PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Wednesday, December 15, 2010

142.Banjir, hikmah dan pengajaran

Apabila berlakunya sesuatu musibah ke atas diri, keluarga dan masyarakat. Kita selalu berfikir apakah pengajaran yang kita dapat ke atas peristiwa tersebut. Paling mudah pengajarannya ialah itu adalah bala yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita kerana keadaan atau suasana masyarakat sekarang yang dikatakan sudah kurang ketaatannya kepada Allah. Manusia sekarang sudah banyak menyimpang jauh dari suruhan Nya dan lain-lain. Senang-senang saja kita menyalahkan takdir.

Baru-baru ini kampung saya dilanda banjir, dikatakan terbesar dalam sejarah. Tanya seorang sahabat dalam FB. Apakah hikmah dan pengajaran yang dapat diambil darinya. Persoalannya sangat baik dan jawapan yang pertama tentulah kerana takdir. Allah telah menentukannya maka kita kena terima hakikatnya dan kita tidak menolak bahawa itu adalah qada dan qadar Allah.

Apabila banjir melanda maka banyaklah harta benda penduduk kampung yang rosak teruk. Bukannya kampung saya sahaja tetapi kampung-kampung lain juga terlibat. Bahkan banjir kali ini telah menyebabkan beberapa buah Bandar dan pekan kecil di Utara tanah air seperti Kangar dan Jitra lumpuh. Kos membaik pulih semua kerosakkan akibat ditenggelami air sangat tinggi.  Bantuan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan dapat menampung semua kerosakkan tersebut.

Walaupun saya tidak berada di Kampung ketika itu, saya dapat bayangkan suasana pada masa tersebut. Bagaimana rasa hati melihat air bah semakin naik sedikit demi sedikit masuk ke dalam rumah. Jika air naik pada waktu malam memang tidak tidur dibuatnya. Memang sibuk mengemas itu dan ini.  Angkat itu dan ini supaya air tidak sampai. Jika lambat mengemas dan air naik dengan cepat, jawabnya akan terapung-apunglah benda-benda ringan dan akan tenggelamlah peti sejuk, mesin basuh, almari pakaian, katil, sofa dan lain-lain.. Bila air mula besar, nak melepas pun susah.. jamban pun tenggelam.

Dari pengalaman saya yang lalu, jika banjir besar begini melanda ia akan mengambil masa yang lama  atau lebih dari  seminggu untuk surut kembali. Selepas itu bermula episod mencuci lumpur yang tertinggal di dalam rumah. Biasa yang kami lakukan sekeluarga ialah mencuci semasa air mula surut supaya lumpur dapat keluar bersama-sama air tersebut. Jika tunggu air kering susah untuk mencuci kekotoran yang melekat di dinding dan sebagainya. Ketika inilah kita akan dapati pelbagai kerosakkan.  Ada diantaranya ialah barang-barang yang kita sayang dan tidak sempat diselamatkan. Pintu rumah pula kembang ditenggelami air dan tidak dapat ditutup lagi dengan sempurna.

Apakah hikmah dan pengajarannya.

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana banjir. Manusia tidak boleh menghalangnya. Itu kerja Tuhan. Malah,  Banjir  yang melanda  baru-baru ini bukan sahaja disebabkan air hujan dari langit tetapi adalah akibat lepasan air yang banyak dari empangan kerana tepu disebabkan hujan di Kawasan Hulu. Ada kemungkinannya air dari negara jiran. Buatlah bagaimana teguh sekalipun tebatan banjir, sedalam mana sungai dikorek. Jika air terlalu banyak ia akan tetap akan banjir.

Banjir yang berlaku di sebelah utara bukannya hanya berlaku pada tahun ini sahaja tetapi boleh dikatakan hampir setiap tahun. Kadang-kadang satu tahun dua kali banjir. Bila difikirkan inilah sebabnya kenapa orang tua-tua dahulu membina rumah tinggi. Tidak seperti sekarang semua penduduk berlumba-lumba membina rumah di atas tanah. Malah ada yang beranggapan banjir bukannya datang setiap hari.

Saya masih ingat rumah lama kami dulu sebelum diangkat ke Kuala Nerang (Rumah dulu dapat dibuka dan dipindahkan. Kemudian dipasang semula). Bila musim banjir kami memerhati dari atas air yang masuk sedikit demi sedikit ke bawah rumah. Tidak perlu bimbang dengan kerosakkan barang. Tidak perlu kelam kabut untuk mengangkat itu dan ini. Bahkan almari lama yang di bawa ke Kuala Nerang oleh Tok Wan masih elok sehingga ke hari ini, tetapi rumah kami yang baru dibina seringkali bertukar barang setiap kali banjir melanda. Yang kaya ialah taukey perabot dan taukey peralatan elektrik.

