Esok 15 November adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh sebilangan rakan-rakan guru kita yang memohon untuk berpindah. Esok adalah tarikh yang diberitahu oleh pihak jabatan akan diumumkan nama-nama guru yang berjaya memohon pindah dalam sistem e-Gtukar (Sistem Pertukaran Guru Secara Online) sama ada berpindah dalam bahagian, antara bahagian dan perpindahan antara negeri.
SMKB pada tahun ini mencatat sejarah 15 Orang guru memohon bertukar secara online, dengan berbagai alasan yang diberikan. Saya kira ini adalah permohonan yang terbanyak, sebelum saya dimaklumkan oleh rakan-rakan, ada sekolah yang jumlah permohonan pindah sehingga 20 orang dan sekolah-sekolah yang dipohon pula ialah sekolah-sekolah yang berdekatan dengan sekolah asal. Walau apa pun ini adalah kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian dan boleh dicuba jika ada alasan-alasan tertentu untuk berpindah. Namun jika semua permohonan ini diluluskan, juga akan mengundang pelbagai masalah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian kerana kali ini adalah kali pertama keputusan perpindahan akan dimaklumkan lebih awal tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Saya berharap untuk tahun-tahun yang akan datang, ia akan berterusan kerana pihak sekolah dapat membuat peranangan dengan lebih awal sebelum sesi persekolahan dibuka. Untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran sekolah terutama masalah permulaan sesi persekolahan Saya menyarankan, agar nama-nama guru dan opsyen mereka dapat dihantar dengan segera ke sekolah-sekolah yang dipohon. Jika tiada pengganti, pihak Jabatan perlu maklumkan dan guru GSTT perlu diisi dengan segera. Dengan cara ini, dapat menyelesaikan masalah pembahagian mata pelajaran yang perlu diajar oleh guru dan tidak berlaku pertukaran guru dan pertukaran jadual waktu yang kerap.
Perpindahan guru sedikit sebanyak memberi kesan sama ada positif atau negatif kepada perkembangan sekolah. Perpindahan ini kadang kala ibarat yang hilang tidak berganti, yang patah tidak tumbuh seperti yang patah. Atau, kadangkala perpindahan ini ada hikmah kepada sesebuah sekolah, yang dahulunya malap tetapi sekarang sudah membangun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain. Perpindahan dan perpisahan adalah sinonim, perpisahan menyedihkan dan ada akan bergembira kerana sudah mencapai apa yang diimpikan.
Perpindahan memberi kesan kepada diri seseorang guru. Ada guru yang merasa cukup "Stress" di sesuatu tempat, tiada motivasi, hampir-hampir memusnahkan diri sendiri...?, ingin meletak jawatan dan sebagainya tetapi bila dapat berpindah di tempat yang diminta dan disukai, keseronokkan bekerja mula menyerlah, bergembira ditempat baru dan melupai semua masalah dan dapat bekerja dengan baik dan cemerlang.
Alasan-alasan yang selalu diberikan oleh guru-guru yang memohon pindah ialah, berkahwin (ikut suami atau isteri), sakit, ingin menjaga ibu bapa yang sudah tua, ingin melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi, keselamatan diri, cukup tempoh, lambat mendapat jodoh dan lain-lain. Namun ada juga guru-guru yang "dipindahkan" kerana masalah diri... dan ada yang dinasihatkan berpindah. Selain alasan-alasan tersendiri yang tidak terucap seperti masalah hubungan sesama guru, rakan sekerja atau bermasalah dengan pihak pengurusan.
Biarpun 1000 alasan yang diberikan untuk berpindah, jika dapat berpindah, tahniah kerana permohonan diluluskan dan berpindahlah semoga cikgu akan berjaya walau di mana sahaja berada dan jika tidak dapat berpindah jangan berputus asa pasti ada peluangnya nanti. Percayalah tenaga dan usaha cikgu masih diperlukan untuk membangunkan sekolah. Khususnya bagi guru-guru SMK Belawai. Sama-samalah kita bersatu tenaga dan usaha kita, sama berganding bahu membangunkan sekolah ini selagi kita bergelar guru SMK Belawai dan kita tinggalkan sekolah ini dalam suasana cemerlang setelah sejarahnya terpahat..
TERIMA KASIH CIKGU
14 comments:
Salam cikgu...
Sejak mula posting, sampai sekarang di sinilah saya. 19 tahun sudah...dan banyak kali menyaksikan rakan-rakan keluar masuk...
