PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, January 17, 2011

152.LDP: Usaha Menyuntik Ilmu Kepada Guru

Berbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan guru-guru mendapat latihan yang secukupnya dalam menghadapi pekerjaan, terutama sekali dalam persediaan diri untuk berhadapan dengan para pelajar. LDP atau Latihan dalam perkhidmatan (bukan perkara baru kepada guru-guru) merupakan satu cara yang terbaik untuk menolong kearah itu. Guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan melebihi para pelajar walaupun dalam masa tertentu bertindak sebagai fasilitator.

Gambar Hiasan
Perkongsian Ilmu di PPD Mukah
pada 29 Disember 2011
Untuk memberi latihan kepada semua guru dihotel-hotel, di PPD, di Pusat-pusat latihan barangkali agak mustahil kerana jumlah guru yang agak ramai berbanding dengan sector lain. Namun kadangkala guru-guru di serata tempat di desa, di pedalaman, di bandar maupun di kota-kota besar memang mengharap agar dapat keluar walaupun sekali seumur hidup berkusus di samping melihat dunia luar. Langkah Kementerian Pelajaran mewajibkan guru-guru menjalani  latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun pada masa sekarang amat baik namun masih lagi dikatakan terperuk di sekolah sendiri sedangkan diantara mereka ada yang seringkali keluar masuk ke sekolah berkursus sana sini. Dan diantara mereka juga ada yang langsung tidak pernah keluar untuk berkursus walaupun hampir pencen. Kita akur dengan keikhlasan pihak kementerian, tugas ini bukan mudah kerana kekangan kewangan untuk memenuhi semua tuntutan.

Pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus di kementerian pelajaran Malaysia pada tahun ini 2011, selain menerusi kaedah Blended Training Approach iaitu dengan sesi perkongsian ilmu, Excutive Talk, program pementoran dan sebagainya. Langkah KPM mengambil inisiatif melaksanakan cara ini juga bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 dan kaedah ini tidak dilaksanakan jika anggota KPM sudah memenuhi keperluan kursus 7 hari.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya katakan, pelaksanaan dengan cara pembacaan buku amat sesuai dilaksanakan selain dapat meningkatkan minat membaca guru. Saya percaya ramai guru-guru kita yang suka membaca. Setiap kali menjelag cuti sama ada cuti pertengahan penggal atau cuti panjang akhir tahun saya sentiasa ingatkan guru-guru supaya dapat medalami ilmu dengan pembacaan atau perbincangan dengan rakan-rakan di sekolah-sekolah lain. Pengalaman-pengalaman ini dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan di sekolah ini dan mengambil mana yang baik untuk dipraktikkan.

Sesungguhnya banyak ilmu yang dapat dikutip dengan banyak membaca kemudian dibentang, dikupas isinya dan dibincang. Dalam sesi soal jawab, akan timbullah persoalan-persoalan yang tertentu dan semua guru dapat sama-sama memberi pendapat. Pendapat-pendapat yang bernas inilah yang akan mencetuskan idea baru yang dalam memberi manfaat kepada semua. Namun semua ini akan dilihat tidak berguna jika yang baik itu belum dicuba tetapi sudah timbul cakap-cakap negatif yang menghalang kearah kebaikan...

Terima kasih cikgu...

6 comments:

ckLah @xiiinam said...

Tahun lepas, siri LADAP kami akhiri dengan Slot 'Water Confident' selama 2 hari di Pulau Pangkor. Perbelanjaan kami tanggung sendiri dengan suka relanya...demi menambah ilmu.


Ya lah...kalau ada murid yang 'terkorban di air' sewaktu aktiviti sekolah, guru juga yang menanggung akibatnya, kan! Kenalah sediakan ilmu serba sedikit...

Salam...

terokai seni said...

gamaknya cekgu susah nak tinggalkan kelas tu yang payah nak diberi kursus kot

Mohamad said...

Salam cKLah..
Bagus juga kan.. ada aktiviti luar, tidak bosan. Mengutip ilmu sambil praktikal sekali..

Mohamad said...

Salam cemomoi..
Agaknya begitulah.. kalau cikgu banyak keluar, jenuh guru lain nak ganti kelas.. pelajar juga banyak ketinggalan...

Namun pihak Jabatan boleh cari alternatif lain.. barangkali boleh dibuat pada masa cuti...

sekadar satu coretan said...

selamat pagi cikgu...'
sekolah anak saye pun same..bile tanya mane cikgu katenye gi kursus...
betul tu.. pelajar jugak yg byk ketinggalan

Mohamad said...

Salam ainnoraini..
Saya percaya Pihak Kementerian sudah berfikir tentang hal ini.. maka LDP diadalah di sekolah supaya tidak mengganggu P&P pelajar..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.