Lain padang lain belalang, lain dulu lain sekarang. Dalam ucapan Tuan Haji Abdul Rahman Bolhasan, semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 SMK Belawai, beliau akur bahawa guru-guru di sekolah susah untuk melaksanakan hukuman jika ada para pelajar yang bermasalah. Tidak seperti dahulu dimana ibu bapa menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk mengajar, dan pesanan ibu bapa kepada guru, ajarlah anak kami dengan baik, pukullah jika ia degil tetapi jangan sampai buta dan capik. Kerana, kalau betul-betul dia tidak dapat menerima pelajaran, dia masih dapat melihat dan bekerja untuk mencari nafkah.
Namun sekarang sudah banyak berubah, Pandangan ibu bapa terhadap guru-guru sudah berubah. Guru-guru bukan seperti dahulu lagi yang boleh diharapkan sepenuhnya, sesetengahnya umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Kecurigaan ibu bapa menyebabkan penyerahan anak-anak kepada sekolah untuk di ajar dan menerima pendidikan tidak sepenuh hati. Sementara guru-guru di sekolah juga menerima dengan perasaan was-was. Ada ketikanya ibu bapa pula yang lebih, mereka lebih mempercayai anak-anak lebih daripada guru dan membuat kesimpulan tanpa berfikir serta tidak membuat rujukan terlebih dahulu. Seterusnya masalah anak-anak di sekolah menimbulkan konflik antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Tidak ramai guru yang bermasalah, tetapi yang segelintir inilah yang mencacatkan insitusi pendidikan. Bagi guru-guru yang benar-benar mahu memberi didikan yang terbaik biasanya akan berwaspada, jangan sampai melanggar syarat-syarat yang terkandung di dalam surat-surat pekeliling diedarkan oleh Kementerian di Sekolah-sekolah.
Gambar hiasan - google |
Namun kadang-kadang terlepas juga kerana perasaan ”Geram” kerana sikap pelajar yang melampau dan mengatasi tahap kesabaran seseorang manusia biasa. Lalu jadilah isu dan tidak kurang sehingga ke Mahkamah serta mengisi ruang-ruang utama di akhbar-akhbar. Sekolah dilihat terlalu zalim, maka banyak pantang larang digariskan sehingga guru- guru enggan mengambil pelbagai risiko.
Pelajar yang ada di sekolah bukan jenis yang sama, bagi sesetengah pelajar hukuman yang diberikan supaya mencegah atau jangan mengulagi perkara-perkara yang dibuat oleh mereka dipandang sebagai remeh. Dan bagi sesetengah pelajar hukuman guru tersebut dilihat dari sudut positif dan berusaha tidak mengulanginya lagi kerana adanya sifat malu, ingin bersaing dan ingin terus maju.
Antara hukuman-hukuman yang dianggap tidak sesuai dan jika tindakan ini diambil ia akan memperlihatkan penyeksaan, mamalukan dan dianggap liar ialah:
- Mencela
- Mencubit
- Menjentik
- Mencekik
- Menampar
- Memulas telinga
- Merotan hingga luka dan cedera.
- Mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memengang telinga.
- Menghuku murid secara berkumpulan dengan alasan si pesalah enggan mengaku.
- Menyuruh murid melakukan seseuatu yang tidak berperikemanusiaan
- Mendera, berlari keliling padang.
- Mengetuk dan menyekeh kepala murid.
- Berdiri atas meja dan kerusi.
- Mengetuk dengan tumit kasut.
- Menjemur di tengah panas.
- Melakukan ketuk ketampi
- Melakukan “tepuk lalat”
- Berlari keliling padang.
- Berjalan itik
- Lain-lain hukuman yang bersifat penyeksaan.
