Saya ke Mukah lagi, Hari ini berlangsungnya taklimat pengendalian dan pengawasan, Peperiksaan Penilaian Tahab Kecekapan (PTK) Sesi Oktober tahun 2010 kepada Ketua Pengawas dan Penyelia Kawasan. Taklimat di adakan di Dewan Sri Tapou dan PTK akan berlangsung pada sabtu ini 16 Oktober 2010. Ini adalah kali pertama saya menjadi Ketua Pengawas PTK kerana terpaksa.. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik.
Kepada semua Penjawat Awam terutamanya guru-guru, PTK jangan dipandang ringan dan ambillah peluang menduduki peperiksaan ini dengan bersungguh-sungguh, walaupun kita tahu kelulusan itu tidak melayakkan kita untuk kenaikkan pangkat kerana ada syarat-syarat lain tetapi sebagai persediaan umpama "Sediakan payung sebelum hujan". Waktu senggang di sekolah elok juga diisi dengan membaca dan memahami perintah2 Am, Pekeliling2 perkhidmatan dari berbual kosong tanpa faedah. Malah guru-guru juga boleh memiliki buku-buku mengenai PTK yang banyak dijual dipasaran.
Saya pernah menduduki PTK DG44 di Dinasty Hotel, KL bersama-sama dengan rakan-rakan lain dari Kementerian Pelajaran yang bekerja di dalam dan luar negeri pada tahun 2008. Alhamdulillah - Lulus walaupun tanpa anjakan gaji. Pelbagai ujian kami lalui seperti Lakonan, Public Speaking, Ceramah dan berakhir dengan menduduki satu peperiksaan bertulis tetapi sebelum itu kami perlu menghantar kertas kerja yang disiapkan terlebih dahulu di rumah dan dihantar semasa mendaftar
Sekarang PTK telah dipermudahkan, tiada apa yang nak ditakutkan atau dimalukan. PTK akan menyebabkan abang adik berbeza DG nya, PTK juga tidak mengenal guru lama atau baru dan PTK mengukur keupayaan kita. Orang nampak kita hebat dalam pengurusan tetapi tanpa lulus PTK bermakna kita masih belum cekap untuk kedudukan itu. Ramai rakan-rakan saya yang enggan menduduki PTK dengan alasan malas... Biarlah di kedudukan sekarang. Namun saya menyeru kepada semua rakan guru, lihatlah PTK secara positif bagi perubahan diri sendiri.
Saya pernah terbaca satu kisah yang sangat menarik dan boleh dijadikan taulan kepada kita. Pada suatu ketika, Seorang Profesor telah menyewa sebuah bot untuk ke sebuah pulau untuk membuat satu kajian. Pulau tersebut agak jauh dan memakan masa beberapa jam. Dalam perjalanan Profesor itu bertanya kepada tuan punya bot yang membawanya," Pernahkan kamu belajar geologi?" Tuan bot berkata, "Tidak," sambil matanya merenung Profesor dengan penuh persoalan. "Oh.. kalau begitu kamu telah mensia-siakan 25 peratus dari hidup kamu", Sambung profesor itu lagi. Setelah setengah jam dalam perjalanan, ombak laut mula kuat. Profesor tersebut tidak mengindahkan keadaan itu tetapi terus bertanya lagi, "Kamu pernah belajar biologi?" dengan suara yang sinis, menunjukkan kepandaiannya. "Tidak," Jawab tuan punya bot, sambil matanya memandang ke arah laut yang semakin bergelora. Profesor tersebut terus berkata, "Kini kamu telah mensia-siakan 50 peratus dari hidup kamu.."
Profesor tadi masih tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya dan dari jauh dia mula nampak puncak pulau yang hendak dituju. Dia yakin akan sampai dengan selamat dan dengan suara yang bongkak Profesor itu bertanya lagi, "Pernah kamu belajar geografi? Dengan malu, tuan punya bot menjawab dengan suara yang agak cemas, "Tidak." Dengan pantas profesor tersebut berkata, "Sekarang kamu telah sia-siakan hidup kamu 75 peratus", Belumpun habis kata-kata profesor tersebut, tuan punya bot bertanya,"Pernah kah tuan belajar berenang?" Profesor menjawab,"Tidak." Sekarang tuan telah mensia-siakan hidup tuan 100 peratus sambil terjun dari bot yang hampir karam dipukul ombak....
TERIMA KASIH CIKGU
10 comments:
tahun ni saya maleh tul nak ngadap ptk apa pon slamat ber'ptk' le.
Cemomoi,
Saya pun tak PTK tahun nie...sbb tu kena jadi Ketua Pengawas. Tahun depan kena duduk PTK...
Selamat menjalankan tugas - klcitizen
Insyaallah, kalau diberi peluang saya ingin mencubanya. Apapun Selamat bertugas diucapkan..
Salam kenal...TK follow AGK...cuba untuk follow di sini ttp tak dapat - tak tahu apa masalahnya ...sy akan link ke blog sy...
selamat bertugas sebagai KP PTK...late Sept sy dah daftar nak periksa ttp last minute mohon tangguh - alhamdullilah no problem - diluluskan ...so tak ade sekatan dgn sebab2 yang diberikan...
16 Okt...peluang terakhir ckLah untuk perbaiki satu kertas! Sebelum ni dapat IV/III.....
...kursus dulu tak sampai sekerat jalan...masuk wad! Musnah semua....
Tapi tak apa. Ada hikmahnya...diganti dengan ujian objektif!
...tunggu sajalah 3 tangga untuk naik 48 nampaknya. Tak fikirkan sgt pasal tu pun...yg penting,kerja!
Salam Kl Citizen,
Terima kasih..
Ustaz,
Boleh cuba.. memohon sajalah.
Sonata anak kancil,
Sy pun ada masalah untuk masukkan rakan dalam blog list saya.. PTK- Hanya mengingat antara satu sama lain.. kalau boleh kita mahukan semua rakan kita naik ke DG seterusnya tanpa masalah.. Kesihan melihat ada rakan yang sudah cukup syarat lain tetapi masalah dengan PTK, tak lulus2..
Salam ckLah,
Semoga berjaya.. Kursus dulu tu memang rasa terseksa, tetapi sekarang syukurlah dah ditukar kepada kertas objektif.
Walaupun kita befikir soal kerja, hak untuk mendapat ganjaran perlu difikirkan juga. Sekurang-kurang sebagai motivasi dalaman untuk bekerja dengan lebih gigih.
Cikgu, saya tidak komen dalam N3 cg dengan tajuk baru tu, saya pun tak faham... ada manusia macam tu.
Post a Comment