PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Saturday, January 15, 2011

150.Lagi-lagi masalah sikap

Lagi-lagi mengenai sikap.. sikap yang sukar diubah yang menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan rakan sekerja.  Seorang sahabat di sebuah sekolah menceritakan, dia berasa bingung dan bimbang dengan sikap guru-guru kini yang melakukan semua pekerjaan sebagai guru dengan gaya endah tidak endah sahaja. Mesyuarat panitia yang ditetapkan pada hari Sabtu oleh Ketua Panitia dan Guru Kanan Matapelajaran langsung tidak dipedulikan, bahkan ketidakhadirannya langsung tidak dimaklumkan. Semua guru yang bermesyuarat pada hari tersebut tahu senang-senang saja dia balik kampung. Menurut sahabat ini lagi, bukan mesyuarat panitia kali ini sahaja, tetapi selama 4 tahun dia di sekolah tersebut mesyuarat panitia langsung tidak pernah hadir.

Teguran rakan-rakan dan pentadbir langsung tidak dihiraukan. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini langsung tidak mengundang perasaan bersalah kepadanya. Malah guru ini berasa megah kerana setiap kali dia berbuat begitu, lepas... Pembahagian kerja yang sepatutnya dibuat oleh semua guru di dalam panitia tersebut semuanya dikecualikan kepadanya. Dia bekerja seolah-olah keseorangan dan kebal.

Tidak dinafikan memang ada yang mempunyai sikap sebegitu. Pernah suatu ketika dulu semasa saya memegang jawatan PK KK. Seorang guru datang berbincang dengan saya supaya tidak meletakkan nama seorang guru di dalam AJK nya. Jika saya meletakkan juga nama guru tersebut, seolah-olah saya meletakkan “tunggul mati” yang tidak berfungsi apa-apa. Jadi lebih baik ditiadakan dan guru tersebut lebih rela melakukan kerja bersendirian daripada meletakkan satu nama yang hanya mendapat kebaikan kepadanya tetapi tidak dapat memberi apa-apa nilai dalam AJK tersebut. “Lebih baik bersendirian daripada bersama orang yang teruk”.

SMS yang saya terima dari seorang sahabat semalam..
Saya tidak nampak beliau tergolong dalam golongan "guru 25 haribulan"
barangkali sekadar berkongsi maklumat tarikh2 yang sering  kita  tertunggu-tunggu..
Semasa saya menghadiri suatu majlis meraikan guru besar dan kakitangan Jabatan Pelajaran Mukah yang akan berpencen dan pengetua yang akan berpindah di PPD Mukah tahun lalu, seorang guru besar dalam ucapannyanya berkata. Saya menjadi guru bukan kerana “Accident” tetapi saya  saya menjadi guru kerana saya sangat minat dengan pekerjaan sebagai guru. Saya berusaha memohon menjadi guru, tanpa mengharapkan pekerjaan lain selain dari guru. Namun kini apa yang beliau sangat bimbang ialah, kebanyakkan guru hari ini diisi kerana “terpaksa” disebabkan tidak dapat pekerjaan lain yang diminati oleh guru tersebut. Akibat kurangnya minat maka berbagai “gelagat” ditunjukkan oleh guru, maka lahirlah berbagai ungkapan  seperti “Guru 25 haribulan” dan lain-lain yang menjatuhkan martabat profesion perguruan itu sendiri.

Tidak kurang juga, ramai guru-guru yang mempunyai masalah peribadi yang serius. Meletakkan diri dalam keberhutangan yang serius, bermasalah dengan Ah Long, bermasalah dengan pengambilan dan mengedar dadah, masalah rumah tangga yang melibatkan tugas, masalah pencabulan keatas murid, masalah tidak hadir bertugas, bankrup dan ada yang mengambil cuti tanpa gaji untuk menguruskan business. Semua ini mencerminkan sesuatu yang sangat tidak baik kepada bidang perguruan yang dilihat sangat dihormati, dalam usaha kita memartabatkan semula profesion perguruan.  Jangan  kita dipandang “rendah” disebab oleh sebahagian mereka yang dianggap sebagai “duri dalam daging” atau “disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Minggu lalu, saya didatangi 2 orang pelajar lepasan sebuah Universiti, seorang lepasan universiti dari semenanjung dan seorang dari sebuah universiti dari Sabah. Mereka memohon untuk mengisi jawatan GSTT, saya melihat wajah mereka dan dari raut wajah saya percaya mereka boleh memberi jawapan yang tepat. Soal saya kenapa tidak mencari kerja lain selain dari menjadi GSTT. “Kami belum lagi konvokasyen, sekurang-kurangnya kami mendapat sedikt wang untuk tujuan tersebut”, Soal saya lagi, kamu memohon jawatan ini bukan kerana minat? Kata mereka, “Minat juga, tetapi kalau ada kerja lain biarlah kerja lain tapi kalau tidak ada, biarlah kami menjadi guru...”.

Kepada guru-guru yang terpaksa menjadi guru, berusahalah menjadi guru yang baik. Tanamkan minat walaupun sebelum ini kita tidak meminatinya kerana ini lah rezeki yang Allah janjikan. Jika tidak lepaskanlah kepada orang yang berminat.....

Wallahuaklam...

Terima kasih cikgu...


14 comments:

ckLah @xiiinam said...

Begitulah...kalau memilih menjadi guru, tetapi tidak menjadikan kerjanya sebagai 'passion'nya...

