PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, October 7, 2010

115. Perbaiki Kemahiran Komunikasi

Kita perlu memahami bahawa setiap orang melihat perspektif dunia yang berbeza. Satu rancangan lawak mungkin akan menghiburkan satu kumpulan. Kumpulan ini mungkin akan ketawa terbahak-bahak. Tetapi tidak kepada satu kumpulan lagi. Ini tidak bermakna kumpulan ini tidak mempunyai "Sense of humor" tetapi melihat jenaka tersebut pada perspektif yang berbeza. Oleh itu pelawak tersebut perlu mengubah cara berkomunikasi supaya kumpulan kedua ini juga turut ketawa.
Kejayaan pelawak untuk mempengaruhi kumpulan kedua ketawa menunjukkan bahawa pelawak ini mempunyai kemahiran berkomunikasi. Pelawak tersebut tidak boleh menyalahkan orang lain tetapi mesti bertanggungjawab dan tahu komunikasinya tidak efektif dan bertindak membaikinya.
Pernah suatu ketika seorang guru berjumpa dengan saya dan berkata, "Saya ingin "meminta" tandatangan cikgu," Saya membalas, "Mana boleh "minta macam tu sahaja, nanti kena belanja makan nie...", Kata saya dengan nada bergurau, malangnya guru ini menganggap gurauan saya sebagai sesuatu yang serius dan menjawab dengan nada yang agak kasar. Terus saya mohon maaf, kerana saya tahu bahawa kita mempunyai perspektif yang berbeza walaupun kita melihat dari luarannya seseorang itu boleh dibawa bergurau.
Seorang rakan sejawatan menceritakan, seorang guru berjumpa dengannya memohon CRK (cuti rehat khas). Oleh kerana alasannya tidak releven langsung dengan apa yang termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan, yang membolehkan beliau berbuat demikian, guru tersebut menjadi berang. Katanya, "Tuan tidak berada dalam situasi saya, nanti kalau tuan mengalami apa yang saya rasa sekarang baru tuan tahu..." Jika saya dalam situasi tersebut mungkin terkejut juga dibuatnya. Kata-kata ini dilihat sebagai tidak ada nilai kesopanan dan kesusilaan, tetapi guru ini sebenarnya sangat lemah dalam kemahiran komunikasinya.
Saya percaya jika seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi baik, biasanya tidak akan bertindak sedemikian tetapi berusaha mengubah strategi komunikasi supaya betul-betul menunjukkan keikhlasan mempengaruhi seseorang supaya seseorang itu yakin dan mempertimbangkan untuk meluluskan permohonan dan bukan menimbulkan suasana tegang. CRK dan cuti-cuti lain adalah kemudahan, bukan hak tetapi seseorang ketua jabatan tidak mungkin, tidak meluluskankannya jika seseorang itu betul-betul memerlukannya. Hak bagi seseorang pegawai awam ialah gaji dan meletak jawatan.
Oleh itu, kemahiran komunikasi adalah sangat penting bagi menjamin hubungan 2 hala yang berkesan. Komunikasi berkesan bukan sahaja dari atas ke bawah dan Komunikasi dari bawah ke atas tetapi komunikasi secara antara sesama guru perlu dijaga supaya dapat mengekalkan hubungan baik dan bekerja dalam suasana yang selesa. Tercabar atau tidak jika kita berhadapan dengan kata-kata ini, CONTOHNYA "Jika cikgu tidak menyokong permohonan saya, saya akan menggunakan saluran lain iaitu***** bagi mendapatkannya,"..
TERIMA KASIH CIKGU

10 comments:

IMANSHAH said...

Salam, saya pernah mengalami situasi ini, saya yang suka menyakat rtakan2 tapi kena ikut waktu jugalah..namun ada seorang rakan saya mengajak saya bertumbuk hanya kerana usikan saya ini..semua org terkejut..rupa3nya susah untuk menjangka hati dan perasaan seseorang

ibuintan said...

salam cikgu,
ada ketikanya saya juga dalam dilema tentang berkomunikasi dengan pihak atasan saya, sukar untuk menjangka ayat yang akan keluar dari mulutnya..

bagi saya pihak atasan saya yang terlebih perlu menjaga cara berkomunikasinya yang tidak pernah cuba menjaga perasaan orang bawahan yang mendengarnya,cakap sedap mulut saja sebab 'aku boss'

Mohamad said...

Salam imanshah,
Kena lebih berhati-hati.. susah nak jaga hati orang, orang pun tak faham hati kita..

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Biasanya boss akan bertindak begitu tetapi pemimpin barangkali tidak..

http://moshar2000.blogspot.com/2010/06/boss-vs-pemimpin.html

My Little Diary said...

salam perkenalan cikgu :)

ckLah @xiiinam said...

Saya pernah melihat seorang yang sering berkata 'Kepala hotak kau' atau seumpamanya dengan sesiapa saja. Orang pun dah tak kisah kerana dia memang begitu. Tetapi, suatu hari, seorang yang selama ini kelihatan naif dan pendiam tiba-tiba mengungkapkan frasa yang sama kepada individu tersebut.....meski nadanya lebih lembut, tapi tak sangka pula, si polan itu tiba-tiba menangis denga ungkapan yang sama seperti selalu diungkapkan kpd org lain..

Mohamad said...

Salam My Little Diary,
Salam perkenalan.. semoga sama-sama bertukar pandangan dan pendapat. Yang baik jadikan tauladan..

SELAMAT HARI JADI..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Mohamad said...

Salam CkLah,
Semoga menjadi pengajaran kepadanya dan semoga beliau bersedia untuk berubah.. Kata orang kalau berjalan jagalah kaki, kalau bercakap jagalah lidah..

Aida Ali said...

Belajarlah setinggi manapun ilmu komunikasi ni, tapi bagi saya kemahiran sejati ada pada diri sendiri. Kitalah yang kena bersabar dengan karenah orang lain.

Mohamad said...

Salam cg Aida,
Saya bersetuju dengan pendapat cg. Di Universiti atau di maktab, sebelum guru-guru tamat pengajian, komunikasi atau perhubungan awam merupakan kursus yang perlu diambil. Malangnya ramai berilmu tetapi tidak beramal.. jadi yang beramallah yang sentiasa sabar dengan kerenah manusia ini...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.