PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, January 20, 2011

154.Peranan Kelab Staf, Bekerja Lebih Seronok...

Usaha mengubahsuai gelanggang tenis lama, yang tidak lagi digunakan kepada gelanggang “footsal” nampaknya telah membuatkan suasana petang di SMKB amat hidup. Guru-guru dan pelajar nampaknya sangat gembira dapat bersama-sama bermain, mengeluarkan peluh, menjerit dan berteriak melepaskan perasaan masing-masing disamping melupakan sebentar beban tugas yang dipikul saban hari.

Gelanggang tennis yang lama terbiar
diubahsuai sebagai gelanggang footsal
Beberapa permainan dalaman yang
boleh di atur oleh kelab staf
Kerja, kerja, kerja.. sudah tentu membosankan. Silap haribulan boleh mendatangkan “stress” dan sangat merbahaya bila sudah tidak dapat dibendung.  “Stress” dan kebosanan akan menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti kerja. Individu yang bekerja dalam keseronokan biasanya akan menunjukkan prestasi kerja yang memberansangkan. InsyaAllah.. jika diizinkan Allah dan ada rezeki, cadangan untuk mewujudkan gelanggang petanque di SMKB akan terlaksana pada tahun ini untuk memberi peluang kepada warga SMKB,  lebih banyak tempat untuk bersukan dan sebagai tempat melepaskan perasaan.

Penyertaan guru-guru di dalam sukan komuniti di Kampung Belawai sebelum ini juga dilihat sebagai suatu yang bermakna. Di samping bersukan guru-guru dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat yang kebanyakkannya ialah ibu dan bapa kepada para pelajar di SMK Belawai. Dengan eratnya hubungan ibu bapa dengan guru, diharap satu hubungan komunikasi dua hala ini dapat menyelesaikan masalah pelajar dengan berbincang selain dari hari permuafakatan yang diadakan secara rasmi di sekolah.

Gambar yang diambil tanpa izin dari FB Cg Safidzan Salman
Kegembiraan jelas kelihatan...  walaupun aktiviti dirancang
sesama rakan tanpa melibatkan Kelab Staf namun jelas
ia boleh menghilangkan tekanan di tempat kerja
Lain kali ajak le saya sekali... hehehe..
Dalam usaha untuk menghasilkan keseronokan bekerja, kelab staf sesebuah sekolah sebenarnya boleh memainkan peranan penting. Kelab Staf yang aktif dapat menyumbang perhubungan kemanusiaan lebih-lebih lagi bagi sesebuah sekolah yang besar dan mempunyai jumlah staf yang ramai. Jika tiada hubungan antara satu sama lain, tidak hairan staf disesebuah sekolah tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka lebih menyendiri, membuat hal masing-masing dan sekolah dilihat sebagai tempat kerja semata-mata. Dengan bantuan kelab staf yang aktif, dinginnya hubungan antara guru-guru atau staf dapat diatasi dan suasana kerja akan menjadi lebih menarik dan tiada rasa dipinggirkan.

Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan oleh AJK  Kelab Staf  untuk memberi keseronokan dan lari dari rutin harian bernada sama, umpamanya hari keluarga. Tidak semestinya diadakan di dalam kawasan sekolah tetapi boleh di adakan di luar jika dipersetujui bersama untuk mencari kelainan. Dalam pada itu sesi lawatan ke tempat-tempat menarik juga boleh diatur.

Usaha-usaha lain yang boleh dilakukan oleh Kelab Staf ialah melancong sama ada di dalam negeri atau luar negeri. Saya pernah mengikuti Kelab Staf SMK Methodist, Sibu melancong ke Mulu, Sarawak bersama-sama isteri (staf SMK Methodist) pada beberapa tahun lalu. Sangat menarik. Selama satu minggu kami di sana berbagai aktiviti dirancang, kami mengenali keluarga masing-masing dan masih lagi bertegur sapa sehingga ke hari ini. Dalam pada itu ada Kelab Staf yang mempu untuk mengadakan lawatan ke luar negeri.

