Taklimat kepada ibu bapa pelajar tingkatan satu |
Hari kedua tahun 2011, sekali lagi SMK Belawai dibajiri ibu bapa dan para pelajar yang datang untuk mendaftar masuk persekolahan yang akan bermula esok. Seronok melihat ibu bapa bersama anak-anak yang datang terutama sekali bagi yang baru menjejak kaki di SMK Belawai, pelajar-pelajar tingkatan 1. Seperti tahun-tahun lepas SMK Belawai menerima pelajar-pelajar yang jauh iaitu dari Sebako, Kedang, Paloh, Sebayang dan paling dekat ialah dari SK Tanjung manis, SK Abang Galau, SK Abang Gesa dan SK Abang Buyuk. Bagi pelajar-pelajar yang jauh tentulah akan tinggal di asrama dan malam ini adalah malam pertama di hotel 5 bintang SMK Belawai.
Pendaftaran pelajar tingkatan satu berjalan lancar kelihatan seorang ibu tekun mengisi borang Gambar latar - kereta seorang ibu bapa dari Sebako |
Sesi taklimat pada jam 9.00 pagi tadi berjalan dengan lancar dan tamat jam 11.00 pagi. Dalam masa 2 jam, berbagai perkara disampaikan terutama sekali tentang peraturan sekolah, peraturan asrama dan taklimat tentang ko-kurikulum. Sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1 yang bermula selepas taklimat berakhir juga berjalan dengan baik dan lebih teratur dan tidak menimbulkan rungutan dari ibu bapa. Namun apa yang jelas kelihatan di muka ibu bapa dan pelajar ialah keletihan kerana perjalanan. Ada yang datang dengan bot nelayan dan ada yang menjalani perjalanan yang sukar. Semoga pengorbanan mereka akan terbalas dengan kecemerlangan anak-anak nanti.
Hari ini 2.1.2011 juga merupakan hari kedua, operator baru kantin beroperasi. Di sinilah tempat berkumpulnya ibu bapa menjamu selera selepas taklimat dan pendaftran. Sekurang-kurangnya rasa keletihan dalam perjalanan dapat dikurangkan setelah perut diisi dan saling bertegur sapa anatara satu sama lain. Ahli-ahli Koperasi SMK Belawai juga turut sibuk melayani ibu bapa yang datang membeli buku-buku dan alatulis untuk persediaan kepada anak-anak. Dan sesuatu yang tidak disangka-sangka ada penduduk berdekatan mengambil peluang berniaga di luar pagar sekolah, sama-sama mencari rezeki. Suasana sebelah pagi bagaikan pesta dan syukur tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Tepat Jam 1.15 tengahari, upacara ringkas menurunkan Visi lama, SMK BELAWAI CEMERLANG 2010 diturunkan menggantikan Visi baru SMK BELAWAI SENTIASA CEMERLANG. Hampir lima tahun Visi lama tergantung disitu dan hari ini adalah hari terakhir, diturunkan dan tercatat dalam sejarah SMK Belawai. Saya membayangkan seolah-olah menurunkan bendera Union Jack disamping nyanian ‘God save the Queen’ tetapi tidak berlaku. Terima kasih kepada Cg Abd Gani (PK KK), Cg Herman, En Hairy (Pembantu Perpustakaan), Cg Mahhadir, En. Mohammad ( PT) dan En. Bakri (Pengawal Keselamatan) yang sama-sama membantu menukarkan Banner tersebut. Walaupun semuanya bermandi peluh dan terbakar dek matahari namun semua kerja memasang tidak terhenti dan dibuat dengan sempurana.
Sajian makan malam bagi pelajar asrama disajikan pada jam 5.30 petang. Sempat saya menjengok mereka di dewan makan. Rata-rata mengambil makanan dengan kadar yang sedikit dan ada yang tidak habis di makan. Barang kali masih kekenyangan dan masih banyak makanan yang dibekalkan dari rumah. Atau, mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan makanan asrama setelah sebulan lebih di rumah dengan makanan yang lazat tidak seperti yang dihidangkan, makan untuk belajar dengan menu yang ditetapkan oleh jabatan pelajaran. Yang pasti malam ini mereka akan tidur nyenyak dan esok jam 4.30 pagi akan bangun, bersarapan dan akan memulakan sesi perseolahan 2011. Bagi pelajar-pelajar harian esok sebelum 6.45 pagi semua wajib ada di kawasan sekolah. Berlari-larilah ke sekolah....
10 comments:
Selamat terus bertugas. Selamat bersekolah buat Muzammil itu...
Salam ckLah,
Terima kasih cg..
Salam cikgu
Sepak mula 2011 telahpun berlaku..semoga SMK Belawai terus bergerak sederap melangkah, takkan kalah!! Seberkas berpadu, takkan lesu..
Selamat menjalankan tugas cikgu!!
salam..
tahniah kerana dah ada
misi 2011 ni..harapan misi
saudara berjaya..
slamat menyambung tugas cekgu!
Salam Imanshah..
Selamat menjalankan tugas juga kepada cikgu...
Terima kasih zul..
Terima kasih cemomoi..
Teruskan usaha wahai pendidik.. Semoga berjaya ^^
Terima kasih aRe TikZ..
Post a Comment