan yang menjadi contoh juga buat saya

ibuintan said...

tahniah cikgu.....bila seorang ketua sendiri tidak membina jurang dengan pekerja bawahannya, itulah yang terjadi, kakitangan bawahan akan sedia bekerjasama untuk menaikan nama dan imej sekolah

hubungan antara guru dan pekerja sokongan juga menjadi baik tapi bila ketua sendiri yang membezakan taraf antara mereka, sekolah akan kucar kacir dan antara cikgu dan staff sokongan akan berpuak-puak

Adinda Amy Sensei said...

salam ziarah...

apa khabar?

ckLah@xiiinam said...

Yang penting bagi cklah...seronok di sekolah. Semua ckLah kawan termasuk makcik kantin. Sebagai Penghulu Tandas...ckLah sentiasa berkolaborasi dengan makcik 'cleaner' demi kepentingan bersama. Hehehe.


(Rujuk entri ckLah http://xiiinam751.blogspot.com/2009/01/lagientry-seorang-cikgu.html)

Werdah said...

Salam Cikgu Mohamad

Elok sangat melibatkan semua kaki tangan dalam aktiviti tersebut. Pengalaman saya masa di SMT Cheras dulu memang kami libatkan semuanya.. kami masukkan dalam AJK kecil contohnya dalam acara Hari Guru.. Hari Anugerah.. gotong Royong.. Sukan dan lain-lain.. hasilnya erat hubungan..

ckLah@xiiinam said...

Kalau tak dapat cikgu taip pada google

Lagi:Entry seorang cikgu…cklah

(tak ada apa pun...cumanak tunjuk dekorasi tandas sekolah ckLah ;D)

Mohamad said...

Salam Kl Citizen,
Bila kita berkomunikasi biarlah dengan bahasa yang elok dan sedap di dengar... jika kita perlukan pertolongan dengan orang, senang hati mereka menolong kita...

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Saya cuba buat yang terbaik.. sy letakkan matlamat sekolah ini perlu ada perubahan.. tetapi hanya "sikap" susah untuk berubah.

Saya bersama-sama mereka membersihkan kelas selama seminggu.. lama tidak buat kerja macam itu. Seminggu lepas tu saya tolong sikit2.. kerja pejabat banyak.. tapi sekurang2nya mereka lihat kesungguhan saya untuk membuat perubahan...

Alhamdulillah... pada pandangan saya, hubungan mereka dengan saya dan kakitangan lain pun baik. Tiada berpuak2.. harap2 tidak wujudlah..

Mohamad said...

Salam ckLah,
Saya dah baca N3 cg pasal tandas tu... Memang cantik dan boleh beri 5 bintang dah..

Di SMKB saya mempunyai matlamat sedemikian juga.. namun banyak sangat saya perlu membuat perubahan disamping peruntukan yang terhad selama 4 tahun di sini.

Namun sebelum berpindah ke tampat lain saya harap semua perancangan saya untuk sekolah ini akan berjalan lancar dan sempat saya laksanakan.. bukan hanya cakap kosong. Biar saya tinggalkan sekolah ini dalam keadaan cemerlang..

Cg.. biar apapun tugas yang diberikan kepada kita, laksanakan dengan cemerlang.. tidak tahu, kita bertanya.. biarpun pengurus tandas.

Mohamad said...

Salam adinda..
Terima kasih berlabuh di sini.. saya sihat walafiat... anda? saya harap begitu juga..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Tahniah. Semangat bersatu dan saling ambilberat terhadap persekitaran tempat kita bekerja, yang untungnya kita juga.

Sewajarnya staf AKS dan staf akademik saling membantu dan memupuk semangat kerjasama tanpa prejudis.

TQ

HASRUL NIZAM said...

Salam kenal :)

Dulu zaman saye jadi guru sementara, ngan staf2 skolah yang paling saye kamceng ha3...

anyway thanks sudi datang dan folow blog saye :)

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu,

Terima kasih sudi jadi rakan blogger saya.

Saya tak pernah menjadi guru pada pelajar selain jadi guru pada anak-anak saja tapi dikelilingi oleh guru-guru yang terdiri dari adik beradik yang ramai menjadi guru.

Mohamad said...

Salam admin P@P,
Betul.. yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing...

Kita sering melihat orang lain berjaya.. kita pun boleh jika semua bersatu..

Mohamad said...

Salam Hasru Nizam,
Sama-sama berkongsi ide.. tak semestinya yang muda tidak dapat dipakai, yang tua semuanya betul..

Terima kasih ziarah kembali..

Mohamad said...

Salam kunang-kunang,
Kunang-kunang nie bukan klip-klip tu kah? Serangga yang ada macam lampu... hehehe.. sekadar kepastian. Lama tak tengok serangga tu.

Guru tak semstinya mengajar di sekolah. Mengajar anak-anak pun jadi guru juga, mengajar silat, mengajar Al-Quran, mengajar orang buat kuih, menjahit dan sebagainya..

Banduan di dalam penjara panggil warden, cikgu.

Terima kasih kerana menziarahi saya kembali...

sahromnasrudin said...

as salam cikgu..ini membuktikan kita semua sama..bukan status yang memisahkan kita...

Jejaka Desa said...

Walaupun mereke bukan guru tetapi sebenarnye ade perkare yang mereke ingin sumbangkan.Tapi kadang2 pendapat mereke selalu diambil mudah.Ini membuatkan perasaan rendah diri yang keterlaluan kadang2.Tetapi bile pendapat mereke di dengari bukan satu dua cadangan akan keluor tapi beribu.Program begini kala selalu di buat akan lebih mengeratkan hubungan baik tak kire ape jawatan masing2.

Akie.. said...

bagus2..kena rapatkan silaturrahim..tapi kat sek koi.. bebudok aje yg mengecat ...

Mohamad said...

Salam Sahromnasrudin,
Kita sama-sama bekerja cari makan. Yang penting kita tahu tanggungjawab kita... Yang membezakankan antara pekerja ialah "Nilai" pekerjaan kepada seseorang..

Mohamad said...

Salam Jejaka Desa,
.. Saya setuju..baik sangat pun susah juga. Ramai pekerja yang salah sangka, jika pemimpin baik mereka anggap sudah menjadi kawan.. dan hilang rasa hormat antara ketua dan pekerja. Tabiat tersembunyi mula terserlah... dan mereka tidak segan silu meminta itu dan ini...

Mohamad said...

Salam Akie..
... Pelajar pun boleh.. bekerja sama. Bergotong royong..

cikgupj said...

salam cikgu...disekolah kita kena ada hubungan baik dengan semua, tidak kira siapa, kerana dengan hubungan baik kita dapat menjana kecemerlangan dan bekerja dengan tenang.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati