PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Saturday, January 29, 2011

157.Sejarah Laluan Kerja.. Bernilai Bila Menjadi Ketua

Semasa kita menjawat jawatan sebagai guru atau selepas kita keluar maktab atau university dan posting ke sekolah, dalam hati sebilangan besar dari  kita berkata, kita akan menjadi guru biasa untuk selamanya. Langsung tidak terdetik di dalam hati bahawa suatu hari nanti kita akan menjadi ketua. Bukan hanya sekadar menjadi Pengetua, Ketua Panitia, Penolong Kanan, Guru Kanan, guru cemerlang, Guru Media, Guru Data,  guru itu dan ini di sesebuah sekolah bahkan seorang Pegawai Pelajaran Daerah atau Pengarah sekalipun. Namun bagi yang tidak mahu menyahut cabaran sudah tentu pelbagai alasan yang dikemukakan untuk mengelak dan pelbagai alasan juga dicari supaya menjadi orang kedua tetapi bukan ketua walaupun di dalam satu Jawatankuasa yang kecil.

Orang yang cemerlang diibarat dicampak ke laut menjadi pulau
Dicampak ke darat menjadi gunung
Cg Aseng Kuman - Pengetua SMK St. Patrick, Mukah
Dalam satu sesi perkongsian Ilmu
Tahniah - Baru-baru ini beliau menerima Anugerah Ketua Menteri
Atas sumbangan yang diberikan dalam dunia pendidikan
Sebagai seorang ketua, sudah tentu kita mahu menjadi ketua yang berjaya. Sudah tentu kita mempunyai strategi tersendiri yang ingin dilakukan. Maka pelbagai program dan aktiviti yang mahu dilakukan supaya matlamat akhir yang ditetapkan akan berjaya. Saya pernah terbaca satu petikan, tetapi tidak ingat di mana sumbernya. Seorang ketua yang berjaya kadangkalanya adalah lahir daripada seorang pekerja yang teruk. Beliau berjaya kerana perkara-perkara yang dilakukan semasa beliau menjadi pekerja biasa, pasti beliau tidak mahu orang lain melakukannya dan semua alasan yang diberikan oleh pekerja adalah alasan-alasan sama seperti yang dilakukan oleh beliau.

Ketua seperti ini tentunya Nampak hebat tetapi beliau tidak dapat lari dari kenyataan sebenar jika orang yang dipimpinnya adalah rakan-rakan dan orang-orang yang sangat mengetahui akan rahsiannya. Semua kata-kata dan contoh-contoh yang diberikan yang berkaitan dengan dirinya sudah tentu akan dilihat seperti “Cakap tidak serupa bikin”. Rungutan atau cakap-cakap belakang sudah tentu akan kedengaran. Lebih memilukan jika ada diantara rakan-rakan atau orang yang dipimpin sukar ditegur dan engkar untuk melakukan sesuatu seperti yang diminta sama seperti engkar beliau bila suruh semasa menjadi pekerja biasa dahulu. Paling menyakitkan hati bila ada yang cuba memalukan ketua ini jika ada yang berani mengakatan “ saya bertindak seperti kamu dulu”...

Kesedaran awal kepada seseorang guru supaya tidak terjadi seperti ketua yang begini adalah sangat penting. Sejarah kerjaya kita seringkali akan disebut-sebut dan dikait-kaitkan dengan apa yang kita lakukan. Bagi guru-guru yang sangat rajin tiada masalah baginya walau di mana sekalipun ditempatkan. Masalah akan timbul bagi guru-guru yang agak malas dan seringkali mengelak sesuatu tugasan yang diberikan. Mahu di berikan anugerah sebagai pekerja cemerlang pun akan dipertikaikan.

Semasa saya membuat ROS, Rancangan Orientasi Sekolah di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah pada tahun 1992, saya melihat seorang pengetua ini sangat cemerlang. Pengurusannya sangat teliti. Sekolah ini sangat cemerlang akademiknya. Namun di hati guru-guru yang mengenalinya sejak sama-sama bertugas dan kini menjadi orang yang dipimpinnya melihat apa yang dilakukannya sangat kontra sama sekali. Contoh-contoh kepada guru-guru berkaitan dengan dirinya adalah omong kosong untuk meyedapkan bait-bait taklimat yang diberikan. Begitu juga wahyu-wahyu pihak atasan kini, yang kadangkalanya datang dari orang-orang yang tidak cemerlang dan semua perkara yang dilakukan tanpa ketelitian dan dibuat secara “Cut and paste”.

Marilah sama-sama kita renungkan apa yang kita lakukan. Adakah kita tergolong dalam golongan seperti ini. Usahalah yang terbaik. Belajar dari sekarang sebagai ketua suatu hari nanti. Jadilah guru yang terbaik supaya kerjaya kita akan datang tidak dipersoalkan. Diungkit kisah silam tentang kewibawaan atau kredibiliti. Bagi guru-guru muda, yang baru memegang duit sendiri, jangan terlalu leka dengan apa yang kita hajati. Laluan kerjaya kita masih panjang. Jangan sampai kita lupa tugas sebenar,  kerana sejak melapor diri kita sudah mula dinilai... Jadilah guru yang dihormati oleh rakan dan taulan..

