Rencana di bawah bukan tulisan saya, tetapi rencana ini ditulis oleh Abdul Halim Abdullah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor yang diterbitkan di dalam Berita Harian, Sabtu, 25 Jun 2011. Sebagai seorang ahli akademik seperti beliau, saya juga bersependapat dengan apa yang beliau bicarakan. Semoga rencana ini bermanfaat kepada kita semua.
Gambar Hiasan, Tayangan Slide Halatuju Modal Insan |
Sebagai seorang ahli akademik, saya melihat tranformasi pendidikan Negara sebagai satu agenda kerajaan yang baik untuk memastikan system pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan zaman dan sentiasa berkembang ke arah yang lebih baik disamping melahirkan modal insane berprestasi tinggi.
Persoalannya bagaimana untuk mengubah sikap pelajar yang menjadi satu daripada penggerak utama bidang pendidikan? Biasanya guru menggunakan pendekatan yang paling mudah untuk meminta pelajar mengubah sikap mereka iaitu dengan cara menasihati mereka. Contohnya guru menasihati pelajar yang tidak meminati mata pelajaran Matematik dengan memberitahu mereka mengenai kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian.
Cara begini memang mudah dipraktikkan tetapi kurang berkesan untuk mengubah sikap pelajar. Kajian menunjukkan pelajar hanya mengingati 20 peratus daripada apa yang mereka dengar. Memarahi atau mengenakan hukuman kepada pelajar juga bukan cara mengubah sikap pelajar yang baik. Malah merotan dengan teknik yang tidak betul boleh mendatangkan tekanan fizikal dan mental kepada pelajar.
Selain itu, terdapat juga sebilangan guru yang menunjukkan tayangan video atau melakukan demontrasi bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar dihadapan bilik darjah yang bertujuan untuk mengubah sikap pelajar. Contohnya untuk memupuk sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, guru menayangkan video yang menerangkan sesuatu konsep Matematik ataupun guru menjalankan eksperimen Matematik di hadapan bilik darjah.
Pendekatan sebegini juga kurang sesuai untuk mengubah sikap pelajar kerana kajian menunjukkan pelajar mengingati hanya 50 peratus dari apa yang mereka dengar dan lihat. Cara yang paling berkesan untuk mengubah sikap pelajar ialah memberi pelajar pengalaman yang membawa perubahan kepada sikap mereka.
Contohnya, untuk mengubah pelajar menjadi berjimat cermat ialah membawa mereka sendiri ke rumah anak yatim atau pusat jagaan orang tua untuk merasai sendiri bagaimana susahnya kehidupan golongan itu.
Begitu juga cara mengubah sikap pelajar yang mempunyai sikap negative terhadap subjek Matematik. Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meneroka sendiri sesuatu konsep Matematik dan bukannya disuap dengan fakta Matematik.
Banyak strategi yang dapat menggalakkan pembabitan aktif pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Malah dalam era teknologi pada hari ini, banyak bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh pelajar untuk membantu pembelajaran mereka. Kajian turut menunjukkan bahawa pelajar mengingati 90 peratus dari apa yang mereka cakap dan buat.
2 comments:
kadang2 tak sempat nak preapare cikgu sebab banyak sangat kerja2 pengkeranian kat sekolah
Sangat setuju Imanshah.. banyak sangat tugas lain, kadang2 seorang guru mengajar berbagai subjek. Dan ada yang hanya 1 kelas sahaja.. walau bagaimanapun usahalah, terutama bagi kelas yang sangat lemah...
Post a Comment