PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Wednesday, September 29, 2010

112. Pentingnya Kemahiran Pengurusan Strategik

Pengurusan strategik merupakan satu kerangka kerja yang tersusun dan sistematik untuk memenuhi agenda perubahan sesebuah organisasi. Ia perlu diterapkan ke dalah set minda semua ahli kerana organisasi tidak dapat meramal masa depan dengan tepat. Pengurusan starategik boleh dikatakan satu alat percubaan bagi kita memahami tekanan dan perubahan masa depan dan seterusnya memimpin perubahan tersebut bukannya sebagai pengikut sahaja.
Pengurusan strategik amat penting. dan membolehkan seseorang pemimpin itu cemerlang. Ini kerana seseorang pemimpin itu telah melakukan sesuatu dengan betul, pada tempat yang betul, pada orang yang betul, pada masa yang betul dan dalam belanjawan yang betul. Dengan kata lain pengurusan strategik adalah berkait rapat dengan proses pembuatan keputusan. Keputusan hari ini adalah penting untuk hari esok dan masa hadapan.
Pengurusan strategik bukan sahaja terletak kepada pengetua, tetapi kepada semua pemimpin sekolah sama ada Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Warden, Guru Disiplin, Guru Kaunseling, Katua Panitia, Guru-guru, Pengawal keselamatan, Pekerja Pembersihan dan jika di rumah ialah pemimpin keluarga. Pemimpin keluarga yang baik ialah, bagaimana seseorang itu dapat melakukan perubahan yang boleh membawa keluarganya kepada kehidupan yang lebih baik dan melahirkan genenasi yang unggul dan diteladani oleh orang lain.
Dalam sejarah islam, pengurusan strategik telah ditunjukkan oleh Saidina Umar al-Khattab. Beliau telah mengambil keputusan mendokumentasikan al-Quran secara sistematik yang tidak sempat dilakukan oleh Baginda Rasulullah. Walaupun mendapat tentangan, tetapi pemikiran strategik Saidina Umar (Perubahan persekitaran menunjukkan bahawa ramai para hafiz syahid dalam peperangan) menjadikan keputusan yang diambil adalah sangat penting. Al-Quran terus terpelihara dan dijadikan peraturan berkekalan kepada umat Islam. Begitu juga pemikiran Imam Bukhari yang mendokumenkan hadis-hadis Rasulullah.
Saya yakin, di sekolah ramai guru-guru yang proaktif dan mempunyai strategi tersendiri untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Namun strategi ini kurang di dokumentasikan dan tidak dikongsi bersama dengan guru-guru yang lain. Jika ada pun, guru-guru bergerak sendiri kerana takut dipandang sinis oleh guru lain. Mereka beranggapan usaha yang dilakukan tidak seberapa tetapi usaha yang sedikit ini telah mencemerlangkan pelajar dan pelajar mampu mendapat keputusan yang sangat baik. Oleh itu jika ada rakan-rakan guru kita yang mempunyai idea yang bernas sama-samalah kita memberi semangat tidak kira sama ada guru lama atau baru, kerana mereka adalah aset yang baik yang boleh membawa banyak perubahan kepada sekolah atau organisasi.
TERIMA KASIH CIKGU

6 comments:

terokai seni said...

kalo semua orang dapat mengurangkan perasaan bekerja untuk kepentingan peribadi insyaallah kita akan berjaya.

dalam bekerja ni pengaruh macam tu susah nak elak dan kadang-kadang kita banyak membuat keputusan yang berkaitan dengan organisasi tapi kita mempunyai kepentingan tersendiri mengatasi kepentingan organisasi

Unknown said...

SALAM,
INFO YANG BAIK. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Kita perlu perubahan sikap yang drastik jika mahu berjaya dalam kerjaya. Jujur dan iklas melakukan sesuatu bukan sekadar pekerja 25 haribulan..

Mohamad said...

Salam LF,
Semoga sama-sama mendapat manfaat darinya.. T.K

nadz said...

Assallamualaikum cikgu,

mama nadz membaca N3 bermaklumat ini. bagus sekali.
Insyaallah , mama nadz akan ziarah selalu..
Bagaimana smkb? mama tak pernah sampai lagi di daerah dan negeri di sana..

Mohamad said...

Salam mama nadz,
Terima kassih melawat blog ini.. SMKB sekarang sibuk dengan persiapan untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR,usaha terakhir ialah majlis sembahyang hajat dan pagi jumaat tadi diadakan majlis menghalalkan ilmu dari guru-guru dan motivasi untuk saat-saat terakhir. Semua usaha telah dilakukan... tawakkal sahajalah..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.