Terima kasih cikgu

12 comments:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Terima kasih cikgu.

Tidak semua berpeluang menjadi ketua.
Apabila peluang datang, perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya agar tiada cakap-cakap belakang yang menempelak akibat tingkahlaku yang tidak manis.

Sebelum menjadi ketua perlu banyak membuat pemerhatian mana yang baik atau sebaliknya, agar diri sendiri dapat diterima, juga dengan baik.

TQ

ckLah @xiiinam said...

Pernah mengenali seorang 'bos' yang pantang menerima teguran atau kritikan, Asal dikritik, dia akan berkata "Kamu tak duduk di tempat saya". Itu sajalah 'modalnya'


Tapi, apabila ada seorang staf muda yang baru kematian suami (mualaf pula) sering mengambil cuti kerana bayinya berpenyakit jantung....dia tidak pula memikirkan bagaimana jika dia di tempat staf itu. Malah, dijajanya cerita2 tentang staf itu yang memberi konotasi kepada orang lain, bahawa staf itu 'malas dan suka buat hal...'

Saya faham, bukan mudah menjadi pemimpin. Ya, walaupun saya tidak duduk di tempat itu...


"Not in my shoes..." Susahkan.

ibuintan said...

cikgu saya sangat setuju dengan tajuk entri cikgu... memang tepat

malangnya ada segelintir ketua yang lupa sikap, tingkahlaku dan hasil kerjanya yang tak seberapa semasa menjadi orang bawahan kini mendabik dada dan bersikap ego dengan bersikap 'aku bos kau'... 'aku betul semua', segala pandangan dan pendapat orang bawahan tak dipandang langsung

tak heran ada ketua yang tidak dihormati oleh orang bawahannya

Mohamad said...

Salam admin P@P,
Betul, bila sudah menjadi ketua. Tindak tanduk kita sering diperhatikan. Kadang-kadang sedikit sahaja yang buruk dilakukan akan dijaja ke sana sini dan memusnahkan 1000 kebaikan yang kita buat.

Jadi ketua keluarga pun banyak juga cabarannya...

Mohamad said...

Salam ckLah..
Teguran tidak salah tetapi biarlah membina. Tiada masalah bagi saya walaupun pekerja biasa.. tetapi bukan tujuan untuk memalukan yang menampakkan kita sudah melakukan kesalahan besar yang sukar dimaafkan.

Cg, saya mengamalkan konsep. Saya meminta, orang memberi. Saya minta SMKB Cemerlang. Jika ada guru minta cuti (Jika munasabah) saya memberi. Pada hemat saya Jika anak sakit, emak sakit, sendiri sakit.. bagaimana seseorang itu boleh berfikir untuk bertindak cemerlang?

Peraturan-peraturan yang kita lakukan walaupun berkuasa mestilah memikirkan kesusahan orang lain.. bukan kesenangan diri sahaja..

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Tidak semua yang dilakukan oleh ketua kita semua betul. Sikap saya ialah mengikut apa saja yang diminta oleh mereka jika dapat, tanpa membantah. Jika kita membantah, nampak seolah-olah tidak menghormati apa yang mereka mahu..

Bila kita ikut kemahuan mereka dan nampak tidak berjaya, baru kita berbincang. Cara ini lebih baik dari kita bertekak dan menimbulkan ketegangan antara kita dengan mereka.

Menjaga hubungan antara pekerja dan ketua sangat perlu, jika tidak susah kita nak bekerja..

ibuintan said...

salam kembali cikgu... tahniah, semoga sekolah cikgu makin cemerlang di bawah pimpinan cikgu, teruskan kepimpinan cikgu yang sebegitu, teruskan menjaga hubungan yang baik antara ketua dan orang bawahan...tegur menegur memang perlu namun perlu juga ada 'give and take' kan, kesepakatan ini saja yang dapat menghasilkan kejayaan

IMANSHAH said...

salam cik Mat

Saya telah mempunyai 6 pengetua sepanjang 9 tahun menjadi guru.macam-macam ketua yang saya jumpa..ada ketua yang hanya menunggu masa untuk pencen, tapi hilang selalu. ada ketua yang mulut pedas, tapi komited. Ada ketua yang hanya beri perhatian pada guru-guru tertentu. Macam-macam. Saya banyak belajar dari karektor mereka. Dan saya kini rasanya sedang berada dalam laluan untuk menjadi seorang ketua. InsyaAllah

Sham said...

pengetua paling saya respek selalu berkata:"dia bagus kerana mempunyai anak-anak buah yang bagus..."

Mohamad said...

Salam imanshah..
Semoga mejadi ketua yang dihormati dan berjaya..

Mohamad said...

Salam Sham..
Kejayaan seseorang ketua itu adalah kejayaan semua.. tanpa subordinat yang cemerlang seseorang ketua itu tidak akan berjaya juga.. sangat bersetuju dengan sham..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum cikgu..

terima kasih atas perkongsian ini...seseorang ketua yang penting perlulah mentadbir dengan profesional...barulah akan dihormati oleh anak buahnya kan..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.