Semalam 4.1.2011 mesyuarat Ko-Kurikulum pertama SMK Belawai berjalan dengan baik dan sangat berjaya. Semua guru dapat berbincang dengan baik dan memperlihatkan semua ingin mencapai satu tujuan iaitu ingin sama-sama berjaya. Kata-kata aluan saya sebelum mesyuarat dimulakan juga menjurus kepada menyeru semua guru meningkatkan ilmu pengetahuan melebihi apa yang diperolehi oleh pelajar. Peningkatan ilmu terutama dalam bidang ini perlu bagi seorang guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti supaya pelajar tidak merasa bosan dan merasakan kehadiran untuk ko-kurikulum dilihat seperti hanya membuang masa.
Pencapaian ko-kurikulum di Bahagian Mukah bagi semua sekolah pada tahun 2010 adalah sederhana. Begitu juga dengan pencapaian ko-kurikulum di SMK Belawai. 5 sijil yang saya terima pada Majlis Anugerah Kecemerlangan PPD Daro pada 17 Disember 2010 di RH Hotel Sibu hanya mencatatkan Sijil Penyertaan di Peringkat Negeri, walaupun SMK Belawai menunjukkan cemerlang dalam pertandingan Catur (tempat ketiga) yang diadakan di SMK TDPH Normah Daro dan cemerlang dalam bola sepak di bawah 15 tahun. Namun kita akur bahawa tiada kejayaan tidak seperti 2 tahun lalu sehingga mencapai ke peringkat antarabangsa melalui atlit yang kita sayangi iaitu adik Mohd Firdaus.
Bot Ekspress mula meninggalkan Terminal Satu Jeti Sarikei ke Tg Manis Saya lebih selesa duduk di atas bumbung jika muatan sebegini... |
Apa yang pasti, dalam kehidupan ini ada pasang dan surutnya seperti air sungai Rajang yang saya lalui setiap hari Jumaat dan pada hari Ahad setiap minggu, sungai yang terpanjang di Malaysia. Sayang Sarawak Sungainya sempit luas. Begitulah bunyi lirik sebuah lagu. Bagi diri saya yang mengharungi sungai Sarawak hampir 5 tahun (12 September 2011) membuatkan saya terfikir bahawa kehidupan tidak ubah seperti sungai ini. Dari Jeti (Wharp) Sarikei ke Jeti Tanjung Manis sebagai destinasi terakhir ke sekolah, banyak anak-anak sungai yang terpaksa di lalui. Begitu juga sebaliknya, jika keluar ke Sarikei. Jeti terakhir destinasinya ialah Jeti Sarikei. Arus kuat air Sungai Rajang tidak menghalang Pemandu Bot Ekspress memfokuskan perhatian dan tenaganya kearah tujuan sebenar dan tidak menghiraukan cawangan-cawangan sungai yang ada, tidak menghiraukan gangguan ombak dari bot-bot serta kapal-kapal lain yang kadangkala membuatkan bot ekspress yang dinaiki tersengguk-sengguk dan bergoyang, yang pasti semua penumpangnya sampai ke destinasi dengan selamat.
Jeti TMD (Tanjung Manis Development) yang menjadi destinasi akhir saya kerana di sinilah tempat saya "parking kereta" untuk 20km lagi ke SMKB |
Terfikir juga di hati, apa akan jadi jika pemandu bot ekspress tersebut tersalah masuk ke sungai lain dan bot ekspress tersangkut di sebuah tasik yang tiada jalan keluar. Namun itu hanya khayalan semata-mata kerana pemandu tersebut sudah pasti mempunyai tujuan yang jelas dan sudah mempunyai pengalaman yang luas. Tidak mungkin akan mengikut jalan lain. Jika khayalan saya benar-benar terjadi semua orang akan kecewa dan tidak berpuas hati. Oleh itu matlamat yang jelas adalah amat penting dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan tetapi mengapa ramai lagi antara kita yang masih gagal dan membiarkan kita dibawa arus ke pelbagai arah..
