PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, July 25, 2011

197. Hari Koperasi Sekolah 2011

Hari ini berakhir satu penantian. Kehadiran rakan-rakan dari Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sarikei ke sekolah bagi kerja-kerja pengauditan berjalan dengan lancar. Tidak banyak masa dihabiskan untuk kerja-kerja penyemakkan kerana semuanya telah disediakan dengan rapi oleh 3 orang yang sangat bekerja keras di dalam Pejabat Am SMKB, KPT, dan 2 orang PT. Pengauditan berakhir dengan cemerlang, tiada teguran kesalahan yang dilakukan dalam kerja-kerja mengurus kewangan sekolah.

Namun esok masih ada satu lagi pemantauan. Kali ini dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.  Pemantauan akan dilakukan sendiri oleh orang no 2 dalam bidang pendidikan di Sarawak iaitu Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Cikgu Jaidah dan Ketua Sektor Sekolah Menengah, Cg Hajjah Shirini. Pemantauan kali ini agak menyeluruh meliputi semua bidang pengurusan, pentadbiran sekolah, pentadbiran HEM, Pentadbiran KoKurikulum, Pengurusan kurikulum dan Pengurusan Kewangan. Semoga pemantauan ini akan dipermudahkan seperti mana pengauditan dari JAN Cawangan Sarikei. InsyaAllah jika pengurus sekolah ini cemerlang, maka keseluruhan sekolah ini adalah cemerlang.

Lawatan AJK Koperasi SMK Belawai ke SMK Agama Sibu
Pada 14 - 15 Mei 2010 amat bermakna kepada pelajar
dan guru berkongsi ilmu - gambar dr web rasmi
SMK Agama Sibu
Esok juga merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh warga sekolah iaitu akan berlangsungnya Hari Koperasi Sekolah. Sambutan peringkat SMKB ini sebenarnya agak lewat dari jadual asal yang sepatutnya dari tarikh 1 Jun hingga 30 Jun 2011 atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari koperasi diperingkat sekolah perlu diadakan untuk memberitahu pelajar bahawa kewujudan koperasi di sekolah dan mendidik mereka supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tema Hari Koperasi tahun ini ialah “1 Untuk Semua, Semua Untuk 1”. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1885 buah telah menjadi ahli ANGKASA. Hasil dari laporan dari sekolah-sekolah yang telah mengadakan hari Koperasi sekolah, sambutannya sangat menggalakkan. Banyak sekolah dapat menonjolkan Koperasi sekolah masing-masing merupakan entity penting di sekolah dan dapat menyemai nilai-nilai koperasi kepada para pelajarnya.

Koperasi SMK Agama Sibu- Gambar Hiasan dr Web rasmi
SMK Agama Sibu
Dalam syarat yang ditetapkan, aktivirti wajib yang perlu dilaksanakan ialah Perhimpunan Khas dan Penanaman pokok. Maka esok pagi, bermula jam 6.45 am semua warga SMK Belawai akan berkupul di Dewan Barong. Usaha AJK Koperasi SMKB mneydiakan cenderamata bagi setiap anggotanya sangat-sangat dialu-alukan.

Untuk memupuk nilai bekerjasama dan keusahawanan dikalangan anggota koperasi SMKB, sepanjang minggu lepas berbagai aktiviti sampingan telah diadakan. Antaranya sukaneka, kuiz dan sebagainya yang meliputi bidang pendidikan, ekonomi keusahawanan dan social dan budaya.

Semoga koperasi SMK Belawai akan terus maju setanding dengan koperasi-koperasi sekolah yang lain, kerana kemajuan kopersi mencermin usahasama dan kerjasama warganya amat jitu dan ada jati diri yang kuat dan bersemangat waja untuk maju bersama.

Terima Kasih Cikgu..

15 comments:

IMANSHAH said...

Salam

Saya dah hampir 5 tahun jadi pengurus koperasi, Alhamdulillah koperasi kami bertambah maju berkat sokongan seluruh warga sekolah. Projek terbaru koperasi kami ialah Homestay..ALhamdulillah mendapat sambutan

Mohamad said...

Tahniah Imanshah.. semoga koperasi kami akan mengikut jejak koperasi sekolah Imanshah. Mana tahu suatu hari kami dapat melawat koperasi sekolah Imanshah dan menginap di Homestay tersebut...

zue said...

teringat zaman sekolah dulu...klu sek pagi..kzue jaga waktu ptg dan klu sek ptg..kena jaga pagi. yg jaga koperasi semuanya dlm aliran perdagangan aje.

tapi sampai skrg...still makan gaji.

Anonymous said...

salam ziarah & follow..

terokai seni said...

baru dapat merayau

selamat menyambut ramadhan

Unknown said...

salam, satu cara mendidik generasi kita minat dalam bidang perniagaan...

Nizam Awang Brahim said...

Moge seme koperasi makin maju

ckLah @xiiinam said...

كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

Mohamad said...

Assalam Zue..
Tak apa, sekurang2nya kita tahu tentang dunia perniagaan. Tak jadi masalah belajar lain, kerja lain. Ramai yang ambil "Business study" tetapi tak business pun, akhirnya kerja makan gaji juga..

Mohamad said...

Salam Ramadhan Cemomoi.. Terima kasih merayau di sini. Semoga persahabatan berkekalan..

Mohamad said...

Hanez..
Terima kasih, InsyaAllah saya akan ke sana..

Mohamad said...

Abhamz..
Semoga mereka minat dalam bidang ini. Rezeki itu di mana-mana bukan hanya makan gaji kan...

Mohamad said...

Nizam..
InsyaAllah..

Mohamad said...

cKLah..
Selamat menyambut Ramadhan, semoga sama-sama kita beroleh kejayaan dalam bulan penuh keberkatan ini..

Anonymous said...

salam..selamat berpuasa.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.