Seorang rakan GC di SBP terdekat menceritakan ada seorang guru wanita Bahasa Inggeris muda yang belum disahkan jawatan, sudah mempunyai rutin 'MC berkala'. Isnin, Jumaat, sebelum atau selepas cuti am, dan hari gaji adalah masa yang dia dijangka mengambil MC.

Alasannya, dia tak minat jadi guru, tapi memenuhi kehendak bapa...sedangkan selama setahun lebih ini, gaji guru yang diambilnya itu telah menjadi darah dagingnya.

...dalam PMR baru2 ini, SBP itu mengalami kemerosotan teruk, dengan hanya 63 calon 'straight A's ' , dan 32 'near miss' kerana dpt B untuk BI(sekolah saya yg sekolah harian dan punya beberapa pelajar buta huruf ini punya 53 calon straight A's dan 130 A dalam BI).

Mohamad said...

CkLah..
Inilah nasib yang terpaksa ditanggung oleh Kementerian Pelajaran... pemilihan guru yang tidak tepat akan mengakibatkan kemerosotan pencapaian dalam jangka masa panjang...

Kerja kerana terpaksa dan tidak ikhlas tidak kekal lama. Semoga mereka berubah walaupun sukar berubah..

Kakcik Seroja said...

Makin ramai yang bekerja kerana ganjaran, bukan lagi kerana keikhlasan dan rasa kebertanggungjawaban... :(

ummu said...

assalamualaikum Tuan

sedih jika menjadikan guru sebagai kerjaya pilihan terkahir.
kalau beginilah,hasilan yang terjadi sangatlah negatif
kerna bila memilih guru sebab nak wang,atau sebab dah takde kerjaya lain,yg menjadi mangsa ialah rakan2 sekerja rasa tak best sebab kerja dgn orang yg separuh hati,komitmennya taklah sepnuh hati.
murid2 @ pelajar2 pun akan tak best juga...

Muhammad Izuan said...

slm. suka dgn kesimpulan akhir cikgu... rezeki Allah, tggungjwb jgn kita ambil mudah.

Mohar Yahya said...

tidak kurang juga guru yang sakit jiwa dek pelbagai sebab sehingga ada dalam kalangan guru kaunseling sendiri terpaksa diberi kauseling oleh pihak pentadbir...tak tahu apa nak jadi dengan sesetengah guru yang tidak menjiwai pro perguruan.Proses temuduga patut dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

IMANSHAH said...

Salam

Bahaya jika menjadi guru merupakan pilihan terakhir. Saya perhatikan trend guru2 baru (saya juga baru-9 tahun pengalaman)seolah2 dimanja2 sangat. kerja sebulan dah bergaji.kerja setahun dah berkereta vios. Dengki??Tidak lah. Tapi bila bagi kerja, selalu beertangguh. Kekadang, marking exam pun lambat. Dan selalu markah sangkut kerana dia. Walhal, mengajar tingkatan satu sahaja.

Mohamad said...

Salam kakcik,
Ganjaran perlu tetapi bekerjalah dengan penuh tanggungjawab..

Mohamad said...

Salam ummu..
Sepanjang saya di SMKB 3 orang guru yang bercadang meletak jawatan.. saya sangat menghormati mereka, guru yang sangat baik..
Guru A - Surat letak jawatan sudah dihantar kepada saya untuk di kemukakan di Jabatan Pelajaran, dinasihati dan menarik diri dari meletak jawatan. Berpindah dan teruskan kerjaya dengan baik..
Guru B - Terpaksa meletak jawatan dan mengikut suami ke luar negeri.
Guru C - Masih dalam pertimbangan, untuk meneruskan pengajian..
Semoga mereka telah membuat pilihan yang bijak dan cemerlang walau mana sahaja mereka berkhidmat..

Mohamad said...

Salam Muhammad Burn..
Terima kasih.. "mengingati diri sendiri" semoga kita yang sedar dan memberi komen ini jangan cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak seperti yang dicakap..

Semoga kita tidak tergolong seperti mereka yang lemah..

Terima kasih Muhammad Burn..

Mohamad said...

Salam cikgupj..
Bersetuju dengan cikgu.. tidak dinafikan ramai guru kaunseling yang perlu diberi kaunseling dan bertindak diluar dugaan...

Saya tidak meletakkan perkara ini sebagai kebenaran kerana tiada kajian terperinci.. guru-guru kaunseling yang bermasalah dtgnya dr mereka yg membuat PJJ..tahab kerja mereka tidak memuaskan..

Saya hanya berkongsi pendapat.. di smkb tidak ada masalah. 2 orang guru kaunseling sepenuh masa bertindak profesional.

Wallahuaklam -

Mohamad said...

Salam imanshah..
Mana-mana pun berlaku macam ini.. ada seorang dua yang bermasalah..

Orang-orang seperti ini, walaupun dipanggil untuk berbincang banyak alasan yang mereka kemukakan. Alasan-alasan pula bukan menunjukkan mereka yang bersalah tetapi kesalahan itu di letakkan kepada orang lain...

Semoga mereka dapat baiki diri sendiri dan sama2 berjaya dalam organisasi..

Nizam Awang Brahim said...

Koi minat jadi cikgu ni pun tak dapat kerje cikgu.Ni ande pulok dapat kerje jadi cikgu tapi tak ande mnat jadi cikgu.Harak nok ke gaji je,ikhlas nye tak ande.Gone ke budok nok berjaye

Mohamad said...

Salam Jejaka Desa..
Biarpun apa yang kta lakukan.. minat atau tidak jika sudah menjadi tempat kita mencari rezeki.. kita lakukanlah bersunggu-sungguh.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.