Nak bertukar...tiada alasan. Suami juga bermastautin di sini. Stress atau sesekali kebosanan(pernah juga), kena tangani sendiri. :D
...apa-apapun,buat masa ini saya selesa bekerja dalam lingkungan 100% guru-guru wanita dan murid-murid perempun.
salam cikgu mad
saya juga mohon berpindah..ramai juga yang memohon sampai 21 orang..jumlah guru 63 orang..
isyarat kepada pentadbiran tu!!
tak pernah pindah tempat kerja...sepanjang bekerja cume pindah department jer...
tapi kadang2 tak kenal pun antara satu same lain sebab staff kite org ade ramai, lebih kurang 4000 ribu org semuanye...
Assalamualaikum Cikgu.
Nampaknya saat debaran terakhir bagi rakan-rakan yang menanti keputusan, akan berakhir esok.
Mungkin selepas ini kita akan menyaksikan pelbagai gambaran wajah-wajah suka dan duka. Cuma kita harapkan rakan-rakan yang 'gagal' tidak akan patah semangat untuk terus menyumbang yang terbaik untuk SMKB.
Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi hambanya. Kekal atau pindah.
'Terima kasih Cikgu'
TQ
salam..
selamt berpindahlah pada yang berkenaan..saya pun ingat nak ajak orang rumah pindah duduk kampung la pulak lepas ni..jemu dah duduk bandar
Salam cKLah,
Di mana-mana sekolah pun sama, tugas kita ialah mengajar dan berusaha untuk mencapai keputusan yang terbaik untuk pelajar dan kecemerlangan sekolah..
Yang penting kita sentiasa "up date" kan ilmu yang ada dan terkini.
Sejak posting pertama 1993, SMKB ialah yg ke 3. Harap2 yang ke 4 nanti lebih dekat dengan keluarga..
Salam imanshah,
Tidak dinafikan ada yang mohon bertukar kerana seperti yang nyatakakan oleh Iman, lihatlah betapa seriusnya keadaan tersebut...
Kadangkala tindakan pentadbiran kerana wahyu dari atas. Jika tidak terlaksana dan dilaksanakan akan meninggalkan kesan buruk kepada pentadbir sendiri.
Kita akan lebih mengetahui apabila kita berada di tempat tersebut berbanding kita melihat dari jauh ke tempat itu..
Salam ainnoraini,
Berpindah juga lah tu... bila kita berpindah pengetahuan kita akan bertambah.. ada perkara-perkara yang lama, kita tidak tahu akan menjadi baru kepada kita..
4000 orang ramai tu, kalau kita dapat ingat semua nama 4000 orang tu memang hebat..
Salam Admin P@P,
Begitulah yang kita harapkan. Semoga yang dapat berpindah akan lebih cemerlang di tempat baru. Yang tinggal, berusaha lagi dilain kali..
Sesungguhnya tenaga guru2 yang tinggal masih diperlukan untuk membina SMKB..
pakat nak pencen kat kampung kot
Salam Zul,
Saya pun nak pindah juga...tetapi sebelum itu saya kena pastikan perancangan 5 tahun yang saya buat untuk sekolah ini terlaksana kecuali yang paling sukar.. mengubah "sikap"
Saya nak pindah ke bandar.. dah 4 tahun saya di kampung. Hanya 1 step lagi jika diizinkan..hehe..
Tinggal dikampung memang selesa, semoga zul berjaya..
Salam cemomoi,
Apa khabar, semoga sihat...
Saya pun tengah fikir bila nak balik khidmat di kampung sendiri. Dulu janji dengan keluarga 4 tahun sahaja di sini tetapi kini dah hampir mencecah 20 tahun..
Agak2nya orang kampung terima ke tak lagi..
Allhamdullah bagus ini...pindah randah, menimba pegalaman yang baru.
Assalam cikgu..sy baru mbc blog cikgu.sejak suami sy di postingkan ke sarawak sy sering mbc blog2 yg bkaitan pglmn mendidik di sana.pglmn 20 thn cikgu di sana sgt sy kagumi.sy jg seorg guru dan mrncg utk memohon btukar ke sarwak mengikut suami.namun ramai jg yg menghalang.kata mereka sukar nk blik smenanjung jika suami isteri di sana.stelah mbc pglmn cikgu smgt sy lbih membara utk mnimba pglmn di luar dunia biasa sy skrg.terima kasih cikgu..
Post a Comment