Semasa saya bersama keluarga bersarapan di sebuah Kedai makan sehari sebelum bermulanya Ramadhan di hujung kampung Datuk Sibu, saya diberitahu oleh seorang rakan ada seorang hamba Allah di Kampung tersebut baru sahaja meninggal dunia. Tiba-tiba sahaja hati saya merasa sayu mengenangkan, dalam kesibukan umat Islam bersiap sedia menyambut Ramadhan beliau telah dipanggil meninggalkan kita menemui penciptanya. Semasa di Kampung dahulu, masih dalam ingatan saya, Arwah Ustaz Chik, Imam masjid Kampung Sungai Baru Tengah selalu mengingatkan jemaah, kita perlu banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan Ramadhan kali ini. Oleh itu gunakan Ramadhan kali ini sebaiknya kerana belum tentu kita akan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.
Ramadhan adalah “bulan bonus” kepada umat Islam. Bagi yang “bertakwa” kepada Allah dan mencari keredaan Allah dengan beribadat maka berbahagialah ia dengan ganjaran yang dijanjikan. Bukan itu sahaja Allah juga menjanjikan satu malam yang terbaik iaitu malam Lailatul Qadar. Dalam pada itu juga dalam bulan penuh keberkatan ini, Allah menggandakan kepada umat islam rezeki yang berganda terutamanya bagi penjawat awam, “bonus” seperti yang diumumkan oleh YB Perdana menteri. Rezeki yang di berikan Allah tersebut juga bukan hanya untuk umat Islam tetapi, orang-orang bukan Islam juga dapat menikmatinya.
Sudah 11 hari termasuk hari ini kita menunaikan ibadah puasa. Saya belum lagi mendengar ada pelajar yang makan dan minum di kawasan sekolah. Tidak pasti ia disebabkan “amaran” awal yang saya berikan di dalam perhimpunan. Tetapi saya yakin bahawa semua pelajar mempunyai nilai diri yang sangat baik iaitu sama-sama “menghormati” bulan mulia ini dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Walaupun tidak berpuasa disebabkan “uzur”, tetapi janganlah makan dan minum secara terbuka sehingga rakan-rakan yang bukan Islam melihat, kita sedang mempermainkan agama kita sendiri. Semoga keadaan ini akan berkekalan sehingga berakhirnya Ramadhan.
Beberapa orang pelajar sedang mempersembahkan Nasyid sempena perasmian Ihya'Ramadhan |
Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan Islam yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai program sepanjang bulan mulia ini. Majlis perasmian program pada pagi semlam 9 Ogos bersamaan 9 Ramadhan, walaupun secara ringkas dan sederhana dilihat sebagai yang terbaik dalam usaha mewar-warkan kepada semua warga sekolah terutamanya pelajar demi pembentukan sahsiah dan jati diri. Program yang diatur sejak bermulannya Ramadhan, bertadarus Al-Quran, moreh, Infaq Ramadhan, bersembahyang berjamaah pada setiap hari Rabu menggantikan aktiviti KoKurikulum, meraikan anak-anak yatim dan sebagainya diharap dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelajar.
Dalam keletihan dan kehausan saya masih dapat mendengar suara guru-guru mengajar dengan penuh tanggungjawab. Lantangnya suara bersemangat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Ramai juga guru-guru yang mengambil inisatif mengadakan kelas tambahan pada sebelah petang. Semoga usaha guru-guru ini akan membuahkan hasil yang lumayan seperti yang dijanjikan Allah SWT. Bukan sahaja ganjaran pahala dalam bulan penuh berkat ini tetapi kita sangat-sangat berharap keberkatan Ilmu yang diajar oleh para guru ini akan diingati oleh semua pelajar untuk dicurahkan dalam dewan peperiksaan, terutama bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM nanti.
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah semoga tahun ini SMK Belawai lebih hebat dari tahun sebelumnya kerana doa orang yang berpuasa itu akan sentiasa dimakbulkan Allah. Jauhilah sifat boros berbelanja, boroslah bersedekah..
Wallahuaklam..
6 comments:
Tahniah guru-guru. semoga Ramadan yang menjadi bulan tarbiyah itu mendapat suntikan keikhlasan guru-guru dalam membina peribadi Muslim anak2 remaja.
mmg dibulan Ramdhan kita digalakan mmbuat kebajikan dan memperbanyakan amalan.
tahniah utk Sek Belawai krn mengadakan perbagai2 program di bln ramadhan...trutama cikgu2 nya yg x ada istilah penat dlm mmbimbing anak murid.
memang betui tu, bulan ramadhan bulan sebenar-benar bonus untuk umat islam
Saya setuju. Tiada bulan lain yang memberi kita bonus pahala berlipat ganda berbanding bln Ramadan. Jadi,sama2 kita mengambil kesempatan utk meningkatkan amalan pd bln mulia ini.
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu."(HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)
SALAM,
BULAN RAMADHAN BULAN IBADAH ! KITA TERUS PERHEBATKAN AMALAN2 INI DI BULAN2 SELANJUTNYA
Kepada semua rakan-rakan, terima kasih.. semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan berkat dari bulan mulia ini..
Post a Comment