PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, December 2, 2010

138.Pemimpin sekolah yang berkesan

keseronokan belajar
Gambar Hiasan - Google
Ramai yang mempercayai bahawa kepimpinan hadir bersama-sama dengan pangkat. Besar pangkat bermakna kepimpinan dapat dijalankan dengan baik. Pangkat-pangkat ini pula, dalam system yang ada seperti yang kita ketahui adalah menurut “Seniority”. Tidak cukup tahun atau tangga gaji yang tertentu maka belum dapat dinaikkan sama ada untuk ke DG44, DG48, DG52 dan sebagainya. Namun pada masa sekarang, jika belum genap syarat-syarat seperti yang dinyatakan ada juga guru-guru DG41 yang menjalankan tugas pemangkuan DG44 bagi membolehkannya menjalankan tugas-tugas penolong kanan. Namun ramai guru yang menolak untuk kenaikkan pangkat ini dengan pelbagai alasan dan alasan yang biasa didengar ialah lebih selesa untuk menjadi guru biasa.  Malah Sesetengah guru pula menolak untuk menjadi guru Cemerlang dan ada yang sanggup untuk berpindah sekolah,. Sesetengah sekolah pula ada guru biasa yang DGnya sama dengan Pengetua atau ada yang mengatasi DG pengetua.

Namun walau apa alasan pun, dan mana kedudukan kita di dalam sesebuah organisasi yang disebut sekolah  semua guru adalah pemimpin. Untuk melahirkan sesebuah sekolah yang berkesan tidak ada “Excuse” mengatakan “saya tidak boleh memimpin, saya bukan orang atasan” kerana pangkat atau kedudukan tidak menjadikan seseorang itu pemimpin sesecara automatic tetapi pemimpin sebenarnya adalah pemimpin yang berpengaruh atau seseorang pemimpin itu dapat mempengaruhi seseorang melakukan sesuatu untuk visi dan misi organisasi. Tidak ada ungkapan bahawa, kelas ini hanya hanya cikgu sahaja yang mereka “takut”  tetapi guru seperti kami tidak dapat mengawalnya.

Seseorang pengetua yang berkesan ialah seorang pengetua yang dapat mempengaruhi warga sekolah dengan pepimpinannya menanam semangat kepada semua warga sekolah melakukan sesuatu pada pandangannya dapat melonjakkan prestasi sekolah. Penolong kanan yang berkesan ialah seorang yang dapat berkerjasama dengan pengetua dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua staf. Penolong kanan adalah cerminan pengetua dan ia merupakan orang yang paling dekat dengan pengetua dan faham akan “wahyu-wahyu” yang disampai dari pihak atasan untuk di laksanakan di sekolah. Kurangnya kemahiran untuk  “mempengaruhi” ini, apa yang akan disampaikan akan menjadi buah mulut seterusnya akan menimpulkan “Konflik”.

Begitu juga dengan, Guru-guru kanan, ketua panitia, ketua guru disiplin, Guru kaunseling, Guru data,  Guru Media, Guru SPBT, Guru majalah sekolah, Guru Tingkatan, Guru Ko-Kurikulum, Ketua warden dan berbagai tugas utama di sekolah  merupakan pemimpin, Jika seseorang itu menjalankan tugas umpama “melepaskan batok di tangga” atau “Lepas tangan” atau hanya yang diarahkan atau menunggu arahan atau sengaja tidak memahami tugas yang ditetapkan atau apa-apa sahaja alasan maka sesebuah organisasi itu tidak akan mana-mana. Kita hanya akan memuji-muji dan memandang kecemerlangan orang lain tetapi tidak berdaya usaha untuk memajukan apa yang kita ada. Sebaik-baiknya jika kita sebagai “followers” jika melihat keadaan begitu kita perlu sama-sama bekerja keras membina anggota kumpulan kita jangan tunggu sehingga dilantik menjadi guru itu dan ini baru kita akan memulakannya. Adalah lebih baik sebagai “followers” kita terlebih dahulu membina pasukan dan jika kita di lantik ke jawatan tersebut kita sudah mempunyai kumpulan yang kuat.