Semua guru menginginkan perkara-perkara yang diimpikan. Tetapi pembahagian tugas tidak mungkin memuaskan semua pihak dan akan menjadikan kita komited atau tidak. Jika tugas yang diberikan tidak menepati apa yang dihajati kebanyakkan dari kita tidak percaya kita boleh melakukannya. Tradisi ini perlu dipecahkan kerana ia adalah kepercayaan yang salah.Kita boleh berjaya jika kita mahu belajar dan berusaha untuk berjaya. Banyak contoh menunjukkan, orang yang mendapat apa yang dihajati pun tidak dapat melakukannya dengan baik dan akhirnya gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang. Apa yang penting kita perlu kreatif dan berpendirian jelas dan bersemangat. Takut gagal dan malu dengan rakan-rakan mungkin akan terbayar dengan kejayaan setelah puas berusaha. Tentu berbaloi-baloi...
“Bukan apa yang kita baca, tetapi apa yang kita ingat, yang membuatkan kita belajar. Bukan apa yang kita niat, tetapi apa yang kita buat, yang menjadikan kita berguna. Bukan sekadar hasrat yang samar, tetapi perjuangan sepanjang hayat yang menjadikan kita hebat”, Henry Ward Beecher
Terima kasih cikgu....
19 comments:
selamat kembali bertugas cikgu...
kalau saye mesti rase takut sebab tak biasakan...
syabas buat cikgu sebab bersemangat waja demi mendidik anak2 bangsa menjadi insan yg berguna dimuka bumi ini...
Salam ainnoraini,
Duduk kat luar memang tidak dibenarkan.. merbahaya. Tapi lebih santai. Kalau ramai orang di dalam rasa rimas.. lebih2 lagi econ tidak berungsi dengan baik dan kerusinya yang sempit.. cukup tidak selesa.
Diluar dapat juga menikmati pemandangan sekeliling yang menarik dan kadang2 berselisih dengan kapal pelancong yang membawa mat-mat saleh...hehhee..
Salam cikgu
Hebat guru2 kita yang mengajar di pedalaman Sarawak. pengalaman berharga tu memang tak akan dpt di bandar2 besar macam kami ni. Teruskan usaha kuat cg bagi memastikan SMK Belawai akan terus berjaya
Salam Imanshah..
Terima kasih... InsyaAllah.
Pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli...
Assallamualaikum,
Tahniah!.
Sangat berbangga melihat deorang guru seperti kamu.. teruskan ..kembangkan ilmu pengetahuan..
Terima kasih kakcik..
Terima kasih Nadz..
salam cikgu...
selamat meneruskan kembali tugas sebagai pendidik di belawai..semoga terus cemerlang di tahun 2011..
terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa itu...
p/s: kitak urang malaya juak kah?
Payoh nok jumpe guru dari Semenanjung ingin mengajar di Sabah Sarawak.Kene pulok yang jauh nu di padalaman.
semangat awal tahun nih!
sahabat moga sihat sokmo, ada tag la...
as salam cikgu,
hebatnya pengalaman cikgu.. semoga cikgu terus berjaya memimpin SMK Belawai..
sukacitanya cikgu telah diberi award,
sudi-sudikan:
http://impianaintan.blogspot.com/2011/01/best-follower-award-from-sekamar-rindu.html
Salam Cemomoi dan ibuintan,
Terima kasih kerana tag blog ini..
saya memang salute pada rakan sekerja di sana....salam hormat buat semua
SALAM,
SELAMAT BERTUGAS CIKGU. TUGAS GURU ITU BEGITU MULIA.
Terima kasih Kl Citizen dan luahfikiran..
Saya mahu menulis...
"Terima kasih cikgu"!
Dalam blog Terima Kasih Cikgu kali ini...
cKLah,
Terima kasih berkunjung w/pun dalam kepayahan... semoga cikgu sihat. Terima kasih cikgu..
cKLah,
Terima kasih berkunjung w/pun dalam kepayahan... semoga cikgu sihat. Terima kasih cikgu..
Post a Comment