Bagi menjaga kesihatan. Kelab Staf boleh merancang untuk mengadakan aktiviti senamrobik, poco-poco atau pertandingan bola tampar, pertandingan bola jarring dan lain-lain. Permainan dalaman juga dapat diatur, seperti pertandingan bermain “Chess”, Dam, Karum, ping pong dan lain-lain.  Jika tidak terdapat kemudahan di sekolah sendiri, Kelab Staf boleh merancang untuk membuat pertandingan persahabatan dengan Kelab Staf di sekolah lain.

Kelab Staf juga boleh membantu guru-guru di dalam aspek-aspek kerohanian di samping menyuburkan rasa tenang dalam diri guru-guru. Ada kalanya sikap guru atau staf yang suka memberontak, sukar menerima teguran, sikap yang negatif, jiwa yang tertekan boleh ditolong dengan adanya ceramah-ceramah agama, forum, muzakarah dan lain-lain aktiviti keagamaan mengikut agama masing-masing. Para ustaz dan ustazah boleh mengambil peranan di dalam aktiviti ini, selain menolong rakan-rakan secara tidak langsung dapat menambah ilmu untuk menghadapi masa-masa akan datang.

Bagi guru-guru atau staf perempuan boleh mengadakan aktiviti berkongsi resepi, kelas masakan dan selepas itu dapat sama-sama makan dan bertanya khabar antara satu sama lain.  Dalam masa ini kita dapat menyelami perasaan guru-guru lain dan pengalaman masa lalu. Hubungan guru-guru baru dan guru-guru senior juga secara tidak langsung dapat dipupuk.  Dalam pada itu aktiviti perkongsian ilmu juga dapat dirancang, guru-guru senior sudah tentu ada pengalaman yang luar dalam sesuatu bidang dan ilmu ini dapat dikongsi bersama dan akhirnya mendatangkan kesan yang baik untuk sekolah.

Banyak yang dapat dilakukan oleh Kelab Staf. Namun aktiviti yang dirancang jangan sampai mengganggu tugas utama iaitu pengajaran dan pembelajaran. Jangan pula meletakkan kepentingan Kelab ini mengatasi yang lain. Bertindaklah secara professional dan jangan pula di salah anggap oleh masyarakat kita mengabaikan tugas kita sebagai seorang guru...

Terima kasih, cikgu..

8 comments:

Unknown said...

SALAM,
BACA N3 INI TERINGAT MASA AWAL2 DULU JADI GURU. KELAB GURU MEMANG ADA. MACAM2 AKTIVITI. YANG PASTI, SETIAP TAHUN ADA JAMUAN MAKAN TAHUNAN.

Mohamad said...

Salam Datuk..
Bagus begitu.. disamping itu bolehlah adakan aktiviti.. permainan, cabutan bertuah dan sebagainya.. Hadiah-hadiah pertandingan antara guru boleh disampaikan pada masa ini..

Unknown said...

salam, memang betul cakap tuan tu, jika kelab guru dan staff aktif ia merupakan satu wadah mengeratkan hubungan guru dan staf serta membantu mengujudkan kesoronokan bekerja di sesuatu sekolah itu....

CECOMEL said...

Ni yang lagi semangat nak jd GURU ni:) Jazakumullah Khair Jaza' Cikgu dan Cikgu2ku yang lain :)

ibuintan said...

salam cikgu,

semasa di awal bertugas di tempat sekarang, saya pernah jadi Pengerusi kelab Guru dan staf selama empat tahun, macam2 aktiviti dan program dirancang dan dilaksanakan, semua bersatu hati dan kami menjadi lebih erat seperti sebuah keluarga besar dengan sokongan padu gb sebagai penasihat

namun keadaan tidak kekal lama bila penasihat baru muncul

Mohamad said...

Salam Abhamz..
Terima kasih..

Mohamad said...

Salam cecomel..
Tentu akan jadi ustaz yang hebat nie..

Mohamad said...

Salam ibuintan...
Berikan sokongan kepada mereka sebagaimana mereka berikan sokongan kepada kita...

Saya doakan kelab staf cikgu menjadi yang terbaik..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.