Gambar Hiasan
Suasana P & P dalam kelas
Dalam sesebuah sekolah pemimpin yang sangat-sangat penting ialah pemimpin di dalam bilik darjah. Kelemahan pemimpin ini mempengaruhi pelajar dalam kelas, akan menimbulkan banyak masalah dan sangat memeningkan kepala. Pemimpin yang “Smart” akan membuatkan pelajar merasa “lemah” dan setiap kata-katanya, pelajar akan “akur”.  Pemimpin yang baik tentunya,  pengawalan kelasnya baik, pelajar tidak bermasalah, tidak timbul banyak kes disiplin di dalam kelasnya berbanding kelas yang sama kepada guru-guru lain. Kerja bertulis yang diberikan kepada pelajar “beres” dalam masa yang ditetapkan. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran yang diajarnya mencapai peratusan yang sangat baik berbanding mata pelajaran yang diajar oleh guru lain yang kita kategorikan mata pelajaran yang senang. Pemimpin-pemimpin jenis ini juga tidak bermasalah jika diberikan tugas lain, berbanding dengan pemimpin-pemimpin yang lemah yang sentiasa mengelak dari diberi tugas dan mempersoalkan “Kenapa saya?” kenapa “Tidak orang lain”, Kenapa tidak diberikan kepada orang ini atau orang itu yang lebih “tahu dari saya” dan pemimpin yang selalu merajuk dan sentiasa diketawakan oleh pelajar. Bahkan ada pemimpin yang merasai dirinya cukup tua, dan semua tugas perlu dilaksanakan oleh pemimpin muda.

Menurut John C. Maxwell di dalam bukunya “The 360 Leader” terdapat 5 peringkat kepimpinan. Kepimpinanan yang utama ialah Ketokohan (Penghormatan) – Orang akan ikut kita kerana peribadi dan pendirian kita. Kedua, Pembangunan Insan – Orang akan ikut kita kerana jasa yang telah kita taburkan kepada mereka. Ketiga,  Penghasilan – Orang akan ikut kita kerana jasa yang sudah kita sumbangkan kepada organisasi. Keempat, Kebenaran (Hubungan baik)- Orang  mahu mengikut kita atas kerelaan mereka sendiri dan barulah yang kelima, Kedudukan (kuasa) – Individu mengikut perintah kita kerana kuasa... Sebagai seorang  pemimpin kita perlu  mempelajari tahap-tahap kepimpinan lain dan membuat perubahan  sedikit demi sedikit bukannya apa yang dilakukan untuk  “Syok Sendiri”.  Akhirnya ramai  kakitangan kita akan merasa bosan. Lebih ramai akan berpindah atau letak jawatan. Semangat bekerja akan menurun. Namun bagi mereka yang lemah dan tidak ada pegangan diri, tiada arah sebenar dalam dunia pekerjaan  dan tidak berdaya saing atas nama “Amanah”  kena fikir-fikirkanlah...

19 comments:

terokai seni said...

suka atau tidak satu masa kita akan duduk diatas untuk jadik pemimpin eeelok le bersedia je

zulkbo said...

salam..
saya setuju dengan cikgu..
persoalannya peratusan guru lelaki di sekolah?..alahai,yang tinggal pun lelaki tak berapa lelaki yang saya lihat.Pengetua kebanyakn perempuan,bagaimana nak melahirkan bakat pemimpin muda yang berkaliber?

zulkbo said...

biasa lihat guru lelaki tak berapa lelaki ajar pelajar tarian poco-poco..loya jadi tekak saya..ermmm...??

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Betul, pemimpin bermula dari kedudukan kita hari ini. Orang yang hebat tahu hala tujunya.. seeloknya bersedialah dari sekarang..

Mohamad said...

Salam zul,
Susah nak cakap lah zul, sekarang di mana-mana sekolah pun guru perempuan yang ramai. Kerja mereka pun bagus. Kalau ambil guru lelaki tetapi sekadar untuk seimbangkan jantina, apa yang akan berlaku dengan "produk" kita nanti?

Kata ustaz Kazim elias, penceramah yang diminati sekarang... orang Perempuan nie senang nak masuk syurga.. paling senang taat kepada suami.. Barangkali itu sebabnya ramai lelaki nak jadi perempuan..

Sekadar berkongsia "cerita" - kononnya..

Namun, apa yang zul perkatakan memang benar... banyak guru (tidak semua) yang dalam latihan sekarang dari golongan lemah gemalai, ada yang tidak mencerminkan wajah guru. Bila ke sekolah nanti... adooh..

Tidak dinafikan ramai dari golongan ini sememangnya sebenar2nya guru dan kerja mereka mengatasi orang lain ..

ibuintan said...

salam cikgu,

tak semua layak jadi pemimpin, saya sejujurnya lebih suka ketua saya seorang lelaki, dah berkhidmat di bawah 5 orang ketua lelaki dan seorang perempuan...

lelaki juga yang dapat memimpin dan terbaik bagi saya

mantanguru said...

