PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, January 18, 2011

153.Sudah dijanjikan di situ...

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri... Begitulah kata-kata bidalan yang biasa kita dengar. Hari ini seorang sahabat telefon bertanya khabar sekolah dan seterusnya, diterjah dengan soalan lain. “Aku dengar kau kemalangan tempohari.  Betulkah?”, Nak di jawab tidak, Berbohonglah pulak. Memang benar-benar berlaku.. Akhirnya mengaku sajalah. Simpang Pergau dan Kuala Matu... Adoh.. malu juga rasanya. Kemalangan ketiga selepas 22 tahun memandu selepas mendapat lessen yang sah dari JPJ. Niat untuk dirahsiakan.. namun akur bukan mulut tempayan yang dapat ditutup.

Suasana di kawasan kemalangan
Biar gambar ini menceritakannya walaupun sedikit "disensor"
Saya pernah kemalangan pada kali pertama semasa di sekolah rendah, tidak ingat darjah berapa, bila basikal dirempuh motosikal yang ditunggang oleh sepasang suami isteri semasa saya melintas jalan. Kemalangan kedua bila saya sendiri melaggar motosikal yang ditinggalkan di tengah jalan akibat langgar lari di Jalan Tok Jalai menuju ke Jitra di hadapan perumahan kem tentera Jam 11.00 malam semasa saya memandu motosikal dari rumah ke UUM  pada tahun 1988. Kawasan tersebut terlalu gelap tidak seperti hari ini, jalan baru. Kemalangan baru berlaku dan pemandu motosikal tersebut terbaring di tepi jalan. Namun saya tewas, tulang selangka saya patah dan meninggalkan kenangan pahit sehingga ke hari ini. Kemalangan kali ini adalah kali ke tiga, kemalangan yang tidak sepatutnya terjadi, semasa saya membawa bahan-bahan PTK pada 14.10.2010 jam 12.30 tengahari dan kebetulan pada pagi tersebut saya meninggalkan komen tentang kemalangan maut pada 10.10.2010 di blog rakan.

Malang tidak berbau, ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya sudah ditentukan. Biar bagaimana peringatan dan doa naik kenderaan di baca tetapi sudah perjanjian akan berlaku kemalangan di situ. Kini simpang Pergau / Kuala Matu tercatat sejarah seorang pemimpin sekolah telah kemalangan di situ dan telah menjadi buah mulut dari masa ke semasa. Simpang yang diperkatakan ramai orang, simpang yang sangat merbahaya dan telahpun meragut nyawa sebelum ini. Simpang 4 yang agak pelik dan tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab. Bagi diri saya kemalangan tersebut berlaku disebabkan salah sangka dengan petunjukkan jalan... selebihnya adalah kelemahan diri sendiri.

Syukur saya tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi sahabat yang terlibat kemalangan dengan saya mengalami sedikit luka di tangan dan bahu akibat terhempap di Stereng kereta. Kemalangan berlaku dalam keadaan saya sedar, tidak mengelamun dan saya sudah bersedia kerana di hati saya saya memang ingat simpang ini merbahaya. Namun tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga datang dari arah Kuala Matu dan  masuk ke simpang tersebut dan berlaku kemalangan. Akibat saya menekan brek dan hentakkan yang kuat tayar belakang kereta pancit dan bahagian depan remuk sama sekali. Sementara kereta Proton Saga tersebut kemek teruk pada bahagian tepi, belakang.

N3 ini lambat dicatat kerana niat awalnya, tidak mahu membesarkan2 kan cerita ini tetapi setiapkali berjumpa rakan taulan soalan ini sering ditanya dan menjadi topic perbualan. Keadaan jalan memang begitu rupa, tetapi barangkali pada masa tersebut saya terburu-buru untuk pulang ke sekolah dengan niat untuk masuk ke pejabat semula.  Rancangan untuk membereskan kerja-kerja di pejabat tidak kesampaian, dan masa dihabiskan dibalai polis dan saya sampai ke sekolah jam 8.30 malam dengan menggunakan kereka En. Dor bekas KPT SMK belawai.

Saya dengan ini sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wagra PPD Daro yang banyak menolong saya dalam kemalangan tersebut. Begitu juga dengan rakan-rakan dari PPD Mukah yang terserempak dengan saya semasa kejadian. Terima kasih juga kepada rakan taulan yang menolong saya pada masa tersebut sehingga selesai urusan dibalai polis. Terima kasih kepada guru-guru SMKB yang bertanya khabar selepas kejadian dan rakan-rakan yang bertanya khabar dan memberi semangat. Sesungguhnya tiada siapa yang suka akan kemalangan yang berlaku tetapi apakan daya, ini juga adalah salah satu ujian dari Allah... Barangkali ada hikmah di sebaliknya. Catatan ini juga, secara tidak langsung bagi sesiapa yang membacanya dari Mukah / Daro dan sebaliknya, berhati-hatilah di simpang 4 Pergau / Kuala Matu ini... Selepas saya kemalangan di situ, saya di beritahu ada lagi kemalangan yang berlaku. Simpang ini seolah-olah ada “penunggunya” yang ingin melihat kejadian yang tidak diingini...

Semoga kejadian ini adalah yang terakhir bagi diri saya,dan tahun 2011 akan dilalui dengan penuh rasa keinsafan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat kita yang lain, Pandu Cermat Jiwa Selamat..

Terima kasih cikgu...

8 comments:

ckLah @xiiinam said...

Syukurlah...pemimpin sekolah itu tidak cedera....

nadz said...

Assallamualaikum,
Alhamdulillah ..Tuan selamat
Di mana saja kemalangan boleh berlaku...walau kita telah berhati-hati..

Mohamad said...

ckLah..
Syukur... kenangan untuk PTK terakhir sebelum dimansuhkan..

Mohamad said...

nadz..
Syukur saya tak apa-apa.. cuma sedikit sakit dibahagian dada kerana talipinggang keledar..

CECOMEL said...

Pandu Cermat Jiwa Selamat. Yang paling penting usaha ke arah selamat itu. Susuli doa, kukuhkan dengan tawakkal. Terima Kasih Cikgu atas info yang diberi.


pssst: Cikgu, saya berpendapat baik kiranya cikgu tambah widget 'shoutbox/shoutmix', leh kami anak2 murid cikgu di alam maya ni sembang dengan cikgu :-)

Mohamad said...

Salam ustaz,
Dulu ada "kotak jerit" tersebut.. saya keluarkan atas sebab-sebab tertentu kerana antara kita rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Bukan tidak suka dikritik tetapi ada sifat-sifat manusia yang tidak memahami keadaan sebenar, walaupun sudah diberi penjelasan masih "terjerit2" dan mengeluarkan perkataan yang tidak elok dibaca secara terbuka.

Saya hanya mempunyai 2 tangan.. saya tidak boleh memuaskan kehendak semua orang... saya boleh laksanakan sesuatu yang diminta jika ada rezeki..

Harap ustaz faham..

Terima kasih cikgu...

baincardin said...

pernah gak kemalangan melanggar buntut kereta org lain. T_T

Mohamad said...

Baincardin..
Kalau kita langgar belakang orang, biasanya terus kita dianggap bersalah.. betulkan?..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.