Hukuman-hukuman di atas barangkali dilihat seperti amalan biasa tetapi perubahan yang berlaku di dalam masyarakat melihat hukuman seperti ini sudah ketinggalan dan tidak lagi sesuai. Walaupun sesetengah orang masih ingat sehingga ke hari ini apa yang dilakukan oleh guru, dan bangga dihukum, jika tidak dia tidak akan berjaya seperti ini, bukan bermakna baik untuk semua orang. Sesetengahnya melihat ia adalah satu penderaan mental yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa pelajar sepanjang hidupnya. Maka berubahlah, carilah hukuman lain yang setimpal tetapi bukan penyeksaan dan memalukan…
# Sykur di SMKB Persatuan Ibu Bapa memberi penuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sudi datang ke sekolah membincangkan masalah anak-anak. Tahniah dan teruskan budaya ini dan semoga kita sama-sama beroleh kejayaan.
Rujukan:
- Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/1993: Mengenakan hukuman biasa pada murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan Pelajaran.
- Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7 /1995: Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman pada pelajar-pelajar sekolah.
9 comments:
xkan cikgu nak denda yg bukan2... kecuali cikgu tidak waras... jadi cikgu kena banyak bersabar... tp jntik pun salah, susahla.
salam cikgu,
saya pun sudah tidak lagi memberi denda kepada murid-murid, kalau marah sangat tu membebel saja untuk satu kelas takpun duduk diam-diam ..
saya ngajar tahun satu, dulu ada juga ketuk jari murid dengan pensel supaya tulisan mereka cantik, namun bila ada penjaga komplen saya tidak buat lagi.. sekarang ramai murid yang tulisan mereka macam cakar ayam.. saya hanya tegur saja secara lisan
Salam Muhammad Burn,
Seseorang guru yang rasional tidak akan bertindak sembarangan, kawal perasaan marah kerana jika kita terlalu marah kita lupa dan bertindak mengikut hati.. oleh itu seperti kata muhammad, sabar...
Salam ibuintan,
Denda biarlah perpatutan, antara denda yang boleh kita lakukan ialah adakan kelas tahanan, tetapi perlulah dimaklumkan kepada ibu bapa terlebih dahulu kerana nanti kalau pelajar balik lewat lain pulak jadinya..
Potensi pelajar tidak sama, ada pelajar yang dapat menguasai sesuatu bila kita bertindak secara paksaan, ada pelajar belajar dalam suasana kasih sayang..
Pernah terjadi tahun lepas, seorang pelajar di sini menimbulkan masalah dan di bawa berjumpa saya, katanya dia tidak dapat belajar kerana cikgu tak sayangkan dia. Guru yang menghantar pelajar tersebut dengar apa yang dirintihkan pelajar tersebut... Barangkali terlepas pandang kepada pelajar ini.
salam kjg balas cikgu...blog yg menarik, thanks sudi singgah dapur akak yea...teruskan menulis..
Murid-murid saya paling takut dengan 'demerit'dan 'kelas tahanan'. Jadi itu sajalah umpan saya....
Tapi seingat saya, 19 tahun menjadi guru, baru dua kali saya memberi demerit kepada murid. Walaupun sekolah perempuan, ada juga yang menujukkan masalah disiplin yang hebat. Kalau sudah tidak dapat membendung amanah dan sabar...saya diamkan dulu murid berkenaan. Sehari dua lepas itu, dia akan gelisah kerana cikgu 'tak nampak' dia...lalu meminta maaf. Setakat ini, masih boleh diguna pakai. Esok-esok...tak taulah...
Erata: (he..he..)
amanah- sepatutnya amarah..
Salam Ummi,
Terima kasih ummi, sorang-soang saya di sekolah tengok masakan-masakan yang menarik tu pun jadilah...
Salam ckLah,
InsyaAllah tahun depan saya akan perkukuhkan kelas tahanan tersebut. Pengalaman saya semasa sekolah lama pun begitu. Ok.. Kena kali pertama mungkin mereka tidak kisah tetapi kalau kerap kena kelas tahanan tentu sakit jiwa juga...
Sistem merit demerit pun bagus juga jika diamalkan betul-betul tetapi jika pelajar buat kebaikan janganlah lokek untuk memberi merit, kerana biasa berlaku pelajar buat salah kita dimerit tapi kita lupa untuk melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh mereka.
Post a Comment