Salam,
Apa khabar?
Lama tak singgah...

Mohamad said...

Salam mantan,
Alhamdulillah sihat.. Singgah2 lah selalu. t.k

ummu said...

assalamualaikum tuan
setiap orang adalah pemimpin
setiap guru juga adalah pemimpin
termasuklah yang di luar norma KG
dia tetap pemimpin,kan tuan?
kerna di ahdapan Allah pasti akan ditanya oleh Allah akan tanggungjwabnya.

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Benar kata Ummu, kita semua adalah pemimpin walaupun memimpin anak-anak. Memang ada perbezaan antara kepimpinan lelaki dan perempuan...

Ibuintan sendiri dapat bezakan. Saya pernah berkhidmat di bawah seorang pengetua perempuan dan 2 orang pengetua lelaki... ketiga-tiganya pula bukan melayu...

Mohamad said...

Salam ummu,
Betullah tu, semua orang adalah pemimpin, termasuk juga guru GSTT dan lain-lain.

Pemimpin tidak kira lelaki atau perempuan. Bezanya perempuan tak boleh jadi imam je.. kan?

Teacher Has....... said...

Salam Ziarah..pertama kali memberi komen...

Kepimpinan setiap pengetua tidak lah sama, msg2 ada cara gaya tersendiri... Sebaik mungkin, kita kenalah "ikut rentak" mereka... Saya pernah dinasihati oleh rakan yg sama2 berjawatan sbg Ketua Guru Disiplin, andai kata dah "tak sehaluan/sebulu" dgn Pengetua, lebih baik lah mintak pindah sekolah lain aje......
Wallahua'lam..

Mohamad said...

Salam NH,
Dalam sesebuah organisasi jika tidak ada persepakatan memang susah. Lebih-lebih lagi jika wujud curiga mencurigai antara satu sama lain.

Sepatutnya, jika kita ingin sama-sama berjaya kita kena bekerjasama, berbincang dan bermesyuarat untuk mengurangkan konflik...

Namun sebagai manusia kekadang "cakap tak serupa bikin, yang bikin tak seperti yang kita cakap.."

Unknown said...

SALAM,
SUKAR MENJADI PEMIMPIN KALAU ORANG YANG DIPIMPINNYA TIDAK MENGHORMATINYA SEBAGAI PEMIMPIN. RASA HORMAT ITU PULA TIDAK TERBENTUK SECARA TERPAKSA.

Admin P@P said...

Assalamualaiku,
pandangan yang bernas.
Elok kalau kepemimpinan kita kat sekolah baca entry kali ini.

Semoga sekolah terus maju dengan kepemimpina yang mantap.

TQ

Mohamad said...

Salam Dato',
Betul.. sangat setuju. Kepimpinan melalui teladan. Jika pemimpin tidak dapat diteladani maka rasa hormat mungkin akan berkurangan. Jika menegur pemimpin ikutlah adap-adapnya..

Mohamad said...

Salam Admin P@P,
Semoga dapat berkongsi ilmu.. Gaya kepimpinan seseorang tidak sama, namun semuanya dilakukan untuk mencapai matlamat..

Biar apa gaya sekalipun, pemimpin perlu pandai mempengaruhi anak buahnya jika tidak visi dan misi tidak akan tercapai.

Mohar Yahya said...

malangnya ada sebilangan guru tidak peka kepada tugas sebenar seorang guru bila masuk kelas, mereka ni bila masuk kelas tahu nak mengajar subjek mereka saja, langsung tidak peduli akan kebersihan kelas, susun atur kerusi meja pelajar dan sampah sarap bertaburan dalam kelas. Lebih malang bila tidak dapat mengawal pelajar dalam kelas yang tak mahu belajar dan ada yang tidur.Guru seperti ini, maaf cakap bukan saja tidak layak jadi pemimpin, malah jadi gurupun sebenarnya tidak layak.Lebih baik balik kampung menoreh getah.Guru seperti ini bukan saja merosakkan dirinya sendiri, prestasi sekolah, malah merosakkan generasi yang akan menjadi pemimpin masa akan datang.

Mohamad said...

Salam Cikgupj..
Saya akui apa yang dinyatakan ada kebenarannya, tetapi ada guru yang sangat hebat walaupun baru. Barangkali guru-guru yang disebutkan oleh cikgu.. bukan dilahirkan sebagai guru tetapi di bentuk untuk menjadi guru.

Guru-guru jenis inilah yang sukar untuk berubah walaupun sering ditegur..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.