Oleh itu, kita tidak perlu menunggu Edward De Bono untuk datang dan menolong kita fikirkan bagaimana menangani masalah ini. Orang-orang tua, datuk nenek kita telah mengajar kita bahawa, kita tinggal di kawasan banjir, maka rumah yang kita bina perlu tinggi dari paras banjir. Kita tidak boleh melawan takdir. Telah ditakdirkan bahawa kawasan tersebut memang banjir kerana rendah, bukannya telah ditakdirkan barang-barang kita perlu ada di situ dan perlu rosak kerana banjir.

Oleh itu kita kena berubah, berfikiran kreatif dan berfikiran positif. Rumah yang kita bina nanti perlu di bina lebih tinggi untuk mengelakkan kerosakkan barang. Dan rumah jenis ini jika di “Desingn” dengan baik ia juga menarik di pandang. Kita juga senang hati, barang tidak rosak, perbelanjaan dapat dijimatkan, tidak lagi takut jika terpijak ular dan sebagainya.  Ada yang membina rumah dua tingkat dengan beranggapan jika banjir dapat lari ke rumah atas, namun kerja-kerja memindah barang amat memenatkan dan dalam keadaan tersebut kita tidak terlarat untuk mengangkat semua barang...  

Orang tua-tua selalu kata, Ingat seingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kita perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam kehidupan...Begitu juga dengan tubuh badan kita. Jika sakit berjumpalah doctor, jangan hanya menyerah kepada takdir...

Wallahualam bissawab

8 comments:

ckLah@xiiinam said...

ckLah tidak pernah punya pengalaman dengan banjir...
Tapi pernah mengalami 'sehelai sepinggang' kerana kebakaran....
Masa tu, peperiksaan Tahun Akhir di UM hanya tinggal 2 kertas. Jenuh juga mahu memulihkan 'semangat'.

kakcik said...

Kakcik merasai pengalaman banjir sewaktu masih belum bersekolah (ingat-ingat lupa). Syukur masih ada tempat tinggi (klinik bidan kerajaan) untuk menumpang sementara. Paling kakcik ingat, bantuan yang diterima - merupakan bungkusan yang berisi sardin, tuala 'good morning', minyak cap kapak dan satu dua barang lain yang kakcik dah lupa...

Peringatan dari Allah tetap datang tetapi kita sering lupa untuk mengambil pelajaran/pengajaran...

ozzy said...

as salam..

Setuju..jgn asyik menyalahkan takdir apabila ditimpa musibah.
Jika sering berlaku apakah setiap kali musim tengkujuh kita akan berkata 'takdir dtg lagi' tanpa berbuat apa2 sedangkan dah byk kali kita alami perkara yg sama.
Serahkan pada takdir setelah kita berusaha.

IMANSHAH said...

salam tuan

lama sungguh kampung saya tak banjir, rasanya kali teralhir dalam tahun 90-an.. Namun, banjir yang melanda baru2 ini betul2 memukul sahabat handai di sebelah utara. Bak kata seorang sahabat...Allah nak amik barang dan harta kita sat je..!!

Mohamad said...

ckLah@xiiinam,
Kata pepatah, menang jadi arang, kalah jadi abu.. Barang-barang yang ditenggelami air sekurang-kurang masih nampak lagi walaupun tidak dapat digunakan.

Tapi kalau kebakaran kita memang kalah.. semuanya jadi abu. Bila dah kehilangan semuanya tentulah semangat pun hilang...tiada apa lagi yang tinggal..

Mohamad said...

Salam kakcik,
Masa kecil dulu suka saya main banjir nie.. tak tau takut. Tapi sekarang nak randuk air banjir pun rasa geli. Bukannya sombong tetapi tahu akan bahaya dan tidak tahu apa yang ada di dalamnya...

Mohamad said...

Salam Ozzy,
.. yalah ozzy, sepatutnya kita kena sedia lebih awal untuk menerima kehadirannya... nenek saya dulu memang ada simpan perahu dan diikat di tepi serambi rumah. Bila banjir, perahu tersebutlah digunakan untuk keluar membeli barang..

Mohamad said...

Salam imanshah..
Dunia ini hanya pinjaman, akhirat jua lah yang kekal abadi... namun semasa hidup ini bila kehilangan segalanya, susah juga lah... Bagi keluarga yang berpandapatan rendah, nak dapatkan sesuatu barang bukannya mudah..

Kalau sudah tidak diselamatkan lagi, apakan daya.. Itu memang sudah ditakdirkan..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati